EPILOG
━
━ (aku)
━ (aku) ━ BoBoiBoy Halilintar
.
"HALILINTAR!"
"Ha, ya!" Dia pantas berpusing mengadap ke arah kaunter kedai. Laju dia berlari mendapatkan dulang pesanan pelanggan yang baru diletakkan oleh Tok Aba. Hari ini agak sibuk memandangkan hari minggu, jadi BoBoiBoy terpaksa pecahkan diri untuk membantu Tok Aba.
Dulang itu dicapainya. Baru sahaja dia hendak melangkah kembali ke para pelanggan, kepalanya yang berselindung topi disentuh Tok Aba. "Tok bersyukur sebab kamu dapat balik."
Halilintar terkesima seketika. Perlahan-lahan dia melukiskan senyumannya sambil membiarkan Tok Aba membelainya. "Saya pun..."
Dia ingat lagi, iaitu kali pertama dia sampai di bumi. Tok Aba merupakan orang pertama dia ingin temui. Bila BoBoiBoy berpecah lalu semua memperkenalkan dirinya kembali ke rumah, habis terhambur tangis Tok Aba. Dia pun rasa... itu pertama kali Tok Aba menangis seteruk itu.
"Ha!" Taufan sengaja memainkan Halilintar, mengambil topinya lalu dibawa lari. Entah apa faedahnya dia dapat. Rasanya mesti hendak tengok reaksi Halilintar apabila topinya dirampas tiba-tiba. Haih, macam-macam...
Ah, Si Hetir pula sedang tengah sedaya-upaya berusaha menjadi pemerintah di bumi Kilas. Hendak jadi pemerintah seperti Santriantarlah katakan... baru tengok kertas tentang ekonomi rakyat, persetujuan projek serta pendidikan negara barulah menangis kawan. Mujurlah ada si Dakota mahu membantu.
Keraunos pula... biarlah dia mereput dalam penjara itu.
"BoBoiBoy, kita orang datang nak lepak!" Gopal teruja meletakkan beg di bawah kerusi. Sempat lagi dia memanggil Gempa untuk membuat pesanan. Namun, kepalanya tiba-tiba diketuk Fang.
"Kita datang nak ulangkajilah!"
Fasal Tapops pula, mungkin aku akan terbiasa untuk kenal mereka satu persatu. Lagi-lagi Papa Zola. Bukan dia dari permainan video ke? Ke dia tak lepas fasa chuunibyou dia.
"Rasanya dah beberapa minggu dah kau tolak maaf si Adudu tu. Tak apa ke?" Taufan bertanya kepada Halilintar saat mindanya teringat pertama kali Adudu memohon maaf setelah Halilintar pulih ingatan. Mahu murung alien hijau itu tiba-tiba Halilintar layannya diingin.
Yalah, kalau sudah kena culik sampai terseksa begitu. Siapa tidak terasa hati?
"Oh, ada meja nak kena kemas." Halilintar mengelak soalan Taufan itu. Dia serta-merta berlari laju lalu mengutip gelas-gelas serta pinggan yang berada di meja tersebut.
Pantas Taufan mengekori Halilintar. "Eh, kau mengelak!"
Gempa yang menyusun pinggan yang baru dibasuh Ochobot hanya menyembunyikan tawanya. Dia tahu dari sudut hati, Halilintar sudah memaafkan si Adudu. Cuma adalah sedikit dendam dalam hati dia itu.
"Janganlah cucuk pipi aku!" Halilintar merenung tajam Taufan yang tidak berhenti-henti mencuit pipinya. Taufan bukan bertambah gerun, bahkan bertambah asyik mengusik Halilintar.
"Ush, terbaik! Tetiba jadi pikachu!"
"APA KAU CAKAP?"
"LARI!"
Maka, bermulalah aksi kejar mengejar antara Taufan dan Halilintar. Yaya hanya tersenyum senget melihatnya manakala Ying sudah menggeleng kecil. Gopal pula sibuk mengunyah makanan seraya matanya memerhati aksi kejar-mengejar antara Halilintar dan Taufan.
"Itulah... pertama kali tengok Taufan gembira macam tu lepas Halilintar hilang."
