Impian
Fang terbaring di atas katil Rizu sambil melihat kipas bilik itu berputar-putar dengan lajunya. Rizu turun ke bawah sekejap untuk mengambil makanan. Dia telah mengajak Fang datang ke rumah untuk bermain dengan video game. Perut dia terasa lapar pula. Dia belum bersarapan lagi kerana awal-awal lagi dia sudah keluar dari rumah. Abang dia tiada di rumah dan dia pasti yang abangnya berada di dalam kapal angkasa. Faye pula, seperti biasa, dia akan pergi ke rumah Bella. Lily pun ada di Pulau Rintis untuk habiskan masa cuti dia di sini dan Fang terpaksalah bertahan dengan perangai kepelikan Lily
"Adeh, laparlah pula" Fang pusingkan badan dia sehinggalah mata dia ternampak sebuah diary lama yang ada di atas meja kecil yang ada di tepi katil. Tangan dia mencapai buku diary itu dan lalu dia mengambilnya. Dia dudukkan dirinya di atas katil itu "Ini bukan diary si hantu tu ke?" Dia membelek-belek buku tersebut dan berhenti di salah satu mukasurat
"Abang Fang buat apa tu?" muncul suara Rizu di dalam bilik itu. Fang angkat kepala dia sedikit dan lalu dia tersenyum melihat makanan yang ada di tangan Rizu
"Abang tengah baca diary Melissa Hope ni. Takpe ke abang baca?"
"Takpe" Rizu letak sepiring pinggan di atas meja. Tangan Fang terus mengambil seketul nugget yang ada di dalam pinggan itu "Abang Fang, kisah dia memang sedih"
"Kenapa dengan dia?"
"Dia tulis dalam diary tu, ibu bapa dia bercerai dan dia orang tak ambik tentang dia. Kasihan dia. Lepas tu pada suatu hari, dia didera oleh ayah dia. Melissa Hope lari ke rumah misteri tu bersama dengan diary dan teddy bear yang dia berikan hari tu. Dia tulis dalam tu, dia duduk dekat rumah tu sebab nak sorokkan diri dan dan..." Rizu tidak sanggup untuk menghabiskan kisah Melissa Hope. Sebutir air mata mengalir keluar dari matanya
"Rizu tak perlu habiskan. Biar abang sahaja baca diary dia" Rizu mengesat air matanya sendiri. Dia tersenyum melihat Fang
"Tapi Pizu nak habiskan juga... dia nak habiskan masa hidup dia di dalam rumah misteri itu. Dia ada tulis dekat dalam diary tu. Muka surat yang terakhir dia tulis, dia mahu hidup seperti kanak-kanak biasa. Tiada penderaan dari ibu dan ayah dia"
"Kasihan dia tapi Rizu jaga diary ni baik-baik"
"Baik abang Fang" Rizu mengambil diary itu dari tangan Fang "Pizu nak simpan diary ni. Lepas tu kita main game sama-sama! Kita sudah lama tak main video game sama-sama" Rizu menyimpan diary itu di dalam laci meja "Abang Fang nak main game apa? Pizu takde game baru sebab ibu cakap, Pizu ada terlampau banyak sangat video game. Tak pun abang Fang nak buat benda lain? Pizu ada buat komik tentang Pizu, abang Fang dan abang Paizo! Abang Fang dekat dalam komik Pizu tu selalu kena marah dengan abang Paizo sebab buat nakal"
"Kenapa tak buat abang Kaizo tu kena buli dengan abang Fang dan abang Fang pula adalah seseorang yang lebih kuat dan lebih hebat daripada abang Kaizo"
"Hehehe... kalau Pizu tunjuk dekat abang Paizo, mesti dia akan cakap" Rizu terus tukar nada suara dia ala-ala Kaizo "Jangan nak merepek!" Lalu dia tergelak di situ bersama Fang "Pandai tak Pizu buat suara serius abang Paizo?"
"Pandai! Tengok abang pula buat suara dia" Fang betulkan suara dia dan muka dia berubah menjadi serius "PANG! ABANG NAK KAU MASAKAN BUBUR LOBAK MERAH UNTUK ABANG!"
"WAH! Macam abang Paizo!" kata Rizu sambil bertepuk tangan "Hehehee... tengok Pizu buat ni" Rizu ubahkan suara dia dan berpura-pura sedang memegang secawan teh hijau "Ketenangan"
"Heheheee... tengok abang pula" Fang turun dari katil dan dia mengambil pedang kotak yang Rizu buatkan pada tahun lepas. Dia terus buat gaya ala-ala Kaizo "Aku, Kapten Kaizo. Kapten yang terhebat di seluruh galaxy. Aku bukan macam adik aku yang serba tak guna tu tapi aku tetap sayangkan dia" Fang tersenyum sinis selepas itu
"Hehehee.. pandai abang Fang!"
"Abang memang pandai pun" Dari senyuman sinis, terus ke senyuman bangga dia
"PANDAI APA KEBENDANYA! KAU LANGSUNG TAK SEDIAKAN SARAPAN PAGI UNTUK ABANG!" Terkejut Fang dan Rizu dengan kemunculan suara garang Kaizo "AWAL-AWAL PAGI LAGI KAU SUDAH KELUAR BERMAIN!"
