π¬π° :: ππππ£π§ππ₯ ππ’π¨π₯
β’ New banner by ::Β loidluvs-
Jam telah pun menunjukkan pukul 9.30 pagi menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar yang berada di kelas 6 Polaroid Love itu berpusu-pusu keluar dari kelas itu. Tidak dilupakan, Yoora yang sudah siap menyalin nota geografi mengemas barang peralatan belajar.
Ketika dia sibuk mengemas barang peralatan belajar untuk dimasukkan ke dalam beg sekolah, seseorang menepuk bahu yoora menyebabkan bahu yoora sedikit terhinjut.
"Hi yoora. Did you still remember me?" soal seorang jejaka berkulit cerah yang ingin berkenalan kepada Yoora.
"Pardon? Who are you? " Soal Yoora kebingungan apabila mengecam jejaka berkulit cerah itu.
"Saya macam pernah kenal tapi kat mana eh? Kita pernah jumpa ke?" Soal Yoora ingin mengingat kembali memori ketika masa zaman mereka tadika dulu.
Jejaka berdarah kacukan Korean-American itu menepuk dahi lalu memberitahu nama penuhnya.
"Ya tuhan dia ni. Aku Kai Kamai Heuning. Heuningkai.Nyahh kau dah lupa ke aku siapa? Aku member andΒ kawan kau dohh sejak kita tadika dulu." ujar jejaka berdarah kacukan Korean-Amerika yang bernama Heuningkai itu.
Setelah hampir 5 minit mengimbau kenangan kembali, barulah yoora ingat yang mereka pernah satu tadika dan sekelas dengan mereka dulu.
"Ohhh ~ Kai...wehh lama tak jumpa kau dohh. Makin lama makin hensem kau eh? Single lagi ke dohh? Ke dah berpunya? Tipulah kalau kau takde girlfriend. " kata Yoora yang ingin ajak bergurau kepada kawan lamanya.
"Heh...Takde masa aku nak date ngan mana-mana yeoja sekarang. Couple itu haram. Aku ni anti-romantic orangnya." ujar Heuningkai dengan berlagak sombong.
"Hek eleh kau. Nak acah anti-romantic konon. Padahal berlambak lagi awek dekat luar sana. Kalau kau tak nak sangat date ngan yeoja kat sekolah ni, hah lagi betterΒ kau pergi date ngan amoi je." celah seorang jejaka berambut hitam bernama Kang Taehyun setelah lama berdiam diri membuat nota.
"Kalau aku tak nak?" Soal Heuningkai.
"Sampai kesudahlah kau single hahahahahaha"Β gelak Taehyun sambil meneruskan membuat nota geografi. Entah celah mana lawaknya apabila gelak.
Yoora yang dari tadi berdiam diri menggelengkan kepala. Malas mahu mendengar mereka bergaduh manja, yoora segera bergegas keluar dari kelas itu.
"Dahlah wehh aku nak keluar pergi kantin jap. Perut aku dah lapar." pamit Yoora ingin keluar dari kelas 6 Polaroid Love itu. Namun langkahnya terhenti apabila Heuningkai memanggilnya untuk keluar bersama pergi ke kantin.
"Yahh! Han Yoora tunggulah aku woi. Aku pun lapar juga nak cari makan." kata Heuningkai yang mahu mengejar Yoora. Yoora hanya menyilangkan tangan menunggu kawannya.
"Dah cepatlah. Lambat mengalahkan line umobile." perli Yoora membuat Heuningkai mencebik geram.
ββββββββ
Di kantin sekolah
Setibanya mereka di kantin sekolah, mereka sibuk mengambil makanan lauk dekat Stainless Steel. Setelah mengambil makanan lauk, Heuningkai bergegas pergi mengambil tempat duduk yang kosong namun ianya penuh diduduki pelajar lain.
Manakala Yoora selepas dia mengambil lauk-pauk, segera dia mencari rakannya Heuningkai namun hampa dia tersepit dalam keramaian orang pelajar. Sehinggalah dia terlanggar seorang jejaka bertinggi lampai itu lagi menyebabkan baju seragam sekolahnya kotor terkena lauk.
"Aishhh.... Anak bahalul manalah yang pergi kotorkan baju aku ni. Yahh! Dah berapa kali aku kata, nak tengok jalan tengoklah depan. Buta ke ape?! Takkan nak ke-- " terhenti percakapan Jay apabila orang yang dia gertaknya tadi adalah orang yang sama dia langgar ketika berada di luar pejabat am.
Yoora hanya mampu menundukkan kepalanya ke bawah tidak mampu mendongak kepalanya ke atas selepas mengotori baju jejaka tinggi lampai itu. Perasaan sebersalahnya mula menyelubungi dirinya. Sekejap lagi terkenalah dia sebarang hukuman oleh jejaka itu.
