Bab 8
"Cepatlah papa. Nina dah lambat ni." Nina menjerit memanggil papanya dari bawah.
Sekarang baru jam 8. Takkan Nina dah nak keluar.
"Nina, sini duduk sarapan dulu." Suara Nek Mah kedengaran dari dapur.
"Tak nak lah Nek Mah. Nina nak pergi jumpa Auntie Hawa ni. Nanti lambat pulak."
"Nek Mah tahu, Nina. Dari semalam Nina asyuk ulang benda sama nak jumpa Auntie Hawa, tapi sekarang Nina kena makan sarapan dulu. Kalau tak nanti Nina sakit, perut masuk angin, susah kan papa dan Auntie Hawa. Nina nak ke susahkan mereka? Haa tak nak kan?? Jadi, Nina kena makan dulu." Nek Mah sudah menapak ke meja makan. Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat Nina yang tak reti menyabar nak keluar jumpa Auntie Hawa nya itu.
"Okeylah kalau macam. Nina tunggu papa, lepastu kita makan sama-sama ya, Nek Mah."
"Haa,, kan baguss.. macam tu lah cucu Nek Mah."
Selepas saja sarapan, Nina menyuruh Adam bersiap dan mengajaknya keluar berjumpa Auntie Hawa.
"Papa, pergilah bersiap. Nanti lambat nak pergi kedai Auntie Hawa."
"Nina, sayang. Kedai Auntie Hawa tak buka lagi. Baru pukul berapa ni?"
"Alaaaaaa, kedai Auntie buka pukul berapa?"
"Mana lah papa tahu. Lagipun baru pukul 8 setengah pagi, Nina. I'm really-really sure yang kedai tu tak buka lagi."
"Papa, papa tanya lah Auntie Hawa. Call lah dia." Adam teragak-agak dengan cadangan Nina.
"Tak pon papa chat je la dia."
"Hmm..iyalah Nina. Papa chat Auntie Hawa sekejap." Digagahkan juga tangannya demi Nina untuk mesej Hawa bertanya bahawa kedainya buka pukul berapa. Anak dara ni sorang bukan boleh buat main.
'Hmm harap-harap tak menganggu dia lah'
Assalamualaikum, Hawa.
Tak sampai seminit Hawa sudah membalas.
Waalaikumussalam. Ya kenapa?
Nak tanya.. kedai awak buka pukul berapa?
Pukul 11 nanti. Nina nak datang,ya?
Haah. Harapnya awak tak kesah lah.
Eh, takpe. Saya lagi suka dia datang sini. Rasa lagi meriah cafe ni.
See you soon, Auntie. -Nina
"Okay, papa dah chat Auntie Hawa. Dia cakap kedai buka pukul 11 nanti."
"Hehe...thank you,papa. I love you."
"Thank you, je?"
Nina mendekati Adam seraya memberikan ciuman kecilnya di pipi lelaki itu.
"Morning kisses."
"That's my daughter."
"Okay lah. Nina nak naik bilik dulu, nak pilih baju nak pakai pergi kedai Auntie Hawa nanti. Byee."
Adam hanya memandang anaknya yang sedang menaiki tangga dengan wajah yang gembira. Sejak akhir-akhir ini dia perasan yang nama Hawa selalu bermain di bibir anaknya. Dia pon tak tahu nak cakap apa.
I just turned out this story into short story sebab nak habiskan cerita ni cepat. I've got too many idea for the next,next book yg already in my draft. See,yaa 🙈
Mcm biasa, jgn lupa vote tau. Thanks 🥰
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top