Gurauan Nakal
"Wei Fang, ini semua kau punya pasal. Tak pasal-pasal aku juga kena sembunyi dengan kau dalam stor sukan nie"
"Senyaplah kau Boboiboy. Kau nak selamat ke tak?"
"Mestilah nak" Boboiboy merangkak lagi sedikit ke depan, dia mengintai-gintai di sebalik almari yang penuh dengan peralatan sukan. Pintu sukan masih di tutup dengan rapi, dia berharap sangat ketiga kawan dia, Gopal, Yaya dan Ying tidak menjumpai mereka di sini "Menyesal aku ikut cakap kau"
"Yang kau ikut sahaja cakap aku apasal"
"Dah tue, kau nak ajak aku pergi kenakan Gopal, tak pasal-pasal Yaya dan Ying pun terkena juga"
"Yelah, salah akulah. Lepas nie, jangan harap kau dapat sertai rancangan aku lagi" kata Fang dengan nada yang agak marah
"Baguslah tue, aku memang tak nak ikut dengan rancangan kau yang tak masuk akal pun. Lain kali ajaklah si Gopal tue"
"Buat apa aku ajak si Gopal tue. Dia tue suka sangat cari kesalahan aku"
"Dah memang betul pun kan"
"Kau nampak tak bola keranjang nie, kau nak aku baling dekat muka kau" Fang berdiri di depan Boboiboy dengan bola keranjang berpusing-pusing di jari telunjuk dia. Muka Fang agak menakutkan, macam muka nak makan orang
Tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan-jalan di depan pintu stor sukan, Fang berhentikan bola keranjang itu dan lalu duduk di sebelah Boboiboy, mereka duduk diam sebentar. Dia kebelakang sedikit badan dia supaya bayang-bayang dia tidak begitu kelihatan sangat, dia menarik tangan Boboiboy supaya dia juga kebelakang sedikit. Mereka melihat bayang-bayang di celah pintu, nampaknya ada orang sedang berdiri di pintu tapi mereka tidak pasti siapa
"Wei Fang, kau guna kuasa penembus untuk lari daripada sini" bisik Boboiboy. Lalu Fang menekan huruf F di cermin mata dia "Kuasa penembus" Dia menarik tangan Boboiboy untuk keluar dari bilik stor sukan itu. Fang dan Boboiboy berjaya menembus dinding belakang stor sukan itu kerana pintu stor sukan terbuka luas. Gopal, Yaya dan Ying kelihatan begitu marah sekali
"Takde pun dia orang dekat sini" kata Gopal
"Mesti dia orang sorok dekat belakang sekolah. Jagalah korang berdua" berapi-api hati Yaya. Dia tidak akan lupakan apa yang mereka sudah buat dekat Gopal, Yaya dan Ying pada malam semalam
"Jom kita pergi cari dia orang. Mesti dia orang ada dekat-dekat sini sahaja" kata Ying, mereka bertiga terus mencari Boboiboy dan Fang. Mereka berdua sedang mengintai di belakang bilik stor sukan, mereka nampak kawan-kawan mereka sudah beredar dari situ. Boboiboy dan Fang melihat kiri dan kanan, untuk pastikan tiada siapa yang nampak mereka berdua
"Jom, sebelum dia orang nampak kita orang" kata Fang. Mereka berdua bergerak secara berhati-hati, Fang membawa Boboiboy ke perpuskataan sekolah. Mereka hanya perlu menyorok di situ sehingga tamat waktu rehat. Boboiboy dan Fang duduk di belakang perpuskataan, mereka mengambil beberapa buku untuk menyorok muka mereka daripada di nampak oleh ketiga kawan mereka atau pelajar lain
"Fang, kau rasa selamat ke kita dekat sini? Nanti kau selamatlah bila dah habis rehat. Aku pula, Gopal sama kelas dengan aku, mesti kena marah punya" bisik Boboiboy sambil melindungi muka dia di belakang buku yang di buka luas olehnya
"Ala, Gopal sahaja bukan Yaya atau Ying. Nanti habis sekolah kita lari dari sekolah dulu sebelum kena tangkap dengan dia orang" bisik Fang balik
"Macamlah kita dapat lari daripada dia orang. Mesti Yaya guna kuasa dia"
"Kau boleh relax tak, aku pasti kita dapat lari. Lagipun Yaya mana ada nak guna kuasa, dia tue kan mengikut prinsip dia, jangan guna kuasa selain daripada melawan musuh dan melindungi bumi"
"Baguslah tue kau ingat. Kalau kau, asyik salah gunakan kuasa" Lalu Fang pijak kaki Boboiboy di bawah meja. Boboiboy menahan jeritan dia daripada di dengar oleh pengawas perpuskataan. Dia begitu geram dengan Fang, dia mengambil cermin mata Fang
"WOI! BAGI LAH CERMIN MATA AKU BALIK!"
