Neko Neko

"Meow meow... meh sini, makan ikan ni..." Fang memanggil-manggil beberapa anak kucing sedang sorok di dalam longkang. Mereka takut untuk mendekati Fang "Meow... aku letak ikan ni dekat sini ok. Jangan lupa makan tau" Fang letak beberapa ekor ikan yang dia telah beli tadi untuk anak-anak kucing tersebut. Lalu dia bangun dan beredar dari situ. Dia menoleh kebelakang dan dia tersenyum melihat anak-anak kucing itu mula keluar daripada longkang untuk makan ikan tersebut

"Baiknya kau" tegur Yaya yang ada di sekitar itu juga

"Mestilah, tak kan aku nak biarkan anak-anak kucing tu kelaparan. Aku tak tahulah mana ibu dia orang tapi apa-apa pun, makanan sudah aku berikan kepada mereka"

"Baguslah tu, Fang tapi.. kau tak nak ke bela anak-anak kucing tu?"

"Kau nak aku kena marah dengan abang aku?" Yaya tersengih sahaja "Cukuplah dengan tiga ekor dekat rumah tu, tambah lagi dengan si Idoli. Aku rasa macam rumah aku, sudah jadi macam zoo. Kalau ada Neko Neko.. mesti bertambah pening kepala abang aku.. hehehee"

"Kalau abang kau bagi, mesti korang akan jaga anak-anak kucing itu dengan baik tapikan... aku suka tengok haiwan-haiwan dekat dunia ni ataupun di planet lain kerana dia orang sentiasa ada sifat kasih sayang. Tak kisahlah haiwan itu berbeza pun, mereka akan tetap menyayangi satu sama lain. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang lupa sifat kasih sayang terhadap sesama manusia"

"Begitulah manusia, penuh dengan pelbagai sifat. Ada baik dan ada buruknya" balas Fang "Kau seorang sahaja ke? Mana Ying?"

"Ying pergi sekolah awal hari ni. Dia cakap ada perbincangan dekat sekolah tentang club menjahit dia" Yaya teruskan berjalan bersama Fang

"Kau tak join banyak-banyak club pulak tahun ni? Dulu semua club kau pergi sertai, sampai semua club kau nak jadi ketua club" Yaya tergelak kecil di situ "Kenapa? Aku ada cakap sesuatu ke?"

"Takde, aku tahun ni nak slow down, nak enjoy life dengan korang semua tetapi aku still tegas dan garang dekat sekolah sebab aku nak kekalkan jawatan pengawas aku. Sabtu lepas, kenapa kau menghadiri mesyuarat club memasak?"

"Hmm... aku kena jaga Rizu dan Idoli dekat rumah. Faye dah lari ke sekolah sebab ada aktivity Pandu Puteri dia. Abang aku dah lari ke kapal angkasa dia sebab dengan latihan tempur dia tahap gila tu dan kak Lynna tak dapat datang ke sini sebab ada hal dengan family dia. Jadi tinggallah aku seorang diri menjaga mereka berdua.. lepas tu Emmy datang ke rumah, jadilah 3 orang budak aku kena melayan"

"Kasihan kau yea tapi eloklah tu, adalah kau untuk jaga dia orang. Kalau tidak, mesti abang kau terpaksa bawa mereka naik ke kapal angkasa" kata Yaya sambil tersenyum. Mereka belok ke kanan dan lalu terserempak dengan Gopal dan Faye

"Apa dia orang bawa tu?" Fang garu-garu kepala dia sambil melihat Gopal dan Faye sedang membawa sebuah kotak besar dan berat. Mereka terpaksa angkat kotak itu bersama

"Faye takde beritahu kau apa-apa ke?"

"Takde pulak Yaya" Fang ikut sahaja mereka berdua dari belakang. Yaya mahu pergi tegur Gopal dan Faye tetapi Fang menghalang dia "Nantilah dulu, aku nak tengok ke mana dia orang nak bawa kotak besar tu"

"Isk kau ni, buat apa kita nak menghendap sahaja.. baik pergi tanya sendiri"

"Betul kata Yaya tu Fang" muncul Boboiboy di belakang Fang

"Wei, bila masa kau ada dekat sini?" tanya Fang dengan nada marah dia

"Kau ni Fang, tanyalah elok-elok. Boboiboy kan kawan kita, bukan musuh kita"

"Yelah Yaya. Aku akan tanya dia yang lebih baik daripada tadi" Fang betulkan suara dia dan terus berikan senyuman paksa dia "Wahai sahabat ku yang tidak sehebat aku, dari mana kau datang? dan kemana tuan hamba mahu pergi?" Boboiboy tepuk dahinya sendiri "Apasal? Tak betul ke aku bertanya tadi tu?"

"Hehehe.. kau ni Fang, macam-macamlah"

"Biarkanlah Yaya, karang bila dah tak betul.. lagi pening kepala kita orang. Bila suruh buat-buat baik, baiknya ada tapi jahat dia tetap ada" kata Boboiboy "Untuk pertanyaan kau tadi. Aku nampak kau dan Yaya tengah berborak lepas tu korang berhenti sebab nampak Gopal dan Faye. Dia orang angkat kotak besar tu sebab dia orang ada buat project berkumpulan dekat dalam kelas Sains. Cuma aku ajelah tak sama kumpulan dengan dia orang"

"Eh kejap.. mana dia orang berdua tadi" Fang mencari-cari mereka berdua di sekitar jalan itu "Cheh, kita sudah terlepas. Jomlah, nanti lambat pulak kita sampai sekolah" Baru selangkah ke depan Fang jalan, kolar baju dia di tarik oleh seseorang "Woi! Siapa tarik baju aku ni?"

"Errr... Fang.." Fang menoleh kebelakang selepas sahaja Boboiboy tunjuk ke arah belakang. Dia terkejut melihat Lahap ada di belakangnya

"Ke-kenapa Lahap?"

