CHAPTER 14
Sebaik saja melihat Minra keluar dari bilik rawatan,pantas lelaki mendapatkannya. Minra terkedek-kedek berjalan sambil berpaut erat pada tongkat.
"Macam mana? Ada patah-patah ke?" soalnya membelek lutut Minra.
"Takde!" balas Minra,mencebik.
"Syukurlah. Saya takut sekiranya terjadi sesuatu pada awak. Takpe,rawatan awak ni,biar saya yang bayar. Lepastu,kita pergi makan ye. Saya jugak yang belanja," lelaki tersebut mengela nafas lega.
"Awak ingat,semua tu boleh tebus salah awak. Next time,kalau pandu kereta tu elok elok sikit!" sengaja Minra menyindir lelaki itu.
"Yelah! Yelah! Btw,nama saya Park Jimin. Panggil je Jimin. Nama awak apa?" Jimin memperkenalkan dirinya.
"Minra!"
"Ohh,kalau macam tu jomlah saya bawa awak ke kereta. Awak boleh jalan tak ni!" soal Jimin. Minra mengangguk. Baru beberapa langkah Minra bergerak,wanita itu tersungkur ke lantai. Lututnya yang luka masih terasa sakit dan sengal. Jimin lekas memapah Minra bangun.
"Kaki awak tu belum ok. Takpelah,biar saya kendong awak,"
Cepat-cepat Minra menggeleng dengan pelawaan Jimin. Malulah orang tengok,dahla kat sini ramai orang.
"Tak yah degil," tanpa banyak soal,terus Jimin mengangkat tubuh Minra. Minra menekup wajahnya,malu tak terkata. Dari klinik hinggalah ke kereta Minra dikendong oleh Jimin. Tebal muka Minra dibuatnya.
* * * *
Jin berlegar di luar bilik Jung Kook. Sesekali dia mengintai melalui cermin kecil pada pintu. Dah 2 bulan,keadaan Jung Kook masih sama. Sampai sekarang tak sedarkan diri. Setiap minggu,Jin akan melawat Jung Kook biar pun hanya dari jauh.
"Hyung!" bahunya terasa ditepuk lembut dari belakang. Jin lekas menoleh.
"Hoseok!" Jin sedikit terkejut.
"Hyung buat apa kat sini?" soal Hoseok.
"Emmm....hyung melawat Jung Kook," balas Jin,menggaru garu kepalanya.
"Kenapa tak masuk dalam bilik!"
"Sebenarnya,keluarga Jung Kook dah tak bagi hyung jumpa Jung Kook. Dah banyak kali diorang halau hyung," jelas Jin.
"Diorang tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hoseok tahu,pasal dompet Jung Kook tu....bukan hyung yang curi. Pasal kemalangan Jung Kook tu pulak,hyung yang cuba selamatkan Jung Kook. Tapi ramai yang tuduh Hyung sengaja tolak Jung Kook dan sengaja buat Jung Kook kena langgar," balas Hoseok. Terkedu Jin mendengarnya. Tak sangka,Hoseok menyebelahinya. Masih ada lagi yang percaya padanya.
"Mana Hoseok tahu semua ni?"
"Hoseok tak buta. Hoseok percaya orang sebaik hyung takan buat perkara camtu. Hyung masuklah ke dalam,buat apa berdiri kat luar ni. Tak payah takut,Hoseok datang sorang diri je ni. Taehyung dan yang lain ada hal,"Hoseok menguak pintu bilik Jung Kook lalu menarik tangan Jin masuk ke dalam.
Jung Kook terlantar di atas katil,bernafas dengan bantuan alat pernafas. Jin mengusap umbu umbu rambut Jung Kook lembut. Air matanya berjatuh berjurai keluar dari kelopak mata.
" mian Jung Kook. Hyung yang buat Jung Kook macam ni. Maafkan hyung!" kata Jin kesal,erat tangannya menggenggam tangan Jung Kook dengan harapan tangan itu akan kembali bergerak.
"Takpelah Hoseok! Hyung kena masuk kerja sekarang. Sebelum tu,boleh tak kamu bagi duit ni pada omma Jung Kook. Kamu jangan cakap yang Hyung yang bagi,kamu bagitahulah ada orang yang derma!" sekeping envelope dihulurkan pada Hoseok. Hoseok menyambut. Hoseok betul betul rasa tersentuh dengan segala kebaikan yang Jin tunjukkan. Tapi sayang,kawan kawannya hanya menganggap Jin sebagai sampah. Hoseok betul betul kesal dengan sikap mereka.
