Bab 7
Hawa melangkah masuk menuju ke pejabat kecilnya di Cafe Geliefde Namun langkahnya terhenti di pintu pejabat apabila melihat sejambak bunga Baby Breath di atas mejanya. Jambangan bunga itu ditenung. Siapa punya? Kenapa ada kat sini? Harini bukan hari jadinya? Hawa mengambil jambangan buku tersebut dan membelek untuk mencari jika ada kad yang terselit.
‘Always thinking about you. Hope all is well.’- Iqram
Berderau darahnya membaca ayat itu. Tapi yang paling dia terkejut apabila membaca nama penghantar bunga itu. Kenapa tiba- tiba Iqram menghantar bunga itu? Tak pernah- pernah selama mereka berkawan, Iqram menghantar bunga kepadanya.
Hawa melihat bunga itu semula. Tiba- tiba dia teringat perbualan terakhir dia dengan Iqram beberapa bulan yang lalu.
“I am getting married.” beritahu Iqram dengan ceria apabila talian bersambung.
Hawa terkejut mendengar berita itu. Nasib baik mereka berbual di telefon. Tidaklah Iqram nampak riak terkejutnya.
“You’re the first to know amongst our friends.”
Patutkah Hawa berbangga dengan kenyataan yang pahit itu?
“Will you come to my wedding? I hope you can make it.”
Hawa terdiam. Dia cuba mengumpul semangat untuk bercakap sekaligus cuba memperlahankan degupan jantungnya. Dia cuba menahan kesakitan di dalam hatinya apabila mendengar suara Iqram yang sangat gembira di hujung talian itu.
“Hawa?”
“Ouh, congratulations! I am so happy for you. Bila and kat mana majlis awak nanti?”
“26 Feb nanti and dekat Penang.”
“Jauh sangat tu.”
“Sejak bila? Kenapa saya tak pernah tahu?” soal Hawa
Apa yang Hawa sedar, belakangan ini Iqram sudah jarang menghubunginya. Selalunya setiap hari mereka akan berbual melalui telefon tetapi sejak beberapa bulan yang lepas semuanya terhenti. Mungkin masa tu, Iqram dah jumpa peneman untuk mendengar segala ceritanya dan Hawa mungkin tidak lagi diperlukan.
"Hmm.. saya seganlah nak nak beritahu awak sebab selagi tak official, saya tak nak lah kecoh. Takut nanti tak jadi. Tapi sekarang saya dah berani nak beritahu. Awak datang tau. Saya tunggu." Pujuk Iqram
"Saya rasa saya tak datang kot. Lagipun jauh sangat la awak."
"Sampai hati awak tak nak datang." Iqram menarik muncung.
'Sampai hati? Kau yang sampai hati buat aku macam ni. Hati aku dah cukup sakit untuk terima kenyataan ini.' namun itu hanya terluah di hati.
Hawa tahu yang dia takkan cukup kuat untuk menjadi saksi melihat pernikahan Iqram dan buah hatinya bersatu. Sumpah dia tak kuat. Cukuplah hanya mendengar berita ini sahaja buat dia sebak.
Lamunan Hawa terhenti apabila ada satu suara yang menegurnya.
"Wahh, ada bunga lah!! I'm sure it's not your birthday today kan, Cik Hawa?" soal Farid yang merupakan salah seorang pekerjanya.
"Hmm..nope..today is not my birthday." balas Hawa sambil duduk di atas kerusi. Lama betul dia berdiri, jadi terasa lenguh kakinya.
"Ouhh, ni mesti boyfriend bagi Cik Hawa ni.. kan?? Kalau Cik Hawa qda boyfriend, kenalkan la dekat kami. Nak juga kami tahu siapa yang bertuah tu."
"Ish kamu ni Farid. Mengarut je kerjanya. Ni ada apa kamu cari saya ni? Anything okay? Or ada unhappy customer today?"
"Eh, tak lah Cik Hawa. Alhamdulillah hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa masalah pun. Ni, ha. Saya nak bagi list online order untuk minggu ni. Nak suruh Cik Hawa semakkan balik takut ada apa-apa kesalahan ke, kalau tak boleh saya betulkan. Kalau tiada apa-apa masalah, esok saya akan proseed semuanya." Farid memang ditugaskan untuk menjaga semua job scope yang berkaitan dengan online order Cafe Geliefde.
"Oh, okeylah kalau macam tu. Terima kasih ya, Farid."
"Sama- sama Cik Hawa. Saya keluar dulu, ya."
Hawa mengangguk sambil matanya memandang kembali jambangan bunga Baby Breath di atas mejanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top