"KAMU DEKAT BELAKANG! TOLONG SENYAP!"
Dua-dua duduk diam sambil berpura-pura membaca buku, Fang masih lagi tidak dapat cermin mata dia dari tangan Boboiboy. Dia fikirkan macam mana nak ambil balik cermin mata itu, lalu dia mendapat idea yang nakal. Fang mengambil topi oren kegemaran Boboiboy
"wei wei! itu topi aku!" Boboiboy cuba untuk mencapai topi dia tapi Fang menghalang dia daripada mengambil topi dia balik
"Bagi balik cermin mata aku!"
"Jangan harap aku nak bagi balik"
"Kalau macam itu, harap jangan kau akan dapat balik topi oren kau nie"
"AMBIK NIE!" Boboiboy memijak kaki Fang sekuat hati
"SAKIT LAHHHHHHH!"
Tak pasal-pasal, Boboiboy dan Fang dihalau keluar daripada perpuskataan. Mereka tidak dibenarkan masuk balik ke dalam perpuskataan selama seminggu, menangis Fang di hatinya. Hati dia cukup sedih kerana seminggu dia tidak dapat menikmati ketenangan semasa waktu rehat, dia pegang pintu perpuskataan seperti perpuskataan itu kekasih hati dia
"Sudahlah Fang, janganlah nak sedih sangat. Seminggu sahajakan, kau boleh sahaja rehat dengan kita orang"
"Ini semua kau punya pasal!" Fang menjerit dengan suara yang agak pelahan supaya pengawas perpuskataan tidak kenakan dia denda lagi
"Yelah, kali ini aku yang buat salah. Ambiklah balik cermin mata kau nie" Fang mengambil balik cermin mata dia dari tangan Boboiboy dan dia pula meletak topi oren itu di atas kepala Boboiboy "Jomlah kita pergi sebelum dia nampak kita orang dekat sini" Boboiboy pandang ke kiri dan ke kanan, nampaknya tiada Gopal, Yaya dan Ying lalu di situ. Jadi mereka selamat untuk menuju ke kelas mereka. Tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk loceng sekolah berbunyi
"Fang, aku nak tanya boleh tak?"
"Tanya apa Boboiboy"
"Kau dengan kelas kau macam mana? semuanya ok ke?"
Fang menghela nafas "Macam itu jugalah, Boboiboy. Aku buat-buat tak tahu dengan dia orang, dia orang pun buat-buat tak tahu dengan aku. Aku bukannya kisah sangat pun dengan dia orang, asalkan aku ada korang"
"Betul kata kau, kau tak perlu risau sangatlah tentang 6 Jaya tue. Kau pun sendiri tahukan dia orang semua tue lebih sombong dan belagak daripada kau"
"Kau tak tahu ke, aku sesuai sangat masuk kelas tue sebab aku pun sombong dan belagak macam dia orang juga" kata Fang dengan nada belagaknya
"Mengaku pula kau tue sombong dan belagak" Mereka berdua tergelak di koridor sekolah. Mereka tidak sedar bahawa belakang mereka ada tiga orang sedang berapi-api dengan mereka berdua. Gopal, Yaya dan Ying nak sahaja kenakan mereka berdua balik tetapi loceng sekolah sudah berbunyi, waktu rehat sudah pun tamat
"Sini rupanya korang!" Boboiboy dan Fang terdengar kemarahan dari suara Yaya. Mereka pusing kebelakang dan nampak muka Gopal, Yaya dan Ying yang sedang marah. Boboiboy dan Fang pandang ke arah muka masing-masing dan terus berlari ke kelas mereka "DILARANG BERLARI DI KORIDOR SEKOLAH!" menjerit Yaya, sambil itu, dia keluarkan buku dendanya untuk menulis nama budak dua orang itu "Jagalah korang esok"
"Sudahlah Yaya, jom lah kita balik ke kelas. Nanti kita lewat pula" kata Ying
"Lepas habis sekolah nanti, kita belasah dia orang berdua" kata Gopal sambil menumbuk tangan kanannya "Nak aje aku belasah si Boboiboy dalam kelas tapi tak boleh pula"
