Sepupu
"Selamat Pagi OCHOBOT!" Faye yang baru sahaja tiba di bumi, terus ke kedai Tok Aba kerana Fang tiada di rumah. Sesi persekolahan pertengahan tahun sudah pun bermula dan dia di paksa oleh Kaizo untuk menunggu Fang pulang dari sekolah di kedai Tok Aba sahaja kerana Kaizo ingin sepahkan rumah
"Selamat Pagi.. eh! FAYE! sudah lama Faye tidak datang ke sini"
"Ha ah, kamu nampak semakin comel lah, Ochobot" Faye mengusap-usap robot bulat kuning itu
"Errr.. saya mana ada semakin comel, saya sentiasa nampak macam ni. Alangkah indahnya kalau aku seorang manusia atau alien seperti kamu, sudah tentu aku bertambah comel, lagi comel daripada Rizu" Ochobot pura-pura menangis di depan Faye
"Kasihan kamu tapi siapa Rizu?"
"Rizu tu adik kesayangan Fang" kata Ochobot sambil buat Ice Blended Chocolate Special untuk Faye "Faye belum pernah jumpa dia lagi kan" Faye hanya mengelengkan kepalanya "Rizu selalunya ada dengan Fang, tak kira lah masa bila pun. Tak tahulah kalau Rizu ikut Fang datang ke sini selepas sekolah nanti"
"Oh, tapi... BILA MASA FANG ADA ADIK?! aunty Keiko ada anak rahsia yang tak beritahu keluarga dia ke tentang kewujudan anak ketiga dia? Kalau atuk dan nenek tahu, mesti mereka terkejut nanti. Nak kena beritahu mereka ni" Faye baru sahaja nak hantar mesej kepada atuk dan nenek mereka tetapi dia dihalang oleh Ochobot
"Adik angkat sahaja.. bukan adik betul pun"
"Oh! begitu rupanya. Jadi si Fang tu ambik adik angkat sebab abang dia selalu buli dia ke atau nak merasa diri dia jadi seorang abang atau nak buli adik angkat dia sendiri?" Faye tersenyum sambil bayangkan bagaimana Fang buli adik angkat dia sendiri. Mesti lagi teruk daripada abang dia si Kaizo. Faye tergelak sedikit
"Isk, mana ada Fang buli Rizu. Fang dan Rizu tu sudah macam adik beradik, atuk selalu nampak dia orang duduk lepak dekat sini" muncul Tok Aba dengan ice cream chocolate dan lalu dia berikan kepada Faye
"Terima kasih, atuk" Faye makan ice cream tersebut "Baguslah dia tak buli Rizu"
"Bagus memang bagus.. tapi si Fang dengan abang dia tu, memang selalu tak puas hati dengan aku" muncul Lily dengan satu kotak penuh dengan kerepek pisang "Hai Ochobot!"
"Eh, bukan kau sudah pulang ke? kau tak pergi sekolah ke hari ini?" tanya Ochobot
"Ponteng sekolah lah tu" Tok Aba gelengkan kepalanya "Apa nak jadi dengan kau Lily, boleh juga kau nak ponteng sekolah. Ini mesti nak tengok cucu atuk ni, tak puas lagi ke kau nak cubit pipi Boboiboy tu?"
"Siapa ni atuk?" tanya Faye sambil melihat muka Lily yang begitu ceria "Boboiboy punya buah hati ke?"
"Ha ah! SAYA ADALAH PEMINAT NO.1 BOBOIBOY! DAN BAKAL MENJADI- ADOI!" Ochobot ketuk kepala Lily dengan periuk "Apasal kau ketuk kepala aku? apakah salah aku sampai kena ketuk dengan periuk?"
"Hehehehe... saja nak ketuk kepala kau, supaya kau sedar" Ochobot terus simpan balik periuk itu
"Lily, sudah-sudahlah tu dengan berangan kau. Nak jadi peminat cucu, atuk. Sopan santunlah tapi jangan nak mengaku kau tu buah hati dia pulak. Dia tu baru darjah 6, kau tu tua sedikit daripada dia" terus Lily rasa malu dengan Tok Aba "Kerepek pisang ni semua, Lily nak buat apa? nak suruh atuk jualkan ke?"
