༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ The only true wisdom is in knowing you know nothing ❞
Kring! Kring!
Bunyi itu menandakan tamatnya masa untuk bersuka ria bagi kami. Ayam gorengku yang lebih sedap berbanding KFC hanya tinggal tulang. Isinya habis licin aku bedal. Tetapi bak kata ustazah tak bertauliah di kelas lama aku, membazir itu amalan syaitan. Aku tidak mahu disamatarafkan dengan makhluk terkutuk tersebut. Jadi tulang itu pun aku telan sekali.
"Alice!!! What are you dreaming about?"
Tepat ketika separuh daripada tulang ayam sudah berada dalam mulutku, sergahan tersebut menyebabkan aku terludahnya keluar semula. Nasib baik aku ludah, sebab kalau tidak pasti aku akan tercekik apabila melihat wajah Hawkin yang terpampang betul-betul di hadapan mataku. Sengaja dia dekatkan denganku untuk cari masalah. Matanya yang biru dibeliakkan sebesar planet Pluto, jika Pluto itu sebuah planetlah.
Budak ini memang sengaja cari nahas!
Alang-alang sudah dekat sangat ini, mana aku tak nak ambil kesempatan untuk kenakan dia. Ini satu peluang keemasan! Kepala aku tarik jauh ke belakang sebelum kemudiannya dihayun selaju mungkin ke hadapan.
Bammm!
"Owww!"
"Adoi!"
Serentak kami terjerit. Akibat hentaman yang kuat ibarat letupan bom atom itu, aku menggosok-gosok dahi seraya tersenyum sinis.
"Jeez, that hurts!"
Hawkin asyik menyentuh bahagian kepala yang menerima hentakan tadi. Takut-takut berdarah mungkin. Aku juga berbuat sama tetapi mujurlah selamat sejahtera.
"I'm hurt too!"
Barangkali inilah apa yang orang kata, saling menyakiti antara satu sama lain.
"You're so mean!"
Dia mencebikkan bibir. Comel bagi korang tetapi jijik bagi aku.
"Well, consider that as a revenge for what you did."
Ujarku dengan keriakan yang menggunung. Sebelah kakiku berpijak di atas meja kafeteria dengan tangan tak henti-henti memijak rambut seolah-olah berjaya mendaki puncak tertinggi dunia.
Sebelum korang buruk sangka, aku mahu tegaskan bahawa aku bukan gila. Sebenarnya sejak berkawan dengan Hawkin, perbuatan sebegini sudah menjadi perkara biasa bagi kami berdua. Lebih-lebih lagi pada penghujung waktu rehat apabila kafeteria lengang macam ini. Ada-ada saja kerja gila kami buat.
"What do I did?"
Aku menunduk ke ke bawah, ke arah dia yang berdiri di atas lantai, lalu tersenyum. Hanya aku sahaja yang tahu makna di sebalik senyuman itu.
"Hmph! Whatever it is Alice."
Hawkin menggeleng-gelengkan kepala dengan tangannya disilingkan memeluk tubuh. Kedengaran sayup bebelannya yang bertali-arus sehinggakan aku terfikir dia tidak akan berhenti. Terkekek geli hati aku melayan kerenah budak Amerika seorang ini.
"Alahai."
Aku melompat turun dari kerusi. Ayam goreng yang masih berbakikan urat-urat serta tulang rawan aku balut dengan tisu. Bukannya aku simpan untuk dimakan lagi. Niat di hatu mahu sedekahkan tulang ayam ini kepada mana-mana haiwan terbiar di luar sana. Anjing ke anjay ke.
"Now let's get going, Ed and the others are waiting for us."
"Okeh!"
Aku dan Hawkin keluar dari kafeteria dan pada masa yang sama memasuki bangunan akademik. Boleh dikatakan kafeteria ini lokasi paling strategik untuk melepas semasa waktu rehat kerana kedudukannya yang terletak di antara bangunan akademik dan bangunan sukan. Jadi dari sini, mudahlah bagi para pelajar untuk pergi ke kelas mereka yang seterusnya.
Kami berdua bergerak menuju ke bilik tarian, atau lebih dikenali sebagai Danza Stanza dalam kalangan pelajar akademi. Selepas ini, kami ada sesi pembelajaran dan pengajaran Cultural Anthropology bersama guru subjek iaitu Mr Michael. Pesannya tempoh hari bahawa kami akan menari hari ini. Tidak hairan juga kerana tarian dan muzik sememangnya berkait rapat dengan sesebuah budaya.
Bercakap tentang Mr Michael Bonheur ini, dengar nama sahaja sudah dapat agak negara asalnya. Seorang guru yang lembut percakapan serta pergerakannya menjadi faktor utama aku menggelarnya sebagai bapa segala ke-Samuel-an.
