AC - 18
Team sis Sana dah berjaya tamatkan persembahan mereka. Walaupun ada sedikit kesalahan yang mereka buat tapi dimata aku persembahan mereka tetap sempurna.
Kini tiba giliran team Brean masuk ke dalam gelanggang. Sorakan dari Brean kedengaran. Aku semakin nervous. Tapi aku tak nak disebabkan nervous ni aku hilang fokus.
Mataku meliar ke arah tempat duduk penonton. Dan mataku terhenti ke arah Hyunjin yang duduk bersebelahan dengan Jaemin. Dia senyum ke arahku sambil melaung 'good luck' walaupun aku tak dengar tapi aku still faham.
Selepas Heejin memberi arahan, kami mula membuat persembahan. Aku berjaya samakan gerakan dengan team aku. Versi pertama sudah tamat dan versi kedua bermula dimana aku harus naik ke atas lalu yang lain akan mencampakku ke atas.
Macam mana aku dapat position ni? Sebab dorang cakap aku ringan dan kurus. Jadi mereka memilihku. Awal tu aku tak berapa yakin aku boleh buat. Tapi bila aku terus berlatih, aku dapat buat dengan baik.
Dan kini sudah tiba aku naik ke atas. Aku buat seperti latihan sebelum ni. Dan aku berjaya naik dan membuat gaya sebelum mereka campak aku ke atas dan aku perlu flip.
Walaupun agak gementar, aku berjaya buat flip. Tapi too bad, aku tak mendarat dengan baik. Salah seorang team aku kat bawah buat hal. Bila nak mendarat, enam orang team aku kat bawah akan sambut aku tapi salah seorang buat hal dan aku terjatuh.
Sakit tu tak yah cakaplah. Aku tak tahu apa jadi dengan kaki aku tapi aku rasa kebas macam tak ada kaki sebelah. Aku tak rasa apa apa. Tapi aku gagahkan diri untuk bangun dan tamatkan persembahan.
Aku tak nak disebabkan aku, team aku dipandang rendah dengan orang lain.
"Korang buat apa sial?!"
Aku dengar team mate aku si Gowon marah Rachel dengan Hana.
"Kitorang tak sengaja lepas tadi" jawab Rachel.
Oh jadi disebabkan dua ekor hanat yang tak sedar diri ni rupanya.
"Korang ingat aku ni bodoh ke hah. Korang ingat aku buta apa yang korang cuba buat tadi. Dasar babi tak sedar diri!" sembur Gowon.
"Kan kami dah cakap kami tak sengaja!" marah Hana pulak.
"Bodoh tak nak mengaku! Takpe aku akan pastikan korang tak kan masuk team ni next year!"
"Kau okey Reesa?" soal Heejin.
Aku tak jawab tapi aku cuba bangun. Dan aku terduduk semula. Damn! My leg. What happens to my leg?
Heejin dan Gowon bantu aku untuk bangun. Dan mereka papah aku keluar dari gelanggang.
"Hey Mrs Chris what happen?" soal Cikgu Scarlett.
Dia yang bertugas jika sesiapa cedera.
"I don't know but my leg"
Aku tak boleh tahan. Sakit sangat.
"Reesa kenapa ni?!"
Sejun oppa datang bersama senior Xavier yang lain.
"Sakit oppa"
Kali ni aku tak boleh tahan menangis bila Sejun oppa tanya aku.
"Takpe biar kami aje yang bawa dia pergi hospital cikgu"
"Eh tak boleh. Saya yang bertanggungjawab bila student saya jadi macam ni" jelas Cikgu Scarlett.
"Takpe kitorang abang kepada Reesa ni" kata IM oppa pula.
"Oh baiklah kalau macam tu saya izinkan. Tapi apa apa nanti please update kat saya. I need to know because this is my job for today"
"Okey cikgu. Kalau macam tu kami pergi dulu"
Sejun oppa terus angkat aku.
Sampai di hospital, aku dikejarkan ke emergency room. Doktor yang bertugas mula merawat aku.
"Siapa eh tadi yang buat Areesa macam tu? Eii dapat dekat aku memang lunyai aku kerjakan" marah Sejun.
"Itulah aku pun kurang kenal sikit Brean ni" kata Daniel pula.
"Rachel dengan Hana" jawab Hazel.
"Hazel kenal?" soal Sana.
"Setahu Hazel lah kan, si Rachel dengan si Hana tu memang dah lama geram dengan Reesa" cerita Hazel.
Dia boleh tahu pun sebab dia ada terdengar Brean cakap tadi.
"Sebab?"
"Yelah Reesa tu multi-talent. Apa aja yang Reesa tak boleh buat. Pandai dalam pembelajaran, main piano pun pandai, and tahun ni dia join team cheerleader dan dia berjaya perform macam tadi. Itu yang dua orang tu cemburu sangat dengan Reesa"
"Everyone ada talent masing masing lah. Apa kejadahnya nak cemburu" Rowoon menyampuk.
"Itulah pasal"
"Ada sesiapa ahli keluarga Mrs Chris?"
Doktor yang merawat Areesa datang.
"We all actually" jawab Daniel.
Mereka semua mengangguk setuju. Masing masing tahan tawa bila tengok reaksi doktor itu.
"Really. Okay then. Saya dah check up Mrs Chris tadi, dia punya tulang kedua belah kaki retak sikit. So dia tak boleh jalan dalam masa yang terdekat ni. Tapi saya sarankan you guys as her brothers and sisters please support her as much as you can. Sebab waktu macam ni dia perlukan banyak dorongan supaya dia boleh semangat dan sembuh dengan cepat"
"Sure doctor. So dia dah boleh balik sekarang?" soal Sejun.