"Takde, Lily nak bagi dekat Rizu. Dia suruh Lily bawak kan untuk dia. Jadi Lily mengambil kesempatan ini, untuk menghantar kerepek pisang ini terus untuk Rizu dan boleh juga melihat idola ku si pipi tembam" Lily terus berangan dia dan Boboiboy pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Mesti Boboiboy adalah perfect gentleman untuk dia, fikir Lily. Faye hanya melihat Lily dengan perangai pelik dia
"Hmmm.. peminat gila rupanya" bisik Faye sambil minum air dia "Hai Lily, saya Faye. Sepupu kepada Fang" kata Faye dengan senyuman ceria dia
"Fang ada sepupu? DIA ADA SEPUPU?!" mata Lily menjadi bulat dan sangat teruja dapat berkenalan dengan sepupu Fang "Wah! tak tahu pula dia ada sepupu. Selama ini saya ingat dia dengan abang dia sahaja tapi entah kenapa dia orang tak puas hati dengan Lily. Mungkin soalan Lily hantar dekat dia orang, mungkin tersinggung perasaan dia orang kot, tak pun sebab dia orang tu alien landak pelik-pelik"
"Alien landak?"
"Ha ah, kan style rambut dia orang macam landak" Lily berikan sebungkus kerepek pisang "Ambiklah, sebagai tanda persahabatan kita. Aku dapat rasakan, bahawa kau dan aku akan menjadi kawan baik sejati buat selama-lamanya" Faye terima sahaja kerepek pisang itu walaupun dia tidak kenali makanan tersebut
"Kerepek pisang ni makanan ke?"
"Ha ah, kalau kau nak ikut cara Fang makan. Dia selalunya pergi cicah dengan chocolate syrup" kata Ochobot sambil bagikan semangkuk chocolate syrup kepada Faye "Cubalah" Faye dengan gembiranya, dia membuka bungkusan itu. Tok Aba melihat sahaja gelagat Faye membuka bungkusan kerepek pisang itu secara ganas tapi selamat kerepek pisang itu tidak terlepas keluar dari bungkusannya. Faye mengambil satu dan lalu rasa terlebih dahulu
"SEDAP!" kata Faye dengan mata dia begitu bulat kerana terlampau gembira sangat "Aku bawa balik semua kerepek pisang ni boleh?"
"Boleh boleh!"
"Sebelum tu, korang berdua ni. Ibubapa korang tahu ke yang korang ponteng sekolah" tanya Tok Aba secara tiba-tiba. Faye tersengih sambil cicah kerepek pisang dia dengan chocolate syrup. Lily pula rasa seperti mahu menyorok muka dia daripada Tok Aba "Hmm... tak patut kamu berdua buat begitu, pergi hubungi ibubapa kamu. Nanti dia orang risau pula. Sudahlah kamu berdua ni perempuan, nanti apa-apa terjadi, siapa yang susah"
"Baik Tok Aba" kata Faye dan Lily
"PEDANG TENAGA!" Faye dan Lily terus lari daripada diri situ kerana terkejut dengan kehadiran pedang tenaga Kaizo "KEMANA KORANG MAHU LARI HAH! KECIK-KECIK LAGI SUDAH PANDAI NAK PONTENG SEKOLAH!" Suara garang Kaizo boleh dengar sampai ke hujung taman
"Kaizo"
"Yea, Tok Aba" Kaizo pusing kebelakang dan ternampak meja kaunter kedai terbelah dua. Kaizo sudah cuak, dan Tok Aba rasa hendak memarahi Kaizo
"Betulkan balik meja ni"
"Ma-maaf, atuk" Kaizo menghela nafas. Dia terpaksa betulkan balik meja yang sudah habis jahanam itu. Ochobot tergelak sahaja melihat Kaizo
-----------------------------------------
Gopal masuk ke dalam kantin sekolah dengan muka sedih dia. Dia asyik mengeluh dari keluar kelas sehinggalah masuk ke kantin sekolah. Boboiboy tahu sebab apa tetapi dia biarkan kawan baik dia kesedihan terlebih dahulu sebelum dia ceriakan balik kawan baik dia
Mereka mengambil tempat duduk mereka di hadapan Ying dan Yaya. Fang pula ada disebelah Boboiboy "Kau kenapa Gopal?" tanya Yaya sambil makan nasi lemak yang baru sahaja dia beli
"Aku kena kelas tambahan selepas habis sekolah hari ini" kata Gopal dengan muka kesedihan dia
"Aik, apasal?" tanya Ying
"Sebab dia gagal dalam kertas ujian matematik. Tadi cikgu kata, sesiapa yang gagal ujian hari itu, hari ini semua akan menghadiri kelas tambahan matematik selepas habis sekolah" kata Boboiboy
