CHAPTER 6
"Jauh lagi ke tempat pasar tu. Kaki hyung dah rasa nak tercabur ni. Dah la dalam hutan ni banyak nyamuk," rungut Jin,kepenatan. Kelihatan dadanya turun naik kerana lelah. Banyak tenaga yang Jin gunakan semasa lari dari geng penyangak bermotor tadi. Ehem....puasa lagi letih tau.
"Ingat hyung sorang je ke yang letih,kitorang pun sama. Nanti sampai kat pasar nanti kita berhentilah rehat. Asyik rehat je,bila nak sampai," sampuk Yoongi. Jin mencerlung tajam ke arah Yoongi.
"Diamlah kau orang minyak!" balas Jin,mencebik dengan sindaran Yoongi.
"Hyung sabar ye.....sikit je lagi kita nak sampai. Kat depan sana tu ada gunung,so nak pergi kat pasar tu kita kena daki gunung dulu. Hyung pakailah jaket Kookie ni," kata Jung Kook,menepuk-nepuk lembut bahu Jin. Mulut Jin terus ternganga luas. Kesian jugak Jung Kook melihat tangan Jin dihurung nyamuk. Jin menyarung kot baldu Jung Kook pada tubuhnya.
"What the fishh! Letihlah macam ni. Hyung dah tak larat!" lemah semangat Jin dibuatnya.
* * * *
Selepas berjalan lebih kurang 20 meter,mereka tiba di kawasan kaki gunung. Gunung tersebut taklah tinggi sangat,tinggi tinggi manja gitu.
"Jom mendaki gais!" sorak Namjoon,berkobar-kobar semangatnya. Mereka mula mendaki gunung tersebut dengan berhati-hati takut jatuh sebab laluan gunung tu sempit sangat. Diorang terpaksa berpegangan tangan antara satu sama lain.
"Auchh,sakitlah wei...kau pegang tangan aku kuat sangat," adu Yoongi. Tangannya yang berada dalam genggaman tangan besar Jimin mula terasa sengal dan perit. Nak patah tangan rasanya.
"Aku gayatlah wei. Kalau aku jatuh,kau sambut aku eh," kata Jimin. Tubuh Jimin yang dua kali ganda lebih besar daripada Yoongi tu memang tak tersambutlah Yoongi kalau Jimin jatuh nanti.
"Ohh,no! No! No! Better kau stay away dari aku sebab kalau kau jatuh....aku pun sama-sama akan jatuh," Yoongi menepis laju tangan Jimin. Tubuh Jimin sedikit terdorong ke belakang.
"Kau buat apa ni? Kau sengaja kan nak tolak aku," marah Jimin. Yoongi tersenyum sinis.
"Kalau kau terperangkap kat sini buat selama-lamanya pun lagi bagus. At least,takde dah bala yang kau bawa pada kitorang," sindir Yoongi,pedas.
"So,kau nak kata aku pembawa malanglah. Bala apa yang aku bawak kat kau hah? Kawan jenis apa kau ni,"Jimin sedikit terpana dengan kata kata Yoongi yang sangat menghiris hatinya.
"Disebabkan kau,kita terperangkap kat sini. Aku terpaksa main game bodoh ni yang langsung tak bawa apa apa faedah," kata Yoongi. Kawan-kawan mereka yang lain hanya menjadi pemerhati dari jauh. Malas masuk campur.
"Pehal tu wei?" Jung Kook menyiku lengan Hoseok di sebelahnya.
"Biar kan je. Kau macam tak kenal Jimin dengan Yoongi tu," balas Hoseok,dah masak dengan karenah Jimin dan Yoongi yang selalu gaduh.
"Aku benci kau!" Jimin menunjal kepala Yoongi. Yoongi pulak menarik telinga Jimin. Diorang gaduh pun bukannya teruk sampai bertumbuk bagai. Alah,macam budak budak sekolah rendah gaduh.
"Pendek! Pergi mamposlah kau!" Yoongi menolak Jimin dengan kasar. Jimin gagal menyeimbangkan tubuhnya lalu terjatuh.
"Bodoh! Kau buat apa ni! Asal kau tolak Jimin," Namjoon meluku kepala Yoongi.