"So... since you are a noble, I am going to ask. Is dancing hard?"
Aku menyoal penuh ingin tahu ketika kami masih di pertengahan jalan.
"Don't ask me. It's not like I know everything about nobles."
Jawab Hawkin sambil menyikat rambut perangnya yang pucat menggunakan jari.
"At least, you did dance right?"
Matanya aku renung dalam menantikan jawapan.
"Urm, no!"
Balasnya dengan nada seakan bergurau membuatkan aku separuh percaya, separuh tidak percaya.
"Marry me, Rebecca!"
Begitulah kami. Ada-ada saja benda yang boleh buat aku dan dia tergelak walau sehambar mana pun. Mungkin kerana kedua-dua kami mudah terhibur, atau mungkin...
Ini suatu kimia seperti apa yang selalu diperkata oleh mereka.
Jalan punya jalan sambil sesekali melompat kijang, perutku tiber-tiber memulas.
"Adehhh, sakit perut!"
Entah kenapa perutku meragam sesakit seorang ibu yang menunggu masa untuk melahirkan anak. Ti-tidak mungkin, aku masih dara lagi!
Eh kejap. Aku rasa aku tahu kenapa.
Semalam aku langsung tak berak.
"Hey, Hawkin."
Panggilku disertakan dengan satu tepukan pada bahunya.
"Yeah?"
"Keep going, kay? Nature is calling me!"
Tanpa membuang masa untuk menunggu respons Hawkin, aku memecut ke tandas selaju mungkin bagaikan dikejar guru disiplin atas cubaan ponteng sekolah. Maka, tinggallah Hawkin termangu seorang diri. Terlalu kabur untuk berkata apa-apa.
Maaf ya!
🍁🍁🍁
Kedua-dua telapak tangan aku gosok sekuat hati, menghasilkan buih-buih yang meriah. Hampir setengah gel anti-bakteria aku guna sehinggakan harumannya tersebar semerbak ke seluruh ruang tandas.
Setelah berpuas hati yang aku telah suci daripada segala spesies kuman serta bau toksik, aku mula mengorak langkah ke bilik tarian. Mujurlah di sini tidak ramai manusia toksik seperti yang bersepah di sekolah lama aku dulu.
11.08 a.m.
Aku juga hairan kenapa aku asyik masuk kelas lambat semenjak menjadi pelajar akademi ini. Padahal aku dibesarkan sebagai seorang yang sangat menepati masa hasil jagaan ibuku.
But, you know what?
Sekarang ( sekarang sahajalah, masa lain tidak ), aku langsung tiada perasaan takut, malah siap berlenggang ala-ala catwalk dan bersiul lagi.
Kenapa?
Kerana Mr Michael sendiri memang jenis guru yang lambat masuk ke kelas. Berdasarkan pengalaman selama hampir sebulan belajar di sini, setakat ini dia tidak pernah datang tepat pada masanya.
Namun siapa sangka hari ini dia berjaya pecah rekod diri sendiri.
// media on // --->
◀️ ⏸ ▶️
Setibanya di Danza Stanza yang terletak di Dynami iaitu bahagian utara bangunan akademik, bukan main terkejut aku melihat rakan-rakan sekelas yang sudah mula menari semuanya. Inilah padahnya apabila terlebih condifent cikgu lambat masuk kelas.
Setelah beberapa ketika mengintai dari pintu yang separuh terbuka, barulah aku menapak ke dalam. Pada setiap kali pertama aku berhadapan dengan sesuatu yang baharu di akademi ini, pastinya aku tidak akan tidak berasa kagum.
[ Danza Stanza ]
Betapa indahnya rupa bilik ini yang dihiasi ukiran-ukiran emas yang mengingatkan aku kepada filem Beauty and The Beast. Kusangkakan ruang secantik ini tidak pernah wujud di dunia nyata, tetapi mungkin aku sahaja yang berdiri terlalu rendah selama ini. Bahkan bilik yang dikhaskan untuk sesi pembelajaran sudah direka hebat sebegini, apatah lagi ballroom utama di atas puncak menara sana.
"Dance is the hidden language of the soul. Close your eyes, listen to the music and move your body."
Ungkapan Mr Michael dinadakan dengan penuh puitis lagi romantis. Seakan bersatu dengan muzik Baroque yang berkumandang. Hanya dengan semudah itu sahaja, aku dapat mengagak dia seorang pencinta seni yang sejati.
"Remember, my students. Culture is the thing that differentiate people of the world. But, once you get to accept and understand each other's culture, means, you are united."