"Kau pula? keputusan kau ok ke?" Fang pula yang bertanya. Dia tidak makan mee goreng dia dari tadi lagi
"Aku ok cuma keputusan matematik aku cukup-cukup makan sahaja" Boboiboy tersengih sambil garu-garu kepala dia
"Boboiboy, kau pergilah kelas tambahan dengan aku sekali selepas sekolah" Gopal merayu-rayu kepada kawan baik dia "Bolehlah Boboiboy! aku mana ada kawan lain selain daripada kau. Tanpa kau, kelas tambahan aku tidak ceria nanti" Gopal mula berdrama "Wahai sahabat baik ku, temankanlah sahabat baik mu ini. Bolehlah Boboiboy"
"Hmm.. bagilah aku fikirkan dulu" Boboiboy malas nak layan drama Gopal sebenarnya
"Itulah kau. Orang suruh belajar, kau pergi main video game pula. Sekarang sudah dapat keputusan teruk, baru kau nak menyesal" kata Fang dengan nada marah dia
"Dey! aku bukannya super genius macam kau. Kau tu tak payah tanya pun takpe, aku tahu keputusan kau lebih baik daripada tahun lepaskan" Fang senyap dan senyum sahaja. Dia sebenarnya ada satu kertas ujian dia dapat markah yang tidak begitu memuaskan, iaitu kertas ujian Bahasa Melayu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh gagal "Sudahlah, aku nak pergi ceriakan hati aku dengan membeli makanan seberapa banyak yang boleh" Sambil dia pergi ke meja kaunter kantin, dia sempat lagi nyanyi lagu hindustan sebab terlalu kecewa
"Kasihan Gopal tapi elok juga dengan kelas tambahan. Kalau boleh, aku pun nak turut sertai kelas tambahan itu" kata Yaya
"Kau nak ke? sebab yang ajar nanti cikgu Papa Zola bukan cikgu matematik kita orang" Boboiboy rasa pelik pula, kenapa cikgu Papa Zola yang mahu mengajar kelas tambahan mereka. Mungkin cikgu matematik dia orang ada urusan lain kot selepas habis sekolah nanti, fikir Boboiboy "Aku pergi beli air sekejap"
"Hmm.. pergilah" kata Fang dengan nada bosan dia. Mereka terdengar teriakan pelajar-pelajar di luar kantin sekolah. Fang, Yaya dan Ying melihat sahaja sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan sedang berkumpul di satu tempat sambil menjerit-jerit, mereka kelihatan seperti nampak seorang artis yang hadir di sekolah mereka "Apasal tu?"
"Entahlah, hiraukan sahajalah mereka" Yaya teruskan makan dengan nasi lemak dia. Fang akhirnya dapat makan mee goreng dia secara aman dan Boboiboy sudah kembali ke tempat duduk dia dengan air kegemaran dia iaitu air oren
"Ada sesuatu yang terjadi ke dekat situ?" tanya Boboiboy sambil melihat sekumpulan pelajar yang menjerit-jerit itu
"Mana kita tahu maa.. tahu-tahu sahaja, dia orang sudah jerit-jerit macam nampak artis terkenal" kata Ying sambil menikmati bihun sup dia "Mungkin pelajar baru, mungkin pelajar perempuan lebih lawa daripada Bella" tergelak Ying
"Hmm.. mungkin kot" Boboiboy menghirup air oren dia
"BOBOIBOY!"
Boboiboy menoleh ketepi dan nampak Lily sedang berlari ke arah dia. Dia tersembur airnya dan lalu lari keluar dari kantin sekolah "AKU LARI DULU!"
"JANGANLAH LARI! AKU NAK MELAWAT KAU DEKAT SEKOLAH SAHAJA!" Lily terus mengejar Boboiboy
"FANGGGG!" Fang pula kali ini menoleh ketepi dengan mulut dia penuh dengan mee goreng dan ada satu mee tergantung dekat mulut dia. Pipi dia kembung sambil terkejut melihat Faye ada di situ. Dia hampir nak tercekik. Dia cepat-cepat telan mee goreng dia
"FAYE?! apa kau buat dekat sini? dari mana kau dapat baju sekolah kita orang ni?" Faye senyum sahaja dan duduk disebelah sepupu dia. Dia keluarkan satu alatan seperti handphone dan tunjukkan kepada mereka "Apa benda tu?"
"Ini adalah alat yang dapat mengubah baju kita semua! aku sukalah dengan baju sekolah korang, comel dan bergaya!" Faye memakai baju kurung dan ada terdapat pin ramai-ramai di atas lencana sekolah. Rambut dia diikat menjadi dua dengan ribon yang ada bentuk rama-rama "Lawa tak gaya aku?"
