17
What's broken can be mended.
What hurts can be healed.
And, no matter how dark it gets,
The sun is going to rise again.
[CLICK THE SONG UP THERE]
"Weh diam la weh!! Kau apahal menangis? Aku buli kau pun tidak! Jangan menangis la Meyra!!" ucap Fiqri gelisah kerana semua pelajar yang berdekatan memandang ke arah aku dan dia.
Ayat dia bukan membuatkan aku berhenti menangis tetapi semakin kuat tangisan aku jadinya. Semakin lama aku tengok kepala botak dia, semakin kuat tangisan aku bergema.
"Meyra! Lebih baik kau diam sebelum aku beritahu orang kau suka Edheen!!" tegas Fiqri.
Sekarang memang tangisan aku berhenti tetapi diganti dengan amukan. Air mata aku lap menggunakan lengan baju. Aku merenung Fiqri tajam.
"Sejak bila aku suka Edheen! Eee geramnya aku!! Kau pahal nak kaitkan Edheen tiba-tiba ha? Sesuka hati kau je nak cakap aku suka dia!!" ujarku geram.
"Tolonglah Meyra. Aku tahu okay? Dan aku tahu apa sebenarnya perasaan Edheen. Kau je bodoh tak nampak" balas Fiqri.
"Eh aku tahu la apa perasaan Edheen. Dia tengah sedih sebab kau! Kau yang bodoh tak tahu!" balasku balik dan Fiqri ketawa bagai tiada hari esok.
"Kalau aku cakap kau ni bodoh nanti kau marah! See, bodohnya kau ni. Aku cakap benda lain, kau cakap benda lain. Alahai kesiannya aku lihat otak kau. Ish ish"
Aku ada cakap benda yang salah ke? Apa maksud si Fiqri? Aku rasa ayat aku tadi tak ada yang salah pun.
"Ah lupakan pasal dia kejap. Fiqri...betul ke kau nak pindah? Kenapa? Kau tak nak buli aku lagi ke? Kau tak nak silaukan mata aku lagi ke? Kau tak nak buat aku rasa menyampah dengan kehadiran kau lagi ke? Kau tak nak paksa aku jadi kekasih kau lagi ke? Jarang tau orang luahkan perasaan kat aku. Kalau kau pindah, siapa yang aku nak reject lagi?" tanyaku perlahan.
"Kau ni kan! Ey, geram betul aku! Ikut aku kejap" ajak Fiqri.
Aku mengikut langkahnya. Dia menuju ke taman sekolah. Aku dan dia duduk di atas rumput dan memandang ke arah tanaman yang indah.
"Maaflah Meyra, aku memang nak pindah. Aku rasa tempat ni tak sesuai dengan aku. Terlalu banyak kenangan pahit sampai aku lupa apa itu kebahagiaan. Aku rasa ini jalan yang terbaik untuk aku dan semua orang. Tipulah kalau aku cakap aku tak sayang sekolah ni. Ya, walaupun aku tahu, kehadiran aku dibenci ramai tetapi sedikit sebanyak, perkara itu membuatkan aku menjadi lebih tabah. Aku tak pernah benci Edheen tetapi disebabkan mulut orang, persahabatan antara kami terputus macam tu je. Bila orang asyik membandingkan aku dan dia, aku rasa aku tak layak jadi kawan dia. Sebab tu aku ambil keputusan jauhkan diri dan menjadi budak jahat. Haha bodoh kan aku? Edheen tu baik, dia tak layak kawan dengan orang jahat macam aku" teresak-esak Fiqri meluahkan apa yang selama ini dipendam olehnya.
Aku nampak ayat yang keluar dari mulut Fiqri tampak begitu ikhlas sekali. Fiqri dah terlalu lama menderita. Air mata yang turun di pipiku aku lap perlahan.
"Kau salah Fiqri. Edheen tak pernah rasa kau seorang yang jahat. Dia pandang kau tinggi. Dia masih anggap kau sebagai kawan dia. Dia rasa dia tak layak jadi kawan kau. Kau nak tahu tak? Kau dan dia, masing-masing sayangkan persahabatan yang terjalin ini tetapi mulut orang yang membuatkan kau dan dia rasa seolah-olah you guys tak patut teruskan persahabatan ini. Edheen betul-betul rasa bersalah dan dia rasa ini semua salah dia. Sebelum kau pindah, aku nak sangat kau dan dia berbaik semula" ucapku sambil tersenyum manis.