"Abang buatlah sarapan pagi sendiri. Asyik adik sahaja.. adik bukannya orang gaji abang pun"
"Menjawab pulak abang ni" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Kau tahukan, kalau abang yang buat mesti masin"
"Jadi, apa salahnya? Adik telan aje masakan abang. Jadi abang pun kenalah rasa juga masakan abang yang terlampau masin tu! Hehehe.. lepas tu, bila abang dah rasa, mesti abang nak betulkan kesilapan abang! dan masakan abang akan menjadi sedap tapi masakan abang tidak boleh kalahkan adik punya masakan! HAHAAHAHAAAA!" Kaizo ketuk kepala adiknya dengan teddy bear Rizu "Hehehee.. abang jangan marah yea"
"Hmm.. pelik pula aku lihat kau hari ni. Selalunya kau akan menjerit ABANGGGGG! ini tiada pula"
"Sebab adik tengah happy happy hari ni. Betul tak Rizu?" tanya Fang kepada Rizu
"Betul betul!" Rizu menjawab sambil mengangguk-gangguk kepalanya "Abang Paizo sarapan pagi dekat sini ajelah. Ibu ada buat bihun goreng dan nugget ayam sebelum ibu pergi kerja. Jom kita sarapan pagi sama-sama abang Paizo" Rizu tarik tangan Kaizo untuk turun ke bawah bersama
Fang ikut di belakang mereka dengan mukanya yang berseri-seri dan juga senyuman dia yang tersangat lebar sehingga ke pipi. Dia begitu kerana dia tidak perlu pulang ke rumah dan buat sarapan pagi untuk abang dia. Hati dia terlampau seronok sangat sampai dia sendiri tidak pandang kaki dia terpijak anak tangga yang lain. Lalu dia terjatuh dan tergolek. Kaizo terdengar adiknya jatuh dan dia berhenti di situ bersama Rizu. Dia menoleh kebelakang dan melihat adiknya sedang mengusap-usap kepala belakangnya
"Macam mana kau boleh terjatuh?" tanya Kaizo
"Hehehee... adik tak tengok tangga tadi" Fang tersengih sahaja "Abang pergilah makan dulu. Nanti adik akan join sekali" Kaizo perasan ada luka sedikit di bahagian tepi kepala adiknya
"Kau kena ikut abang ke dapur juga. Kepala kau tu ada luka sedikit"
"Luka?" Fang meraba-raba di mana bahagian lukanya. Rizu terus tunjuk di tepi kepala. Fang sentuh sedikit luka itu dan dia terasa ada sedikit darah. Lalu dia bangun dan turun dari situ bersama mereka berdua "Maaf abang, adik jalan tak tengok tangga tadi"
"Takpe, lain kali pandang tangga tu. Jangan nak senyum seorang diri sampai lupa tentang persekitaran. Itu baru tangga, belum lagi kalau kau terlanggar tiang ke, kena langgar kereta ke, jatuh dalam longkang ke dan macam-macam lain. Rizu pun sama, ingat pesan dari abang"
"Baik abang Paizo" kata Rizu. Dia menoleh kebelakang untuk melihat apa yang Fang sedang lakukan. Fang cuma tersengih sahaja. Sampai sahaja di dapur, Kaizo letak ubat dan plaster di bahagian luka kepala Fang
"Terima kasih abang" kata Fang. Dia rasa sangat bahagia melihat abangnya mengambil berat tentang diri dia. Walaupun luka sedikit sahaja, Kaizo tetap akan rasa cemas sedikit di hatinya
"Lepas ni hati-hati tau"
"Baik abang ku yang serba baik" Fang terus memeluk abangnya. Kaizo tersenyum sahaja sambil membelai kepala adiknya "Abang masih marah dekat adik lagi ke sebab tak buat sarapan pagi?"
"Tak, abang cuma geram sahaja. Kita bersarapan pagi dekat rumah Rizu ajelah" Fang suka dengar suara abangnya yang lembut itu. Tiada suara garang ataupun suara yang suka marah-marahkan orang. Dia rasa tenang dan abangnya membalas balik pelukan dia. Rizu hanya duduk di kerusi sambil melihat mereka berdua. Dia tidaklah rasa begitu cemburu kerana dia tahu, mereka tetap akan sayang dia juga. Rizu tersenyum di situ sambil bayangkan diri dia dipeluk oleh Fang dan Kaizo dan mereka semua hidup bahagia selama-lamanya
----------------------------------------------------------------
Habis sahaja sarapan pagi di rumah Rizu, mereka bertiga pergi berjalan-jalan di sekitar taman perumahan Pulau Rintis. Mereka terserempak dengan Aidan iaitu abang kepada Bella. Aidan sedang sibuk berlatih bermain bola keranjang menggunakan kerusi rodanya di sebuah gelanggang bola keranjang yang terletak di sebelah taman permainan. Fang sangat kagum dengan Aidan kerana setiap hantaran bola dia, mesti masuk ke dalam jaring
"WOAH! Dasyatnya abang Aidan" Rizu berlari masuk ke dalam gelanggang itu
"Hehehe.. terima kasih Rizu"
"Bella dulu pernah cerita dekat saya yang abang memang handal bermain dalam bola keranjang" kata Fang
"Ha ah, abang memang handal tetapi tidaklah sehebat kamu" kata Aidan sambil melontar bola keranjangnya masuk ke dalam tiang jaring itu "Dulu abang ingin menjadi seorang pemain badminton yang terhebat tetapi impian abang musnah akibat kemalangan tapi abang tidak mahu berputus asa. Cacat macam mana pun kita, kita kenalah berusaha dengan impian kita yang lain dan paling penting, jangan cari alasan yang kita tidak boleh buat. Buangkan sikap itu dan abang yakin, Fang dan Rizu boleh buat sesuatu yang menakjubkan. Abang ada melihat satu video dekat internet tentang orang-orang seperti abang bermain bola keranjang hanya menggunakan kerusi roda. Jadi abang pun berlatih sehingga abang menjadi mahir"
"Aku kagum dengan kesungguhan kau. Kau jangan sia-siakan sahaja dengan benda yang tidak berfaedah. Teruskan dengan impian kau"
"Terima kasih Kaizo" kata Aidan "Impian saya ingin menjadi pemain bola keranjang yang professional. Mungkin satu hari nanti saya dapat bermain bola keranjang di peringkat antarabangsa.. hehehee"
"Hmm.. kalau macam tu, Pizu akan berusaha untuk menjadi pelukis komik yang terkenal! Ataupun membuat sebuah animasi yang paling popular di negara ini! Yeahh!" Aidan tergelak sedikit melihat gelagat Rizu
"Semoga impian Rizu tercapai tapi belajar rajin-rajin tau. Jangan malas-malas, usaha itu kena ada. Jangan sekerat jalan sahaja dan paling penting sekali, jangan putus asa"
"Baik abang Aidan" Rizu siap berikan tabik kepada Aidan "Abang Aidan dan kakak Bella memang suka bersukan yea"
"Ha ah, dia dari dulu lagi memang handal dalam bermain bola tampar. Dia dan abang suka menonton apa-apa jenis sukan yang disiarkan di TV. Dia pun sebenarnya minat juga dengan bola sepak. Kita orang selalu tengok bola sepak bersama, suka gaduh-gaduh bila pasukan abang menang tapi gaduh mesra ajelah"
"Bestnya"
"Memang best pun Rizu" Aidan belai kepala Rizu
"Impian Pizu nak juga ada seorang abang ataupun kakak tapi impian itu sudah pun tercapai. Pizu ada abang Fang dan abang Paizo. Dia orang berdua ni baik sangat! Suka ambik berat tentang Pizu. Terima kasih abang Fang dan abang Paizo! Korang memang abang yang terbaik! Hehehee.. oh yea, apa impian abang Fang dan abang Paizo?"
