๐ฌ๐ญ :: ๐๐๐๐ฃ๐ง๐๐ฅ ๐ข๐ก๐
Jarum jam telah menunjukkan masuknya pukul enam pagi pada hari isnin. Samar-samar cahaya matahari yang menerembus masuk melalui tingkap biliknya menikam wajahnya yang sedang mamai dengan mentari. Seorang gadis berusia 20-an yang masih dibuai mimpi hampir terjaga dari tidurnya.
Jam loceng yang berbunyi nyaring di meja sebelahnya dicapai lalu dimatikan. Gadis itu masih ingin menyambung lenanya yang masih lagi dibuai mimpi di atas katilnya yang empuk.
Tok ! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu bilik yoora dari luar itu turut kedengaran. Yoora yang masih berdengkur di atas katil yang empuk dengan air liur basi yang meleleh di atas bantal busuknya membentuk peta itu tidak mengendahkan sebarang ketukan pintu dari luar bilik.
"Yoora...yoora...bangun sayang. Hari ini first dayย kamu berdaftar dekat sekolah dengan abang dan sepupu kamu. Cepat bersiap nanti kamu lambat." kata Puan Han yang sedang mengejutkan anak daranya dari luar bilik.
Puan Han melepaskan keluhan kasar apabila sudah beberapa kali mengetuk pintu bilik anak daranya namun tiada sebarang respon dari gadis itu di dalam bilik. Kunci pendua juga turut diambil dari tempat pergantungan lalu memasukkan kunci bilik itu dekat tombol pintu lalu membukanya. Alangkah terkejutnya puan han apabila gadis itu masih lagi lena dibuai mimpi walaupun jam sudah pun menandakan pukul enam suku.
"Bertuah punya budak. Yah! Han Yoora kamu tahu tak yang kamu dah lambat nak pergi sekolah. Hari ini hari pertama kamu berdaftar dekat sekolah baru dengan abang kamu. Bangun cepat nanti kamu lambat!" bebel Puan Han yang sudah pun bercekak pinggang melihat anak daranya yang kelihatan mamai baring di atas katil.
"Ape bising-bising ni mak. Yoora nak tidur pun tak senang. Bagilah yoora lima minit lagi untuk lelap." ujar Yoora yang masih bersandar di atas katil dengan mamai.
"Banyak cantik lima minit kamu. Kamu dah betul-betul lambat sekarang ni. Dahlah suka hati kamulah yoora. Kalau kamu lambat datang ke sekolah lepas tu kelam kabut nak bersiap, jangan salahkan mak pula lepas ni. Solat subuh pun selalu terlepas." ujar Puan Han yang sudah pun berputus asa mengejutkan anak daranya lalu beredar dari bilik tidur anak bongsunya.
"Kenapa ni mak? Apa yang mama bebel sangat dekat yoora tu?" soal Han yang baru menyalin pakaian seragam sekolah dan keluar dari bilik tidurnya.
"Kamu tengoklah adik kamu ni. Kalau bab bangun pagi ni memang pemalas nak mampus. Sekejap dua minitlah lima minitlah penatlah mak layan karenah adik kamu ni. Dahlah mak gi bawah dulu nak siapkan sarapan pagi untuk kamu berdua." kata Puan Han yang sudah lali dengan perangai Yoora yang selalu lambat bersiap lalu turun ke bawah.
Han menggelengkan kepalanya lalu menuju ke arah bilik yoora untuk mengejutkannya bangun pagi.
"Yoora...ireona. Ireona shiyeotaeyo bangun woi kau dah lambat nak pergi sekolah ni. Kalau lambat, aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini." ujar Han mengejutkan adiknya dengan mengusit bontot adiknya.
"Ishh bisinglah 2 minit lagi yoora bangunlah" kata Yoora yang masih lagi mamai dengan tersengguk-sengguk menyandar di atas penjuru katil sambil menyilangkan tangan.
"Betul ni 2 minit? Anda pasti?" soal Han yang sudah tersengih macam kerang busuk untuk mengenakan adiknya.
"Ye nanti yoora bangunlah ishh banyak songeh pula" ujar Yoora yang masih lagi tidur berdengkur di penjuru katil.
"Ouhh okay tunggu jap tau" kata Han yang sudah bersedia untuk mengenakan adiknya. Idea jahatnya juga turut dilakarkan difikirannya untuk mengejutkan adiknya yang masih sahaja lagi mamai.
Megaphone juga turut diambil dari bilik tidurnya lalu beralih ke telinga yoora.
"YAHH! HAN YOORA! IREONA BAIK KAU BANGUN SEKARANG DAN PERGI BERSIAP SEKARANG JUGA SEBELUM AKU AZANKAN KAT TELINGA KAU SAMPAI BERNANAH. BERSIAP SEKARANG SEBELUM AKU TINGGALKAN KAU! " jerit Han yang mengejutkan adiknya menggunakan megaphone membuatkan mata yoora kembali segar bak buah strawberryย yang fresh dari ladang.