Jay yang melihat gadis itu tersenyum sinis. Segera dia maju melangkah ke hadapan ke arah gadis itu. Titik-titik peluh yoora mulai penitik apabila jejaka itu berada di hadapannya. Jay mendongakkan dagu yoora menyebabkan muka yoora berasa cuak.
Segera yoora melarikan pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup dia menatap mata helang jejaka itu dengan pandangan yang tajam.
"Aku dah agak. Orang yang sama juga langgar aku. Tak sangka pula jodoh kita ni kuat. Eh budak baru. Kau nak jadi new student transferΒ dekat sini pun, buat cara nak jadi budak baru lah bangang. Kau tengoklah baju uniform sekolah aku ni dah kotor habis kena kuah lauk jjamyeon sebab kau! Mahal tahu tak mak aku belikan baju uniform ni. Kau memang buta ke apa?!" jerkah Jay ke arah gadis tomboy itu menyebabkan semua pelajar yang berada di kantin terdiam dan menyaksikan drama pergaduhan antara jejaka badboyΒ dan gadis tomboy itu.
Tercengang dan terkilan yoora dibuatnya apabila jejaka itu melepaskan api kemarahannya di hadapan mukanya. Nasib tidak terpercik air liur. Telapak tangannya turut dikepal bagi melepaskan kegeramannya kepada jejaka itu apabila dia dimalukan di khayalak ramai.
"Aku tahu aku tak sengaja kotorkan baju uniform sekolah kau tapi aku minta maaf. Kau tahukan ramai yang nak makan dekat kantin ni. Perlu ke kau nak malukan dan sebarkan aib aku dekat publicΒ tempat keramaian macam ni? Mana kau nak letak maruah aku?!" balas Yoora setelah lama berdiam diri untuk bersuara. Sungguh emosinya tidak stabil kali ini tetapi dia mampu mengawal emosinya.
"Eh budak! Sejak kau masuk sekolah ni makin kurang ajar eh kau. Mak bapak kau tak reti nak ajar kau hormat orang ke? Berani kau nak cabar aku! Memang berani nak tempah maut ke apa kau ni miss han yoora? " sindir Jay dengan lagak sinisnya. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya. Lidahnya ditolak ke arah pipi. Auchh sexy ~
"Eh lu jangan nak cari pasal sama wa lah bro. Lu belum kenal lagi wa siapa. Silap hari bulan kalau lu mau cari pasal, wa mau kasi bantai lunyai lu punya badanlah" balas Yoora dengan acah gengster. Dah macam abang long fadhil pula lagaknya.
"Ciss ~ Jangan nak berlagak sangatlah nak jadi gengster tahi kucing. Cakap pun macam cakap cina. Dasar minah tomboy. Pakaian dahlah macam budak rempit. Entah-entah baju bundle eh aku takleh lahΒ kalau ada minah tomboy macam kau ni pakai baju bundle dak rempit ni nanti badan gatal. Tak classΒ langsung." sindir Jay dengan lagak poyohnya sambil mengulum lollipop dekat mulut.
"Eleh bro. Kasut fila masa zaman Ettore dan Giansevero Fila tu tak habis bayar lagi tau. Setakat pakai baju Ami brandedΒ itupun pergi kedai gucci dan prada, pakai duit kutu, minyak tontong dengan pak cik marhaban kan? Macamlah saya tak tahu." kata Yoora dengan selamba membuatkan Jay geram dengan kata-kata sindiran yang dilontarkan oleh Yoora.
"Eh mulut kau tu jaga sikit eh pompuan. Jangan sampai aku cilikan mulut kau." balas Jay dengan penuh kegeraman. Sungguh dia terasa dengan kata-kata pedas yang dilontarkan oleh gadis tomboy itu.
"Cubalah kalau berani. Ingat wa takut sama lu? Lu mau ajak gaduh, one by one lah bro. Amacam guys setuju tak?" cabar Yoora dengan berani. Rata-rata pelajar yang berada di sekeliling melihat aksi drama mereka berdua bergaduh itu bersorak gembira sehingga menimbulkan menjadi riuh-rendah di kawasan kantin sekolah.
"Nak gaduh? Marilah!" Sahut Jay dengan penuh amarah. Yoora apatah lagi geng, on lah.
Pelajar yang berada dekat kantin tu apa lagi? Bersorak gembira lah mereka sehingga menimbulkan kekecohan macam dekat stadium bola.
Heuningkai yang bergerak ke arah kekecohan itu, menepuk dahi. Kalau dibiarkan kawan lamanya bergaduh dengan budak popular itu, tak pasal-pasal jadi bahan gossipΒ dekatΒ sekolah itu. Segera dia menuju ke arah Yoora untuk backupΒ kawan lamanya.