"Impian abang adalah ingin menjadi kapten yang terhebat" kata Kaizo dengan nada serius dia. Mata Rizu bersinar-sinar melihat Kaizo yang begitu hebat itu
"Bukan ke impian abang sudah tercapai. Abang takde impian lain ke selain daripada itu?"
"Itu aje impian abang"
"Abang Fang?" tanya Rizu
"Abang Fang.. hmmm... entahlah, abang macam tiada impian aje" Lalu Fang tertunduk malu kerana selama dia duduk di bumi, dia tidak pernah tanamkan sebuah impian. Kalau impian dia melihat abang dia berkahwin dengan Lynna, dia sendiri tidak tahu samada impian itu akan menjadi kenyataan ataupun tidak. Fang teringat balik kata-kata terakhir Ratu Lily sebelum dia pergi selama-lamanya
"Impian kau akan tercapai suatu hari nanti"
Dia masih ingat lagi kata-kata itu. Mungkin dia akan berusaha sendiri untuk mencapaikan impian dia nanti. Dengan usaha dia yang sangat murni seperti air jernih mengalir di sungai hutan, mungkin impian dia akan menjadi kenyataan. Fang mencekak pinggang dengan hati dia sudah berkobar-kobar untuk merealisasikan impian dia yang sudah lama tertanam di dalam hati dia
"IMPIAN AKU AKAN TERCAPAI NANTI! HAHAHAHAAAA!" Fang tergelak di situ seorang diri. Kaizo melihat adiknya yang tiba-tiba sahaja tergelak seperti orang gila. Lalu dia ketuk kepala adiknya "Ketuklah kepala adik. Adik sanggup terima ketukan itu kerana impian adik akan tercapai suatu hari nanti!"
"Err... bukan abang Fang tadi kata takde impian ke?"
"Hehehehee" Fang tersengih kepada Rizu "Ada tapi itu adalah rahsia!"
"WUUUUUU... landak ada rahsia" Mata Fang melirik ke sebelah kanannya. Lily sudah muncul bersama kawan-kawan baik dia iaitu Bella dan Faye "Apa rahsia landak? Adakah ianya melibatkan landak yang bukan manusia? atau landak alien? tak pun, ianya melibatkan landak yang belum wujud lagi di bumi"
"Sibuk aje kau ni"
"Hehehe.. jangan marah landak"
"Hehehe.. kakak Lily ada impian tak?"
"Ada!" jawab Lily. Selepas itu dia terus memeluk kepala Rizu dan mulakan drama dia "Impian kakak Lily adalah untuk menawan hati Boboiboy ku! dan selepas itu, kita orang akan berkahwin dan bahagia selama-lamanya! Oh Boboiboy ku, Lily tidak akan berputus asa walaupun perjalanan kita masih jauh lagi! Tapi kalau Boboiboy ku sudah dimiliki oleh orang lain, Lily akan pasrah dan redha sahaja"
"Impian kau yang lain takde ke?" tanya Fang dengan nada bosan dia
"Ada ada!" Lily lepaskan kepala Rizu dan lalu dia mencekak pinggang seperti Fang tadi "IMPIAN LILY YANG SETERUSNYA ADALAH UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI NEGARA JEPUN! HAHAHAHAHAA!"
"Wah, bestnya impian tu" kata Faye sambil tergelak sedikit "Impian Faye adalah untuk pergi melancong di seluruh negara! dan tidak lupa juga, untuk merasai pelbagai jenis makanan yang ada di bumi ini!"
"Kakak Bella?" tanya Rizu
"Jangan cakap impian kau sama macam si pelik tu" Fang bersilang tangan sambil melihat Bella dengan muka masam dia
"Hehehe.. kalau sama macam dia, apa salahnya" Bella menjelir lidahnya kepada Fang. Hati Fang mulai berapi-api seperti gunung berapi hendak meletup "Tapi itu bukanlah impian aku. Impian aku sebenarnya ingin menjadi penulis detektif yang terkenal! dan pada masa yang sama, aku ingin juga memasuki sukan olimpik. Aku suka bersukan, macam abang aku. Jadi aku nak capaikan impian abang aku. Dulu dia juga seperti aku tetapi disebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku, jadi aku akan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk sampai ke gelanggang olimpik! Aku ingin membawa pulang sekarung emas dan berikan kepada abang aku"
"Betul ke adik?" Aidan menolak kerusi rodanya untuk pegang tangan adiknya yang kecil itu. Dia terharu dengan impian adiknya "Kalau itu impian adik, berusahalah adik. Kalau tak dapat pun, takpe. Janji adik dapat melangkah masuk ke dalam sukan olimpik" Aidan rasa bangga dengan impian adiknya
"Besar sungguh cita-cita kau" kata Kaizo secara tiba-tiba "Adik aku ni macam tiada impian aje tapi apa-apa pun, semoga berjaya. Semoga kita semua di sini dapat melihat kau melangkah jauh dari sini"
"Betul tu! Lily pun doakan yang terbaik untuk Bella" Lily terus memeluk Bella. Faye pun sertai sekali pelukan Lily tadi. Mereka bertiga tergelak di dalam pelukan itu. Rizu rasa seronok melihat ketiga-tiga sahabat baik itu, selalu menyokong dengan impian masing-masing. Terlalu indah persahabatan tiga sahabat itu
"Aku pula yang rasa cemburu dengan impian Bella" bisik Fang "Bella, aku kagum betul dengan impian kau. Aku selama ini ingatkan kau hanyalah minah perasan yang suka buat hal dengan aku tapi rupanya lebih daripada itu"
"Hehehee.. itulah kau, aku bukannya seperti gadis lain. Aku Bella! Super Bella!"