"Jangan risau Gopal, kita report dekat Kapten Kaizo apa yang dia orang buat dekat kita orang semalam. Jaga korang"
Ying dan Gopal berasa takut pula dengan kelakuan Yaya yang begitu menakutkan. Sepanjang dalam persahabatan mereka, mereka belum pernah lagi nampak kegelapan dari sikap Yaya "Yaya, janganlah begitu. Kita masuk kelas, jom" kata Ying tetapi di hati Yaya, dia akan tetap dendakan mereka berdua, larilah ke mana dia orang nak lari, dia akan tetap mencari mereka sampai dapat
-------------------------------------------------
Waktu sesi persekolahan sudah tamat, Fang dengan tergesa-gesanya menyimpan kesemua buku-buku sekolahnya di dalam beg sekolah. Dia perlu keluar dari sekolah sebelum di tangkap oleh Gopal, Yaya dan Ying. Ada satu jalan sahaja untuk keluar dari sekolah dan lari dari sini dengan pantas iaitu menggunakan kuasanya
"LARIAN BAYANG!" Dia memecut berlari keluar dari kelas sehingga membuat kelas dia menjadi kucar-kacir. Habis meja dan kerusi berterbangan di dalam kelas, semua pelajar di dalam kelas tersebut, terpaksa berlari keluar dari kelas, ada yang terjatuh tapi selamat tiada kecederaan teruk yang berlaku. Fang berlari ke pintu pagar sekolah. Dari belakang dia perasan Boboiboy juga menggunakan kuasa kilatnya untuk lari daripada Gopal, Yaya dan Ying juga. Mereka berdua berhenti di luar kawasan sekolah "Kau pun guna kuasa kau?"
"Mestilah. Dekat kelas tadi, Gopal asyik pandang aku sahaja. Dahlah muka dia sangat menakutkan, selama nie tak pernah aku nampak muka dia macam tue"
"Sudahlah, sebelum dia orang nampak kita, baik kita lari dulu"
"Kita nak lari ke mana? Tak kan ke kedai Tok Aba pula?"
"Hmmm... kita pergi ke perpuskataan dekat bandar"
"Perpuskataan lagi?" Boboiboy fikir kawan baik dia nak lari dari mereka atau nak pergi siapkan kerja sekolah dekat perpuskataan
"Mestilah, dia orang tak kan dapat cari kita orang dekat situ. Kalau kau tak nak, kita sorok dekat kapal angkasa abang aku" Muka Boboiboy makin ceria apabila Fang cadangkan sorok di kapal angkasa sahaja tetapi mesti Kaizo suruh mereka jalani latihan tempur nanti "Kau nak perpuskataan atau kapal angkasa abang aku?" tanya Fang. Boboiboy berfikir sekejap, mana lebih selamat. Kalau perpuskataan, boleh dia siapkan kerja sekolah dia tanpa gangguan, kalau dekat kapal angkasa pula, mesti kena abang Fang ganggu mereka nanti. Fang nampak tiga kawan dia yang sedang marah menuju ke arah mereka berdua
"Kau nie tak boleh nak fikir dengan cepat. Kita ke kapal angkasa abang aku sahajalah" Fang mengheret Boboiboy dan lari ke rumah dia. Setelah sampai di rumah Fang, dia melihat dulu keadaan rumah. Abang dia tiada di rumah, dia tidak tahu jikalau abang dia ada di kapal angkasa. Dia fikirkan bagaimana untuk mengelakkan diri daripada kena dengan latihan tempur abang dia
"Cepatlah Fang! sebelum dia orang tahu kita ada dekat sini"
"Yelah yelah!" Fang menghubungi Lahap dan bertanya kepada dia jika abang dia ada di kapal angkasa. Lahap kata abang dia tiada di situ, jadi mereka selamat dari latihan tempur abang dia yang tahap ganas itu. Lahap mengambil mereka berdua di bumi. Sampai sahaja di kapal angkasa, Fang memberitahu Lahap jangan beritahu sesiapa yang mereka ada di sini dan kalau boleh, jangan ganggu mereka
"Jom Boboiboy"
"Pergi mana?"