"Bolehlah" Fang sambung balik makan mee goreng dia
"Tadi yang buat kecoh dekat sana, kau dan Lily yang buat ke?" tanya Yaya. Faye hanya berikan peace sahaja kepada Yaya "Hmmm.. patutlah"
"Faye rasa pelik dengan dia orang, tak pernah tengok perempuan cantik ke? sampai ada yang nak jadi teman istimewa saya" Faye pandang sekeliling dia, masih lagi ada pelajar lelaki yang memerhatikan dia dengan mata mereka begitu teruja melihat perempuan cantik. Bella yang ada di situ, terasa cemburu kerana sebelum ini, dia yang menjadi perhatian pelajar lelaki
"Biarkan ajelah dia orang. Kau dekat sini satu hari aje kan?" tanya Fang
"Mungkin.. itu pun kalau atuk dan nenek aku tahu aku ada dekat sini, aku kenalah balik sebelum dia orang datang ke sini dan heret aku balik" Faye merampas garpu dan pinggan mee goreng daripada Fang dan lalu dia makan. Fang mula berapi-api dengan sepupu dia "Tapi kalau aku pindah ke sini, mesti lagi seronok! dapatlah aku berkawan dengan korang semua. Aku sudah bosan dekat tempat aku, aku nak cari tempat yang baru! yang lebih seronok dan banyak tempat yang boleh aku pergi mengembara! dan sudah tentu, banyak makanan yang boleh aku rasa!"
"Hah! kau pindah sahajalah dekat sini!" Gopal muncul dengan makanan yang penuh dekat tangan dia "Takdelah aku keseorangan dengan minat aku yang suka makan, ada juga kawan boleh temankan aku untuk mencuba makanan baru! setiap hari kita boleh pergi ke pasar malam dan makan sepuas-puasnya!"
"Hmmm... mulalah dia dengan makanan dia" kata Yaya
"Hehehe.. biarkan ajelah dia orang Yaya. Itukan hobi mereka berdua" Ying ketawa sedikit. Fang masih lagi tidak puas hati dengan Faye kerana mee goreng dia sudah dihabis makan. Dia hanya dapat makan sedikit sahaja. Kawan-kawan dia hanya hiraukan sahaja wajah kemarahan Fang, mereka hanya berborak seperti biasa
"Aku masuk kelas dulu" kata Fang
"OK!" kata Faye sambil merasa makanan Gopal belikan tadi. Yaya dan Ying hanya gelengkan sahaja kepala. Fang keluar dari kantin sekolah, dia terus ke tangga sekolah untuk naik ke atas. Tiba-tiba sahaja lengan dia kena tarik
"Wei, tolong aku" bisik Boboiboy kepada Fang
"Kau apasal?"
"Lily tu, dia asyik cari aku sahaja dari tadi. Seram aku.. selamatlah dia bukan hantu Lily"
"Jadi, kau nak aku sorokkan kau lah ni?" Fang melihat kawan baik dia yang dari tadi asyik pandang ke kiri ke kanan, depan belakang kerana takut tiba-tiba sahaja muncul Lily nanti
"Aku nak pinjam jaket kau sahaja, kau pakailah jaket aku buat sementara" Boboiboy tersengih "dan kau boleh pakai topi oren aku"
"Habis tu, rambut uban kau tu. Kau tak kisah ke orang lain tengok?" Boboiboy gelengkan kepala dia, asalkan dia dapat menyamar menjadi orang lain sementara waktu. Menyamar menjadi kawan baik dia "Kau ada gel rambut tak? biar rambut aku nampak lain pula"
"Hmmm.. aku mana ada gel rambut tapi.. aku tahu macam mana nak menyamarkan kau jadi orang lain" Fang menarik tangan Boboiboy masuk ke dalam kantin balik. Mereka pergi ke arah Faye yang masih lagi berborak gembira dengan Gopal, Yaya dan Ying
"Faye, aku nak minta tolong daripada kau sekejap" Faye pusing kebelakang dengan senyuman manis dia
"Sepupu aku minta tolong daripada aku! Kau nak aku suruh buat apa?" Faye berkelip-kelip mata dekat Fang yang sedang buat muka tiada perasaan
"Pinjam alat kau yang boleh menukar baju orang tu" Faye keluarkan alat tersebut dari beg kecilnya dan dia keluarkan sebuah alat seperti handphone
"Jangan cakap kau nak jadi perempuan. Kau mesti comel jadi perempuan. Yaya dan Ying ada cerita dekat aku tetapi malang sungguh kerana tiada gambar, bolehlah aku framekan gambar itu buat selama-lamanya. Mesti atuk dan nenek suka melihat cucu mereka menjadi perempuan" Faye bayangkan rambut Fang panjang, berpakaian seperti budak perempuan tapi muka dia yang selalu masam itu, macam perempuan nak terkam orang sahaja
"Bukanlah, Boboiboy nak sorokkan diri daripada Lily. Jadi dia nak menyamar jadi orang lain" Faye melihat Boboiboy dan fikirkan pakaian apa yang sesuai untuk Boboiboy "Woi, kau dengar tak?"