"Pizu rasa.. Pizu makin sayang dekat kakak Bella sebab kakak Bella lebih hebat daripada abang Fang!" Berkerut-kerut dahi Fang "Impian kakak Bella pun hebat. Tak macam abang Fang, takde impian langsung"
"ADALAH!" marah Fang dengan hati dia yang mula berapi-api balik
"Habis tu, apa impian kau?" tanya Kaizo dengan nada tegas dia "Tadi kata takde, sekarang ada pula. Kau ni macam lalang"
"Adik bukan lalanglah! Kalau adik beritahu pun, mesti abang akan ketuk kepala adik, kejar adik, belasah adik dan abang akan suruh adik, lupakan sahaja impian adik yang sangat murni ini"
"Murnilah sangat" bisik Bella dengan lagaknya "Tapi aku ada dengar, impian kau nak jadi pemain bola yang terhebat tapi.. hehehehehe.. kau mana reti main bola" Bella tergelak kuat di situ. Makin membara hati Fang "Sudah sudahlah tu Fang, lupakan ajelah impian kau menjadi pemain bola sepak yang terhebat tu"
"Tak baik cakap macam tu Bella. Kalau dia berusaha bersungguh-sungguh, mungkin dia boleh menjadi pemain bola sepak yang terhebat" tegur Aidan kepada adiknya
"Hmm.. yelah abang" Fang tergelak sedikit kerana Bella telah ditegur oleh abangnya "Sukalah tu"
"Hahahaa! Mestilah suka!" Kaizo hanya gelengkan kepalanya sambil melihat perangai tak senonoh dari adiknya "Jom Rizu! Kita pergi ke kedai Tok Aba! Abang perlu fikirkan sesuatu untuk impian abang menjadi kenyataan!"
"Impian ingin menjadi pemain bola sepak yang terhebat?"
"Bukan Rizu, tapi impian abang yang lain" Fang pegang tangan Rizu. Jari jemari mereka berselang seli. Lalu mereka beredar dari situ sambil menghayunkan tangan bersama
"Macam-macam betul si lalang ni. Sekejap takde, sekejap ada.. tak faham betul aku"
"Hehehee.. Kapten abang Kaizo yang terlajak hot kena banyak bersabar dengan si landak tu. Kepala dia sentiasa tak betul sebab abang Kaizo kan suka sangat ketuk kepala dia. Kasihan si landak, asyik kena ketuk aje. Terus otak dia jadi macam lalang tapi masih lagi bijak dan rajin aliennya" kata Lily sambil angguk-angguk kepala. Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat Lily yang berperangai pelik itu
"Bella, abang pun nak pergi ke kedai Tok Aba. Adik nak ikut tak?" tanya Aidan yang sudah menolak kerusi rodanya. Bola keranjang dia sudah pun berada di atas ribanya
"Mestilah nak ikut! ABANG BELANJA ADIK! HOORAYYY!" Aidan hanya gelengkan kepala sahaja tetapi bibir dia tersenyum sedikit. Dia mahu melihat adiknya tersenyum dan bukannya sedih kerana kisah silam dia yang gelap itu. Dia rasa lega melihat adiknya makin lama makin ceria semenjak dia berkawan dengan Lily dan Faye. Tiada lagi muka masam dari dia atau berlagak seperti minah gedik. Paling membuatkan dia lagi gembira apabila Bella mula ambil serius dengan latihan bola tampar dia
"Yea adik ku sayang, abang akan belanja adik" Bella tidak berkata apa, dia tolak kerusi roda abangnya. Kaizo suka melihat hubungan adik beradik yang lagi mesra daripada dia dan adiknya yang suka sangat bergaduh. Kaizo rasa cemburu sedikit tetapi dia juga seperti mereka. Walaupun suka sangat bergaduh tapi mereka tetap sayang menyayangi di antara satu sama lain. Kaizo melihat mereka semua sudah beredar dari gelanggang bola kerajang. Jadi dia ikut mereka ke kedai Tok Aba juga
-------------------------------------------------------------------
"Hmmm... bosannya cuti sekolah ni" kata Gopal sambil baringkan kepalanya di atas kaunter kedai Kokotiam Tok Aba
"Kau ni.. bila sekolah, asyik merungut bila nak cuti. Sekarang dah cuti, kau merungut sebab bosan" Boboiboy gelengkan kepalanya sambil melihat kawan dia yang sudah hilang akal sebab tidak tahu hendak buat apa sekarang "Hah! Apa kata lepas ni kita pergi menonton movie. Aku dengar masa cuti sekolah, banyak movie baru yang keluar dekat panggung wayang"
"Hmmm.. takde duitlah Boboiboy. Duit aku semuanya untuk pergi beli video game hantu yang baru keluar semalam" jawab Gopal. Hati dia menjadi lebih sedih apabila kawan baik dia ajak pergi menonton movie tetapi poket dia kosong, tiada duit
"Hmm.. tak habis-habis dengan game hantu kau tu tapi mesti kau belum main lagikan? Sebab takut nak main sorang-sorang"
"Heheheehe.." Gopal bangunkan kepala dia sambil tersengih malu "Main sorang-sorang tak best, baik main ramai-ramai, lagi seronok"
"Peminat hantu tapi pengecut" muncul suara Fang dengan satu gelakan dari seorang budak kecil iaitu Rizu "Atuk, bagi saya dua hot chocolate"
"Baik!" jawab Tok Aba dengan nada cerianya
"Dey Fang, suka hati akulah kalau aku peminat hantu tapi pengecut. Kau tu asyik kenakan orang tapi masih lagi kena kejar dengan abang kau. Cuba-cubalah insaf wahai kawan alien ku" Tangan Fang sudah keluarkan aura-aura kuasa bayang dia
"Hehehee.. " Rizu tergelak sambil mengambil tempat duduk di atas bangku kedai. Fang duduk di sebelah Rizu "Rasa kelakar pulak bila Pizu fikirkan balik"
"Fikirkan balik tentang apa Rizu?" tanya Fang. Aura-aura di tangan dia sudah pun hilang
"Fikirkan yang Pizu ada dua orang alien sebagai abang angkat Pizu.. kelakar tak?" Fang memberikan renungan tajam kearah Rizu "Abang Fang tak suka ke? Tapi Pizu suka sebab abang angkat Pizu special sangat! Memang susah nak dapat abang angkat alien!"