"Pang.. ada seseorang nak jumpa kau" Lahap lepaskan kolar baju sekolah Fang dan lalu dia ketepi sedikit. Boboiboy, Fang dan Yaya terkejut di situ kerana seseorang itu bukanlah manusia ataupun alien tetapi seekor harimau yang bernama Neko Neko "Dia datang ke sini sebab rindu sangat dengan kau"

"NEKO NEKOOOO! MY TIGER!" Fang peluk kepala Neko Neko

"Sukalah tu sebab harimau dia ada dekat sini"

"Hehehe.. tapi Boboiboy.. comel pula tengok si Fang dengan harimau dia. Fang pun nampak tak marah-marah seperti biasa"

"Yelah Yaya, nanti bila Neko Neko dia dah balik.. mulalah perangai lama dia datang balik tapi.. selamatlah bukan perangai dia yang tak berapa nak betul tu" Boboiboy mengeluh sahajalah "Wei Fang, Neko Neko tu kau jangan nak bawa pergi sekolah pulak. Nanti ada juga yang pergi telephone zoo suruh tangkap Neko Neko"

"Ha ah, betul juga cakap kau tapi... Neko Neko nak duduk mana?" Fang mengusap dagunya sambil berfikir "Kalau lah dia seperti Idoli, kan bagus tapi dia hanyalah seekor harimau sahaja. Lahap, kenapa kau tak hantar dia pergi ke rumah aku sahaja? Bolehlah dia bermain-main dengan Rizu, Emmy dan Idoli dekat rumah"

"Aku memang boleh aje hantar ke rumah kau tapi masalahnya, abang kau takde dekat rumah" jawab Lahap

"Aik mana dia pergi?"

"Tak tahu"

"Hmmm... sudah cuba hubungi abang aku?" Fang rasa ragu-ragu pula

"Abang kau keluar pergi ke bandar kot. Dia bawa sekali Rizu, Idoli dan Emmy sekali kot"

"Mungkin juga Boboiboy tapi Neko Neko ni macam mana?" Fang garu-garu leher Neko Neko. Selepas itu Neko Neko jilat pipi Fang "Hehehe.. gelilah" Dia peluk leher Neko Neko

"Manjanya mereka berdua, macam tak jumpa 10 tahun. Padahal hari tu baru sahaja jumpa" Boboiboy tersenyum melihat kemesraan Fang bersama Neko Neko "Aku pun nak juga ada haiwan peliharaan macam Fang dengan haiwan-haiwan dekat rumah dia"

"Apa cerita kau dengan batu yang bernama Fang tu?" tanya Yaya. Dia melihat jam kuasanya, lagi 10 minit untuk sekolah bermula "Hmm.. kita sudah terlambat ni"

"Kalau korang nak pergi, pergilah dulu. Aku nak bermain dengan Neko Neko ni kejap. Tak sangka pula dia akan datang ke sini" Fang dan Neko Neko berguling-guling di atas jalan raya itu "Aku tak nak pergi sekolah pun takpe, aku sanggup untuk meluangkan masa bersama harimau kesayangan ku"

"Jangan nak buat perangai Fang. Nanti abang kau juga yang marah kau"

"Tapi Yaya... siapa nak jaga Neko Neko nanti?"

"Lahap kan ada, biarkanlah dia jaga Neko Neko buat sementara" Fang buat muka sedih dekat Boboiboy "Sudahlah kau Fang, malas aku nak melayan kau dengan perangai kau yang serba pelik. Alien pelik memang sentiasa pelik. Semua benda yang dia orang buat, semuanya pelik-pelik. Contohnya sekarang ni, aku pula yang membebel dekat sini sebab perangai pelik kau sudah melular dekat diri aku"

"Wei, baik kau salahkan Lily tu.. dia yang pergi sebarkan virus pelik dia tu. Betul tak Neko Neko?" Harimau itu angguk kepala dia kepada Fang "Neko Neko pun setuju dengan aku"

"Baik aku pergi dulu, sebelum aku jadi pelik macam korang" Yaya terus terbangkan diri dia jauh daripada Fang dan Boboiboy "JUMPA DEKAT SEKOLAH!"

"Jomlah Fang, kita sudah lewat ni. Kau pun tak suka pergi sekolah lewatkan" Boboiboy terpaksa tarik tangan Fang untuk jauhkan diri kawannya daripada Neko Neko "Lagipun kelas kau belum kemas lagi. Mesti takde siapa nak jadi tukang kemas"

"Ta-tapi..." Tangan Fang terkapai-kapai untuk memeluk Neko Neko. Boboiboy tarik Fang jauh daripada harimau itu "Neko Neko.. tunggu aku dekat rumah! Lahap, jangan lupa bagi dia makan yang secukupnya. Bagi Lily si itik tu pun takpe..."

"Aduh, Pang ni.. dah tak betul si tak betul ni. Jom harimau, aku hantar kau pulang ke rumah kapten aku"

"Neko Neko..." menangis Fang sambil melihat Lahap membawa Neko Neko pergi dari situ. Dia rasa dia sudah terpisah balik dengan kekasih hati dia "Jaga diri baik-baik my Neko Neko"

"Sudahlah tu Fang, dia bukannya hilang pun" kata Boboiboy yang masih lagi mengheret Fang yang tidak mahu berjalan itu "Nanti kau balik, kau mainlah dengan puas-puas. Kau nak suruh dia gigit tangan kau pun takpe. Asalkan kau bahagia"

"Hmm... yelah" Fang bersilang tangan. Dia biarkan diri dia diheret oleh Boboiboy kerana dia rasa malas nak berjalan

------------------------------------------------------------------------------

"Fang, kau ada tulis tak nota yang cikgu bagikan tadi dekat papan putih?" Fang sudah mengelamun seorang diri di dalam kelas. Yaya melambai-lambai tangannya di depan muka Fang "Kau ni kenapa?"

"Mesti teringatkan si Neko Neko tu" muncul Ying di sebelah Yaya "Haiyaa.. ini pertama kali aku melihat Fang tak berikan tumpuan dekat dalam kelas" Dia membuka buku nota Sains milik Fang dan terbukti, Fang tidak menulis nota tadi

"Fang.. Fang.. tak payahlah nak fikirkan sangat. Mesti si Neko Neko tengah berseronok dengan Rizu, Idoli dan Emmy dekat rumah" Baru Fang tersedar selepas sahaja dia terdengar perbualan antara Yaya dan Ying

"Hmm.. korang bolehlah cakap macam tu. Aku dapat jumpa dia pun kadang-kadang sahaja, bukannya selalu pun" Fang mengemas mejanya. Dia simpan buku-buku nota dia "Aku sebenarnya teruja melihat dia datang ke sini tapi mengikut kata Lahap, dia datang sini sekejap ajelah. Jadi aku nak luangkan masa dengan dia"

"Ayat kau ni.. macam si Neko Neko tu nak mati aje"

"Wei Bella, kau cakap elok-elok sikit boleh tak?"

