CHAPTER 7

"Misi kita kat sini dah selesai. Sekarang kita kena pergi cari gajah untuk ke level seterusnya," Jung Kook meniliti petanya,sebahagian peta tersebut telah hilang,menyukarkannya untuk menentukan arah tuju  mereka seterusnya.

Vrommmm!

Bunyi ekzos motosikal kedengaran,menandakan kehadiran geng penyangak di situ. Jung Kook lekas melipat petanya dan memasukkan ke dalam jaketnya.

"Hoi berhenti!" seorang lelaki muncul di hadapan mereka bersama geng penyangak bermotosikal. Mereka mengepung BTS dari semua arah pasar tersebut.

"Sial! Macam mana diorang tahu kita kat sini?" carut Jung Kook mula berundur beberapa langkah ke belakang apabila lelaki tersebut mara menghampirinya.

"Lari wei! Jangan biar diorang berjaya tangkap kita," jerit Jimin,menyuruh kawan-kawannya segera lari. Kalau diorang kena tangkap,habislah gagal misi mereka selamatkan Jumanji.

Mereka segera melarikan diri di dalam kesesakan orang ramai,diorang main rempuh je orang-orang yang menghalang laluan mereka. Geng penyangak bermotor datang dari semua arah,seperti mereka terlebih dahulu merancang strategi melancarkan serangan.

"Lompat wei," jerit Jin,melompat melepasi tempayan besar. Diorang semua berjaya lompat kecuali Jung Kook,kaki Jung Kook pendek,tersekat di dalam tempayan. Jin menolong Jung Kook keluar.

"Cepatlah wei! Diorang dah nak dekat!" Jimin yang berada di hadapan berhenti berlari apabila seorang lelaki yang berbadan besar menghalang laluan mereka. Wajah lelaki tersebut sangat menggerunkan,mukanya penuh dengan kesan parut dan misai tebal.

"Mana nak lari hah?" kata lelaki tersebut,smirk memandang Jimin. Jimin langsung tidak kecut,berganjak dari situ pun tak.

"Baik kau lari sebelum aku pukul kau," warning Jimin. Lelaki tersebut tergelak kecil.

"Kau dulu yang lenyek aku kerjakan," Lelaki tersebut melayangkan penumbuknya ke arah muka Jimin. Jimin mengelak dengan begitu pantas. Beberapa tumbukan dari lelaki tersebut sakadar memukul angin,satu pun tak kena pada Jimin.

"Sial! Kau memang cabar aku," Jimin menahan tangan lelaki tersebut. Buku limanya di hayungkan laju ke arah dagu lelaki tersebut. Sekali tumbukan padu dari Jimin saja,lelaki tersebut melayang naik ke udara. Ambek kau! Hebatnya Chim Chim aye ni!

Dari arah kanan,seorang lelaki melibaskan parang ke arah Jimin. Jimin memegang parang lelaki tersebut dengan tangannya. Dia menendang tubuh lelaki itu sehingga terpelanting ke dinding.

Seorang lagi lelaki muncul,menghunuskan pedang ke arah perut Jimin,nyaris-nyaris saja pedang tersebut mahu menembusi perutnya. Lelaki tersebut melibas pedangnya laju. Setiap libasannya berjaya Jimin elak. Jimin bertindak memukul tangan lelaki tersebut sehingga patah,lalu tubuh lelaki itu yang lebih kecil berbandingnya dihentakkan ke atas lantai.

"Zuss!"

Tanpa Jimin sedar,sebilih pisau meluru laju ke arahnya. Dengan sekelip mata,Jimin menahan pisau tersebut daripada tersasar pada kepala Yoongi. Jimin memukul lelaki yang membaling pisau tadi,mencampakkan lelaki itu dinding dengan begitu mudah.

"Banggg!"

Bunyi tembakan kedengaran berdekatan mereka. Orang ramai yang lari bertempiaran,apabila Rusel Van Pelt muncul di situ. Rusel Van Pelt bersama beberapa kuncu-kuncunya di belakang menghampiri Jimin.

"Hello Dr.Bravestone!" kata Rusel Van Pelt,tersenyum sinis memandang Jimin.

"Sial! Kau nak apa dari kitorang. Berhenti kacau kitorang!"

"Aku akan ambil balik apa yang kau dah rampas dari aku. Permata Jumanji tu milik aku!" jerit Rusel Van Pelt.