"Hmm.. itu sebab Rizu seseorang yang sangat bertuah" kata Boboiboy sambil tersenyum
"Baguslah tu. Sayanglah dia orang selagi dia orang duduk dekat bumi ni" jawab Tok Aba sambil letakkan dua cawan hot chocolate di atas meja kaunter "Minum elok-elok yea"
"Terima kasih atuk!" Rizu terus ambil cawan hot chocolate dia dan satu lagi cawan, dia berikan kepada Fang "Tapikan abang Boboiboy, Pizu memang tak sangka Pizu akan dapat abang-abang dan kakak-kakak yang begitu ramai! Semuanya sayangkan Pizu! Pada mulanya impian Pizu inginkan seorang abang angkat tapi tak sangka pula begitu ramai sekali Pizu dapat. Agaknya ini sebab Pizu berkawan dengan abang Fang, terus dapat berkawan dengan kawan abang Fang sekali"
"Betul tu! Lagipun Rizu budak baik cuma kadang-kadang suka sangat ikut perangai abang kesayangan kau tu"
"Betul tu Boboiboy! Aku sokong sahaja" kata Gopal dengan penuh semangat "Rizu kalau boleh, ikut sahaja perangai abang Boboiboy ni. Jauh lebih baik daripada abang landak kau tu dan abang Boboiboy juga paling hebat dan paling mesra dari abang Fang tu. Dia tu sombong dan berlagak aje lebih"
"Wei, kau cakap elok-elok sikit!" Fang tunjuk penumbuk dekat Fang
"Ala, biarkan ajelah Rizu nak abang yang mana satu. Lagipun Fang pun ada juga perangai baik dia macam Fang ni seorang yang rajin, pandai dalam matematik dan juga suka jaga kebersihan"
"Betul tu! Pizu tak pandang pun tentang keburukan abang Fang tapi Pizu tahu, disebalik kesombongan abang Fang, mesti ada kebaikannya juga" Rizu terus berikan senyuman comel dia kepada Fang "Pizu nak tanya abang Boboiboy dan abang Gopal boleh?"
"Tanya apa Rizu?" Boboiboy rasa curiga, soalan apa yang Rizu akan tanyakan nanti
"Ermm.. apa impian abang Boboiboy dan abang Gopal?"
"Rizu nak tahu impian dia orang kenapa?" tanya Fang sambil mengacau-gacau hot chocolate dia yang belum lagi di minum olehnya
"Saja nak tahu. Lagipun best dengar impian orang lain. Pizu dah dengar impian abang Kaizo, abang Aidan, abang Fang, kakak Bella, kakak Faye dan juga kakak Lily. Tak salahkan Pizu nak tahu juga impian dia orang"
"Tak" jawab Fang secara ringkas
"Impian abang robot untuk menjadi manusia selama satu hari" Ochobot mencelah dalam perbualan mereka "Tapi hari tu, tak puas lagi menjadi seorang manusia. Teringat balik makanan dekat Edisi Malam Minggu" Ochobot terus terbayangkan makanan yang banyak-banyak di hadapan matanya
"Hehehee.. ala, kita mintalah bantuan daripada Emmy nanti" kata Boboiboy "Hmm.. impian abang Boboiboy ingin menjadi pemain bola sepak yang terhebat. Ok tak impian abang?"
"Ok! Tapi impian abang sama macam abang Fang" kata Rizu sambil tunjuk abang kesayangan dia yang sedang menghirup air minumannya
"Kalau Rizu nak tahu, abang kesayangan kau tu, mana reti main bola sepak. Sepak sepak, tak kena bola... hahahaaa" Hati Fang mula panas dengan kata-kata Gopal "Kalau impian nak jadi pemain bola keranjang yang terhebat takpelah juga, adalah logicnya"
"Wei wei, ingat aku tak boleh jadi pemain bola sepak yang terhebat ke? Aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian aku! Dan aku juga akan berusaha untuk satukan abang aku dan kak Lynna!" Tiba-tiba sahaja Fang berdiri di atas bangku kedai dengan satu kakinya di atas meja kaunter
"Fang! Kenapa kamu berdiri begitu? Inikan meja, ada makanan, ada minuman. Mana boleh pijak sesuka hati kamu aje" tegur Tok Aba. Terus Fang turun dari situ dengan perasaan malunya. Boboiboy, Gopal, Ochobot dan Rizu ketawa kecil melihat Fang yang sudah naik malu "Eloklah tu impian kamu tu, Fang tapi jangan nak paksa dia orang pula semata-mata nak makbulkan impian kamu tu"
"Heheehehe... maaf atuk" Fang garu-garu pipi dia yang tidak gatal itu
"Abang Gopal pula?" tanya Rizu
"Abang ingin menjadi seorang chef yang terkenal di dunia!"
"Jadi chef tapi tak reti masak" bisik Fang sambil menghirup airnya
"Ala, dia boleh aje belajarkan. Macam kau nak jadi pemain bola sepak yang terhandal" jawab Boboiboy "Hah! Aku ada idea yang terbaik untuk Gopal"
"Idea apa Boboiboy?" Mata Gopal sudah bersinar-sinar sambil melihat kawan baiknya itu "Katakanlah idea untuk mendapatkan duit yang begitu banyak sekali dan aku akan menjadi kaya! Adakah idea itu bergambar dengan pecahan kau tapi kena bayar? Ataupun pertunjukkan terhebat dari pecahan kau juga? Kita buat circus.. best tu! tapi bukannya percuma. Nak masuk kena bayar"
"Wah! Bestnya idea abang Gopal. Nanti abang Gopal jadi badut dekat circus tu" Gopal terus menggigil kerana takut dengan badut. Takut diri dia pula menjadi hantu badut
"Bukanlah Gopal" Terus Gopal kembali sedih "Sekarang ni kan cuti sekolah, apa kata kau ambik peluang yang ada ni untuk belajar memasak. Suruhlah mak kau ajar. Tak pun suruh si Fang ataupun Yaya ajar kau. Ok tak idea aku"
"TAK OK!" jawab Fang dan Gopal secara serentak
"Aik, apasal tak ok pulak?" Boboiboy garu-garu kepala dia
"Wei, kau ingat dia suka ke aku ajar dia. Ajar matematik pun, punyalah susah! Inikah pula nak ajar dia memasak" Fang terus berpaling muka ke tempat lain seperti orang sombong yang tidak mahu turunkan ilmu memasak dia kepada kawan baik dia sendiri
"Baik aku belajar sendiri daripada aku suruh si Fang ajarkan" kata Gopal "Atuk! Bagi saya 4 keping pancake sebab saya sudah lapar"
"Makan aje kerja kau" muncul Yaya bersama Ying. Gopal terus tersengih-sengih di situ. Dia nampak beberapa orang lagi dalam perjalanan datang ke arah kedai Tok Aba. Mata dia terkebil-kebil melihat Kaizo sedang menuju ke sini bersama dengan Bella, Faye, Lily dan juga Aidan iaitu abang Bella