Terkedu Gempa dan Ochobot mendengarnya. Menyedarinya, Gempa langsung tergelak kecil berbaur nafas lega. "Itulah. Baguslah dia dah gembira balik."
Ah, selain Taufan, ada juga kuasa lain yang dia tidak kenal sangat seperti Blaze dan Solar. Tetapi rasanya Solar dengan Taufan macam sama sahaja. Dua-dua hendak cari gaduh dengannya.
"Puas gaduh?" Tok Aba yang kini menggantikan tempat Gempa, mengacau air buat kawan-kawan cucunya. Gempa membawa dua cawan lantas meletakkan di atas meja di mana duduknya Taufan dan Halilintar. Mahu tergelak juga. Habis berserabut, macam anjing dan kucing!
"Tak adalah, tok. Gaduh biasa-biasa je." Halilintar mengawal air mukanya, menyirup air coklat panas itu. Begitu juga dengan Taufan. "Eh, tak ada gaduhnya kalau dia kejar dulu."
"Aduh!" Taufan menggosok kakinya yang disepak Halilintar.
"Macam ni perangai kau masa aku tak ada en?"
"Eh, mana ada!"
Haih... mula dah. Itulah apa yang berada di setiap fikiran semua orang, termasuklah pelanggan yang baru datang. Gempa sudah menyising bajunya dan mengeluarkan tangan. Pergaduhan ini tidak boleh diteruskan sangat, habis jahanam kedai ini nanti. "Oh... kau orang nak gaduh lagi ya?"
"ADUH!"
Tetapi apa-apa pun, dia bersyukur sangat. Sebelum ini dia tercari jalan-jalan pulang. Fikirnya, dia akan bersendirian buat selama-lamanya.
Gempa menggosok-gosok tangannya, kononnya baru menyelesaikan masalahnya. Memang layak mereka bertiga pakai papan tersangkut pada badan dengan ayat tertulis; 'saya suka bergaduh dengan diri sendiri'. Gempa kemudian memandang kedua-dua mereka, bersedia untuk bergabung.
Dan kini, dia jumpa rumahnya.
Sebelum ini, rumah pertamanya agak menghangatkan. Rumah keduanya... dia tidak berapa ingat, dan mungkin tidak mahu ingat langsung.
Tetapi rumah ketiganya, dia sukakan rumah ketiganya.
Kerana setiap kali bertemu 'saudara kembar'nya. Atau ingin bergabung semula, ia seolah-olah mereka berkata kepadanya...
"Halilintar."
Halilintar membalas senyuman itu bersama senyuman senget.
"Jom balik."
.
.
.
H A L I L I N T A R
- - - - - - - - - - - - - -
Kono yo de zouka yori kirei na hana wa nai wa
There's no flower in this world more beautiful than an artificial one
Naze naraba subete wa uso de
kiteiru
That's because everything can be manufactured from lies
Anthipathy world
Zetsubou no ame wa atashi no kasa wo tsuite
Raise my umbrella and sheild me from the rain of despair
Shimerasu maegami to kokoro no rimen
My dampened bangs and the hidden side of my heart
Wazurawashii wa
It's all troublesome
Itsu shika kotonoha wa tou ni kare kitte
Before I knew it, a single word quickly withers
Koto no mi ga atashi ni ureteiru
The fruit of it is ripening within me
Kagami ni utsuri uso wo egaite
Painting lies upon the mirror's reflection
Mizukara wo miushinatta meiku
A 'makeup' of the loss of oneself
Papappara pappara rappappa
Nazonazo kazoete asobimashou
Let's play! Let's play! Let's play where we count all the riddles
Tatattara tattara rattatta
Naze naze koko de odoteiru deshou
Why? Why? Do we even dance in this place?
Kantan na koto mo wakaranai
I can't understand even the simplest things
wa atashi tte nan da kke
What even am I?
Sore sura yoru no te ni hodasarete
Even that, stirred by the hand of the night
ai no you ni kieru
Just like love
(It dissapear... It dissapears..)
Sayounara mo ienu mama naita
I cried still unable to say even goodbye
fonii fonii
Phony~ Phony~
Uso ni karamatteiru
Tangled up in lies
atashi wa fonii
I am Phony
Antipathy world
.
T A M A T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top