"Jadi selama ni,Hyunglah yang selalu selitkan duit kat celah bawah pintu tu," Hoseok menyoal. Jin mengangguk.
"Takpelah,Hyung kena gerak dulu. Nanti bos potong gaji hyung kalau hyung lambat. Kalau ada apa apa perkembangan tentang Jung Kook,kamu roger hyung ye," Jin terus berlalu pergi.
* * * *
Jimin memarkingkan kereta di hadapan rumah sewa Minra. Kawan-kawan Minra yang lain mula mengintai di sebalik langsir tingkap apabila kedengaran bunyi deruan enjin kereta dari luar.
"Ni ke rumah awak!" soal Jimin. Minra mengangguk.
"Tak. Ni rumah sewa je. Saya sewa rumah ni dengan kawan kawan saya!" balas Minra.
"Btw,terima kasih tau sebab dah belanja saya makan," tambah Minra lagi.
"It's okay. Awak still belajar lagi kan?"
Minra memberi anggukan pada pertanyaan Jimin.
"Kat universiti mana?"
"Universiti Seoul!"
"Ohh,kebetulan saya pun belajar kat situ jugak. Mybe kita berdua tak pernah terserempak walaupun satu U. Kalau awak tak kesah,esok saya ambil awak boleh tak. Don't worry,saya yang ambil awak dari rumah dan saya yang akan hantar awak balik," pelawa Jimin.
"Sure. Bak sini tangan awak!" Jimin jadi bingun. Minra menarik tangannya. Sebatang pen diambil dari begnya. Beberapa butir nombor dicoret pada tangan Jimin.
"Ni nombor telefon saya!" kata Minra sambil mengenyitkan matanya.
"Awak ni,macam tahu tahu je yang saya nak nombor telefon awak,"Jimin tergelak kecil. Dia turun dari kereta menuju ke bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Pintu kereta di bahagian tersebut dikuak untuk Minra keluar.
"Hati-hati!" Jimin memimpin tangan Minra turun dari kereta.
"Boleh jalan tak ni? Kalau tak boleh,saya kendong awak sampai ke muka pintu rumah," seloroh Jimin,sengaja mahu menyakat Minra.
"Tak payahlah. Nanti kawan-kawan saya tengok!" dipukul lembut bahu Jimin. Minra berjalan menuju ke pintu masuk,meninggalkan Jimin di situ. Jimin masuk semula ke dalam perut kereta. Cermin kereta diturunkan sedikit. Dia melambaikan tangan dan menekan hon sebelum meluru pergi bersama keretanya. Minra tersenyum lebar.
Park Jimin. Orangnya cukup kacak walaupun bermata sempet dan pendek sedikit darinya. Yang penting kaya.
"Beb,mamat mana yang hantar you balik tadi? Kacaknya! Dah la,kaya....ada kereta mewah lagi," masuk je ke dalam rumah,terus Minra diterjah oleh kawan-kawannnya.
"Apa nama mamat tu beb?"
"Macam mana you boleh kenal dia?"
Berderu deru soalan disogok oleh mereka. Tak tahu mana satu Minra nak jawan.
"Nama dia Park Jimin. Dia terlanggar I tadi masa I lintas jalan," jelas Minra,ringkas.
"Wow,bertuahnya you!" bertuah kepala hotak. Malang adalah. Dahla,kaki Minra luka teruk.
"You ikatlah dia ketat ketat. Dia boleh jadi pelanggan kita tu. Sharelah sikit rezeki tu dengan kitorang!"Saeran menyiku-yiku bahu Minra sambil smirk. Fahamlah Minra apa yang dimaksudkan oleh kawannya itu. Tapi rasanya,dia takan sesekali pun berkongsi Jimin dengan kawan-kawanya. Nak pelanggan,pandai pandailah cari.
" Dahla,I nak masuk bilik. Rehat. Cakap kat boss,malam ni I off. I tak dapat kerja dengan keadaan kaki sakit macam ni,"Minra berlalu menuju ke biliknya. Saeran dan kawan-kawannya yang lain dia buat buat tak layan je. Diorang tu menyibuk je tahu.
Minra merebahkan tubuhnya ke atas katil. Sesekali,dia tersenyum lebar. Berlegar wajah Jimin di fikirannya.
Tingg!
Telefon yang berada di dalam poket seluarnya berdeting. Minra menarik keluar telefonnya. Kelihatan satu simbol mesej terpapar di skrin.
Jimin:Jangan lupa sapu ubat kat luka tu😊Nanti luka tu makin teruk😷.
Senyuman Minra semakin melebar. Telefonnya itu digenggam erat.
"Aishh,Jimin ni...."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top