"Kau datang dengan dia orang juga ke?" tanya Boboiboy
"Takdelah.. kita orang dari bandar tadi. Kita orang tolong seorang mak cik ni jual kuih maaa... korang pula, mesti tak buat apa-apa kan"
"Takdelah kakak Ying. Kita orang berborak tentang impian kita orang!" Rizu tersenyum seorang diri
"Sebut pasal impian" Fang mengusap-gusap dagu dia sambil melihat abang dia yang lagi berjalan ke kedai Tok Aba "Aku pergi dulu, aku perlu buat sesuatu untuk impian aku menjadi kenyataan!" Dia terus larikan diri dari kedai Tok Aba. Tak sempat Rizu untuk pergi ikut abang kesayangan dia. Kaizo berasa pelik melihat adiknya sudah lari dari kedai Tok Aba. Pemikiran dia hanya fikirkan tentang adiknya akan buat sesuatu yang nakal
"Jaga dia nanti kalau dia buat benda yang bukan-bukan" kata Kaizo sambil genggamkan tangan dia
"Jangan risaulah Kaizo, dia lari tu mesti ada hal penting"
"Hmmm... adik aku tu, ada sahaja dengan idea tak betul dia. Tak pernah tentang perkara penting pun"
"Betul tu! Landak sentiasa tak betul walaupun rupa dia memang macam alien betul tapi rupa-rupanya otak dia serba yang tidak betul itu. Kita mesti betulkan otak landak sebelum otak dia yang penuh dengan ketidak kebetulannya akan menjadi-jadi dan lebih teruk sekali, dia akan menjadi alien yang tidak betul selama-lamanya" Kaizo terus ketuk kepala Lily "Adeh, kepala Lily pulak jadi tak betul"
"Banyak betul perkataan betul kau tu sampai aku pun tak pasti ayat kau tu betul ke tak" kata Bella yang sudah pening kepala dengan ayat-ayat Lily tadi
"Ala, betul ke tak betul ke, janji jangan tak betul sudah. Jadi pelik yang betul tapi bukan pelik yang tak betul!" Faye pula yang menjawab. Kali ini Kaizo pula rasa pening kepala dengan ayat-ayat mereka yang terlampau banyak sangat perkataan betul. Sampai otak dia pun sudah rasa tak betul. Aidan hanya tergelak sahaja
"Kasihan Kaizo" kata Aidan sambil menahan gelakan dia sebentar
----------------------------------------------------------------
Fang sudah pun berada di rumahnya. Di tangan dia sudah bersiap sedia dengan sehelai kain buruk dan sebelah tangan dia lagi satu ada baldi yang penuh dengan air sabun. Mop, vacuum, penyapu, cat dinding rumah dan juga beberapa plastik sampah, sudah tersedia di sebelah diri dia. Baldi yang penuh dengan air sabun, dia letak di tepi dulu bersama dengan kain buruk. Dia tersenyum sinis dan lalu dia menjerit sekuat hati
"MASA UNTUK BERSIHKAN RUMAH!" Fang bersenam terlebih dahulu sebelum dia jalankan sesi mengemas dia. Selepas itu, dengan bunyi muzik lagu tema dia, bermulalah sesi mengemas rumah. Fang mencapai penyapu terlebih dahulu, dengan sekilat pantas dia menyapu semua bahagian seluruh rumah dia sehingga tiada satu habuk ataupun pasir yang tersorok di lantai rumah, dari tingkat atas sehinggalah ke basement rumah. Dia memang OCD walaupun dia sendiri tidak mahu mengaku
"Meow meow meow?" tanya Shadow yang sedang terbaring di atas sofa ruang tamu
"Heheehe.. aku buat semua ni sebab nak bagi rumah ni bersih dan kemas supaya nanti bolehlah aku wujudkan suasana romantik, khas untuk abang aku dan kak Lynna. Bolehlah dia orang berdating sambil luahkan perasaan mereka. Mesti abang aku akan cakap, kau sudah lama menjadi kawan baik aku, apa kata kita cuba untuk melangkah hubungan kita ke dunia baru.. hehehee"
"Meow meow meow"
"Ha ah, betul juga cakap kau Shadow. Baik aku bagi dia orang dating dekat tepi pantai ataupun sebuah restaurant yang khas untuk dia orang berdua sahaja" Fang membelai kepala Shadow "Bagus Shadow. Idea yang bernas tapi sebelum tu, aku kena kemas dulu. Mana boleh berhenti sekerat jalan aje, betul tak Shadow?"
"Meow meow" jawab Shadow. Lalu dia pejamkan mata balik untuk sambung tidur. Fang dengan rasa senang hatinya, dia mengemas rumah. Dia pastikan semua perabut dalam keadaan yang sama, tiada yang tersusun senget. Gambar-gambar yang tergantung di dinding pun tiada yang senget sebelah dan semua habuk-habuk sudah pun di lap dengan bersih. Buku-buku novel di rak buku juga tersusun rapi dengan mengikut size buku tersebut. Dari kecil ke besar tapi Fang tidak begitu puas hati. Lalu dia menukar-nukarnya sehinggalah semuanya tersusun mengikut series, size buku dan juga warna. Habis sahaja bersihkan satu rumah, dia terus keluar dari situ untuk pergi mencari tempat yang terlebih romantik dan mungkin dia akan menyibuk sekali dengan dating mereka
Fang sempat lagi singgah ke kedai buku untuk mencari buku latihan matematik tahap letupkan otak. Malangnya, semua buku latihan matematik, dia sudah borong semenjak minggu lepas lagi. Tiada yang baru, semuanya buku lama lagi. Terus dia mencari buku tentang cara-cara memilih tempat yang sesuai untuk berdating. Fang bukanlah mahir sangat tentang perkara berdating ataupun dalam hal bercinta. Dia hanya tahu, cari pasal dengan abang dia, buat nakal, masak, matematik, menjaga kebersihan, marah orang dan paling penting sekali ialah donut lobak merah
"Adik, dekat sini mana ada jual buku macam tu" kata pemilik kedai buku itu
"Err.. memang takde yea.. hehehehe" Fang tersengih sahaja. Lalu dia keluar dari kedai tersebut dalam keadaan malu "Hmm... tempat apa yang paling romantik dan boleh aku menyibuk sekali! Berkelah di tepi pantai? Tapi sekarang ni tengah musim cuti. Mesti ramai sangat dekat pantai sekarang ni. Restaurant? Ada ke restaurant yang romantik dekat sini tapi kalau ada pun, mesti mahal dan aku mana mampu" Fang terus mengeluh sambil berjalan di tengah-tengah bandar Pulau Rintis
"Kapal angkasa abang Kaizo?"