"Hehehee... tapi betullah aku cakap tadi. Perangai kau terhadap Neko Neko tu, macam esok dia takde dah aje. Kalau kau dengan haiwan peliharaan kau yang lain, kau layan biasa aje. Macam tak adil aku tengok" Fang mula bermasam muka dengan Bella "Sudahlah tu Fang, aku cakap aje. Kau tu aje degil tahap macam minta nak bagi penampar. Insaflah wahai kawan ku alien pelik"

"Apasal lah korang ni suka sangat panggil aku ni alien pelik" bisik Fang "Si Lily tu pelik.. entah-entah dia pun alien juga"

"Hehehehe... tak boleh aku nak bayangkan kalau Lily tu alien pelik juga" Yaya tergelak kecil di situ "Tapi.. cuba korang bayangkan kalau Lily tu adik kepada Kapten Kaizo dan Fang adalah manusia biasa sahaja"

Fang, Yaya, Ying dan Bella cuba bayangkan apa yang disebutkan oleh Yaya tadi. Timbullah satu imej bergerak di dalam pemikiran mereka semua

-------------------------------------------------------------------------------------

"Oh abang ku yang terlajak ganas, adik mu ingin pergi merayap di planet-planet yang berbahaya. Boleh tak?" Lily berkelip-kelip matanya dekat abang dia iaitu Kapten Kaizo

"Tak boleh" kata Kaizo dengan tegasnya

"Ke-kenapa tak boleh? Abangkan suka dengan keganasan, kekerasan, kekejaman, kezaliman, kesadisan dan juga ketenangan. Jadi planet-planet yang berbahaya tu ada banyak ciri-ciri yang abang suka tu"

"Kau ni suka kenapa? Aku suruh kau jalankan misi kau dekat planet bumi sahaja tapi yang kau nak pergi ke planet berbahaya kenapa?" Kaizo terus pandang adiknya dengan mata dia yang merah menyala "Kau jangan nak gagalkan misi ini. Kalau tidak, aku akan menghukum kau"

"Yelah abang ku si kapten garang. Adik akan jalankan tugas yang abang berikan dengan baik! Mesti adik dapat ramai kawan nanti.. BESTNYA!" Kaizo sabar sahaja dengan perangai adiknya yang serba pelik itu. Semenjak ibu bapa dia sudah tiada, adik dia sendiri pun tak pernah nak merasai kesedihan itu kerana Lily selalu tersenyum. Dia tahu apa yang telah terjadi kepada ibu bapa dia. Jadi dia redha dan hadapi apa sahaja yang akan berlaku terhadap diri dia

Sepanjang dia dijaga oleh abangnya, Lily tidak pernah kelihatan sedih walaupun dia kadang-kadang kena marah dengan abang dia sendiri sebab berkelakuan pelik. Kaizo pula, dia tidak tahu bagaimana adik dia mendapat perangai pelik itu. Setahu dia, semasa dia kecil lagi, dialah paling nakal dan tiada perangai pelik-pelik dari diri dia

"Kenapa kau ni selalu sangat buat perangai pelik?"

"Abang, abang kenalah bersyukur kerana mendapat seorang adik yang berperangai pelik bukan perangai yang suka marahkan orang sahaja. Asyik nak panas baran dan masamkan muka sahaja. Jadi abang ku, adik mu ni pelik macam mana pun.. adik tetap sayangkan abang" Lily terus memeluk abangnya. Lahap yang ada di dalam bilik kawalan itu, dia rasa terharu pula

"Yelah.. abang terharulah tapi ingat, semasa kau jalankan misi. Kau rahsiakan identiti kau dan kalau kau nak buat perkara pelik, buatlah tapi misi tu jangan lupa. Jam-jam kuasa itu perlu dirampas oleh kita"

"Baik abang!" Lily berikan tabik hormat kepada abangnya "Adik akan sentiasa memandang tinggi terhadap abang!"

"Bagus" Kaizo tersenyum bangga di situ "Ingat pesan aku, misi kau hanya rampas jam-jam kuasa dan bukannya untuk berkawan dengan orang-orang bumi. Sekarang, aku nak kau pergi belajar cara kehidupan mereka di bumi"

"Adik dah belajar sikit-sikit. Dia orang suka makan, tidur, tengok facebook 24 jam, tengok video dekat youtube berjam-jam, main game dekat phone, makan kerepek pisang, tengok korean drama dekat internet, berselfie dengan phone kamera mereka dan bermacam-macam lagi tapi.. adik ada satu permintaan daripada abang"

"Permintaan apa?" tanya Kaizo dengan nada serius dia "Kau jangan nak minta yang bukan-bukan pulak"

"Takdelah, ini adalah permintaan adik yang paling mulia iaitu masukkan adik dalam sekolah dia orang boleh? Adik pun nak belajar macam dia orang dan adik ingin menjadi alien yang berguna!"

"Baiklah, abang akan tunaikan permintaan kau tapi misi jangan lupa"

"Baik kapten! adik tak kan lupa... tapi.. kalau adik bawa balik misi comel untuk abang ok tak? You know, a very cute nurse.. hehehee" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"SUDAH! PERGI SAMBUNG BALIK TENTANG KEHIDUPAN ORANG-ORANG DI BUMI!" Terus Lily berlari-lari anak untuk masuk ke dalam bilik dia sendiri. Lahap hanya mampu gelengkan kepala sahaja

--------------------------------------------------------------------------

"Wuuu... inilah dikatakan sekolah" Mata Lily bersinar-sinar melihat sekolah yang terbentang luas itu. Bangunan sekolah itu tidaklah setinggi mana tetapi bagi Lily, ianya cukup indah di matanya "Baiklah, Lily akan pastikan misi abang berjaya! Mari kita cari pemilik jam-jam kuasa itu!" Lily terus melangkah masuk ke dalam Sekolah Rendah Pulau Rintis. Para pelajar di situ, semuanya sibuk sedang berborak dengan rakan-rakan mereka. Ada yang duduk seorang sahaja sambil mengulangkaji pelajaran dan ada juga di kantin sekolah sedang menikmati makanan sarapan pagi

"Mana Lily nak start dulu yea... cari kawan?" Lily pandang ke kiri dan ke kanan dan mata dia terpandang seseorang yang rambut dia cacak seperti landak "Sasaran ku yang pertama!" menjerit Lily di situ. Pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ, semuanya rasa hairan dengan perangai kepelikan Lily tetapi mereka abaikan sahaja. Lily terus berjalan seperti biasa ke arah budak lelaki berkaca mata ungu itu. Budak lelaki itu sedang duduk diam sambil membaca sebuah buku

"HELLO! Nama saya Lily" Budak lelaki itu hanya diam sahaja "Err... kenapa diam sahaja? Ini batu ke manusia?"

