H-20

Segelas air kosong dihulur perlahan ke arahnya. Dia tersenyum kecil sebelum mensisip sedikit air kosong itu.

"Jadi..dialah pembunuh tu? Orang yang kau ceritakan pada aku hari tu?"

Bitna menyoal Jisoo. Dia menatap wajah jejaka tampan di hadapannya.

Rengusan kecil dikeluarkan saat melihat Jisoo sekadar menganggukkan kepalanya tanpa berucap sepatah perkataan.

Tidak dapat menyangka bahawa Kyung telah membunuh keluarga jejaka itu. Lelaki itu betul-betul tiada hati nurani. Betul-betul seperti syaitan.

"Kau ada apa-apa hubungan dengan dia..?"

Dia mengangkat wajahnya. Kali ini Jisoo pula yang memandang wajah bersih si gadis itu.

Wajahnya seakan-akan begitu menantikan jawapan yang akan diterimanya sebentar lagi.

"Dia bekas tunang aku"

Jisoo diam tidak terkutik. Terkedu buat seketika. Irisnya masih lagi memandang wajah Bitna.

"Dia tak waras, dia hampir bunuh aku dengan lagu bodoh yang dia ciptakan itu. Aku tahu benda ni memang tak masuk akal"

"Aku tahu dan aku percaya"

Bitna menayangkan sedikit raut terkejut kecilnya namun cuba dikawal.

Adakah lelaki itu betul-betul mempercayainya dengan perkara bodoh seperti mana disebutkan sebentar tadi?

"Ia tak masuk akal dan kau percayakannya..?"

Persoalan itu dilontarkan dalam keraguan.

"Dia gunakan kaedah yang sama untuk bunuh keluarga aku jadi wajarlah aku percayakannya"

Gelas yang masih berisi air putih itu dicapai. Jelas sekali pergelangan tangan si gadis itu bergetar kuat.

Saat mengingati kembali peristiwa yang menggerunkan itu sungguh amat menakutkan baginya.

Dan kini seluruh pergelangan tangannya menjadi hangat. Kelihatan Jisoo cuba berusaha untuk menenangkan Bitna. Pergelangan itu digenggam seerat yang mungkin.

"Kita patut bawa dia ke muka pengadilan. Jadi aku minta tolong untuk kau terus bertahan dengan aku"

Heningan mulai memasuki ke dalam ruangan dapur itu. Agak memakan masa juga untuk Bitna kembali tenang sebelum dia memulakan berbicara kembali.

"M-maaf, sepatutnya aku yang tolong kau-"

"Tak, ini semua kerjasama. Kau perlu aku dan aku perlu kau. Kita bertahan sama-sama sampai lelaki tu dapat hukuman yang setimpal"

Buat masa ini Bitna masih kelihatan ragu-ragu dengan permintaan yang diujar oleh lelaki tersebut. Bolehkah dirinya bertahan untuk melawan si gila itu?

Setelah lama dia berfikir, dengan perlahan satu anggukkan kecil diberi oleh si gadis itu.

Betul kata Jisoo. Lelaki itu perlu mendapat hukuman yang setimpal.

Dia takkan biarkan lelaki syaitan itu terus berkeliaran seperti harimau yang akan menyerang mangsanya pada bila-bila masa.

"Terima kasih"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Thank you so much sebab masih bersama saya sayang saya sekalian. Here your love ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top