"HAH! Boleh juga!" Fang menoleh ke tepi dan terkejut melihat Rizu ada disebelah dia dengan ice cream yang begitu besar sekali "EH! Apa Rizu buat dekat sini?"
"Pizu tadi pergi beli ice cream. Lepas tu Pizu nampaklah abang Fang jalan seorang diri sambil cakap seorang diri. Abang Fang nak buat apa dengan tempat-tempat romantik tu? ABANG NAK BERDATING DENGAN SESEORANG KE? ABANG NAK AJAK-" Terus Fang menutup mulut Rizu
"Bukan abanglah tapi ini untuk abang Kaizo dan kak Lynna!" Fang terus mendongak ke langit dengan muka penuh dengan harapan. Senyuman Fang membuatkan diri dia berkobar-kobar untuk makbulkan impian dia yang terlampau berharap sangat "Semoga abang berbahagia di sana" Rizu lepaskan tangan Fang dari mulutnya untuk berkata sesuatu
"Itu macam abang Paizo sudah pergi dulu aje"
"Hmm.. berharap lagi rupanya kau ni" muncul Boboiboy
"Suka hati akulah!" marah Fang. Hati dia yang berkobar-kobar itu terus menjadi hancur dengan kemunculan suara-suara yang menjadi penghalang impian Fang "Itu adalah impian aku! Walaupun aku masih bawah umur lagi tapi aku ingin sangat melihat abang aku berkahwin dan bahagia selama-lamanya" Fang menyentuh dadanya dengan tapak tangan dia, lalu sebutir air matanya mengalir keluar untuk memberikan kesan yang begitu menyentuh hati
"Jom Rizu, jangan layan abang kesayangan kau yang sudah tak betul tu" Boboiboy membawa Rizu pergi jauh dari situ. Mereka tinggalkan Fang keseorangan di situ. Dia berdiri keseorangan sambil melihat langit biru dan pada masa yang sama, dia bayangkan abang dia tinggalkan bumi dan membawa Lynna pergi sekali. Mereka akan berkahwin di planet asal mereka. Atuk dan nenek tentu rasa gembira melihat cucu kesayangan mereka sudah berkahwin dan Fang pula, dia sudah dapat merasai kebebasan daripada abangnya
"Bahagianya" bisik Fang sambil tersenyum seorang diri
"Sah si landak ni dah berjangkit dengan virus aku" Lily melambai-lambai di depan muka Fang tetapi tiada reaksi dari Fang "LANDAKKK! Landak ok ke? atau terkena demam kejutan berangan landak?" Lily cuba fikirkan sesuatu untuk bangunkan Fang dari angan-angan dia. Lalu dia mendapat satu idea yang sangat bernas. Dia menarik nafas dan lalu menjerit di telinga Fang
"LANDAKK! KEDAI DONUT BAGI DONUT LOBAK MERAH SECARA PERCUMA! CEPAT PERGI SEBELUM KEHABISAN STOK!" Fang terus tersedar dari angan-angan dia
"DONUT LOBAK MERAH!" Fang berlari sepantas kilat ke kedai donut. Lily tergelak di situ sebab tidak tahan melihat Fang berlari seperti lipas kudung. Tidak sampai seminit Fang sudah pun berada di kedai donut. Mata dia bersinar-sinar melihat donut kesayangan dia "Abang, bagi saya semua donut lobak merah! Terima kasih abang kerana berikan donut kesayangan saya secara percuma"
"Err.. bila masa abang bagi donut lobak merah secara percuma" Fang terus rasa malu. Dia tersengih dan lalu dia keluar dari kedai secara perlahan-lahan "Kasihan adik, kena tipu"
"LILYYYYY!" Fang terus mencari Lily di sekitar bandar itu dan akhirnya dia nampak Lily sedang memeluk tiang kedai sambil ketawa terbahak-bahak. Orang yang lalu lalang di situ pun rasa sungguh kasihan dengan Lily kerana perangai pelik dia "WOI! Yang kau tipu aku apasal?"
"Sebab Lily nak musnahkan angan-angan landak, jadi Lily terpaksalah jerit dekat landak" Lily lepaskan tiang itu "Apa yang landak sedang berangan tu?"
"Sibuk aje kau nak tahu sangat apa yang tengah berangankan" Fang terus beredar dari situ tetapi Lily ikut di belakangnya. Berkerut-kerut dahi Fang "Wei, janganlah nak ikut aku"
"Ala, bagilah Lily ikut sekali. Mesti landak tengah rancangkan sesuatukan"
"Mana ada!" Fang saja tipu Lily "Yang kau ada dekat sini kenapa? Apasal kau tak pergi ikut Bella dan Faye?"