"Aku dengarlah wahai sepupu ku sayang.. hmmmm... hah! aku tahu" Faye menekan butang di alat dia dan terus dia click di hadapan Boboiboy "Macam mana?" Boboiboy melihat dirinya, dia seperti anak orang kaya dalam cerita anime jepun. Jaket dia bertukar menjadi kot hitam, siap ada bunga ros di poket jaket itu. Topi oren dia juga turut hilang dan rambut dia seperti rambut cacak sedikit tapi tidak secacak macam Fang. Rambut putih dia tidak kelihatan kerana tersorok disebalik rambut cacak dia. Dia bukan diri dia lagi
"WAH! hasil karya ku sungguh mengagumkan!" kata Faye yang sedang memuji diri dia sendiri "Ini adalah tuan.. tuan apa yea.. hmmm"
"Tuan gila kaya" bisik Fang "Panggil dia aje Tuan Boboy.. hehehehe" Faye sahaja nak kenakan Fang dan terus dia click depan sepupu dia. Fang terus menukar menjadi seorang pelajar university. Cermin mata dia berubah, dia memakai baju sweater tanpa lengan, dan baju kemaja di dalam sweater itu. Jaket ungu dia sahaja yang masih lagi di pinggang dia
"WOI! YANG KAU TUKARKAN AKU SEKALI APASAL?!" Faye tersenyum lebar "Apa senyum-senyum! tukarkanlah aku balik!"
"Tak nak! alat ini sungguh canggih untuk menukar style kamu berdua! dan AKU AKHIRNYA BERJAYA MENJADI FASHIONISTA YANG TERKENAL!" Mereka semua menjadi senyap dan melihat sahaja gelagat Faye yang sudah berdiri di atas bangku kantin sekolah "hehehehehe..." Faye tersengih
"Faye! kau ada na..na... WAH! SIAPA DUA ORANG LELAKI KACAK NI!" Lily sungguh kagum melihat Boboiboy dan Fang "Nama aku Lily! Korang mesti pelajar baru dekat sini?"
"Pst! Faye! tukarkanlah aku sekali" bisik Gopal kepada Faye
"Hmmm.. ala, kau jadi seperti diri kau sendirilah. Buat apa kau nak berubah menjadi orang lain" Gopal sungguh terharu dengan perasaan prihatin Faye
"Terima kasih Faye! kaulah sahabat sejati ku! Terimalah donut lo-" Terus Fang tolak dia dan rampas donut lobak merah itu dari tangan Gopal "Dey! apasal kau tolak aku?"
"Sebab ini adalah donut kegemaran aku!" Fang terus tinggalkan kantin sambil menikmati donut lobak merah dia. Semua pelajar yang ada dekat situ, rasa pelik dengan perangai Fang tetapi mereka tidak kenal itu adalah Fang yang sebenarnya sebab mereka nampak itu adalah orang lain. Cuma Boboiboy, Yaya, Ying, Faye dan Gopal sahaja tahu itu adalah Fang
"Rasa pelik tengok budak tu.. itu pelajar dekat sini ke? dia pun minat donut lobak merah macam si rambut landak tu?" Mata Lily terus pandang Boboiboy "Kamu nampak sungguh segak, pipi pun tembam macam Boboiboy. KAMU KEMBAR DIA KE?!"
"Err.. bukan, saya bukan kembar dia.. saya tak kenal siapa Boboiboy tu. Saya kena.. kena pergi dulu!" Boboiboy cepat-cepat meninggalkan kantin sekolah dan pergi mencari Fang
"Suara pun macam Boboiboy?" Lily garu-garu kepala dia "Hmmm... biarkan ajelah" dia terus duduk disebelah Faye "Korang ada nampak Boboiboy tak? aku tak tahu dia pergi sorok dekat mana" Muka Lily nampak sedih. Gopal, Yaya, Ying dan Faye hanya tersengih sahaja. Mereka tidak beritahu yang tadi itu adalah Boboiboy yang sebenarnya
-----------------------------------------------
"Fang! tunggu!" Boboiboy berlari di koridor sekolah
"Kau nak apa, Boboiboy?" Fang baru sahaja habis makan donut kegemaran dia "Jangan cakap kau tak puas lagi dengan penyamaran kau" Fang dengan nada bosan dia, dia terus berjalan ke tangga sekolah
"Mana ada" kata Boboiboy dengan senyuman dia "Aku sebenarnya terlebih suka pula menyamar menjadi budak lelaki kaya tapi yang tak syoknya..." Boboiboy melihat sekeliling dia, pelajar perempuan yang lain asyik mengekori mereka sahaja. Ada yang minta nombor telephone Boboiboy dan Fang tetapi mereka hiraukan sahaja mereka "Ini lebih teruk daripada sebelum ini"
"Hmmm... dia orang ni kalau nampak pelajar lelaki yang kacak macam abang aku tu, apa lagi. Semuanya terhegeh-hegeh nak berkenalan dengan kita. Kalau pelajar biasa sahaja, buat-buat tak tahu sahaja" kata Fang dengan nada tidak puas hati. Mereka sudah sampai di kelas 6 Jaya "Aku jumpa kau lepas habis sekolah nanti" Fang melambai ke arah kawan baik dia. Dia nampak ada pelajar lain ikut Boboiboy masuk ke kelas 6 Jujur, Fang malas nak melayan karenah mereka. Dia terus mengambil tempat duduk dia
"Ini Fang ke?" Bella pula muncul di tepi meja dia
"Kau sibuk apasal" kata Fang sambil melihat luar tingkap
"Sahaja.. by the way, siapa budak perempuan yang rehat dengan korang tadi tu?" Fang menoleh sedikit dan nampak Bella rasa sedikit cemburu dengan sepupu dia
"Sibuk"
"Fine! tak nak beritahu takpe.." Bella terus pergi ke tempat asal dia. Tiba-tiba sahaja Faye muncul di pintu kelas 6 Jaya
"FANGGG!" Fang menepuk dahinya. Faye datang ke arah tempat duduk dia dengan mata ceria dia "Aku hari ini akan menjadi pelajar sekelas kau, aku pujuk cikgu kelas kamu tadi. Jadi, BOLEHLAH KITA BELAJAR SAMA-SAMA!" Fang menepuk dahinya lagi
"Aduh, kau takde kerja lain ke?"
