BAB 2
Hawa duduk diam sambil termenung memerhatikan layang-layang yang terbang diikuti angin sepoi- sepoi bahasa. Bagaikan sedang menari di langit nan biru. Lepas bebas di angkasa.
"Seronoknya kalau aku boleh terbang bebas macam layang- layang tu." Betapa cemburunya Hawa akan kebebasan layang- layang itu.
Pandangannya kemudian teralih ke arah pantai. Ya, sekarang dia tengah 'take a break' dekat pantai kat Port Dickson. Riuh kedengaran suara kanak- kanak yang sedang bermain layang- layang. Ada juga yang sedang bermandi- manda. Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, tu yang penuh pantai ni sebab ibu bapa ambil peluang bawa jalan- jalan.
Harini dia memilih untuk memakai blouse berwarna biru cair diikuti dengan seluar jeans. Tidak terlupa juga dengan bunga berwarna putih yang diselitkan di telinganya. Free hair? Yes. Tolong jangan kecam. Tak sampai seru lagi.
Laut di hadapannya pula dipandang. Subhanallah.. Cantik sangat pemandangan di hadapannya ini. Tenangnya tengok laut.
Sekarang ni dah tiga hari dia melepak kat sini. Lepas je check in, terus jalan- jalan kat pantai. Tak sia- sia pilihannya untuk melepak kat tepi pantai. Damai sungguh.
Kalau waktu pagi, lepas subuh terus pergi sarapan and habiskan masa dekat wattpad. Novel bergerak dan sentiasa diperlukan. Tengahari pula dia menghadap iPad dan pada waktu petang, dia menghabiskan masa dengan membaca tafsir quran. Akhirat kene ingat juga. Itulah rutin hariannya sejak dia duduk di sini. Kalau nak makan pun, bila terasa lapar je. Tapi, sarapan jangan tinggal. Nanti susah nak kurus. Tenaga tu.
Tengah syok baca wattpad, tiba- tiba dia rasa ada orang tolak dia daripada belakang. Omaigodd.. sapa pulak kacau aku ni??
"Oops! Sorry!" Terdengar satu suara kecil comel molek.
Hawa toleh belakang. Nak tengok suara siapa tu walaupun tolakannya tadi tidaklah sekuat mana sampai jatuh telefon. Acah je.
Tersenyum Hawa melihat orang di belakangnya. Comelnya budak ni.. gigit kang.. erghhh.. berambut panjang diikat tocang, bermata bulat sikit dan berkulit putih gebu. Umur mungkin dalam enam ke tujuh tahun rasanya ni.
"Sorry, aunty. Tak sengaja" ulangnya kembali.
"It's okay. Tak sengaja, kan?" soal Hawa sambil tersenyum.
"Tak. Nina tak sengaja. Tadi ada rama- rama. Pastu, Nina nak kejar. Tak perasan terlanggar aunty..." terjuih bibirnya ke arah rama- rama yang dah hilang entah pergi mana.
"Eh, Nina sorang jeke ni? Bahaya tau jalan sorang- sorang.." Hawa bertanya sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari ibu bapa si comel ni.
Dia cuma nampak Nina ni sorang je. Daripada gaya berpakaian macam bukan orang sini, orang bandar ni. Sesat ke apa budak ni? Kena culik kang?
"Nina datang dengan papa. Tu hah, dia kat rumah chalet tu..." sambil memuncungkan bibirnya ke arah rumah tersebut.
Kepala Hawa tertoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Nina. Rumah chalet yang terletak selang 3 buah dari rumah chaletnya sendiri. Macam mana dia boleh tak perasan erk?? Kelihatan seorang lelaki yang leka menghadap iPadnya di beranda. Tiba- tiba lelaki itu mengangkat mukanya seketika seakan- akan tahu bahawa ada mata yang sedang memandang.
Dia hanya mengangkat tangan apabila perasan Nina sedang melambai ke arahnya.
Hawa meletakkan telefonnya kembali ke dalam poket seluar apabila dia merasakan peluang untuk membaca wattpad tipis. Nina memandang tepat ke wajahnya dan ditenung lama. Kemudian terbit satu senyuman kecil yang sangat manis.
'Takkan nak halau dia pulak,erk? Tak baik pula, kan?' Hawa berbisik sendiri dalam hati.
"Auntie, you look so beautiful with that white flower." Ujar Nina.
Tak semena- mena wajahnya berbahang. Malu apabila dipuji oleh si kecil, Nina.
"Eh, takde la. Biasa je. Nina lagi comel" balas Hawa.
"Aunty, aunty. Are you alone?" Soal si kecil.
"Yes. Aunty datang sini sebab nak tenangkan fikiran. Tu yang sorang je."
"Aunty dah berapa hari kat sini?"
"Almost three days. Nina pula dah berapa hari kat sini?"
"Hmmm... kitorang baru sampai semalam dari KL. Aunty pon mesti dari KL, kan?"
"Aah."
"Ouhh.. Nina cuti sekolah tu yang papa bawa Nina datang sini."
Hawa hanya mendengar dan mengangguk. Petah sungguh si Nina ni bercakap.
"Hmm.. Aunty. Best ke reading ni? Husna tak suka sebab boring."
"La, kenapa tak suka pula. It's a good habit you know? You should try read one book and trust me you will like it." Hawa tergelak kecil. Alahai budak ni.
"Aunty, aunty suka laut tak?" Next question from Nina.
"Aunty suka sangat sebab tenang je kalau tengok."
"Nina pun suka. Kalau dapat mandi laut ni mesti best."
"Dahtu, kenapa tak pergi mandi?" Soal Hawa.
"Alah, papa suruh tunggu dia. Dia kata kene buat work sikit. Nina tak sukalah. Cuti- cuti pun kene buat works." Nina mengeluh.
Hawa tersenyum. Patuhnya Nina menunggu papanya menyiapkan kerja walaupun tak sabar nak mandi laut.
Tiba- tiba mereka mendengar satu suara garau berdeham. Pantas Hawa menoleh ke belakang sambil membetulkan bunga di telinganya.
"Papa!" Nina dah excited memandang lelaki itu.
"Papa dah siap work,ke?" Soal Nina.
"Iye sayang. Papa dah siap dah" balas lelaki itu.
Lelaki itu memandang Hawa sebentar sambil tersenyum dan mengangguk tanda meminta maaf kemudian beralih ke arah Nina.
"Nina ganggu aunty, ya?"
'Takdelah, papa. Nina tak ganggu aunty pun, kan aunty?" Polos muka Nina bertanya.
Hawa hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Oklah cukuplah tu berbual. Say goodbye to auntie and let's go swimming."
"Yeay! Bye, aunty! Nina nak pergi swimming!! Nanti jumpa lagi,ya?" Jawabnya sambil berlari ke arah pantai.
Alahai, Nina. Excited betul tu.
"I'm sorry if she was disturbing you." Papa Nina memohon maaf.
Hawa menoleh memandang Papa Nina.
"No, don't worry. She's not disturbing me. Your daughter such an angel." Balas Hawa.
"Yes. That she is. By the way, you looks pretty with that white flower on you. Assalamualaikum." Papa Nina mengatur langkah menuruti anaknya.
Serta- merta darah menyerbu ke pipinya. Malu. Tadi anak, ni papanya pula. Allah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top