twenty
" lepas lah! kau siapa hah? " aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan cengkaman jungkook daripada lengan aku. sakit tahu tak?
" jangan berpura-pura tak kenal aku,park chaehyun " dia berkata dengan tegas
" what? yg berpura-pura tak kenal aku dulu is kau! "
dia terjerat dalam permainan dia sendiri huh. jungkook mengeluh panjang.
" lupakan tentang itu dan kenapa kau sakiti aehyun? " dia melepaskan tangannya daripada lengan aku. ergh, kesan merah.
" nampaknya, kau hanya akan bercakap dengan aku apabila kekasih kau itu disakiti. kalau aku tahu, sepatutnya dari dulu aku sakiti dia. lebih-lebih lagi pada hari kau mula berubah " aku senyum mengejek.
" jangan cuba ubah topik, park chaehyun! jawab pertanyaan aku! kenapa kau kena sakiti aehyun? " jungkook cuba mengawal suaranya walaupun hakikatnya dia sedang menahan marah.
" kenapa kau kena sakiti hati aku, jeon jungkook? " aku berkata perlahan. shit, pandangan aku mula kabur dan hidung aku pedih seperti dicucuk-cucuk. aku rasa aku akan menangis tak lama lagi.
" t-tentang itu ... "
" jawab lah jungkook! kenapa kau sakiti hati aku?! "
— senyap
" hey! kenapa diam?! bukan ke kau nak sangat berbincang dengan aku tadi hah?! " aku menumbuk dadanya berulang kali. aku geram, geram dengan sikap tidak bertanggungjawab jungkook itu.
" a-aku mintak maaf, chaehyun "
aku mengangkat wajah aku memandangnya. air mata mula mengalir di pipi. tidak sangka, hanya itu sahaja yg dia mampu sebut.
Pakk !
aku menampar pipi kirinya kuat. wajah jungkook terpaling ke sebelah.
" berani kau mintak maaf setelah kau buat aku sampai macam ni?! "
" aku betul-betul mintak maaf, chaehyun. aku tahu semua ini salah aku " dia masih dalam keadaan tenang.
" tapi kenapa kau perlu buat aku sampai macam ni?! apa dosa aku terhadap kau? "
" itu ... "
" itu apa, jungkook?! "
" aku cuma hendak jaga hati kau saja, chae ! "
aku diam, menunggu dia menyambung kata-katanya.
" aku rasa yg aku tak patut layan kau dengan kasar sebab kau sukakan aku. aku tak nak buat kau rasa diri kau ini tidak dihargai orang. aku nak kau rasa yg ada orang sayang kau " dia menjelas
aku diam sebentar,
" tapi kau sedar tak jungkook? kau sedar tak yg sebenarnya kau berikan aku harapan palsu? "
makin laju air mata aku mengalir. walaupun aku sudah janji kepada diri aku untuk tidak lagi menangis kerana hal ini, aku tetap tidak boleh.
aku bukan sedih, aku cuma marah. terlalu marah.
" aku sedar. tapi, aku takde cara lain dah. aku tak tahu macam mana nak bagitau kau yg aku tak dapat nak balas cinta kau. jadi aku rasa ... perbuatan aku macam ni mungkin dapat sedarkan kau, yg aku tak boleh nak balas cinta kau. aku cintakan orang lain, chae. aku sayangkan orang lain. "
dia cuma nak jaga hati aku sebenarnya.
" aku tak pernah mintak kau balas cinta aku. aku tak pernah mintak kau layan aku sampai macam tu sekali. aku tak pernah mintak semua tu jungkook! "
" aku nak jaga hati kau, chaehyun "
" jaga hati aku? jaga hati aku dengan menipu aku? menipu perasaan aku? menipu hati aku? huh?! aku lagi rela kau layan aku kasar macam selalu kau layan aku! "
" aku pun tak sangka benda ni akan jadi macam ni sekali. aku mengaku, ini semua salah aku. aku tak sepatutnya pilih jalan ini "
" kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila dapat tahu yg kau luahkan perasaan kau dekat aehyun? kau tahu tak betapa patahnya hati aku? kau tahu tak yg aku penat menangis sebab kau?! ada kau tahu semua tu? tak! aku rasa aku dipermainkan dengan hebat sekali. aku fikir, kau juga mempunyai perasaan yg sama terhadap aku kerana segala perbuatan kau itu! tapi rupanya, aku dipermainkan. tahniah jungkook, kau berjaya mengecewakan aku. aku bangga dengan pencapaian kau ini. "
suara aku bergetar-getar while air mata aku pula tidak mahu berhenti dari mengalir. aku biarkan, aku langsung tidak mengelapnya. aku tiada masa untuk semua itu. aku cuma mahu luahkan segala pada hari ini.