"Wei, yang kau tiba-tiba tegur aku apasa?"

"Manusia rupanya.. saya Lily, saya nak berkenalan dengan awak boleh?" Budak lelaki itu pandang Lily sambil mengangkat kening sebelah "Dari apa yang saya dapat bacakan, awak ni memang sejenis seseorang yang sombong yea"

"Jadi? Apa masalah kau"

"Takde masalah cuma saya nak berkawan dengan awak wahai muka sombong"

"Wei, aku ada namalah. Nama aku adalah Fang bukan muka sombong"

"Oh... tapi apasal kau nampak sombong sangat yea. Kau memang jenis suka bersendirian yea.. hehehehee.. tapi takpe, aku akan tetap menjadi kawan kau wahai kawan baru ku si landak"

"LA-LANDAK KAU PANGGIL AKU?!" Fang terus terbangun dari situ dengan hati dia sudah berapi-api dengan pelajar baru tersebut "Wei, kau jangan nak berangan dapat berkawan dengan aku.." tetapi mata Lily tertumpu kepada seseorang iaitu seorang budak lelaki yang memakai topi oren dan pipi tembam seperti pau. Jantung Lily berdegup dengan lajunya "Wei, kau dengar tak apa yang aku cakapkan tadi?"

"Landak.. siapa budak lelaki topi oren tu?" Mata Lily bersinar-sinar melihat budak itu

"Itu... hmmm... itu Boboiboy. Dia bukannya hebat sangat macam aku" kata Fang dengan berlagaknya "Kita orang ni memang suka bersaing tapi dia tak kan dapat kalahkan aku dalam ujian matematik.. hehehee"

"Unik betul nama dia... Boboiboy ku" Lily tersenyum lebar apabila dia nampak Boboiboy sedang datang ke arah dia dan Fang. Dia seperti hendak pengsan di situ tetapi dia tenangkan diri dia dan tarik nafas panjang-panjang

"Hai Fang!" kata Boboiboy "Ini siapa?"

"Ini.. entah.." balas Fang dengan selambernya. Lily masih tersenyum lagi, tangan dia sudah gatal untuk cubit pipi tembam Boboiboy tapi dia tahankan diri dia

"Saya Boboiboy, awak siapa?" Lily tidak tahu hendak menjawab apa kerana dia rasa malu sangat berdepan dengan seseorang yang sudah membuat hati dia berbunga-bunga "Er... awak ok ke?" Tiba-tiba sahaja Lily menjawab benda lain pula

"I LOVE YOU, BOBOIBOY"

"ERK?!" Boboiboy terus larikan diri daripada situ "TIDAKKKKKKKKK!"

"Ke-kenapa dengan dia?" tanya Lily yang sudah rasa pelik dan rasa serba salah "Kenapa dia lari daripada Lily. Oh tidakkk... MY BBB-CHAN!"

"Wei, kau apasal tiba-tiba I love you tu kenapa? takde kerja ke"

"Ada landak, Lily sebenarnya ada kerja iaitu kerja misi untuk merampas jam-jam ku-" Lily terus tersedar dengan amaran daripada abang dia "Err... jam-jam puasa... hehehehe" Dia tersengih kepada Fang sambil garu-garu kepalanya

"Jam puasa?" Fang ragu-ragu dengan pelajar baru itu "Kau ni siapa sebenarnya?"

"Lily adalah Lily lah! Jam puasa itu boleh memberitahu kita waktu untuk berbuka dan juga waktu untuk bersahur! Jam yang sangat berguna! Tapi.. hehehee... dekat sini ada tak jual jam tu?"

"Ada, dekat kedai jam" jawab Fang dengan nada bosan dia "Sudahlah, baik aku masuk ke kelas daripada melayan perangai pelik kau tu"

"Jangan tinggalkan Lily! Lily masih baru lagi di sini, banyak benda Lily kena belajar.. wait for me!"

"Adeh.. kenapalah ada manusia pelik nak layan aku yang sombong dan berlagak ni" Fang mengeluh di situ. Jadi dia biarkan sahaja Lily ikut dia masuk ke dalam dan kebetulan pula, kelas mereka adalah sama. Lagilah Fang ingin menghantuk kepalanya di dinding kelas. Pada masa yang sama, Ratu Lily yang juga sama kelas dengan mereka berdua, mata dia asyik pandang ke arah Lily yang cuba hendak menggoda Boboiboy

"Ada juga nak kena dengan aku ni" Ratu Lily menggenggam kedua belah tangannya "Jagalah kau wahai pelajar baru yang sama nama dengan aku. AKU AKAN AJAR KAU.. HAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Nah, ambik kertas ni" Yaya berikan sehelai kertas denda kepada Ratu Lily

"ERK?! Yaya denda aku sebab apa?"

"Sebab gelak macam pontianak dekat dalam kelas. Sampai Gopal pengsan dekat tempat duduk dia" Ratu Lily melihat tempat duduk Gopal, memang sah dia sudah pengsan di situ "Lain kali kalau nak gelak, gelaklah secara sopan. Kau kan seorang gadis, bukan seorang hantu pontianak" Ratu Lily terus tersengih

----------------------------------------------------------------------------------------

"Eh kejap, kenapa Ratu Lily ada dalam cerita ni?" tanya Bella

"Ala, ikut ajelah.. inikan bayangan kita orang sahaja bagaimana kalau si pelik tu jadi adik kepada abang aku" jawab Fang dengan nada bosan aje

"Hmm.. aku ikut ajelah" jawab Yaya

Lalu Fang, Yaya, Ying dan Bella sambung balik dengan kisah Lily menjadi alien pelik

------------------------------------------------------------------------------------

"Fang, budak perempuan tu siapa?" Boboiboy menoleh kebelakang untuk bertanya kepada kawan baik dia yang juga merupakan pesaing utama dia

"Hmm.. entahlah tapi nama dia Lily. Kau masuk kelas lambat tadi kenapa?"