"Buat masa sekarang dia kena stay dekat sini sebab saya kena pantau kesihatan dia"
"Baik doktor"
"Sebelum tu salah seorang dari kamu kena ikut saya untuk isi borang maklumat pesakit dan buat pembayaran"
"Takpe biar aku uruskan" kata Daniel.
"Thanks bro" kata Sejun.
Daniel mengikut doktor manakala yang lain masuk ke dalam bilik Areesa.
...
Areesa terjaga dari tidur. Tiada siapa di sebelahnya. Dia cuba ingat apa sebenarnya yang berlaku sampai dia boleh terbaring di hospital macam ni.
"Hey! baby. You are awake"
Daniel oppa? Apa dia buat dekat sini. Tak pergi sekolah ke?
"Oppa? Apa oppa buat dekat sini?" soalku.
"Buat apa lagi. Teman Reesa lah" jawab Daniel oppa.
"Eh susahkan oppa aje. Reesa minta maaf" kataku dengan ikhlas.
Dari dulu lagi aku tak suka susahkan senior Xavier. Walaupun aku anggap dorang macam oppaku sendiri, aku tetap rasa segan.
"Eh kenapa pula Reesa nak minta maaf. Oppa memang nak jaga Reesa pun sebab oppa malas nak pergi sekolah. Tak best"
Aku senyum sikit walaupun aku tahu Daniel oppa cakap macam tu untuk menyedapkan hati aku.
"Comel rupanya bila Reesa senyum. Kalaulah oppa boleh tengok baby oppa ni senyum hari hari, mesti best kan"
"Oppa jangan buat hal. Kalau Reesa kasi tahu Hayoung unnie ni memang hancur hidup oppa"
"Eh! Dia tak ada kena mengena dalam hal ni lah. Apa Reesa ni" kata Daniel oppa tak puas hati.
Aku cuba untuk bangun untuk membetulkan posisi dengan lebih selesa tapi pergerakanku terbatas macam ada something dalam kaki aku. Tak boleh gerak lebih lebih.
"Oppa, kenapa dengan kaki Reesa? Reesa rasa Reesa cuma jatuh semalam dan..."
Aku terus teringat kejadian macam mana aku boleh jatuh dan kaki aku sakit.
"Oppa don't tell me..."
Aku nampak muka sedih Daniel oppa. Dan aku mula rasa tak sedap hati.
"No biggie. Tulang kaki Reesa retak sedikit dan buat masa sekarang Reesa tak boleh jalan sampai Reesa betul betul sembuh baru Reesa boleh jalan macam dulu"
What? No biggie? Sampai retak macam ni Daniel oppa boleh cakap no biggie. Seriously oppa.
Air muka aku terus berubah. Aku nak menangis tapi aku tahan.
"I'm sorry but don't worry baby. We will always be your side no matter what. Kami akan jaga Reesa sampai Reesa sembuh. Doktor cakap kalau Reesa betul betul semangat nak sembuh, Reesa akan sembuh dengan cepat. Trust me. Don't be sad baby"
Daniel oppa cuba pujuk aku.
"So I can't walk anymore" kataku sambil melihat kedua belah kakiku.
"Reesa cheer up please. Oppa rasa bersalah sangat sebab tak jaga Reesa yang oppa anggap macam adik oppa ni dengan betul betul. Oppa gagal jaga Reesa"
Sayu hati aku dengar Daniel oppa cakap macam tu.
"Bukan salah oppa lah. Reesa yang tak berhati hati semalam"
"Not your fault actually. Salah dua budak yang tak sedar diri tu. Apa nama dorang tah?"
"Rachel dengan Hana" jawabku dengan malas.
"Haah! Dorang. Tunggulah apa yang oppa buat dekat dorang nanti"
"Oppa don't. Mati kang anak orang nanti susah"
"Takdelah. Reesa ni kan"
Daniel oppa mengusutkan rambutku menggunakan tangannya.
"Tapi kan oppa, kalau boleh Reesa tak nak susahkan oppa dengan oppa oppa yang lain. Reesa still ada family. Oppa jangan risau Reesa boleh jaga diri Reesa sendiri"
"Family? Are you sure baby? For oppa lah kan, kalau family yang abaikan ahli family dia sendiri, itu bukan family dah tu"
Aku tunduk pandang bawah.
"Reesa jangan ingat kita tinggal berjauhan, sekolah berlainan, oppa tak tahu pasal Reesa. You are wrong baby. Reesa tahu kan oppa ni anak tunggal. So ada dua orang perempuan oppa anggap macam adik sendiri. Kalau boleh oppa nak jaga dua orang tu dengan sempurna"
Aku faham apa yang Daniel oppa sampaikan. Dan aku mula rasa bersalah.
"Reesa nak tahu siapa dua orang perempuan itu?"
Aku tak jawab tapi aku nampak Daniel oppa senyum.
"Areesa Chris dan Oh Hazel"
"Oppa dah janji dengan diri oppa yang oppa akan jaga dua orang ni dengan baik. Nobody can't hurt my baby. Itu janji oppa"
Kali kedua aku senyum untuk hari ini. Tapi belum sempat aku balas, ada seorang menolak pintu bilik.
"Hai! Darling"
Tbc
I know some of you tertanya tanya senior Xavier tu datang dari mana. Well actually dorang dari my story (Maid Vs Playboy) *boleh baca if u want. so itu ajelah yg saya nk kasi tahu. Enjoy😘
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top