"Alah,aku tak sengaja tadi. Bukannya dia mati pun," selamba saja Yoongi berkata. Langsung tak rasa bersalah.
Tinggg!
Zuppp!
Jimin jatuh dari langit dan mendarat di tempat tadi.
"See,dia hidup balik kan,"
Jimin menuju ke arah Yoongi. Dia mencengkam kolar baju Yoongi lalu tubuh Yoongi diangkat dengan hanya sebelah tangannya.
"Lepaskan aku lah bodoh!" Yoongi meronta-ronta. Jimin smirk.
"Masa untuk pembalasan," katanya.
"Hoi,korang berdua ni takde otak ke. Dah tua bangka pun gaduh lagi,kalah budak budak tadika,"jeritan dari Namjoon terus meredakan pergaduhan mereka berdua. Takut sangat kalau Namjoon Si Ketua dah marah,akan ada monsterlah yang datang ketuk kepala diorang.
"Yoongi,mintak maaf kat Jimin sekarang!" arah Namjoon.
"Tak nak!"
"Cepat sebelum patung kumomon kau hancur aku rosakkan,"
"Yelah," Yoongi akur. Dia menghulurkan tangannya pada Jimin.
Arahan dari Namjoon takde siapa berani bantah.
"Jimin,aku mintak maaf sebab tolak kau tadi and sebab aku kurang ajar!"
Tangan Yoongi disambut oleh Jimin.
"Aku pun!" lalu mereka berdua berpelukan antara satu sama lain.
* * * *
Mereka berjaya mendaki gunung tersebut dan sampai di tempat pasar kat dalam peta tu dengan selamat.
Pasar tu memang sesak dengan ramai orang,lebih kurang macam tempat orang orang berdagang. Kiri dan kanan penuh dengan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barang,macam baazar ramadanlah.
"Aku laparlah! Hyung ada bawa duit tak? Jung Kook nak beli makanan," Jung Kook memegang perutnya yang dari tadi lagi berkeroncong minta diisi dengan makanan.
"Hyung rasa,kat sini diorang jual barang tak guna duit. Diorang tukar-tukar barang," terang Jin.
"Alah! Hoseok,jom pergi kat gerai jual roti tu. Kita mintak jelah sikit roti yang ajusshi tu jual. Mana tau dia bagi," Jung Kook menarik tangan Hoseok ke arah gerai yang jual roti-roti arab.
"Ajusshi,boleh tak saya nak rasa roti ni sikit. Please,saya lapar sangat ni. Kalau saya tak makan nanti kena gastrik," Jung Kook dan Hoseok memujuk ajusshi tersebut.
Ajusshi itu menggaru kepalanya seketika.
"Gastrik tu apa dik?" soalnya.
"Seok,dia tak tahulah gastrik ni apa? Ni zaman bila wei!" bisik Jung Kook pada Hoseok.
"Haahlah. Aku rasa zaman ni lebih kurang zaman Joseon. Alah kau explain jelah gastrik tu apa. Yang penting kita dapat makan roti tu," balas Hoseok.
"Ohh,gastrik tu satu penyakit yang sangat sangat sangat sangat berbaya. Kalau ajusshi nak tahu,gastrik ni macam sakit perut dan mengalami muntah muntah. Penyakit ni boleh bawa maut.Sape yang kena gastrik,perut dia boleh meletup sebab lapar," terang Jung Kook,ditokok tambah sedikit dengan penipuannya. Muka ajusshi itu terus berkerut,gerun nampaknya dengan penyakit pelik macam tu.
"Wuishh,bahayanya!"
"Memang bahaya. Kitorang berdua ni kena gastrik. Kitorang kena makan sekarang.....kalau tak,bommm perut kitorang akan meletup," mendengar kata-kata Hoseok itu,Ajusshi tersebut terus memberi sebuku roti arab pada mereka.
"Sedapnya roti ajusshi buat ni. Gebu gila,rasa manis pulak tu. Kalau sapu Nuttela ni,lagi sedap," betapa nikmatnya Jung Kook dan Hoseok melahap roti arab yang saiznya sebesar lengan. Memang kenyang.
"Kejamnya korang berdua ni. Makan roti tak share pun dengan aku," tetiba Yoongi muncul. Yoongi rampas roti di tangan Hoseok. Roti yang tinggal separuh dimakan oleh Hoseok itu disumbat masuk ke dalamnya mulutnya.