"Hehehe... aku sorok dalam stor sukan tadi sampai tak sedar bunyi loceng sekolah. Kau tahulahkan aku ni lemah sikit bila tiba-tiba ada peminat pelik buat perangai pelik dekat aku" Boboiboy garu-garu kepala dia sambil matanya melirik ke arah Lily yang masih tersenyum melihat diri dia "Sudahlah nama Lily, sama nama dengan si Ratu Lily tu"

"Hahahahaa... sudah nasib kau, Boboiboy. Dua-dua pun peminat kau" kata Fang dengan bangganya "Tengok macam aku, peminat aku mana ada pelik-pelik.. semuanya normal aje"

"Yelah tu Fang, sekali dapat peminat pelik.. baru kau tahu" Boboiboy terus pandang ke depan "Takut pula aku sama kelas dengan duo Lily ni"

"Hehehee.. good luck lah yea" Fang tergelak sambil melihat kedua-dua bernama Lily sedang bertentangan mata "Habislah kau kali ni..."

"LANDAKKKK!" Terkejut Fang dengan jeritan daripada Lily

"WEI! JANGAN PANGGIL AKU LANDAK LAH!" Aura-aura kegelapan Fang mula timbul di tubuh badan dia. Mata Lily ternampak jam kuasa Fang kerana dia dapat rasakan aura tadi bukanlah aura biasa tetapi aura bayang-bayang dari jam kuasa milik Fang. Dia perlu mencari 4 lagi jam kuasa milik orang lain tapi siapakah pemilik-pemilik jam kuasa yang lain?

Adakah Boboiboy dia? fikir Lily sambil melihat jam di tangan kanan Boboiboy "Itu ke jam kuasa yang lain?" bisik Lily

"Jam kuasa?" muncul Ratu Lily di sebelah Lily "Kalau kau nak tahu, mereka berlima tu adalah superhero Pulau Rintis. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying. Segala alien yang datang ke sini untuk dapatkan jam kuasa mereka. Alien-alien itu akan di hapuskan oleh mereka sendiri"

"Oh begitu.. tapi... APASAL KAU TIBA-TIBA BAIK DENGAN AKU?" Semua para pelajar kelas 5 Jujur pandang ke arah Lily "Hehehee... maaf yea"

"Sebab ada pepatah berkata, keep your friends close but even your enemies even closer.. heheheee" Ratu Lily terus tersenyum sinis kepada Lily "Sudahlah nama sama dengan aku, benda yang aku minat pun, kau nak sama juga"

"Ala, bagi ajelah Boboiboy tu dekat aku... kau tu perasan Ratu ke?"

"Bila masa aku perasan aku ni ratu?" berapi-api Ratu Lily dengan Lily "Ratu ni sebab ibu bapa aku yang berikan kepada aku. Maka dengan itu, terjadilah nama aku sebagai Ratu Lily, iaitu ratu kebaikan bukan kejahatan! Aku bukan lagi ratu kejam seperti dulu"

"Errr... kau dulu tu kejam ke?" Lily rasa pelik dengan Ratu Lily

"Dey, kalau kau nak tahu. Ratu Lily ni.. dia suka sangat buli orang. Tak kisahlah muda ke tua ke, dia akan tetap nak buli juga tetapi sewaktu Boboiboy telah pindah sekolah ke sini, dia terus menjadi ratu yang baik! Dia telah membuktikan kepada kami semua, yang diri dia bukan lagi kaki buli!" Ratu Lily angguk-anggukkan kepalanya sambil mencekak pinggang

"Oh begitu..." Mata Lily terpandang ke arah jam kuasa Gopal. Lalu dia tarik tangan Gopal untuk melihat jam kuasa itu secara teliti "Wuuu... inilah jam kuasa yang super canggih tu"

"Dey! Apa yang kau cuba buat ni?" Gopal menarik tangan dia dari tangan Lily

"Ala, Lily nak tengok aje kalau jam tu original ke tak. Manalah tahu, itu jam tiruan aje ke" Lily sedang cuba untuk membuat Gopal tunjukkan kuasa jam tersebut. Dia berharap apa yang dia lakukan akan berjaya "Kalau jam tu tiruan, takpelah. Lily pun ada jam tiruan juga"

"Dey! ini jam original and satu-satunya jam yang mempunyai kuasa! Aku akan buktikan kepada kau... TUKARAN MAKANAN!" Satu kelas bertukar menjadi bahan-bahan makanan kegemaran Gopal. Meja Lily menjadi biskut chocolate dan beg sekolah dia bertukar menjadi gula-gula "Macam mana? hebat tak kuasa aku?" Gopal mengangkat-angkat keningnya dengan perasaan penuh bangga

"Eleh, setakat boleh tukar makanan aje, buat apa" Fang pula menyampuk di situ "Kau tu tahu makan aje"

"Kau tu tahu nak berlagak aje"

"Aku memang berlagak pun tapi aku lebih hebat daripada kau"

"Eleh.. hebatlah sangat. Padahal Boboiboy lagi hebat daripada kau" Gopal ketawa sinis di situ apabila dia melihat Fang sudah berapi-api dengan dia

"Jaga kau Gopal... HARIMAU BAYANG!"

"TIDAKKKK!" Gopal terus larikan diri dia daripada harimau bayang Fang. Dia berlari keluar dari kelasnya tetapi harimau bayang itu tetap mengejarnya sehinggalah ke padang sekolah. Para pelajar yang lain, menyaksikan Gopal di belasah oleh harimau bayang di tingkap sekolah. Para guru terpaksa memanggil anak murid mereka untuk duduk dan sambung balik belajar

Lily rasa suka pula dengan suasana sekolah yang begitu menyeronokkan tetapi dia perlu ingat dengan misi dari abang dia. Lily tidak boleh terlalu leka dan dia pasrah di situ kerana dia ingin berkawan dengan mereka semua tetapi abang dia tidak bagi berkawan dengan budak-budak bumi. Dia terpaksa mengikut arahan daripada abang dia, seorang kapten yang terhandal di seluruh galaxy

----------------------------------------------------------------------------------------

Pada malam itu, Lily menghubungi abang dia untuk berikan laporan tentang jam-jam kuasa tersebut. Dia kini duduk di dalam sebuah rumah yang sudah lama tiada penghuni. Mengikut kata Gopal, rumah itu adalah rumah berhantu tetapi Lily tengok sendiri, tiada hantu di dalam rumah itu

"Macam mana misi kau pada hari pertama?"