"Eh muka kau macam tupai. Yah! Sakitlah telinga yoora. Kau nak aku pekak ke?! Ishh. Okay fine, yoora pergi bersiap sekarang. Dah get out from my room now!"ย arah yoora yang bangkit dari atas katil lalu menghalau abangnya keluar dari bilik tidurnya.
"Nak keluarlah ni. Gi basuh muka buruk macam hantu kak limah kau tu. Bau air liur basi. Cepat sikit bersiap. Lambat mengalahkan siput." perli Han yang sudah keluar dari bilik tidur adiknya lalu bergerak menuruni anak tangga untuk mengambil sarapan pagi.
Pintu biliknya turut dihempas kuat sehingga satu rumah pun turut kedengaran. Nak roboh apartment rumah keluarga han dibuatnya.
"Orang nak lelap sikit pun tak boleh. Benci siak!" rungut yoora sendirian sambil menghentak kakinya tanda protes.
Nak bergegar rumah keluarga han tu sampai runtuh. Salahnya juga sebab main game PUBG lewat malam semalam sampai tengah malam.
Tuala yang tergantung di ampaian juga turut diambil lalu bergerak ke bilik air untuk membersihkan badan.
โโโโโโโโโโโโโโโโโ
Yoora bergerak menuruni anak tangga usai sahaja bersiap menyalin pakaian seragam sekolah dengan lengkap. Kerusi turut ditarik lalu melabuhkan punggungnya untuk mengambil sarapan pagi. Nasi goreng kimchi yang terdapat di mangkuk besar turut dicedok lalu dibawa ke pinggan lalu menyuap nasi goreng itu ke dalam mulut.
"Erm sedapnya nasi goreng kimchi ni. Jarang eomma masak tak sedap." puji Yoora setelah menyuap nasi goreng kimchi yang di masak oleh ibunya awal pagi tadi.
Puan Han yang mendengar pujian daripada anak perempuannya hanya menjeling manja. Kabinet dapur yang sudah siap dilap ditinggalkan dan membuka langkah menuju ke arah yoora yang sedang menikmati sarapannya. Kerusi di hadapan gadis itu ditarik lalu wanita itu melabuhkan duduk di situ.
"Kamu ni Yoora, kalau tak dikejut memang tak nak bangun langsung kan? Boleh tak kalau satu hari tu kamu bangun awal. Tolong eomma apa yang patut." ujar Puan Han sambil mengisi pinggannya dengan masakannya.
Yoora yang mendengar pernyataan itu mahu sahaja melarikan diri. Ibunya sudah mula menggunakan kuasa bebelannya di pagi hari. Namun, apabila terkenangkan nasi goreng kimchi yang masih berbaki suku di pinggannya, terpaksa juga dia duduk di situ dan cuba mencari alasan untuk menjawab.
Ting!
Satu alasan masuk ke dalam fikirannya lalu senyuman tipis terlakar di bibir munggilnya.
"Ala, eomma. Yoora bukan tak nak bangun awal tapi Yoora perlukan tenaga yang banyak untuk memastikan hari Yoora berjalan dengan bagus. Kalau Yoora bangun awal, nanti petang Yoora tidur. Membazir je Yoora tidur petang, tak elok." balas Yoora dengan penuh keyakinan. Senyuman nipis tadi berubah senyuman bangga apabila dia berjaya menjawab pernyataan ibunya dengan sebuah alasan.
"Banyaklah alasan kamu. Ingat mak tak tau ke yang malam semalam kamu main game PUBG lewat malam? Siap kata line tersekat-sekatlah. Fon lagย lah. Bergelak ketawa sana gelak sini. Sampai mak pun nightmareย tau tak semalam sebab kamu. Kalau kamu buat persiapan untuk sesi persekolahan malam semalam tu takpelah juga mak boleh terima lagi. Ini tak main game sampai lewat malam last-last bangun lewat macam sekarang nilah. Ubahlah perangai kamu ni Yoora." panjang lebar Puan Han membebel membuatkan Yoora malas menadah telinganya ketika bersarapan.
"Dengar tak apa yang mak cakap ni?" soal Puan Han setelah berbuih mulut menasihati yoora.
"Ye dengar mak." ujar Yoora dengan malas.
Expresi muka yoora yang tadinya ceria di pagi hari berubah menjadi poker face kerana sudah malas mendengar bebelan tak berbayar dari ibunya.
Air milo panas yang masih terhidang di atas meja makan turut diteguk sehingga habis lalu dibawa ke singki. Tidak dilupakan, beg sekolah turut digantungkan dikedua-dua belah bahunya.
Sebelum bergerak ke luar untuk menaiki kereta mewah abangnya, yoora menyalam tangan ibunya lalu bergerak keluar yang turut diikuti oleh abangnya dari belakang untuk bersiap pergi ke sekolah.
โฐ โข Yoora notes ::
โฏ ; Mian kalau first chapter nampak bosan, hambar or mengarut. Fikiran yoora sedikit bercelaru dan serabut dengan masalah yoora sekarang tu yang tetiba jam tu nasib yoora minta tolong kawan bagi idea for chapter any scenes ni. Enjoy your readings guys โก๏ธโก๏ธโก๏ธโก๏ธ.
โ โข Total words :: 1259 words
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: AzTruyen.Top