"Pergi bilik aku lah. Kita buat kerja sekolah dekat bilik aku sahaja" Boboiboy ikut sahaja Fang di bilik tidurnya. Fang membuka pintu biliknya dan membuka lampu bilik itu. Boboiboy jarang sekali masuk ke dalam bilik Fang di kapal angkasa. Dia melihat di dalam bilik itu, ada beberapa buah buku di almari buku, di tepi depan tingkap kapal angkasa, ada sebuah meja untuk Fang belajar. Di dalam bilik itu juga ada peti sejuk mini yang sangat comel. Bilik Fang tidaklah begitu luas seperti bilik dia yang berada di bumi tetapi ia cukup selesa untuk Fang
"Dulu-dulu kau memang suka baca buku ke?" tanya Boboiboy sambil membelek-belek sebuah buku yang terletak di atas meja belajar Fang
"Ha ah, abang aku selalu belikan untuk aku. Disebabkan aku dilarang berkawan dulu, jadi dia bagi aku buku sahaja sebagai teman hidup aku. Aku sebenarnya memang minat baca buku dari dulu lagi, terutama sekali buku matematik"
"Patutlah kau pandai matematik. Hah! kau ajar aku kerja sekolah matematik!"
"Aku dah ajar kau berapa banyak kali, sampai sekarang kau masih tak faham" Boboiboy tersengih kepada Fang tetapi Fang tidak kisah pun, asalkan dia dapat tunjukkan kepandaian dia dalam matematik. Mereka duduk di atas lantai sambil mengeluarkan buku sekolah masing-masing. Boboiboy keluarkan buku latihan matematik dia untuk meminta Fang mengajar dia beberapa soalan yang agak susah bagi dia, tetapi bagi Fang, soalan itu mudah sahaja untuk di selesaikan. Mereka begitu tenang sekali membuat kerja sekolah di kapal angkasa, tiada satu gangguan pun yang ada. Lahap masuk ke dalam bilik Fang dengan sebuah dulang, di atas dulang tersebut terdapat dua buah gelas air oren, dan satu pinggan besar berisikan chocolate chip cookies
"Makan sambil korang buat kerja sekolah" kata Lahap sambil meletak dulang tersebut di atas lantai
"Terima kasih Lahap. Abang ada buat panggilan tak?"
"Ada. Kapten sedang mencari kau tapi aku tak boleh nak tipu kapten" Lahap memang seorang yang setia terhadap kaptennya, dia sendiri tidak berani untuk menipu kapten dia sendiri. Dia sangat hormatkan Kaizo "Maaf Pang"
"Jadi? abang aku datang ke sini ke nanti?" Muka Fang berubah menjadi cemas. Boboiboy juga takut jikalau Kaizo datang ke sini dengan Gopal, Yaya dan Ying. Tentu mereka akan kena belasah di kapal angkasa
"Tak, aku beritahu korang sedang siapkan kerja sekolah di sini dan aku beritahu dia yang kau tidak mahu di ganggu" Boboiboy dan Fang berasa sungguh lega
"Terima kasih Lahap" Lahap keluar dari bilik Fang dan melihat kaptennya berada di depan dia "Kapten? kenapa kapten ada dekat sini?"
