Bab 5
BUMMMM!!
"Allahu Akbar!" Hawa terkejut. Keretanya dilanggar daripada belakang. Siapa pula yang melanggar keretanya ni?
Hawa melangkah keluar daripada kereta dan terus menuju ke arah belakang keretanya untuk memeriksa dan memastikan semuanya dalam keadaan yang baik atau tidak. Daripada ekor matanya, dia dapat melihat pemandu kereta yang melanggar keretanya tadi juga keluar dan menuju ke arahnya.
"Maafkan saya,cik. Saya tak sengaja."
"Kalau sengaja, taklah kita panggil accident, kan?" soal Hawa. Matanya masih tertumpu pada bumper Swiftnya yang sedikit kemek.
"Hmm.. ini kad saya. Why don't we move our cars to the side of the road and continue discussing? Kita tak naklah menjadi punca kesesakan lalu lintas, kan?" ujar lelaki itu sambil memandang ke arah pemandu- pemandu yang sibuk menjengah dan menjeling ke arah mereka dari dalam kereta. huh, pemandu Makaysia memanglah tersangat PRIHATIN.
Hawa mengangkat kepala dan mengalihkan pandangan matanya daripada bumper kereta kepada wajah pemandu yang melanggar keretanya. Apabila mata mereka bersambung, kedua- duanya terkejut.
Ini papa Nina! Sekilas dia memandang ke arah kereta lelaki itu dan jelaa kelihatan Nina yang sedang tersengih sambil melambai- lambai ke arahnya dari tempat duduk sebelah pemandu.
"Err.. awak ni Papa Nina, kan?" Hawa bertanya sekilas memandang Nina.
"Err.. awak?"
Mungkin Papa Nina juga mengingatinya. Terasa kecilnya dunia.
"Apa kata kita move our cars first and we will talk afterwards?" Pinta lelaki itu sekali lagi.
Hawa mengangguk dan mereka berjalan ke arah kereta masing-masing.
Selepas meletakkan kereta di tepi bahu jalan, Hawa membaca sekilas kad yang dihulurkan oleh Papa Nina tadi. Muhammad Adam Nazreen bin Tan Sri Adlan, seorang arkitek.
'Oh, Datuk Nina seorang Tan Sri rupanya. Terus ada segaris senyuman pada wajah Hawa apabila teringatkan Nina.
Tiba- tiba cermin tingkapnya diketuk.
"Sorry," ujarnya sambil melangkah keluar.
"Nina wants to speak to you," Apap Nina berkata sambil tersenyum. Dua lesung pipit yang dalam jelas kelima. Sesuatu yang Hawa tak perasan ketika mereka di Port Dickson.
Pandangan mereka bertaut untuk sesaat dua. Hawa membalas senyuman itu sebelum dia berjalan menuju ke kereta di belakangnya. Adam pula menuju ke belakang kereta Hawa untuk memeriksa kerosakan pada kereta itu.
"Hi, Auntie!"
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam.. hehehe.. Auntie ingat tak Nina?"
"Hmm.." Hawa menjawab sambil menggaru dagunya.
"Macam pernah jumpa. Tapi kat mana, ya?" Sengaja dia ingin mengusik si comel Nina.
"Alaa... Auntie ni.. kita pernah jumpa kat Port Dickson haritu lah.. Takkan Auntie dah lupa? Baru beberapa minggu yang lepas tau. Yang Nina tertolak Auntie masa tengah kejar butterfly tu. Auntie ingat tak?" Dengan beria Nina mencuba untuk mengingatkan Hawa.
"Oh, ya! Baru Auntie teringat. Nina sihat?"
"Nina sihat, Auntie. Alhamdulillah. Sorry tau sebab Papa terlanggar kereta Auntie. Mesti Auntie terkejut, kan? Kesian Auntie. Tu la, tadi Papa tengah sibuk marahkan Nina sampai dia leka."
Petah sungguh Nina ni berkata.
"Nina, let me speak to Auntie sekejap, boleh?" Tiba-tiba kedengaran suara Papa Nina di belakang mereka.
"Okey, papa. Thank you for allowing me to speak to Auntie."
Alahai sopannya budak ni.
"So, cik? Err.. can i know your name?" Tanya Papa Nina.
"Hawa. Hawa Nazmeen"
"Oh, okey. Call me Adam. Adam Nazreen. So cik Hawa, how do you want to settle this? Nak buat laporan polis or nak settle between us?" Adam memandang tepat ke mata Hawa sebelum beralih ke kereta Hawa.
"Lagipun saya tengok your car tu just the bumper only. If you don't mind, I can get fixed for you. I will get my workshop guys to fixed it for you. Tapi kalau nak buat laporan polis, jom kita pergi balai yang berdekatan." Adam memerhati Hawa yang yang sedang memandang bumper keretanya.
"Hmm.. I think it will be less messy kalau kita tak involve the police. Saya pun tak suka sebab ni sikit saja. Tak teruk mana pun. But, saya perlu tahu berapa lama kereta ni akan masuk bengkel supaya saya dapat mengatur jadual kerja saya. Kat Kl ni, memang patah kaki kalau tak ada kereta sendiri." keluh Hawa.
"Papa, Nina laparlah. Lama lagi, ke?" Kedengaran suara Nina mencelah dari cermin tingkap kereta yang diturunkan.
Mendengar pertanyaan Nina itu, Hawa berasa kesian. Yelah, budak-budak mana boleh tahan lapar
"Ermmm, why not kalau Encik Adam ikut ke my cafe? We can continue discussing this further and Nina boleh makan?" Hawa memandang lelaki di hadapannya. Tampan juga orangnya. Tinggi lampai dan berbadan tegap. Kulit sawo matang. Tidak bermisai tetapi berjanggut sedikit dan jangan lupa lekuk di dagu.
"Is it far from here?" Soalah Adam membuat Hawa terkejut dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.
Ish, tak tahu malu nya kau Hawa tengok laki orang!!
"Oh, no! Err.. it's just after this exit and about five kilometres from here." Tergagap Hawa menjawab. Malu pula kalau Encik Adam ni perasan pandangannya tadi.
"Tak sampai sepuluh minit, mereka sudah tiba ke Cafe Geliefde. Pada waktu senja begini memang kedai itu selalunya agak lenggang. Yang ada cuma beberapa pelanggan yang sedang menikmati kopi petang mereka.
Sorry guys lama sgt tinggal cite ni😅🥺
Don't forget to vote , follow me ( i will followback) and add this book to your rl tau..Hehehehe🤭 (mcm youtubers, kau hadoo?)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top