"Sedapnya roti ni," kata Yoongi dengan mati bersinar.
"Wei,roti aku!"Sampai roti milik Jung Kook pun dia main rembat. Teruklah budak ni.
"Aku tengah lapar ni. Ajushhi,roti ni ajusshi buat dengan bahan apa?" kata Yoongi.
"Alah,senang je. Letak gandum,letak yis. Macam buat kek!" balasan dari Ajusshi itu membuatkan mulut Yoongi berhenti mengunyah serta merta. Roti yang berada di dalam mulutnya terus dimuntahkan keluar.
"Yoongi,bukan ke kek tu kelemahan kau,"
"Habislah kau!"
"Kek dengan roti mana sama. Nama pun lain-lain," Yoongi cuba untuk rilek. Tubuhnya dibelek,cuba mengesan sebarang perubahan tapi takde apa pun.
"Kulit aku still hitam ke wei,"
Jung Kook dan Hoseok mengangguk.
"Ada perubahan ke tak kat muka atau tubuh aku,"
Jung Kook dan Hoseok menggeleng. Yoongi menghela nafas lega.
"Kan aku dah cakap yang..........."
Bommmmmmmmmm!
Tubuh Yoongi meletup seperti bom,hancur berkecai. Beberapa orang yang berada berdekatan Yoongi tadi terpelanting jauh dek letupan tadi.
"OMG!" Ajusshi tersebut ternganga lalu pengsan di situ.
Tingggg!!!
Zupppppppsss!
Yoongi jatuh semula menghempas bumbung gerai.
"What the hell! Fuck!" carut Yoongi.
"Kan aku dah cakap berhati-hatilah sikit," Jimin membantu Yoongi bangun. Nasib baik Yoongi takde luka-luka pada tubuhnya.
Dalam kesesakan orang ramai itu,seorang budak lelaki muncul. Budak tersebut meluru ke arah Jimin.
"Dr.Bravestone,syukur pada Tuhan Dr berada di sini," kata budak tersebut,nampak betul-betul gembira dengan kehadiran Jimin.
"Hi,nama pak cik Dr.Shelly Oberon. Pak cik merupakan seorang doktor peta,pak cik datang sini sebab nak cari bahagian yang hilang pada peta pak cik. Boleh tak kamu tolong pak cik carikan bahagian yang hilang tu,"bukan main panjang lagi Jung Kook bagi introduction,tapi budak tu buat tak layan je dengan soalan Jung Kook. Dia hanya bagi jelingan je. Hampeh gila budak ni.
" Kook,hyung rasa dia cuma kenal Jimin je a.k.a Dr.Bravestone,"teka Jin. Memang betul pun sebab Dr.Bravestone merupakan watak utama dalam game Jumanji.
"Adik,doktor dengan kawan-kawan doktor tengah cari bahagian peta yang hilang tu. Boleh tak adik tolong carikan peta tu?" soal Jimin. Budak lelaki itu lekas mengangguk.
"Saya tahu tempat tu. Ikut saya sekarang,"budak itu menggerakkan kepalanya,menyuruh Jimin mengekorinya. Dia berjalan ke arah hadapan dan Jimin dengan ahli bts yang lain follow dari belakang.
Tanpa mereka sedar,seekor burung gagak gergasi sedang memerhatikan mereka dari lubang atap tempat Yoongi jatuh tadi. Burung tersebut terus terbang meninggalkan tempat tersebut,kembali kepada Tuannya untuk menyampaikan satu berita penting.
* * * *
Budak tersebut membawa mereka ke arah satu bilik kosong. Di tengah bilik tersebut,terdapat sebuah bakul rotan yang terletak di atas meja kecil. Mungkin inilah yang mereka cari.
Budak lelaki tersebut menghalakan jari telunjuknya tepat ke bakul itu.
"Yang kau perlukan ada di dalam bakul tu,"katanya.
"Apa yang ada kat dalam bakul tu?"
"Bahagian yang hilang bukan seperti yang kau fikirkan. Jika kau tersilap satu langkah,kau akan maut serta merta. Cuma perlu ingat satu perkara,saling mempercayai dan jangan kelipkan mata," kata-kata budak tersebut seperti tersirat satu maksud di sebaliknya.