"Misi adik seperti biasa.. berjalan dengan lancar! Lily telah jumpa kelima-lima jam kuasa! Mereka sama kelas dengan adik. Nama dia orang adalah Boboiboy, landak, Gopal, Yaya dan Ying"

"Landak? Kau ingat binatang ada pakai jam kuasa ke? APA YANG KAU BUAT SEBENARNYA DEKAT BUMI?" Lily korek-korek telinga dia sebab dia rasa pekak sedikit sebab suara garang abang dia melebihi 10 speaker

"Bukanlah abang. Landak tu sebenarnya manusia.." Kaizo terus bayangkan seorang manusia berupakan landak. Terus dia padamkan imej menakutkan itu kerana terlampau mengerikan "Landak tu adalah manusia pertama sekali yang adik bercakap dan dia mempunyai jam kuasa manipulasi bayang"

"Bagus, aku bangga dengan kau tapi misi kau belum tamat di sini. Kau perlu siasat lagi tentang kemahiran mereka menggunakan jam-jam kuasa tersebut"

"Ok! Kalau tak bagus.. kita rampas sahaja, kalau bagus.. apa abang nak buat?"

"Kalau bagus, aku akan tetap merampas jam-jam kuasa itu. Mereka tidak layak memilik jam-jam kuasa yang hebat itu"

"Abang ni.. sesuka hati aje nak merampas jam-jam kuasa yang sudah lama mereka gunakan untuk menjaga kebaikan planet bumi ini. Walaupun Lily belum pernah lagi melihat kehebatan mereka tapi Lily dapat rasakan, mereka mampu menggunakan jam kuasa itu dengan baik kecuali si landak tu" Lily pandang ke dinding rumah kerana rasa terharu dengan kelima-lima superhero Pulau Rintis tetapi dia hanyalah pandang seekor cicak yang melekat di dinding itu dan tiba-tiba sahaja dia terbayangkan muka Boboiboy pada dinding rumah itu "Oh my BBB-CHAN..."

"Kau ni sudah kenapa? Kemaruk jatuh cinta dengan budak bumi ke?" Lily tidak dengar kemarahan dari abangnya kerana dia masih terbayangkan diri dia sedang berlari-lari bersama Boboiboy di tepi pantai. Berkerut-kerut dahi Kaizo melihat karenah adiknya yang kuat berangan "SUDAH! ABANG BAWA KAU BALIK! BIAR ABANG SAHAJA JALANKAN MISI INI!"

"ERK!" Terus Lily tersedar dari angan-angan dia tadi "Janganlah abang.. adik janji adik akan jalankan misi ini dengan baik tapi.. bagilah adik duduk dekat bumi lama-lama. Bolehlah adik berkenalan dengan Boboiboy dengan lebih mendalam" Berkerut-kerut dahi Kaizo lagi

"CANCEL! BALIK SEKARANG JUGA!"

"TAK NAK!"

"AKU KATA BALIK, BALIKLAH!"

"UWAAAAAA! LILY TAK NAK BALIK! LILY NAK BERDATING DENGAN BOBOIBOY!"

"KAU TU KECIK LAGI.. ADA HATI NAK BERCINTA CINTUN! ABANG TIDAK AKAN BENARKAN KAU BERCINTA DENGA SESIAPA PUN! FAHAM! PENING KEPALA AKU DENGAN PERANGAI KAU NI! CUBALAH BUAT PERANGAI SERIUS MACAM AKU!" Menangislah Lily di dalam rumah terbiar itu. Kebetulan Gopal dan Boboiboy lalu di depan rumah terbiar itu dan terdengar tangisan Lily yang terlampau kuat sangat. Mereka berdua pandang satu sama lain dan terus larikan diri

"HA-HANTUUUUUU!"

----------------------------------------------------------------------------------------

"Dasyat juga yea kalau Lily jadi adik kepada abang Kaizo" kata Bella sambil angguk kepalanya

"Memang dasyat, sampai aku sekali boleh bayangkan apa yang korang bayangkan tadi" Mata Fang, Yaya, Ying dan Bella melirik ke arah Boboiboy yang tiba-tiba sahaja ada di situ

"Wei, apasal kau ada dekat sini?" tanya Fang

"Hmm... tak dengar loceng waktu rehatlah tu" Mereka tersengih kepada Boboiboy "Lupa pula, abang kau ada dekat kantin dengan Neko Neko kau"

"NEKO NEKO ADA DEKAT SEKOLAH? Takde yang lari lintang pukang ke?"

"Hehehee... kau akan terkejut nanti" Boboiboy terus berikan senyuman dia kepada Fang "Jomlah ke kantin sebelum waktu rehat tamat" Dia pergi ke pintu kelas untuk keluar dari situ. Dia telah diikuti oleh rakan-rakan dia yang lain. Fang, Yaya, Ying dan Bella ikut di belakang Boboiboy. Mereka turun dari tangga sekolah bersama sehinggalah ke kantin sekolah

Sampai sahaja di kantin sekolah, Fang mencari-cari Neko Neko tetapi dia hanyalah nampak abang dia sedang mendukung seekor anak harimau. Tangan Kaizo asyik membelai kepala anak harimau itu dan para pelajar perempuan asyik menjerit kerana gaya dan kecomelan Kaizo. Ada juga yang bertanya kepada Kaizo jikalau sudi menjadi kekasih istimewa kepada dia tetapi Kaizo hanya bermuka serius sahaja. Fang terpaksa meredah jeritan para pelajar perempuan di situ

"WOI! KORANG BOLEH SENYAP TAK!" Terus pelajar-pelajar perempuan itu senyap dan sambung balik dengan kerja masing-masing "Bagus.. bising aje tahu" bisik Fang

"Bagus Pang.. kegarangan kau sudah mula mengalir di dalam badan kau"

"Hehehee.. abang garang, adik pun mestilah kena garang juga" Fang terus tersenyum lebar kepada abang dia yang masih lagi serius "Abang.. anak siapa yang abang sedang dukung tu? Dan siapa jaga Rizu dan Idoli dekat rumah?"

"Anak harimau ini adalah Neko Neko" balas Kaizo

"NEKO NEKO?!" terkejut Fang, Yaya, Ying dan Bella

"Hehehe... korang mesti terkejut punya" kata Boboiboy sambil ketawa kecil

"Tapi macam mana dia boleh jadi anak harimau? ADAKAH ABANG TELAH MEMBUAT SESUATU DEKAT NEKO NEKO DAN MEMBENARKAN ADIK MEMBELA DIA DI SINI?" Mata Fang terus bersinar-sinar melihat anak harimau itu. Hati dia penuh dengan harapan dan dia berharap abang dia akan katakan sesuatu yang mengembirakan hati dia "Atau dia sebenarnya boleh bertukar menjadi manusia seperti Idoli?"