Fiqri nampaknya bungkam. Dia tak tahu nak cakap apa. Speechless. Aku lega. Lega sebab dah jalankan tugas aku untuk betulakan semula salah faham antara mereka. Aku harap sangat mereka dapat berbaik.
Bergaduh dengan kawan sendiri memang sakit. Lebih sakit daripada putus dengan kekasih. Kau bayangkan, selama bertahun-tahun berkongsi derita dan kebahagiaan kemudiannya berakhir dengan pergaduhan. Pedih kan? Sebab aku pernah alaminya dahulu aku tak nak mereka rasa apa yang aku rasa. Kesakitan itu sampai sekarang masih terasa.
Hanya disebabkan mulut orang, persabatan boleh terputus. Sebab itu, kita perlu sentiasa jaga percakapan. Jangan cakap sesuatu yang akan memudaratkan tetapi cakaplah sesuatu yang mendatangkan hasil yang baik.
"Betul apa yang Meyra cakap tu Fiq, aku tak pernah anggap kau jahat. Kau masih sahabat aku" suara yang muncul dari belakang aku dan Fiqri mengejutkan kami berdua. Kami lantas berdiri.
Edheen!
Aku nampak Edheen tercungap-cungap di depan kami. Fiqri dan Edheen memandang satu sama lain. Ada sesuatu yang tersimpan di lubuk hati masing-masing.
"Kau orang berbincang la ye, aku pergi dulu" ucapku. Aku rasa aku tak ada kena mengena lagi jadi lebih baik aku angkat kaki. Kang mereka bertumbuk susah pulak.
"Jangan!" tegas Edheen dan Fiqri serentak. Erk. Kaku aku dibuatnya.
"Kau yang dah tolong semua ni jadi aku rasa kau patut ada di sini" jelas Fiqri dan mendapat anggukan daripada Edheen.
"Fiq, aku minta maaf sebab selama aku menjadi kawan kau, aku banyak timbulkan masalah" ucap Edheen.
"Sudahlah tu Qai, aku tak pernah salahkan kau. Aku pun bersalah jugak. Well bro, friends?" kata Fiqri sambil menghulurkan tangan. Huluran bersambut. Mereka berpelukan.
Ala comelnya! Mereka berdua mengingatkan aku kepada dia. Apa agaknya khabar dia sekarang ya? Lepas kejadian itu, aku tak pernah lagi dengar pasal dia. Tanpa aku sedar, air mata jatuh membasahi pipi.
"Kau pahal menangis tiba-tiba?" soal Edheen. Mereka berdua memandang aku pelik.
"Oh takde. Saja je" aku ketawa dengan hambar sekali. Kepala aku dijentik perlahan oleh hamba Allah bernama Edheen.
Aku merenungnya tajam sambil mengusap dahiku yang berbisa. Aku tampar jugak budak ni kang. Dahlah buat muka tak bersalah. Aku ditarik perlahan.
"Bro, kau jangan kasar dengan Meyra. Siap kau kalau aku dengar kau buli Meyra lagi" ucao Fiqri.
Wah, apakah ini.
"Oh kau jangan risau, aku takkan sakitkan orang yang aku sayang" kata Edheen sambil tersenyum sinis.
Wait what?!
"Kau dengar baik-baik, kalau aku dapat tahu hati dia sakit sebab kau, aku akan ambil balik dia daripada kau" tegas Fiqri.
"Aku risau kau takkan berjaya sebab aku takkan sesekali lepaskan dia" tegas Edheen pula.
Aku pula bingung. Apa yang dibincang mereka? Sengit betul aku tengok.
"Weh! Aku pergi dulu! Ya Allah!! Sekarang masa mathematics!! Mampus aku kena hukum. Kalau aku kena hukum ini semua salah korang!!" jeritku dan terus berlari ke kelas. You are so dead Meyra Arina.
So tell me, you guys bayangkan rupa Edheen dan Meyra macam mana. Or even any others characters in AAY! Btw, thank you for the votes, much love from me <3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top