"Sebab Lily tadi pergi menghendap Boboiboy. Setiap kali Lily mahu berdrama dengan BBB-chan, mesti Boboiboy akan lari dari diri ku ini yang begitu lemah sekali. Siapalah Lily di mata Boboiboy ku. Oh BBB chan, Lily berharap sangat BBB-chan nampak Lily seorang gadis yang sangat unik dan sesuai untuk diri mu"
"Hmm.. dramalah pulak si pelik ni" Fang tenangkan diri dia "Kalau kau nak ikut aku, kau kena tolong aku! Tolong aku sediakan tempat yang sungguh romantik!" Mata Lily terus bersinar-sinar
"Wuuuuuu! landak nak berdating dengan siapa tu? Adakah gadis itu seseorang yang Lily kenal ataupun sebenarnya landak nak berdating dengan donut lobak merah? Logic juga tu sebab setahu Lily, landak hanya bercinta dengan donut lobak merah yang selalu berakhir di dalam perut landak" kata Lily sambil angguk-angguk kepala "Landak tak pernah ke rasa kasihan dengan donut tu. Bercinta tapi akhir tamat riwayat donut lobak merah itu"
"Banyak bunyi pulak kau ni" Fang sudah naik kemarahan dia "Wei, kau nak tolong aku ke tidak?" Lily terus angguk-angguk suka
"Jom ikut aku pergi angkat barang-barang dekat rumah, beli barang yang mana nak diperlukan dan juga makanan!" Fang terus bergerak dari situ sambil fikirkan barang apa yang dia perlukan lagi. Dia perlu pergi ke pasaraya untuk masak sesuatu untuk makan di tepi pantai nanti. Dia telah memilih pantai sebagai tempat abang dia berdating dengan Lynna tetapi dia perlu mencari tempat yang tidak begitu ramai sangat orang. Lily ikut sahaja dari arahan Fang tetapi kadang-kadang ada juga dia nak pergi menghendap Boboiboy dan Fang terpaksa mengheret Lily
Mereka berdua bertungkus lumus menyiapkan sebuah tempat khas untuk berkelah di tepi pantai. Fang telah bentangkan sebuah permaidani di atas pasir pantai dan di atasnya ada beberapa bantal cushion. Terdapat dua bantal berbentuk hati dan sebuah meja yang kakinya pendek, sesuai untuk orang makan bersila di meja itu. Fang sudah siapkan spagetti seafood olio, beberapa buah-buahan dan juice apple khas untuk kakak kesayangan dia
"Landak pasti ke mereka akan datang ke sini?" tanya Lily yang rasa ragu-ragu dengan rancangan Fang
"Mestilah aku pasti. Aku akan hantar mesej kepada abang aku dan juga kak Lynna tapi aku takdelah cakap mereka akan berdating di sini. Aku cakaplah aku perlukan bantuan dan ini adalah kecemasan!" kata Fang sambil menghantar mesej itu kepada abangnya dan juga Lynna "Kita tunggu sini sehingga salah seorang daripada mereka sampai dan lepas tu, kita lari dari sini! Dan lepas mereka akan berdating di sini" Fang terbayangkan perbualan mereka nanti
"Hmm... Lily harap, apa yang landak harapkan akan menjadi kenyataan tapi kalau impian landak tak menjadi, jangan menangis tak tentu pasal pulak"
"Terima kasih Lily" kata Fang duduk bersila di atas tikar permaidani itu. Tangan dia sedang memeluk sebuah cushion. Lily ada di sebelah dia sambil makan beberapa anggur yang ada di atas meja sehinggalah Fang menepis tangannya
"Heheheee... Lily lapar"
"Apa-apa ajelah kau" Fang terus menunggu dan tunggu dan tunggu di situ. Sudah hampir dua jam dia tunggu tetapi abangnya dan juga Lynna tidak datang ke sini. Harapan Fang hancur. Dia bangun dari situ. Dia tidak menangis tetapi dia perlu buat sesuatu. Dia tidak mahu tempat berkelah yang indah itu dibiarkan begitu sahaja
"Lily, kau tunggu dekat sini"
"Landak nak pergi mana? Janganlah tinggalkan Lily sorang-sorang dekat sini" Lily buat muka sedih dekat Fang
"Kau tunggu ajelah. Nanti aku hantar seseorang dekat sini, supaya korang boleh habiskan makanan aku tu" Terus Lily berharap sangat Fang menghantar Boboiboy ke sin. Dia mula berangan dapat berdating dengan Boboiboy di tepi pantai. Fang beredar dari situ dengan kedua belah tangannya di dalam poket seluar. Lily melihat Fang dari jauh, dia rasa kasihan pula dengan kawan dia yang selalu di panggil landak
"Takpelah Fang, mungkin satu hari nanti.. impian kau akan tercapai juga" bisik Lily. Lebih kurang 30 minit dia menunggu kedatang seseorang itu dan dia memang berharap sangat orang itu adalah Boboiboy tetapi bukan Boboiboy yang datang. Fang telah menghantar dua sahabat baik Lily iaitu Bella dan Faye
"LILY!" Bella dan Faye berlari sambil melambai-lambai ke arah Lily
"BELLA! FAYE!" Muka Lily berseri-seri melihat dua sahabat baik dia. Lily rasa terharu sangat walaupun bukanlah Boboiboy "Kenapa Fang hantar korang?"
"Sebab dia cakap.. dia suka persahabatan kita. Dia ada cakap lagi, persahabatan kita bertiga sangat indah sehingga dia rasa sedikit cemburu tapi persahabatan dia dan kawan-kawan dia pun indah juga. Sahabat superhero.. hehehe" kata Bella
"Kasihan sepupu aku tu" Faye menanggalkan kasut dia dan lalu bersila di atas tikar permaidani tu "Tapi baguslah dia hantar kita orang untuk kita bertiga dating di sini sebagai sahabat. Jom kita makan!"
"JOM!" kata Bella dan Lily secara serentak. Mereka bertiga bergelak ketawa sambil kongsikan cerita masing-masing. Masing-masing berterima kasih kepada Fang di hati tetapi mereka juga turut rasa kasihan dengan Fang tapi mungkin lain kali rancangan Fang akan berjaya
"Oh yea, kenapa landak tak join kita sekali?" tanya Lily
"Biarlah dia tak join. Lagipun dia ada dengan sahabat-sahabat baik dia dekat kedai Tok Aba" kata Bella sambil makan sepotong buah tembikai yang sudah di potong oleh Fang sendiri "Lagipun kedai Tok Aba adalah tempat istimewa untuk kelima-lima sahabat tu. Tempat yang mereka selalu berkumpul dari dulu lagi"
"Betul tu! Kita pula.. setiap tempat adalah tempat untuk kita bersama! TO US!" Faye mengangkat gelas apple juice dia
"TO US! MAY OUR FRIENDSHIP STAY STRONG FOREVER!" Senyuman mereka bertiga menghiasi di tempat perkelahan mereka di tepi pantai. Gelak ketawa membuatkan suasana bertambah ceria. Bella memasang MP3 dia di sebuah speaker yang sudah tersedia di situ. Mereka hiraukan tentang orang lain dan mereka hanya berada di dunia mereka tersendiri. Kenapa Kaizo dan Lynna tidak datang ke situ? Itu kerana mereka berdua sudah berada di negara lain untuk pergi berjalan-jalan secara senyap, tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Mesej yang di hantar oleh Fang tadi, membuatkan Kaizo dan Lynna tergelak sedikit
"Kasihan Fang, takpelah. Nanti aku belikan sesuatu untuk dia. Plushie landak ataupun bantal berbentuk donut?" Lynna tergelak sedikit sambil menikmati keindahan bunga-bunga sakura di sebuah taman di negara Jepun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top