" kau pun dah mengaku yg kau tak kenal aku ... haha apa semua ni, jungkook? "
" aku rasa, inilah cara terbaik supaya kau senang lupakan aku, chaehyun "
" aku pun rasa ini cara terbaik untuk aku bencikan kau, jeon jungkook "
— senyap
keadaan menjadi senyap seketika. aku dan dia saling memandang. aku benci tatapan mata dia, seolah-olah dia kasihankan aku yg menjadi sebegini. aku bukanlah seorang perempuan yg patut dikasihankan. aku tak suka orang kasihankan aku.
" tolong lupakan aku ya, chae? "
akhirnya jungkook bersuara setelah lama mendiamkan diri. sekali lagi, hati aku hancur berderai apabila dia minta aku untuk melupakan dia.
kenal , confess , bahagia , harapan palsu dan sekarang ... ? lupakan dia? dia memang kejam.
" kalau lupakan seseorang itu semudah memetik jari, sudah lama aku lupakan kau, jungkook "
" tapi kau tetap harus lupakan aku. cari lah yg lain, ramai lagi lelaki di luar sana. yg lebih baik daripada aku "
aku diam.
aku menangis lagi sekali.
dia ... betul-betul sudah tidak mahukan aku.
dia ... betul-betul sudah lupakan aku.
dia ... betul-betul tidak pernah sukakan aku.
bagi dia, aku bukan lagi siapa-siapa di dalam hidupnya.
" tak boleh jungkook. aku tak boleh lupakan kau. "
" chae, kalau diberi peluang, aku pun nak lupakan semua kenangan kita "
" kadang-kala, aku pun akan teringat semua kenangan kita. tapi itu semua salah, kerana aku sudah menjadi milik orang lain. aku tak boleh mengingati kenangan kita. " sambungnya
" tapi chae, cuba ya? cuba lupakan aku. aku pun akan cuba lupakan kau dan semua yg berkaitan dengan kau. aku tak boleh khianati aehyun "
aku kekal diam. aku tidak mahu bersuara, aku tiada tenaga hendak bersuara. aku lemah, kenapa semuanya harus jadi sebegini? dia fikir mudah untuk aku lupakan dia? memang, dia melayan aku sebegitu tetapi di sudut hati, aku masih sayangkan dia.
kenangan antara aku dengan dia bukan satu, tapi banyak.
" mulai saat ini, buang segala yg berkaitan dengan aku dalam hidup kau, park chaehyun. jangan ingat aku lagi. "
itu pesanan terakhirnya sebelum dia berpusing ke arah pintu. dia sudah hendak pergi.
jika dia keluar daripada kelas ini, secara automatik, aku dan dia tiada lagi apa apa hubungan mahupun kawan.
aku tak boleh biarkan.
aku tak boleh biarkan kisah cinta aku berakhir dengan kesedihan.
tak boleh.
" jungkook ! " aku memanggil namanya
" ya? " dia berpusing semula
" aku tahu permintaan aku ini melampau tapi tolong ... " aku mengelap mata aku dengan belakang tapak tangan.
aku cuba memegang lengannya.
" tolong apa? "
" tolong ... tolong cium aku buat kali pertama dan terakhir "
aku berkata dalam nada yg cukup sayu.
seperti yg aku jangkakan, reaksi jungkook adalah terkejut.
" tapi chae, aku— "
" aku tak kisah ikhlas ataupun tidak. tolong, jungkook "
dia fikir sejenak sebelum menghela nafas panjang.