Tambahnya lagi sambil memeriksa satu persatu pasangan yang menari sama ada betul atau tidak langkahnya. Perhatianku beralih kepada mereka yang membalas kata-kata Mr Michael dengan anggukan faham. Apabila diperhatikan jantan-jantan ini menari, sumpah cakap tawaku hampir-hampir sahaja pecah berderai. Malangnya aku terpaksa tahan buat masa sekarang tetapi tidak apa, selepas tamat kelas ini habislah korang jadi bahan ketawa aku kah kah kah!
"Don't look at us with that face!"
Curt memberi amaran kepadaku lantas memalingkan wajah ke arah lain. Hawkin yang menjadi pasangannya juga sama. Hanya telinga yang merah sahaja aku boleh nampak. Kesian juga aku tengok tetapi apabila terpandang lagi tangan mereka yang bercantum dalam satu pegangan itu, aku tidak dapat menahan diri daripada terbahak-bahak tanpa suara.
Sudahlah pergerakan mereka perlahan dan sentimental, rentak muzik yang mendayu-dayu sememangnya membuatkan pemandangan ini sangat aneh di mataku. Tak ubah seperti pesta gay.
Aku teruskan memerhati rakan-rakan yang daripada air muka saja pun sudah dapat agak mereka tidak rela untuk menari bersama saudara sejantina. Tetapi dalam kes ini, Samuel dikecualikan.
Kegembiraan yang terpancar pada wajahnya bukan kepalang kerana berpeluang untuk menari dengan Feliks. Mula-mula hairan juga aku dengan kesongsangan dia itu, tetapi nak tak nak, aku kena biasakan diri dengan hal seumpama ini memandangkan majoriti pelajar akademi ini ialah kaum lelaki. Dan aku rasa korang pun tahu kenapa jadi aku tak perlu terangkan banyak.
Sekarang...
Nampak gayanya semua orang sudah ada pasangan masing-masing. Aku pula macamana? Takkanlah nak menari seorang diri? Aku akui aku memang lonely orangnya, tetapi bukankah ini terlalu sadis?
"Mademoiselle Alice, you should practice dancing the steps I taught just now."
Mr Michael yang baru sedar akan kedatanganku menegur dari arah belakang.
"Uh oh, okay sir!"
Balasku dengan tabikan sebaik sahaja menoleh kepadanya.
"But sir, I... don't have a partner."
Dia memandangku lama. Sebelah keningnya terjongket sedikit.
"Then, is that a ghost over there?"
Jari telunjuknya yang agak gempal dituding ke arah seorang budak lelaki berkaca mata yang cukup aku kenal.
Sh*t!
🍁🍁🍁
Dua hari lepas
Kepala aku golekkan setempat di atas meja sebagai 'senaman ringan'. Oleh kerana hari ini aku teramat malas sampaikan nak kunyah roti pun tak larat, aku mengambil keputusan untuk duduk diam di dalam kelas sepanjang waktu rehat.
Asalnya, aku berniat mahu menghadap buku-buku yang Hilda wajibkan aku baca dan hafal sepenuhnya sebelum tamat musim luruh. Bukan satu dua sahaja tau, tetapi ada lima buah semuanya dengan masing-masing tidak kurang tebalnya daripada sebuah Kamus Dewan.
Namun, barangkali disebabkan oleh gerak hati, terbantut pula niat aku tatkala dia yang menyendiri di tempat duduknya muncul dalam medan penglihatan. Setakat ini, aku masih belum pernah berbicara dengannya. Kali terakhir bertentang mata pun apabila dia menolakku kuat ketika hari orientasi.
Patutkah aku menegurnya?
Aku mendekatinya mejanya perlahan. Semangat inkuiri yang tinggi mendorong aku untuk menyiasat apa yang sedang dia lakukan kerana aku perasan, dia langsung tidak keluar dari kelas setiap kali waktu rehat.
"Hai!"
Sapaku semesra mungkin dengan kedua-dua tangan melambai ceria.
Krik ~
Krik ~
Krik ~
Tiada respons positif aku terima. Walaupun begitu, aku terus menpositifkan diri dan mencuba lagi. Manalah tahu manusia senegatif lelaki ini pun boleh dineutralkan. Lagipun, positif dan negatif memang saling bertarikan kan?
"Urm, hai..."
Dia sepatutnya rasa bertuah kerana jarang-jarang aku yang selalunya pessimis menjadi seoptimis ini. Tetapi boleh pula dia layan aku macam sebatang tunggul yang kian berkulat. Nak toleh aku pun dia tak sudi kot.
Dia ini tengah tunggu betul-betul jadi pekak ke baru nak insaf?
"Hello there, mister!!!"