"Hmmm.. abang kau halau aku dari rumah, lepas itu Tok Aba marah aku sebab lari ke sini tanpa beritahu atuk dan nenek dan juga ibubapa aku.. jadi, aku memang tiada kerja!" Loceng sekolah terus berbunyi, waktu rehat sudah berakhir "Jangan risau, aku tak lama pun dekat sini dan satu lagi, kau nampak sangat kacak dengan style yang aku bagi. Patutlah ramai sangat budak perempuan nak dekat kau" bisik Faye. Fang sabar sahaja dengan sepupu dia. Faye terus berkenalan dengan pelajar-pelajar lain di dalam kelas 6 Jaya
"Hai! saya Faye.. saya sepupu Fang"
Fang menghantuk-hantuk kepalanya di meja
---------------------------------------
"Abang Fang, kenapa abang Fang masam muka sahaja?" Rizu sedang berjalan bersama dengan Fang sambil berpegang tangan "Kakak Bella ganggu abang Fang lagi ke?"
"Takdelah, abang Fang tengah geram dengan sepupu abang Fang sahaja"
"Sepupu?"
"Jadi, kamulah Rizu! sayalah Faye!" Faye muncul disebelah Rizu "Comelnya kamu ni! Rambut pun sama style dengan Fang. Pandai pula Fang pilih dia jadi adik kamu" kata Faye sambil usap-usap kepala Faye "Oh yea! aku jemput kawan-kawan kau datang ke rumah sebab aku ada bawa hadiah untuk dia orang tapi Boboiboy mungkin lambat sedikit dan Gopal tak dapat nak datang ke rumah, sedihnya aku"
"Apasal dengan dia?" Fang tarik Rizu rapat dengan dia. Fang tidak mahu Rizu terlalu rapat sangat dengan sepupu dia yang sungguh menjengkelkan
"Gopal kena kelas tambahan. Boboiboy pula sebab dia cuba nak keluar dari sekolah sebab dia kena kejar dengan pelajar perempuan. Kasihan dia. Lily pun nanti datang rumah juga"
Fang terkejut dan terus dia pandang muka sepupu dia yang kelihatan ceria itu "Woi! yang kau jemput Lily datang ke rumah apasal? Abang aku mana suka sangat dengan Lily tu, aku pun tak tahu sebab apa"
"Ala, Lily sahaja bukan Ratu Lily pun. Dia tak suka Lily, itu masalah dia lah. Janji sahabat baru aku dapat datang ke rumah. Bolehkan?" Mata dia bersinar-sinar melihat Fang, Rizu rasa suka pula dengan Faye. Dia berkelip-kelip mata, buat muka comel sehingga membuatkan Fang terpaksa mengalah dengan sepupu dia
"Yelah yelah!"
"Yeah! terima kasih Fang! sebelum itu" Faye keluarkan alat menukar pakaian dan terus dia menghala ke arah Rizu, lalu dia menekan butang dan terus pakaian Rizu bertukar menjadi sebuah pakaian seekor kucing. Rizu memakai hoodie berbentuk kucing dan siap ada ekor hitam di belakang "COMELNYA!" terus dia menghala alat dia ke arah Fang dan lalu menukar baju dia style itu kepada pakaian kucing sama seperti Rizu. Fang sabar sahaja dengan sikap sepupu dia
"Abang Fang nampak comel jadi kucing hitam! Rizu pun jadi kucing hitam juga! Abang Fang senyumlah" Fang terpaksa senyum sedikit kepada Rizu "Hehehe.. jom kita pergi rumah abang Fang!" Rizu pegang tangan Faye dan mereka berdua bernyanyi-nyanyi sepanjang perjalanan
Setelah sampai di rumah Fang dan Kaizo, Fang membuka pintu rumah dan dia rasa hendak menjerit sekuat hati. Ruang tamu rumah dia seperti terkena puting beliung. Habis sofa sudah tunggang terbalik, kaca televison pecah, bingkai gambar berterabur di atas lantai. Api kemarahan Fang sedang membara, diri dia sudah menjadi merah. Dia tidak tahan dengan sikap abangnya yang suka sangat bersepahkan rumah
"ABANGGGGGGGGGGGGG!"