"Kitorang cuma selesaikan misi kitorang and perjuangan kitorang takan berhenti sehingga keamanan Jumanji dikembalikan balik," balas Jimin sambil angkat middle finger pada Rusel Van Pelt,fuck you!

"Kurang ajar,tangkap diorang!" arah Rusel Van Pelt pada anak-anak buahnya. Sebiji bom asap dibalingkan ke arah mereka. Asap tebal memenuhi sekitar apabila bom tersebut meletup. Suasana jadi berkabus dan kabur,menyukarkan mereka untuk lari.

"Cepat! Ikut aku! Cepat!" seorang lelaki menjerit,menunjukkan arah pada mereka. Mereka mengikuti lelaki tersebut. Sampai di satu tempat,lelaki tersebut membuka penutup kawasan kumbahan.

"Cepat masuk!" arahnya. Diorang semua sorang demi sorang masuk ke dalam kawasan kumbahan melalui lubang tersebut. Lelaki tersebut menutup semula lubang itu dengan penutup.

"Sana-sana!" Geng-geng penyangak langsung tidak sedar akan mereka yang masuk ke dalam kawasan kumbahan.

* * * *

"Sekarang korang kena ikut arahan aku. Buat apa yang aku suruh,"Lelaki tersebut menarik kain yang menutupi separuh mukanya. Wajahnya sangat kacak. Jin agak terpikat dengan ketampanan lelaki tersebut.

"Kau ni saper?" soal Namjoon.

"Ni bukan masa nak berkenal-kenalan. Aku baik,aku bukannya orang jahat. Aku akan tolong korang semua keluar dari sini," balasnya. Lelaki tersebut menyalakan ombor-ombor memandangkan keadaan di dalam kawasan kumbahan itu tersangatlah gelap. Dia membawa BTS melalui satu lorong.

"Aku kagum sangat tengok korang beraksi semasa kalahkan ular Black Mamba tadi. Hebatlah korang semua ni," puji lelaki tersebut. Ohh,dia intip BTS senyap senyap rupanya. Kuang hajor!

"Apa motif kau tolong kitorang," soal Yoongi.

"Rapatkan diri pada dinding," arah lelaki itu tiba-tiba. Mereka tak banyak soal,terus merapatkan tubuh mereka pada dinding.

"Zuss! Zuss! Zuss!" berpuluh-puluh peluru tajam meluncur dari hadapan mereka. Nasib baik mereka pantas mengelak dengan mengikut arahan dari lelaki tersebut. Bahaya thow,kalau kena peluru gergasi tu,boleh tembus perut nanti.

"Tunggu jap,kau ke character pilot dalam game ni? Maksudnya kaulah 'Seaplane' tu?" ujar Jimin,sudah dapat meneka serba sedikit identiti lelaki tersebut yang merupakan watak-watak dalam game Jumanji.

Lelaki tersebut mengangguk dengan tekaan Jimin.

"Jauhi garis-garis pada lantai tu!" arah lelaki itu lagi. Mereka segera mengalihkan kaki mereka pada garis garis putih yang berada di atas lantai. Keluar mata pisau yang besar dari garis-garis tersebut. Kalau kena benda ni,terputus dualah tubuh jawabnya. Kawasan kumbuhan ni bukannya tempat tempat biasa,setiap bahagian terdapat perangkap berbahaya.

Mereka sampai di pinggir lorong,terdapat satu longkang besar yang memisahkan laluan lorong tersebut.

"Biar aku yang alihkan papan ni," lelaki tersebut mengangkat papan yang berada berdekatannya. Papan tersebut diletakkan merentasi longkong tersebut. Dia mecampakkan ombor-ombor yang dipegangnya ke dalam longkang. Keluar beberapa ekor buaya besar dari bawah memamah ombor-ombar tersebut.

"Hati-hati ya!"

"Kayu ni sure ke selamat! Aku tak nak jatuh kena mamah buaya wei," kata Jin,tak beberapa yakin titi kecil yang dibuat oleh lelaki tersebut selamat digunakan.

"Try je dulu. Cuma kau perlu berhati-hati,dan kau cuma perlu yakin kau akan selamat," balas lelaki itu. Jin perlahan-lahan berjalan di atas papan tersebut. Di bawahnya,buaya buaya tengah melompat-lompat sambil ngangakan mulut dan cuba menggigit kaki Jin,nasib baiklah tak sampai.

Jin berjaya menyeberangi papan tersebut. Kemudian diikuti oleh Jimin,Hoseok,Namjoon,Yoongi dan last sekali Jung Kook.