"Apa maksud adik?"Jimin cuba mentafsirnya. Mungkin ada clue yang boleh dia dapat dari kata-kata budak itu tadi.
" Jumanji sangat memerlukan kau. Aku merayu,tolong selamatkan Jumanji,"budak itu berlalu pergi meninggalkan mereka.
"Jimin,aku rasa ni tugas kau,"Yoongi menolak Jimin ke arah bakul tersebut.
"Asal aku pulak!"
"Dah kau watak utama dalam game ni!" tambah Namjoon. Jimin mengeluh,dia menghampiri bakul tersebut dengan beraninya. Kawan-kawannya berada sedikit jauh dari Jimin.
Jimin perlahan-lahan membuka penutup bakul tersebut. Seekor ular berwarna coklate muda terjulur keluar dari permukaan bakul tersebut.
"Black Mamba!"jerit Yoongi. Jimin terus menutup semula bakul tersebut. Bakul tersebut bergegar,Black Mamba di dalamnya sedang mengamuk apabila terasa diancam.
" 3/4 mg racunnya mampu membunuh orang dewasa. Kesan gigitannya akan menyebabkan kau rasa mual dan muntah muntah dan seluruh anggota tubuh kau akan mengalami kekejangaan otot yang boleh menyebabkan kau lumpuh. Bisa Black Mamba yang bersifat neurotoksin akan menyebabkan darah dalam tubuh kau menggupal dan menghalang pengedaran darah ke jantung,"terang Yoongi secara details.
"Wei,korang ingat lagi tak apa yang budak lelaki tadi cakap. Saling mempercayai dan jangan kelipkan mata,aku rasa budak tu nak mention yang kita kena main game renung-renung mata dengan Black Mamba tu," sampuk Jung Kook.
"Apa maksud kau?"Jin masih tak faham dengan idea tak masuk akal Jung Kook.
"Ha ah la kan. Salah seorang daripada kita kena tatap mata ular tu dan jangan berkelip," sokong Jimin.
"So,saper nak main game ni?"
"Aku!" Jung Kook volunteer nak main.
"Hati-hati Jung Kook," pesan Jin. Jung Kook menghalakan kepalanya menghampiri bakul tersebut. Kaca mata bulatnya dibetulkan dahulu. Dicelik matanya seluas yang mampu.
"Ready?"
"Nae!" Jung Kook mengangguk. Jimin membuka penutup bakul tersebut semula. Ular Black Mamba itu terjulur keluar. Ia merenung tajam mata Jung Kook. Jung Kook berusaha menahan matanya daripada berkelip.
Zussss!
Ular Black Mamba tersebut dengan lajunya menerjah laju ke arah Jung Kook,melepasi bahu Jung Kook. Ia menyasar tepat ke arah Jin,nasib baik Jimin sempat memegang ular tersebut dan menghalangnya dari mematuk Jin.
Ular tersebut mengangakan mulutnya,menggelepar dengan kuat.
"Buat sesuatu sebelum ular ni terlepas. Cepatlah wei!"
"Biar aku cabut taring ular tu sebab taring dialah yang mengeluarkan bisa," Yoongi lekas mematahkan dua batang gigi taring ular tersebut. Jimin melepaskan ular itu semula.
Jung Kook menyeluk tangannya ke dalam bakul rotan itu. Satu bungkusan kecil dikeluarkan.
"Apa ni?" bungkusan itu dibuka. Ia bukannya cebisan peta,tapi satu soket berwarna hitam yang berbentuk kepala gajah.
"Gais,ni bukan potong peta yang hilang tu!" kata Jung Kook sambil membelek soket tersebut.
"Kita nak buat apa dengan benda ni? Mybe aku rasa bahagian yang hilang tu ialah gajah. Tak pun benda ni warning kita supaya kita berhati-hati bila jumpa gajah. Tapi macam tak logik je,"ujar Jimin.
"Jap,ada tulisanlah kat kertas ni. Saat kau melihat aku,mulalah memanjat!"
"Apa maksudnya?" masing-masing kelihatan bingun untuk menyelesaikan teka-teki itu.
* * * *
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top