"Bukan.. dia hanyalah haiwan sahaja" kata Kaizo yang masih lagi membelai kepala Neko Neko "Ini adalah kerja si Emmy tu dan soalan kau tentang Idoli dan Rizu. Mereka berdua ada di rumah Emmy. Sibuk sangat nak main game tumbuhan lawan dengan zombie" Maksud Kaizo adalah game Plants vs Zombies "Dan untuk musnahkan harapan kau, Neko Neko harus pulang ke planet dia dan abang tidak membenarkan dia duduk di sini kerana dia mempunyai keluarga di sana"

"Yelah yelah.. adik nak dukung dia boleh?" Kaizo terus berikan anak harimau itu kepada adiknya "Neko Neko! My baby tiger" Fang terus peluk Neko Neko seperti dia memeluk teddy bear

"Hehehee... comelnya kau peluk anak harimau tu. Dah macam anak kau sendiri" Faye tergelak di situ

"Anak sendiri pun anak sendirilah.. asalkan Neko Neko is my mine forever! HAHAHAHAAA-" Kaizo terus ketuk kepala adiknya "Abang!"

"Aku nak dukung dia boleh?" tanya Gopal. Neko Neko terus buat bunyi garang kepada Gopal "Erk! Garangnya anak harimau ni"

"Hehehe.. bagus Neko Neko. Lain kali gigit tangan dia sekali ok" Gopal terus sembunyikan diri di belakang Boboiboy

"Kau ni Fang, kejam sangatlah. Ajar dia gigit tangan orang pulak" marah Boboiboy

"Suka hati akulah, dah Neko Neko tak suka dengan Gopal. Aku suruhlah dia gigit aje tangan Gopal" Fang belai kepala anak harimau itu "Nanti aku belikan daging untuk kau yea. Bolehlah kau makan dekat rumah atau Neko Neko sebenarnya dah makan dekat rumah? Neko Neko makan si itik tu dekat rumah ke?"

"Lily si itik tu dah menyorok dekat dalam rumah. Entah dekat mana dia pergi sorok, aku malas nak mencari dia" jawab Kaizo "Sudahlah buat perangai pelik, aku nak basmikan virus kepelikan dia, si itik tu pergi larikan diri pula"

"Biarkan ajelah Lily si itik tu dengan kepelikan dia. Abang Kaizo kenalah bersyukur kerana mendapat seekor itik yang sangat unik dan bijak. Jarang nak dapat itik begitu" kata Yaya

"Yolah.. kalau boleh, aku pun nak juga ada itik macam tu"

"Kalau macam tu Ying, kita akan berusaha untuk dapatkan itik pelik seperti Lily si itik" Yaya terus peluk kawan baik dia iaitu Ying "Bolehlah itik kau dan itik aku jadi kawan baik seperti kita ni"

"Hehee.. wah, dua-dua pun nak bela itik juga. Aku nak juga bela seekor itik" Boboiboy dapat bayangkan dia tidur bersama dengan itik, bermain dengan itik dan mandi sama-sama dengan itik "Seronoknya" bisik Boboiboy sambil terbayangkan diri dia memeluk seekor anak itik comel

"Kawan aku ni dah terkena virus berangan Lily ke?" bisik Bella kepada Faye

"Entahlah" balas Faye balik sambil ketawa kecil

"Semua nak bela itik.. baik aku buat itik panggang ke, itik salai ke, satay itik ke... paling best, kalau buat itik goreng. BESTNYA!"

"Semua cakap pasal itik.. baik aku pulang ke rumah sahaja" bisik Kaizo yang sudah bosan dengan topik itik. Lalu dia merampas Neko Neko dari tangan adiknya "Pang! Abang bawa balik anak harimau ni. Kau boleh bermanja-manja dia dekat rumah sahaja" Neko Neko pula kali ini terkapai-kapai tangannya ke arah Fang. Dia tidak mahu terpisah dengan Fang

"Sudah macam drama anak dan bapak terpisah pulak" bisik Gopal

"Tahu takpe, Gopal" Boboiboy sudah bosan melihat perangai seekor harimau menjadi manja dan perangai kawan baik dia menjadi pelik "Fang jadi begini semenjak dia jumpa si Neko Neko tu"

"Jadi, kau nak salahkan si harimau tulah?"

"Bukanlah Yaya.. aku tak nak salahkan si harimau tu tapi rasa.. macam pelik... sudahlah, malas aku nak fikirkan lagi. Nanti naik pening kepala aku" Boboiboy terus beredar dari situ untuk pergi beli makanan. Perut dia sudah berbunyi-bunyi kerana kelaparan. Fang melambai-lambai ke arah harimau kesayangan dia

"Wei Fang, aku nak tanya sikit boleh?"

"Kau nak tanya apa, Gopal?" Fang masih lagi melambai-lambai. Mata dia asyik tumpukan ke arah Neko Neko sahaja bukan abang dia yang sudah bawa anak harimau itu pergi

"Apa istimewanya sangat si Neko Neko tu? Sampai aku sendiri tak pernah nampak kau buat perangai pelik dekat Shadow"

"Hehehe.. hanya mata aku sahaja yang nampak keistimewaan si Neko Neko kerana pada ketika korang lari daripada dia, hanya aku sahaja nampak kesunyian di mata dia dan aku sahaja yang terima dia dan bermanja-manja dengan dia" Fang duduk di bangku sekolah sambil bayangkan diri dia bermain-main dengan Neko Neko

"Bayangkan kalau si Neko Neko tu adik kamu dan dia bukan harimau, macam mana agaknya abang Kaizo jaga kamu berdua nanti. Mesti naik pening kepala abang Kaizo" Lalu mereka semua terbayangkan apa yang dikata oleh Ying tadi

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Neko! Neko Neko! Mana adik abang ni" Fang merangkak di bawah meja ruang tamu untuk mencari adik comel dia. Tiba-tiba sahaja dia terasa ada sesuatu di belakang dia. Fang menoleh kebelakang sedikit

"Abang Pang!"

"Abang Fang lerr... bukan abang Pang!"