Ambik kau, tepat kat lubang telinga!
"Shusshh!!!"
Akhirnya aku terima balasan daripadanya iaitu jari tengah diletakkan di bibir dengan matanya menjelingku tajam. Terlebih unik lagi kreatif pula isyarat senyap budak ini.
"Erm, sorry..."
Aku cuba berikan senyum yang paling ikhlas supaya dia terbuka hati, walau sedikit pun jadilah, untuk berkawan denganku. Dan dia terus berpaling ke arah lain seolah-olah tidak nampak senyuman yang susah payah aku ukir ini.
Aku.
Rasa.
Macam.
Kena.
Hempap.
Batu.
"May I sit here?"
Pintaku sambil menunjuk ke arah kerusi di hadapan mejanya. Dia hanya mengangguk kecil. Secara automatik, aku turut sama terangguk-angguk. Aku pun hairan kenapa aku turut terikut gerak geri dia.
Dengan muka tak tahu malu, aku duduk di tempat yang dimaksudkan tadi.
Dan...
Krik ~
Krik ~
Krik ~
"So...what's your name?"
"None of your business."
Sabar Alice, sabar. Mungkin dia juga tengah bersabar layan kau. Eh tapi sempat pula dia yang intai tanda nama aku melalui kaca matanya. Apa ini, dia tahu nama aku boleh, aku tahu nama dia tak boleh!
"Hey, that's unfair!"
Aku separuh menjerit atau sebenarnya lebih kepada terjerit. Mendengar teriakan tak disengajakan aku, barulah dia mengangkat wajahnya.
"You know my name, but why can't I know yours?"
Aku membentak tidak puas hati.
"How do you know I know yours?"
Katanya dengan slanga hawu du yu noru ai noru yorusu. Sejurus selepas itu, dia pantas menutup mulut dengan tapak tangan. Mata sepetnya terbeliak besar.
Dia... ada terlepas cakap apa-apa ke?
"Kuso!"
Wajahnya ditutup menggunakan buku teks Number Theory yang memang sudah sedia ada di atas mejanya tetapi aku tak rasa dia baca. Gila ke apa nak baca nombor?
"Go!!!"
Jeritannya berjaya mengundurkan tubuhku ke belakang tanpa sebarang sentuhan. Cermin matanya tidak lagi berada pada posisi yang betul.
"What?"
Aku masih terkesima akan tindakan drastiknya.
"Ju-just go!!! Don't disturb me again!!!"
Kelihatan agak merah sebahagian wajahnya yang terdedah. Renungannya seakan menyampaikannya keinginan untuk menolakku jauh darinya yang membuak-buak, tetapi lahiriah seperti sudah tidak berdaya.
Rasanya lebih baik aku pergi.
Tidak lagi menunggu respons yang seterusnya, aku terus bangun dari kerusi untuk kembali ke tempat duduk sendiri. Sempat aku menoleh ke arah dia yang sudah tidak tentu arah. Dan waktu itu baru aku nampak perkataan yang tertera pada kulit buku teks miliknya iaitu,
Kazuto Kirigawa
Meskipun dihalau seteruk ini, sekurang-kurangnya ada juga hasil aku dapat kan?
Asyik tersenyum puas setelah berjaya membalas dendam terhadapnya, aku berlalu dari situ dengan kesedaran bahawa, lebih baik aku belajar tadi.
Kring! Kring!
Langkahku terhenti seraya niatku untuk menuntut ilmu sekali lagi terbantut. Aku buang setengah jam semata-mata kerana mahu berkenalan dengan makhluk bengis macam dia? Sedangkan dalam 30 minit itu, banyak ilmu dapat disedut masuk kalau aku belajar tadi.
Apakan daya, susu sudah menjadi keju.
Begitulah kisah sedih ringkas tentang waktu rehatku yang terbazir begitu sahaja. Dan sekarang ini, aku kena berhadapan lagi dengan lelaki yang telah membazirkan satu per dua jam dalam hidupku ini.
Lama aku membisu apabila mendapat tahu Kazuto orangnya yang akan menjadi pasanganku. Dia terus menoleh tatkala namanya dipanggil oleh Mr. Michael. Rambut hitam miliknya tampak berkilat disinari cahaya lampu chandelier.
Tiada bezanya dengan hari itu, dia masih terkejut akan kehadiranku bagaikan nampak hantu. Matanya yang kecil, tetapi tidaklah terlalu sepet dibuntangkan. Dia terundur beberapa tapak ke belakang.
Aku tidak punya pilihan lain sekarang. Mahu tak mahu, aku perlu menari bersama lelaki separuh gila ini. Dia, aku hampiri penuh rasa terpaksa.
"Hey."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top