๐ฌ๐ฏ :: ๐๐๐๐ฃ๐ง๐๐ฅ ๐ง๐๐ฅ๐๐
Jay bergegas ke bilik lepak dengan membawa tiga air berperisa green tea dan kuih donut yang dia beli di kantin usai berjumpa dengan seorang gadis tomboy itu yang merupakan pelajar perpindahan sekolah. Sesudah sampai di bilik lepak, jay mengeluarkan tiga cawan plastik yang berisikan air green tea tadi ke meja disertakan kuih donut.
"Wehh asal lama sangat kau pergi luar? Dah nak dekat setengah jam kitaorang tunggu kau datang tau tak." marah Sunghoon sambil berpeluk tubuh menyandar di kerusi sofa yang empuk.
"Tulahh entah-entah dia nak pergi membuaya dengan yeoja kot. Macamlah kau tak kenal member kita ni macam mana." ujar Jake sambil matanya ralit melihat phone bermain game online seperti Mobile Legend.
"Takde masanya lah aku nak membuaya dengan mana-mana yeoja waktu subjek pertama ni. Aku lama pun sebab aku terlanggar seorang gadis yang bagi aku cukup familiar . Kebetulan pula masa tu aku nak pergi toilet." ujar Jay sambil makan donut yang terdapat di dalam plastik.
"Uishh awek mana pula kau jumpa ni bro?" Soal Sunghoon dengan penuh teruja.
"Dia cantik tak? Sexy tak? Kalau sexy ada yang kena baham buaya jap lagi. Aumssss rawrrr ~" ujar Jake dengan muka yang gatal sambil menjelir lidah dan menolak lidah itu ke pipi. Namun kepalanya selamat dihempuk oleh Sunghoon menggunakan buku teks sejarah.
"Menggatal kau eh. Dasar nafsu kuda." kata Sunghoon dengan menggulingkan matanya ke atas tanda annoying membuatkan Jake mencebik geram.
"Elehh gurau jelah takyah lah hempuk aku. Dasar penguin tinggal di kutub utara." perli Jake balik membuatkan Sunghoon merengus geram dengan kata-kata perlian yang keluar dari mulut Jake.
"Dahlah malas aku nak layan kau. Buat gaduh je." ujar Sunghoon ysng sudah mulai penat berperang mulut dengan Jake sambil meminum air green tea.
"So bro, awek tu lawa tak?" Soal Jake.
"Nak kata lawa takdelah lawa mana but she's a different from any other woman." ujar Jay berlagak cool sambil minum air green tea.
"Maksud kau?" Soal Sunghoon dengan riak wajah yang terpinga-pinga.
"Maksud aku dekat sini muka je lawa tapi penampilan dia je yang seperti orang lelaki. Alaa nak senang cakap minah itu tomboy tau tak." kata Jay yang sudah mulai geram bila diingatkan balik yang dia terlanggar seorang gadis berpewatakan tomboy itu.
"Ouhh cenggitu..." kata mereka berdua perlahan dengan anggukkan tanda mereka faham.
"Siapa nama gadis yang kau maksudkan tu?" Soal Sunghoon dengan bibir sedikit terjungkit.Mendengar persoalan dari Sunghoon, Jay melemparkan senyuman sinis.
"Kalau tak silap aku, nama dia Han Yoora. Dia budak baru dekat sekolah kita. Dia sama famous dengan kita." ujar Jay dengan senyuman sinisnya memikirkan cara untuk membuli gadis tomboy itu.
"So what's your plan now Jay? You want to bully her again if you're run an into that girl again?" Soal Jake lagi dengan memikirkan rancangan membantu rakannya.
"If me and the girl came across near anywhere, I would punish her." kata Jay itu lagi dengan mendapat persetujuan dari dua orang rakannya.
"Wehh guys jomlah masuk kelas dah 10 minit lebih kita lambat masuk kelas." kata Sunghoon yang sudah mulai mengemas barang peralatan sekolah termasuk dua orang rakannya.
Mereka apatah lagi kelam kabutlah mengemas barang mereka. Sisa makanan yang ada di atas meja turut dikutip sampah lalu dibuang ke dalam tong sampah.
ยท ยท โโโโโโโ ยท๐ฅธยท โโโโโโโ ยท ยท
แข..แข เฃชห ( DI KELAS 6 POLAROID LOVE ) โน ๐ ึดึถึธ เฃช ๐ข
Subjek geografi telah pun bermula pada waktu pertama sesi pembelajaran yang diajarkan oleh cikgu IU. Sebelum bermulanya sesi pembelajaran subjek tersebut, sempat lagi cikgu IU ingin memperkenalkan seorang gadis itu yang merupakan pelajar perpindahan sekolah.
"Baik kelas sebelum saya memulakan sesi pembelajaran, kita ada seorang pelajar baru yang akan duduk di kelas ini. Silakan masuk." ujar cikgu IU dengan menjemput Yoora masuk ke dalam kelas itu.