"Tapi... abang Kaizo selalu ajar adik panggil abang, abang Pang" Berapi-api hati Fang dengan abang dia yang suka sangat buli dia "Abang Pang, jomlah main dekat luar. Kita mana boleh main dekat bawah meja. Sinikan sempit"

"Hehehe.. ok ok" Fang merangkak keluar dari meja itu "Jom main dekat luar" Neko Neko ikut merangkak keluar juga "Tapi kita kena beritahu abang Kaizo dulu. Kalau tidak, mesti kita kena marah dengan dia macam semalam"

"Itu sebab kakak Lily heret Neko Neko dan ajak Neko Neko main dekat taman permainan. Kakak Lily tu best! Lagi best daripada abang sebab abang tak reti buat benda pelik-pelik. Abang Pang tak reti sangat"

"Abang retilah! INGAT ABANG NI RETI MARAH-MARAH AJE KE? ABANG PUN BOLEH BUAT BENDA PELIK DAN LAGI PELIK DARI KAKAK SI PELIK TU!" Muka Neko Neko berubah apabila melihat abangnya sedang marah-marah kepada dia

"UWAAAAA! ABANG MARAH ADIK!" Neko Neko terus lari ke bilik abangnya lagi satu iaitu ke bilik Kaizo. Fang terdengar aduan Neko Neko kepada Kaizo "ABANG PANG MARAH ADIK! DIA CAKAP DIA BOLEH BUAT PELIK-PELIK TAPI NEKO NEKO TAKUT SANGAT BILA ABANG PANG MARAH-MARAH"

"PANGGGGG!" Kaizo terus keluar dari bilik sambil mendukung Neko Neko "KENAPA KAU MARAH DEKAT NEKO?"

"MANA ADIK ADA MARAHKAN NEKO NEKO! ADIK CUMA GERAM SAHAJA DENGAN SI KEREPEK PISANG TU!"

"Betul ke ni?" Kaizo berikan renungan tajam dia ke arah Fang

"Betul lah!"

"Baiklah, aku percaya tapi jangan nak lepaskan kemarahan kau dekat Neko. Kalau kau buat lagi sekali, hukuman latihan tempur aku akan berikan"

"Yelah abang ku yang terlajak ganas" bisik Fang dengan perasaan geram dia "Dalam angan-angan adik pun, masih lagi nak garang semacam"

"Neko, kalau si Pang tu buat hal.. laporkan kepada abang"

"Baik abang Kaizo" Neko Neko peluk leher abangnya "Abang Kaizo, jom pergi main dekat luar dengan Neko Neko dan abang Pang. Lepas tu kita beli ice cream green tea"

"Maaf adik, abang ada hal dengan kak Lynna"

"Oh! Abang hari ni dating dengan kak Lynna yea" Kaizo angguk sahaja. Neko Neko terus cium pipi abangnya "Semoga berjaya abang sebab abang Pang beritahu adik semalam yang abang nak melamar kak Lynna hari ini. Hehehee.. Neko Neko suka!"

"Abang pun suka juga" Fang sudah mula berangan dia dapat melihat majlis perkahwinan abang dia dengan kak Lynna

"Wei, kau sempat lagi yea berangan abang kau kahwin dalam kisah ni" muncul Boboiboy di sebelah Fang

"Aik, dari mana kau datang?" tanya Fang yang sudah mula rasa pelik dengan kisah bayangan atau angan-angan ini "Ada juga yang datang menyibuk dalam cerita ni"

"Aku bukan menyibuklah tapi aku nak beritahu kau, waktu rehat sudah tamat tapi kau tu, sudah melayang ke tempat lain. Kawan-kawan kita semua sudah pergi masuk kelas, kecuali kau seorang sahaja ada dekat sini lagi"

"ERK!"

--------------------------------------------------------------------------------------

"Alamak! Aku tak nak lewat masuk kelas!" Fang tersedar dari berangan dia. Dia lari keluar dari kantin sekolah dan tinggalkan Boboiboy keseorangan di situ

"Cheh, sanggup dia tinggalkan aku" Boboiboy terpaksa kembali ke kelas dia seorang diri. Pelajar lain sudah pun masuk ke kelas masing-masing tetapi ada juga yang masih merayap di sekitar sekolah sebab malas nak masuk kelas

------------------------------------------------------------------------------------------

Pada malam itu, Fang bermain-main dengan Neko Neko. Dia timang tinggi-tinggi anak harimau itu dan Shadow pula rasa cemburu kerana dia sendiri tidak merasai itu semua. Shadow sabar sahaja dengan sikap tuan dia tetapi dia tidaklah mahu bersikap ganas kerana dia bersyukur, selama ini tuan dia tidak pernah buat jahat dengan dia dan selalu melayan dia dengan baik. Jadi, dia pendamkan sahaja perasaan cemburu itu

"Neko Neko malam ni tidur dalam bilik aku ok. Bolehlah tidur atas katil aku dengan Shadow sekali. Kasihan kau Neko Neko, Emmy jadikan kau anak harimau pula. Lepas tu kena tunggu esok baru kau jadi harimau dewasa balik" Fang belai kepala anak harimau itu sambil baringkan diri dia di atas katil "Sebelum kau balik nanti, bolehlah kau bermanja-manja dan aku akan berikan kau salah satu plushie landak aku sebagai pengubat rindu kau dekat sana" Neko Neko mengaum comel di situ. Dia gesel kepala dia di badan Fang

"Hehee.. manja betul si Neko Neko ni. Lepas ni takde dah nak bermanja-manja dengan aku tapi kau jangan lupa datang ke sini balik ok. Aku pun kalau ada masa, aku akan datang ke sana. Bolehlah kita main salji sama-sama" Neko Neko baring di atas badan Fang dan lalu dia pejamkan mata "Kau dah mengantuk yea, jom kita tidur. Esok kita main lagi sekali sebelum kau berangkat pergi"

"Meow meow" Shadow pun naik ke atas katil dan dia tidur di atas badan Fang juga. Dia rapatkan badan dia dengan anak harimau itu. Ketiga mereka tertidur di situ dan beberapa minit kemudia, Pikachu melompat naik ke atas katil Fang. Dia tidur di kaki Fang dan kemudian Idoli turut menyertai mereka juga. Dia menukarkan diri dia menjadi anak kucing dan tidur di bahagian atas badan Shadow dan Neko Neko

"Quack quack?" Lily si itik masuk ke dalam bilik Fang "Quack quack quack" Dia mengibas-gibas kepaknya untuk terbang naik ke atas katil. Dia bukan naik ke atas badan Fang tetapi dia pergi tidur di atas muka Fang. Berkerut-kerut dahi Fang dan akhirnya, dia termimpi dia di kejar oleh itik gergasi

"QUACK QUACK QUACK QUACK!"

"APASAL AKU MIMPI ITIK PULA NI! SELAMATKAN AKU NEKO NEKO! TIDAKKKKKK!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top