"Balik pun kau" Kaizo keluar dari dapur dengan makanan dia "Apasal kamu berdua macam kucing?"
"ABANG! APASAL RUMAH BERSEPAH?!"
"Oh, abang ada latihan tempur. Nanti kau kemaskan balik" Kaizo terus makan sandwich dia dan kembali ke dapur "JANGAN LUPA BERSIHKAN BILIK AIR SEKALI"
"Kasihan abang Fang, setiap hari mesti kena buli" Rizu peluk Fang supaya Fang bersabar dengan abang dia dan juga supaya kemarahan dia reda sedikit "Abang Fang jangan risau, biar kita orang tolong abang Fang"
"Ha ah! kita orang akan bantu kau!"
"Hmm.. terima kasih" Fang menghela nafas dan terus betulkan sofa. Faye mengangkat bingkai-bingkai gambar yang sudah jatuh di atas lantai. Rizu pula susun bantal-bantal kecil di atas sofa. Fang melihat television yang sudah habis rosak, dia kena memaksa abang dia beli television baru. Dia pergi menolong Rizu mengutip buku-buku yang sudah berselerak di lantai rumah tetapi yang peliknya, buku novel abang dia elok sahaja tersusun di atas rak buku "Cheh, kalau buku dia, elok sahaja. Kalau buku aku, terus dia bersepahkan" Fang menyusun buku-buku dia. Kaizo hanya perhatikan mereka bertiga dari dapur dan terus naik ke atas ke bilik tidurnya. Mereka mengemas ruang tamu sehinggalah Rizu terdengar ketukan di pintu rumah. Rizu terus membuka pintu rumah dan dia terlalu gembira melihat Boboiboy, Yaya dan Ying ada di situ
"WAH! comelnya Rizu" kata Yaya
"Kakak Faye yang buatkan. Abang Fang pun sama macam Rizu juga"
"Hehehe.. ada dua kucing hitam dekat rumah ini rupanya" kata Ying. Mereka bertiga masuk ke rumah dan melihat Fang sedang menyapu sampah di bahagian meja makan. Faye keluar dari dapur dengan makanan mereka
"Sampai pun korang! Jom kita makan dulu!" Faye meletakkan dulang di atas meja dan lalu dia susun cawan teh di atas meja makan "Aku ada bawa teh perisa strawberry, korang rasalah nanti dan aku juga ada bawa roti, dalam dia ada kacang merah. Sedap! aku beli dekat bandar pagi tadi. Mana Lily?"
"Kejap lagi dia sampai" kata Yaya "Dia cakap, dia nak ambil kerepek pisang dekat kedai Tok Aba"
"KEREPEK PISANG! itu mesti untuk Rizu" Rizu melompat-lompat kegembiraan. Fang selesai sudah menyapu habuk-habuk di bawah meja dan juga beberapa sampah yang ada di situ. Dia masuk ke dalam dapur sekejap untuk menyimpan dan membuang sampah-sampah tersebut "Rizu suka makan kerepek pisang" kata Rizu sambil duduk di sebelah Yaya
"Hmm.. tak habis-habis dengan kerepek pisang" Fang keluar dari dapur dengan muka masam dia "Rizu tak muak ke dengan kerepek pisang?" Rizu hanya gelengkan kepala dengan muka ceria dia "Faye, kata tadi ada hadiah untuk dia orang"
"Oh yea! sekejap yea semua" Dia masuk ke dalam bilik tetamu
"Wei Boboiboy, nanti Lily nampak kau dekat sini, kau nak menyamar lagi ke jadi anak orang kaya?" tanya Fang
"Entahlah, aku nak sorokkan diri pun takde gunanya, dia akan tetap cari aku" kata Boboiboy "Tapi aku rimaslah pakai jaket ni, gatal badan aku" Boboiboy nampak Faye sudah keluar dari bilik dengan tangannya penuh dengan beg kertas "Faye, tukarkan baju aku balik"
"Ok" dia keluarkan alat dia dan terus menukar baju Boboiboy kepada yang asal "Baiklah! aku ada beberapa hadiah untuk korang semua" Dia angkat satu beg kecil "Dalam ni ada chocolate, khas untuk kawan baik aku iaitu Gopal. Tolong bagikan untuk dia" Dia berikan kepada Boboiboy. Dia tahu Boboiboy akan menjaga chocolate itu dengan baik. Seterus dia mengambil beg kertas yang besar sedikit "Ini untuk Yaya dan Ying" Dia keluarkan dua buah handbag mahal. Satu warna pink dan satu lagi warna biru "Ambiklah"
"Tapi.. beg ini terlampau mahal. Kami nanti rasa bersalah pula" kata Yaya "Lagipun kita orang tiada benda nak bagi dekat kau"
"Yolah, kita orang mana boleh terima hadiah macam ini" kata Ying
"Ala, terima sahajalah.. bukan selalu pun korang dapat hadiah macam ini" Faye memberikan senyuman ikhlas kepada mereka "Aku berikan kepada korang dengan seikhlas hati aku" Yaya dan Ying terpaksa mengambil handbag mahal itu "Sebelum aku pergi ke Pulau Rintis, aku pergi merayap dekat Paris sekejap. Itu yang aku belikan untuk korang semua" Mereka semua terkejut
"Kau guna duit siapa nak beli barang ni semua?"