"Woah bro! Dengan pelajar baru pun kau nak cari pasal ke? Dari tahun ke tahun perangai stillΒ tak berubah-ubah. What so close to you, bro?Β Kurang kasih sayang ke? Ke kau nak attention seeker?Β Oh lupa dahlah pegang jawatan ketua pengawas acah poyo tapi sayang gak ada akhlak loh." Sindir Heuningkai pula bagi memihak yoora. Jay tersenyum sinis mendengar ayat yang dilontarkan oleh rakan classmate nya.
"Kau apahal nak masuk campur? Kau boyfriendΒ dia ke? Kalau betul kau pakwe pujaan minah tomboyΒ tu, aku nak kau ajar sikit awek acah tomboyΒ tu." balas Jay dengan lagak sinisnya.
"Wow I'm so shock ~Β Aku pakwe yoora? Hahahahahaah kelakarlah kau ni bro. Dia kawan lama aku kot masa zaman tadika. Kau nak tuduh aku pula boyfriendΒ dia." balas Heuningkai semula dengan acah terkejut dengan lagak sindirannya.
"Lahh tak nak mengaku ke? Kata kawan masa zaman tadika. Takkan takde perasaan cinta kat makwe kau. Halamakk bocah betullah kisah cinta korang ni. Cliche tul. Entah-entah ikut zaman cinta jiwang karat dari Aiman Tino kot hahahhahahhahaha." sindir Jay dengan selamba badak penuh sinis membuatkan Heuningkai bertambah geram. Telapak tangannya turut digenggam membentuk penumbuk. Api kemarahannya membuak-buak setelah Jay melemparkan ayat sindiran pedas kepadanya.
"Kurang ajar kau!" marah Heuningkai yang ingin melayangkan buku lima ke arahnya. Namun ditahan oleh Yoora. Belum sempat mereka bergaduh, cikgu Jongkok yang merupakan guru disiplin sekolah itu segera bergegas ke arah kekecohan pergaduhan itu tadi.
"Apa kecoh-kecoh ni? Kalau datang semata-mata nak cari makan, buat nak cari makan bukan nak cari gaduh dan cari pasal dengan orang!" jerkah cikgu Jongkok menyebabkan semua pelajar yang berada di kantin itu terdiam seperti berada di tanah perkuburan.
"Park Jongseong, Heuningkai dan...." sebut cikgu Jongkok yang menggantungkan ayat ingin mengecam dan mengetahui nama penuh yoora.
"Han Yoora" balas Yoora.
"Ouhh... Korang bertiga lepas rehat nanti, sila datang ke bilik disiplin nanti. Saya akan tunggu dekat situ.Korang datang lambat nahas aku bagi korang denda yang lebih berat lepas ni. Yang lain pahal? Gi buat kerja masing-masing!" marah dan jerkah cikgu Jongkok yang memberi amaran keras berbaur tegas kepada tiga orang pelajar itu. Pelajar-pelajar lain kelam kabut menjamu selera di kantin itu. Ada yang bergegas beredar dari kantin itu lalu segera cikgu Jongkok itu beredar dari kantin sekolah.
Setelah cikgu Jongkok itu beredar, Jay masih menunjukkan riak lagak poyonya dengan menolak lidah itu ke pipi. Manakala Yoora dan Heuningkai menunjukkan wajah ketat ke arah Jay.
"So? How is it now? Are we satisfied that we are angry? We'll meet near the discipline room later guys."Β ujar Jay dengan lagak sinisnya. Sebelum beredar, Jay membuka butang baju blazerΒ uniform sekolahnya yang kotor terkena lauk lalu dicampakkan baju blazer itu di hadapan muka Yoora. Amboi kurang ajarnya.
"Balik sekolah nanti aku nak kau bersihkan baju blazer aku. Jangan sampai ada satu pun tinggal kesan kotoran kat baju blazer aku. Esok jangan lupa bawa balik baju tu. Arraseo?" pesan Jay dengan nada yang dingin dan datar kepada Yoora. Riak wajahnya yang sinis berubah menjadi dingin. Yoora apatah lagi berasa geramlah dengan sikap jejaka itu.
βΎ :: Setelah sekian lama tidak mengupdate beberapa bulan since ramadan, akhirnya aku update juga chapter 4 ni. Hmmm aku tau aku jarang update sampai readers pun remove book ni dari library.
βΎ :: Maafkan patik juga kalau chapter ni makin panjang. Jap lagi ada yang rasa bosan lah tu baca panjang-panjang menjalar. Maaf juga sebab gaya penulisan makin kelaut dan ayat pun makin tuggang langgang. Nilah padanya bila jarang sangat update. Sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan akan saya improve di next chapter. Sesungguhnya saya terlalu malas untuk check balik. Sorry wehh kalau chapter kali ni agak hambar dan mengarut. Apa2 pun enjoy your readings and have a great day β‘β‘β‘β‘
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top