" arasso "
dengan itu, dia terus mendekati aku dan memegang belakang kepala aku. pantas, dia menyatukan bibir aku dengan bibirnya. kami sama-sama memejam rapat mata. dia mengucup bibir aku dengan penuh lembut dan kasih sayang. aku membalas semula ciuman dia.
aku dan dia menikmati rasa dan saat ini bersama.
sekali lagi, air mata aku mengalir laju.
aku harus tinggalkan lelaki ini jua walau apa yg terjadi sekalipun.
kami bercium lama. selepas beberapa minit itu, dia melepaskan ciuman perlahan-lahan.
maka sekarang, lengkaplah semuanya.
" j-jaga diri, park chaehyun " dia berbisik dengan nafas yg berat.
sewaktu dia ingin beredar, sebuah asap putih yg besar memenuhi ruang bilik darjah yg gelap ini.
dan muncul lah seorang perempuan yg tidak kurang cantiknya dan memakai dress putih pendek. dia sedang terapung di antara kepulan asap putih wangi tersebut.
" tahniah park chaehyun! anda telah berjaya mendapatkan 100 kisses daripada 100 orang lelaki. jadi sekarang jeng jeng jeng, buatlah sebuah permintaan yg luar biasa. anda hanya diberikan 2 minit sahaja "
puteri itu memusing tongkat ajaibnya di hadapan muka aku.
" c-chaehyun, apa semua ini " jungkook bertanya dengan wajahnya yg blur itu.
dia masih tidak faham dengan keadaan ini.
" maafkan aku, jungkook "
" kau pergunakan aku ke? "
" pada mulanya, memang aku ingin pergunakan kau. tapi niat aku berubah menjadi ikhlas untuk mencintai kau "
jungkokk tergamam. dia tidak menyangka dengan semua yg berlaku sekarang ini.
" anda masih ada 1 minit lagi ! " puteri itu mencelah. tak sabar betul dia ini.
sekarang, terserah kepada aku untuk membuat permintaan yg aku inginkan.
sama ada untuk kebaikkan aku,
atau kebaikkan semua orang.
jadi, aku memilih untuk ...
-
sejak hari itu, aku membuat keputusan untuk menukar sekolah. eomma aku juga setuju, dan chanyeol pun setuju. katanya aku tak payah menyusahkan dia lagi di dalam kelas. abang bertuah.
aku tukar ke sekolah yg berhampiran dengan rumah aku.
tapi jangan risau, aku masih berhubungan dengan semua pelajar di sekolah lama aku.
hwiyoung pun sering datang melawat rumah aku. eomma la ni, selalu ajak dia datang rumah makan tengahari. hwiyoung pun sekarang banyak bantu aku dalam pelajaran.
jarak bukanlah penghalang hubungan kami.
um dan juga, aku terus jarang bertemu dengan jungkook. pernah sekali, aku dan hwiyoung bersiar-siar di sekitar Seoul dan tak sangka, aku terserempak dengan jungkook secara kebetulan.
dia senyum ke arah aku.
aku membalas semula senyuman dia.
begitu sahaja.
sakit? tidak sangat.
rindu? ya, sedikit.
semua tentangnya aku cuba melupakan sedikit demi sedikit. walaupun susah, aku harus cuba. kerana dia bukan untuk aku, jadi buat apa lagi aku harus menunggunya?
aku buang semua gambar dan barang-barang yg berkaitan dengan dia. aku betul-betul tekad walaupun aku asyik teringat tentangnya jika aku mengelamun.
hati aku masih belum dapat melepaskan dia sepenuhnya tapi aku yakin bahawa suatu hari nanti, aku pasti dapat melupakan dia sepenuhnya.
kini, aku telah menamatkan alam persekolahan aku.
semua orang kini mengikut haluan baru masing-masing.
aku dan hwiyoung sama-sama menyambung pengajian di Universiti Seoul.
jungkook pula ... aku tidak pasti. aku tidak tahu, aku tidak kisah dan aku tidak mahu tahu.
sekarang ini,
biarlah aku lupakan perkara dahulu.
dan mulakan permulaan yg baru bersama orang bahuru,
iaitu lelaki yg sentiasa berada di sisi aku sewaktu aku susah senang.
Kim Hwiyoung.
I'm Tinkerbell who loves Peterpan.
and you're Peterpan,
who choses Wendy.
The End
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top