"Lahap, betul ke adik aku sedang siapkan kerja sekolah dia?" tanya Kaizo
"Betul Kapten. Kapten boleh tengok sendiri"
"Tak perlu. Kau pergi sambung buat kerja kau, aku ada hal dengan kawan-kawan adik aku. Turunkan aku ke bumi dengan segera" Lahap menurut perintah kaptennya dan lalu dia turunkan Kaizo ke bumi. Dia mendarat di halaman rumahnya, dia nampak kawan-kawan adiknya sedang menunggu dia pulang dari kapal angkasa
"Macam mana Kapten Kaizo? Dia orang betul ke ada dekat situ?" tanya Gopal
"Betul, mereka ada di kapal angkasa aku. Jangan risau, aku akan ajar mereka berdua kerana menganggu korang semalam" Gopal, Yaya dan Ying nampak kesadisan di muka Kaizo, mereka menelan ludah
"Apa Kapten Kaizo nak buat dengan dia orang nanti" bisik Gopal kepada Yaya dan Ying
"Mana aku tahu tapi yang penting, dia orang tue memang patut dikenakan hukuman"
"Aiyoo Yaya, janganlah terlalu kejam sangat. Ini bukan kawan baik aku, kawan baik aku selalunya tidak sekejam ini"
"Isk kau nie Ying, dah semalam dia pergi kenakan kita orang. Jadi inilah akibatnya menganggu kita orang semalam, habis semua makanan kegemaran adik aku jatuh masuk dalam longkang. Dia orang tue, memang nak kena" marah Yaya. Dia tidak boleh lupakan tentang kejadian semalam
Gopal, Yaya dan Ying baru sahaja selesai membeli makanan di pasar malam, adalah sedikit makanan untuk keluarga mereka. Gopal pula beli makanan untuk diri sendiri, semuanya makanan kegemaran dia
"Wei Gopal, mana makanan untuk ayah dan ibu kau? tak beli langsung ke? bertuah punya anak" kata Ying
"Dey! aku ada beli lah! aku belikan untuk dia orang apam balik" Padahal apam balik itu untuk diri dia bukan untuk ibubapa dia. Dia berkata begitu supaya Yaya dan Ying berhenti membebel kepada dia. Dia keluarkan sekeping keropok lekor dan lalu memakannya. Yaya ada beli beberapa kuih karipada untuk adiknya, dia tahu itu adalah kuih kegemaran adiknya. Dia ada juga beli beberapa batang satay untuk berkongsi bersama dengan keluarga dia. Ying pula tidak beli begitu banyak seperti Gopal dan Yaya, dia hanya mahu beli air sedap yang hanya dijual di pasar malam sahaja. Dia sempat membeli 2 pau kacang merah untuk mengisi perut dia yang sudah kelaparan itu. Ibu dia berpesan jangan beli makanan, kerana ibu dia sudah masak di rumah. Boboiboy dan Fang tidak ikut kerana Fang ada kerja hendak disiapkan bersama dengan Boboiboy
Kerja tersebut ingin menakutkan Gopal. Mereka tidak tahu bahawa Yaya dan Ying ada juga bersama dengan Gopal, mereka ingatkan Gopal sahaja yang pergi ke pasar malam. Jadi pada malam itu, Fang telah membuat rancangan jahat atau nakal dia untuk kenakan Gopal, dia mengajak Boboiboy sekali
"Wei Fang, apasal kau ajak aku? kau punya rancangan, aku pula yang kena sertai rancangan kau"
"Kalau kau tak nak ikut aku, kau boleh sahaja balik rumah" kata Fang yang sedang melihat-lihat pokok mana yang sesuai untuk dipanjat
"Kau tak rasa ke rancangan kau nie kejam sangat"
"Tak, aku tak rasa begitu. Ala, lagipun aku nak gurau sahaja dengan si Gopal tue" kata Fang dengan selambernya. Fang memang sudah merancang kesemua ini dari dulu lagi tapi dia hanya perlu pilih hari yang sesuai sahaja untuk kenakan Gopal
"Abang dan adik, dua-dua sama kejam" bisik Boboiboy sambil melihat Fang yang sedang mencari pokok yang sesuai "Gurau apa kebenda sampai nak takutkan dia"
"Kau ikut sahajalah" kata Fang
Kalau di ikutkan hati Boboiboy, dia sebenarnya mahu saya ingin memberi amaran kepada Gopal bahawa Fang ingin takutkan dia tapi disebabkan dia ingin tahu juga macam mana reaksi Gopal melihat hantu Fang menakutkan dia. Pada masa yang sama, dia takut rancangan Fang ini akan gagal tetapi dia perlu yakinkan diri dia bahawa rancangan mereka tidak akan gagal. Mereka berjalan di lorong yang Gopal selalu lalu dan akhirnya mereka telah menjumpai tempat yang sesuai untuk takutkan Gopal
"Ok, aku tunggu Gopal lalu jalan nie, kau pula jangan lupa buat angin yang mendayu-dayu seperti hantu nak datang" Fang tergelak sedikit. Dia tidak sabar untuk jalankan operasi menakutkan Fang "Selama ini kau panggil aku hantu kan, rasalah kau Gopal. Rasa lah bagaiman aku menjadi hantu nanti.. hehehe" Fang tergelak besar di situ
"Wei Fang, kau jangan gelak macam tue boleh tak. Takut aku"
"Kau pun takut hantu juga ke?"