Dengan perasaan yang penuh gementar di hadapan pelajar itu, yoora menghembuskan nafasnya untuk menghilangkan rasa gementarnya lalu memperkenalkan dirinya kepada semua pelajar yang berada di kelas itu.
"Anyeonghaseyo janeun han yoora imnida. Saya berasal dari Incheon. Selamat berkenalan semua dan sila beri saya tunjuk ajar. Kamsahabnida." ujar Yoora memperkenalkan dirinya dengan penuh peramah kepada semua pelajar itu.
Suasana di dalam kelas tadi yang sedikit lenggang berubah menjadi riuh rendah seperti meriahnya di pasar tamu dan bazaar ramadan mahupun pasar jual ikan. Apabila kelas menjadi bising, cikgu IU mengeluarkan rotan lalu merotan meja guru untuk mengajar itu beberapa kali sehingga satu kelas turut terdiam mendengar makluman dari cikgu IU.
"Attention, please !ย Ada cikgu benarkan korang buat bising ke? Takde kan dah buka buku teks muka surat 71 sampai 76 buat dalam buku nota dan jangan bising." ujar cikgu IU memberi tugasan membuat nota kepada pelajar di dalam kelas itu.
"Han Yoora. Kamu boleh ambil tempat kamu di bahagian tengah baris keempat bahagian kanan." kata cikgu IU lagi lalu duduk di tempat meja guru mengajar.
Yoora pun mengambil tempat duduknya seperti yang diarahkan oleh cikgu IU. Buku teks subjek geografi dan buku nota panjang disertakan kotak pensel turut dikeluarkan lalu menyalin nota geografi.
Tidak dilupakan, earpodย yang terdapat di seluk poket seluar slake berwarna hitam turut diambil lalu memakainya di kedua-dua belah telinga dan memainkan muzik kegemarannya yang terdapat pada smartphone nya.
Ketika yoora sibuk membuat nota geografi sambil mendengar lagu, tiga orang pelajar popular merupakan 02 liners sebaya yoora yang baru tiba dari bilik lepak mengambil tempat duduk mereka masing-masing. Siapa lagi kalau bukan Jay,Jake dan Sunghoon.
"Asal lambat datang? Nak ambil kesempatan ponteng kelas saya ke? Taulah tak berminat nak belajar. Jangan sampai saya reportย dekat pengetua yang korang bertiga ni selalu ponteng kelas dan selalu langgar sekolah. Disiplin pun tak reti nak jaga.Kalau rasa tak berminat dengan kelas saya, saya minta korang bertiga drop sahaja subjek geografi. Tak payah nak susahkan saya. Arraseo?" panjang lebar cikgu IU membebel walaupun ada sedikit ketegasan menyebabkan tiga orang pelajar popular itu malas mendengar cikgu itu berleter.
"Arasseo."jawab mereka bertiga dengan tak ikhlas.
Yoora yang memerhati mereka bertiga kena marah itu menggelengkan kepala. Tetapi anak matanya terpanah ke arah mata jejaka badboyย yang dilanggarnya itu menyebabkan mereka mata bertentang mata.
Yoora yang melihat mata helang jay yang tajam itu berasa gelabah lalu menekup mukanya menggunakan buku rujukan geografi. Tak mahu kena cam oleh mamat jagung punya pasal.
"Eh! Macam kenal je minah ni. Bukan minah yang aku langgar tadi ke masa kat pejabat am tu ? Takkan dia sekelas dengan aku pula. Ishh tak boleh jadi aku kena buat sesuatu." rungut Jay di dalam hati.
"What the heck? Asal mamat ni sekelas dengan aku pula ? Huwaaa oppa tolonglah adikmu yini. Yoora dalam dilema hadap mamat garang macam singa itu. Hiks."ย bisik Yoora di dalam hati walaupun hatinya sudah mulai gelabah dan ingin menangis meroyan tahap gaban.
"Oh patutlah familiar semacam je muka kau. Itulah sebabnya kau cover muka kau pakai buku rujukan geo en? Takpe kau tunggulah perempuan siap aku kerjakan kau lepas ni." bisik Jay di dalam hati dengan riak wajah melemparkan senyuman sinis.
To be continued.....
โ โข {ย Yoora Han's Messages } ::
โฏ :: Last chapterlah yoora update sebab ffย ni bakal di on-hold semula sepanjang bulan puasa. Tak sempat nak update empat chapter sekaligus dekat ff ni termasuk ff psycho boyfriend. Maaf juga kalau ada sebarang typo, kekelingan, ayat karut dan kehambaran chapter ni. Enjoy your readings.
โฏ :: Sebelum terlupa, yoora ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Mohon maaf kalau ada salah silap yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri sendiri. Moga ramadan kali ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.
Total words : 1228 words
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: AzTruyen.Top