"Jom! Kita dah sampai!" lelaki tersebut menolak pintu gril besi di hujung lorong. Kemudian,dinding batu bata itu ditolak pula. Cahaya terang menerobos masuk melalui bukaan dinding itu,menandakan mereka dah berjaya keluar dari kawasan kumbahan.

"Wahh!" Masing-masing terpegun dengan suasana hutan di hadapan mereka. Kawasan kumbahan tadi telah membawa mereka ke satu kawasan hutan tebal.

*    *    *    *

"Mana diorang?" Rusel Van Pelt memandang anak buahnya itu tajam apabila mendapat lelaki berkepala botak licin itu balik dengan kosong lagi.

"Diorang berjaya larikan diri. Kitorang dah cari diorang seluruh pasar ni.....tapi tak jumpa. Ada orang dah bantu diorang larikan diri," balas lelaki itu. Walaupun Rusel Van Pelt nampak tenang saja,dia tahu bossnya itu sedang marah.

"Seaplane! Dia pasti dah keluar dari tempat persembunyiannya," Rusel Van Pelt sudah dapat menganggak dan nama Seaplane seperti sudah tidak asing lagi bagi lelaki tersebut.

"Aku janji,benda ni takan jadi lagi. Aku janji,aku akan tangkap Bravestone dan Seaplane," kata lelaki berkepala botak itu,cuba memujuk bossnya walaupun ini kali kedua arahan dari Rusel Van Pelt dia gagal laksanakan.

"Tenang.....kau tak perlu takut. Aku tak marah kau pun," Rusel Van Pelt memeluk tubuh lelaki botak tersebut. Diorang ni gay ke apa.

"Nampaknya,aku dah tak boleh bagi kau peluang ketiga," bisiknya. Dia mengangakan mulutnya,pipinya kelihatan bergerak,seekor kala jengking bergerak keluar dari dalam mulut Rusel Van Pelt. Rusel Van Pelt memegang kepala lelaki tersebut dan membiarkan kala jengking itu menyengat belakang kepala anak buahnya itu. Beberapa minit saja lelaki berkepala botak itu rebah.

"Bravestone.....kau lari mana pun,aku akan dapat hidu kau!"

*    *    *    *

"Nilah tempat persembunyian aku," Seaplane membawa mereka ke rumah kayu kecil yang menjadi tempat persembunyiannya.

"Korang berehatlah dulu,tentu korang letih kan," pelawa Seaplane. Jimin,Namjoon,Jin dan Yoongi melabuhkan punggung di atas bangku kayu. Si Jung Kook pulak dok check rumah kayu tersebut. Seaplane  tengah blander buah margarita untuk dibuat jus.

"Kenapa ada banyak lilin kat sini?" soal Jung Kook, menghampiri satu meja yang dipenuhi lilin yang besar besar.

"Ohhh,lilin lilin tu aku guna untuk halau nyamuk. Kelemahan aku ialah 'Citronella'. Kalau nyamuk gigit aku,aku akan hilang nyawa aku," terang Seaplane.

"Alan Parissh ni pulak saper?" soal Yoongi sambil menunjukan satu papan tanda kayu yang tertulis 'Alan Parissh was here'

"Dia yang buat tempat ni. Semasa aku jatuh dari kapal terbang,Alan Parissh yang selamatkan aku dan bawa aku ke sini supaya musuh-musuh tak jumpa aku," tambah Seaplane lagi.

"So,mana Alan Parissh sekarang?" Jimin pula menyoal.

"Dia dah takde,musuh dah bunuh dia,"balas Seaplane,kedengaran sayu.

"Dah berapa lama kau kat sini?"

"Aku tak pasti. Mungkin dah beberapa bulan," Seaplane nampaknya senasib dengan mereka,disedut masuk ke dalam dunia Jumanji dan terpaksa menamatkan kesemua level barulah boleh keluar dari dunia Jumanji.

"Aku cuba untuk keluar dari dunia Jumanji dan habiskan kesemua level tapi gagal bila Rusel Van Pelt selalu halang aku. Kuncu-kuncu Rusel terlalu ramai mengawal pengkalan Transportasi,so...setakat aku sorang,tak mampu kalahkan diorang yang ramai tu. Sekarang,nyawa aku cuma tinggal satu.....kalau aku hilang nyawa terakhir ni,aku mungkin akan terperangkap di Jumanji buat selama-lamanya," kata Seaplane,menceritakan serba sedikit tentang pengalamanya pada mereka semua.