"Mana adalah, cuma kau ketawa macam hantu betul sahaja. Memang patut pun Gopal panggil kau hantu, perangai pun macam hantu"
"Wei! kau cakap elok-elok sikit ok! aku bukan hantu lah" Dua-dua naik marah dengan masing-masing. Mata Boboiboy dan Fang merenung tajam ke arah mata masing-masing, dua-dua tak nak kalah
"Sudahlah, aku malas nak bergaduh dengan kau" Boboiboy terpaksa mengalah. Fang memanjat sepohon pokok yang agak tinggi, Boboiboy pula sorok di belakang sebuah tong sampah. Mereka menunggu sahaja Gopal melalui lorong gelap itu
Lima minit kemudian, mereka terdengar bunyi tapak kaki yang sedang menuju ke lorong gelap itu. Boboiboy sudah bersiap sedia, sama juga dengan Fang. Gopal dengan plastik makanan dia, berjalan tanpa berasa curiga langsung. Di belakang dia pula, terdapat dua kawan perempuan dia sedang gelak ketawa. Boboiboy tidak tahu dengan kehadiran Yaya dan Ying, dia menghembus angin yang mendayu-dayu ke arah Gopal
Gopal berasa sungguh sejuk, dia pandang ke arah kiri dan kanan "Kenapa Gopal?" tanya Yaya
"Aku rasa seram sejuk pula. Korang tak rasa apa-apa ke?"
"Takde pula. Hanya perasaan kau sahaja kot" kata Ying. Lalu mereka berjalan lagi. Boboiboy ternampak Yaya dan Ying berada di belakang Gopal, dia perlu pergi memberi amaran kepada Fang tetapi bagaimana? Gunakan Boboiboy Taufan dia? fikir Boboiboy Tetapi dia sudah terlewat. Fang yang berada di atas pokok yang terlalu tinggi, dia tidak nampak dua orang kawan dia yang lain
"Separa Hantu Bayang!" Fang telah bergabung dengan kuasa bayangnya dan bertukar menjadi hantu yang agak menakutkan. Dia turun terjun ke bawah dan mendarat betul-betul di hadapan Gopal. "WUUUUU! ARGHHHHHHHH!" Gopal terkejut kerana ternampak lembaga mata berwarna merah
"HA-HANNNTUUUUUUU!" Gopal menjerit sekuat hati, dia mencampak plastik makanan dia dekat Fang dan dia berlari lintang pukang. Manakala Yaya dan Ying pula sangkakan Fang itu adalah hantu betul, mereka juga terkejut dan lari dari situ. Plastik makanan kegemaran adik Yaya, dia tercampak dari tangannya dan menyebabkan kesemua karipap itu terjatuh ke dalam longkang
"Alamak! macam mana Yaya dan Ying ada dekat situ" Fang kembali normal "Apasal kau tak bagitahu aku Boboiboy!"