"Hehehehe!" dia keluarkan kredit kad dari beg kecilnya "Kredit kad serba guna! teknologi alien yang canggih! ia dapat membeli kesemua barang-barang yang ada di bumi ini! Aku ada belikan untuk Boboiboy sebuah kasut sukan" Dia keluar satu kotak dari beg kertas dan lalu berikan kepada Faye
"Dan untuk sepupu aku yang tersangatlah comel" dia cubit pipi Fang "Aku bawakan khas dari rumah atuk dan nenek" dia berikan sebuah buku novel kepada Fang "Novel ini, ibu kamu selalu baca semasa dia remaja lagi. Nenek yang beritahu aku. Sepatutnya novel ini nenek berikan kepada aku tapi aku nak berikan kepada kau sebab novel ini kepunyaan ibu kau" Fang rasa sangat terharu, mereka semua nampak air mata Fang mengalir keluar
"Terima kasih Faye" Fang tersenyum melihat novel itu. Novel mengisahkan 3 sahabat dan pengembaraan mereka di dunia lain "Aku akan simpan novel ini dengan baik"
"Untuk Pizu takde?" tanya Rizu
"Maaf Rizu. Akak takde beli apa-apa untuk Rizu sebab akak baru sahaja kenal Rizu hari ini tapi Rizu boleh simpan pakaian kucing ini" Rizu terus peluk Faye sebagai tanda terima kasih. Kaizo dari balkoni atas, melihat sahaja adiknya mengelap air mata dan dia tersenyum melihat hadiah Faye kepada adiknya
Tok Tok Tok
"Itu mesti Lily" Fang letakkan novel itu di atas meja dan terus membuka pintu. Dia nampak Lily sedang mengangkat kotak yang penuh dengan kerepek pisang dan dua orang dewasa berdiri di belakang Lily "Errr.. kamu siapa? ibubapa Lily ke?"
"Bukanlah, dia orang datang nak cari Faye" kata Lily. Faye yang berada di meja makan, terus tersengih lebar
"FAYE! SINI KAMU YEA!" kata lelaki dewasa itu, dia adalah ayah kepada Faye "APA NAK JADI DENGAN KAU FAYE! ORANG SURUH PERGI SEKOLAH, KAMU PONTENG PULAK! CEPAT BALIK RUMAH!"
Lily pelahan-lahan masuk ke dalam rumah. Faye dengan muka masam, dia terpaksa balik ke planet asal dia "Maaf semua, nampaknya aku kena pulang ke rumah"
"Kau ni, suka sangat buat kita orang risau. SESUKA HATI KAMU SAHAJA NAK PONTENG SEKOLAH! cubalah jadi macam sepupu kamu yang lain, semuanya rajib belajar. Bukannya macam kau, apa nak jadi dengan kamu ni, Faye!" Ibu dia membebel kepada Faye "Maaf yea Fang, kami terpaksa pulang dulu. Nanti ada masa, kami akan singgah ke sini" kata ibu Faye kepada Fang dan terus dia membebel kepada Faye. Mereka bertiga di naikkan ke kapal angkasa dan terus pulang ke planet mereka
"JADI! KAU SEBENARNYA BOBOIBOY LAH TADI! KAU MENYAMAR JADI BUDAK ANAK ORANG KAYA YEA!" Tak sempat Fang menutup pintu rumah dia, Boboiboy sudah lari keluar dari rumah tersebut dan terus dia kena kejar dengan Lily
"TIDAKKKKK! JANGAN CUBIT PIPI AKU!"
Fang tergelak sahaja melihat Boboiboy kena kejar dengan Lily "Nasib kau lah Boboiboy" terus dia menutup pintu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top