"Pengkalan Transportasi tu apa?" soal Jin.

"Level yang seterusnya,salah satu level yang perlu kau lepasi sebelum memasuki level terakhir. Kat pengkalan Transportasi ni banyak senjata dan kenderaan yang boleh kau dapat untuk persedian ke last level!" terang Seaplane. Jin mengangguk faham. Nampaknya,semakin sukar setiap level yang perlu mereka tempuhi. Tak tahulah,dapat ke tak diorang ni sampai ke last level.

"Kau dah lama berada kat sini. Tentu kau banyak tahu tentang game ni. Apa kata kau join team kitorang,kita boleh bekerjasama. Lagipun,dengan adanya kau team ni akan jadi lebih kuat," cadangan Jimin mendapat sokongan daripada kawan-kawannya.

"Aku hanya ada satu peluang je lagi. Kalau aku gagal,aku akan terperangkap di sini buat selama-lamanya. Aku tak nak mati,aku nak balik jumpa family aku,"ujar Seaplane.

"OMG! Korang,aku rasa kaulah bahagian yang hilang yang kitorang cari tu. Bermakna,kau sebahagian dari kitorang. Bahagian yang hilang tu bukannya gajah,tapi Seaplane," sampuk Jung Kook.

"Sekarang,kita perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk kalahkan Rusel Van Pelt dan tamatkan game ni serta selamatkan Jumanji. Aku yakin,kita boleh lakukannya!" kata Namjoon sambil menghulurkan tangannya,diikuti oleh rakan-rakannya yang lain tanda mereka saling bekerjasama.

Seaplane tersenyum dan terharu. Dia rasa sangat dekat dan seperti sudah kenal rapat diorang semua tu.

"Baiklah,aku akan sama-sama berjuang dengan korang semua," Seaplane turut meletakkan tangannya.

"Sebelum kita gerak ke Pengkalan Transportasi,korang minumlah dulu jus margarita yang aku buat ni. Boleh bekalkan tenaga untuk korang," Seaplane mengagihkan gelas yang berisi jus berwarna hijau pada diorang.

"Jemputlah minum!"

Diorang meneguk jus tersebut. Terus muka masing-masing jadi berkerut. Rasa jus tersebut macam air longkang.

"Sedap tak?"

"Sedap sangat!" kata diorang walaupun terpaksa fake.

*    *    *    *

Hutan yang menjadi tempat persembunyian Seapland berdekatan dengan Pengkalan Transportasi.

"Tulah Pengakalan Transportasi!" Seaplane menunjukkan jarinya ke arah satu gudang besar yang berada agak jauh dari mereka. Pengkalan Transportasi dikawal oleh dua orang lelaki yang mengawasi pintu masuk.

"Kita perlu ke gudang tu untuk dapatkan kenderaan dan menyeberangi jurang," ujar Seaplane.

"Sekarang,macam mana kita nak seludup masuk ke sana,"soal Jimin. Yoongi menggunakan binocular untuk melihat gudang tersebut dengan lebih jelas.

"Pengawal-pengawal untuk ada senjata,so kita tak boleh serang diorang depan-depan!" balas Yoongi.

"Aku rasa ada satu jalan yang boleh kita gunakan untuk sampai ke sana," Seaplane memang banyak pengetahuan tentang kawasan tersebut.

"Aku ada satu idea!" semua memandang ke arah Hoseok.

"Apa kata kita gunakan Jin-hyung untuk tarik perhatian pengawal tu. Jin-hyung akan goda pengawal-pengawal tu and korang senyap-senyap masuk ke sana," Hoseok menerangkan ideanya.

"Bijak jugak idea kau ni,"puji Jimin.

"Tak naklah. Hyung tak pandai goda lelaki. Lagipun,hyung kan lelaki......susahlah nak buat gaya perempuan ni," bantah Jin.

"Alah hyung,please! Hyung boleh buat punya. Hoseok boleh train hyung jadi perempuan yang tulen," pujuk Hoseok. Jin jadi serba salah,hanya bersetuju dengan cadangan Hoseok.

"Ok,jom kita berlatih jap!" Hoseok mengheret Jin ke satu tempat untuk diorang berlatih.

Vote and comment!

BTS still tak tahu yang Seaplane tu adalah Taehyung. So,tunggu di next chapter apa yang akan jadi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top