"Macam mana aku nak bagitahu, dah kau pergi takutkan dia orang sebelum sempat aku bagi amaran dekat kau" marah Boboiboy dekat Fang "Habislah kita orang esok"
"Baik kita lari dari sini sebelum dia orang datang balik" kata Fang. Mereka berdua terus lari dari situ dan pulang sahaja ke rumah dan berharap mereka tidak akan tahu siapa yang takutkan mereka bertiga tadi
Yaya dan Ying yang tidak lari jauh dari situ, mereka pergi balik ke situ dan nampak Boboiboy dan Fang sedang berlari untuk balik ke rumah mereka "Oh, kerja dia orang rupanya. Jagalah korang esok" kata Yaya
"Kasihan si Gopal, habis makanan dia semua" kata Ying "Esok kita cari dia orang dekat sekolah, Yaya"
Jadi, begitulah kisahnya kenapa mereka sedang mencari dia orang berdua. Kaizo dapat rasakan ini mesti rancangan adik dia bukan Boboiboy kerana adik dia memang suka kenakan orang "Jangan risau, korang balik ke rumah. Biar aku sahaja yang uruskan mereka"
Gopal, Yaya dan Ying balik ke rumah dan terasa sangat puas hati, kerana mereka akan terkena bukan dari mereka bertiga tapi dari Kapten Kaizo sendiri "Habislah dia orang" Gopal tergelak kecil. Mereka tidak sabar untuk mengetahui apa akan berlaku dengan Boboiboy dan Fang nanti. Kaizo telah kembali balik semula ke kapal angkasanya. Dia berjalan menuju ke bilik adiknya. Dia tidak mengetuk pintu tetapi dia menendang pintu tersebut dengan begitu kuat sekali "TENDANGAN TENAGA!" Pintu itu terbuka luas sampai habis hancur pintu itu. Boboiboy dan Fang terkejut melihat Kaizo sedang berdiri di depan mereka dengan muka yang agak menakutkan, di tangan kanan dia sedang memegang pedang tenaga dia
"Abang? Kenapa abang hancurkan pintu bilik adik?" Fang sebenarnya hati dia sedang berdebar-debar, dia takut abang dia tahu apa yang terjadi malam semalam. Boboiboy sama juga dengan Fang
"Aku datang ke sini sebab untuk mengajar korang berdua"
"Errr.. ajar kita orang kerja sekolah ke?" Fang tersengih. Dia berharap begitu
"BUKAN KERJA SEKOLAH KAU! TAPI MENGAJAR KAU SUPAYA JANGAN PERGI KENAKAN ORANG LAIN, LEBIH-LEBIH LAGI MENGGUNAKAN KUASA KAU! FAHAM!"
"betul tue abang Kaizo, kalau abang Kaizo nak tahu, dia nie selalu kenakan Gopal dengan harimau bayang dia"
"Wei, kau jangan nak jadi batu api, boleh tak?" Fang menjeling matanya ke arah Boboiboy dan Boboiboy pula buat-buat tidak tahu
"Sudah! kemas buku-buku kau, dan ikut aku" Boboiboy dan Fang ikut sahaja arahan dari Kaizo. Kalau mereka tidak buat, pedang tenaga Kaizo juga akan menjadi makanan dia orang. Fang pelahan-lahan masukkan buku-bukunya ke dalam beg sekolah "kenapa kau lembab sangat buat kerja! CEPAT KEMASKAN!" Terus laju sahaja Fang kemaskan barang-barang dia. Selepas itu, Kaizo membawa mereka ke medan tempur
"Bagus, kamu berdua berdiri di situ" Boboiboy dan Fang berdiri dengan begitu tegak sekali, mereka tidak berani untuk membuat bising di situ "Sekarang, sakiskan lah latihan tempur versi hantu yang terbaru dari aku! Aku nak tengok keberanian korang berdua. BERSEDIA LAH KAMU BERDUA!" Kaizo berlari ke arah mereka dengan pedang tenaga, Boboiboy dan Fang bersiap sedia untuk melawan balik. Tiba-tiba sahaja tempat itu menjadi gelap, Lahap telah menutup lampu dan keluarlah hantu-hantu yang lebih menakutkan sebelum ini. Boboiboy dan Fang menjerit sekuat hati, sehingga mereka kena belasah teruk oleh Kaizo
"TIDAKKKKKK! AMPUNKAN KAMI!"
---------------------------------------------------------
Keesokannya, Boboiboy dan Fang tidak ke sekolah kerana badan mereka sudah lemah dan tidak larat untuk ke sekolah. Habis mereka kena belasah teruk semalam, sampai lebam satu badan mereka berdua. Gopal, Yaya dan Ying berpuas hati kerana mereka telah menerima hukuman dari Kaizo. Boboiboy menghubungi Fang pada pagi tersebut
"Kau lah nie! habis aku kena marah teruk dengan Tok Aba semalam"
"Eleh! kau juga nak ikut rancangan aku"
"Senyaplah kau Fang! Jagalah kau esok"
"Marilah kalau berani!"
"OH! KAU CABAR AKU YEA" Fang menjeling lidah kepada Boboiboy "SIAP KAU PANG!"
"WOI! NAMA AKU FANG LAH! KAU PANGGIL AKU PANG LAGI, NAHAS KAU BOBOIBOY!"
Nampaknya kedua-dua mereka bergaduh di jam kuasa, seperti biasa, dua-dua tidak mahu mengalah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top