CHAPTER 10
"Kita dah sampai! Korang,tengok kat sana tu!" Jung Kook menjerit gembira sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah hadapan mereka. Dari jauh mereka dapat melihat patung jaguar yang besar berdiri gah di atas puncak bukit.
"Wahh! Amazing!" masing masing ternganga mulut menyaksikan pemandangan itu.
"Hari dah semakin gelap. Dah senja ni. Jom kita gerak sekarang," arah Jimin,memandangkan waktu pun dah berganjak ke senja. Sekeliling mereka mula gelap.
Mereka berjalan untuk beberapa minit dan tiba di satu lorong yang gelap gelita. Lorong yang tiada semak tersebut menuju ke arah patung jaguar.
"Inilah tempatnya!" ujar Jung Kook meneliti pada peta di tangannya. Di sinilah lokasi terakhir mereka. Sekarang,mereka dah masuk ke peringkat last level.
"Sure ke ni tempatnya!" soal Yoongi kurang yakin sebab tak nampak pun halangan-halangan di sekeliling mereka. Takanlah last level ni easy sangat. Jalan ikut lorong tu dan letak balik permata Jumanji pada patung jaguar. Tak semudah tu rasanya.
"Yoongi,bak sini permata Jumanji tu," kata Jimin seperti memikirkan sesuatu. Tanpa banyak soal,Yoongi lekas membuka beg pikulnya dan mengeluarkan permata Jumanji. Permata tersebut diberikan pada Jimin.
Dumm! Dumm! Dumm!
Di saat Jimin memegang permata itu,lorong panjang di hadapan
mereka mengeluarkan api kiri dan kanan sepanjang laluannya, diiringi dengan bunyi pukulan drum yang kuat berdentum sebanyak 5 kali. Mereka mula rasa berdebar. Cabaran yang lebih hebat sedang menanti mereka. Opening pun dah buat diorang rasa gerun.
Jin mendekati patung gajah yang berada berhampirannya. Dia mengamati patung itu lama. Terlintas sesuatu di fikirannya.
"Bila melihat gajah,mulalah memanjat," kata Jin.
"Aku rasa,nilah gajah yang dimaksudkan," pintas Namjoon.
"Maksudnya,kita tak boleh ikut laluan kat sini. Kita kena panjat pokok untuk sampai ke patung jaguar," tambah Jimin membuat spekulasi sendiri. Jin mengangguk mengiyakan kata-kata Jimin.
"Korang stay kat sini and tunggu sampai aku datang sini balik. Aku akan akan panjat pokok untuk ke patung jaguar tu,"kata Jimin lalu terus berlalu pergi meninggalkan kawan-kawannya di situ. Jimin memanjat satu persatu pokok-pokok sebelah lorong. Lagaknya seperti seekor monyet.
"Wei,sejak bila Jimin pandai panjat pokok," Hoseok menyiku lengan Yoongi. Yoongi pula ternganga melihat aksi Jimin melompat dari satu pokok ke pokok yang lain sehingga kelibat Jimin hilang dari pandangannya.
"Macam tak percaya je si pendek tu boleh panjat pokok," balas Yoongi.
Suasana yang gelap sedikit menyukarkan Jimin untuk bergerak. Jimin melompat dari dahan pokok dan berpaut pada dahan pokok yang seterusnya. Seekor tupai muncul di atas dahan tersebut,mengejutkan Jimin. Jimin menjerit,terus terjatuh ke tanah.
Jimin melurut dadanya. Jantungnya berdegup sangat kuat akibat dia terkejut tadi. Dia memejamkan matanya,cuba untuk menenangkan dirinya.
Aummmm!
Jimin dapat merasakan dengusan nafas pada wajahnya. Apabila dia membuka semula matanya,seekor jaguar sudah siap mengangakan mulut dan menerkam Jimin.
Arrrghhhhhhhhhhhhh!
Jeritan Jimin dari kejauhan mengejutkan mereka semua. Mungkin sesuatu telah terjadi kepada Jimin,membuatkan kawan-kawannya itu mula risau.
"Jimin! Jimin! Kau ok ke tak!" jerit mereka. Jimin tidak menyahut. Suaranya lenyap serta merta.
"Aku takutlah wei! Apa dah jadi pada Jimin," Hoseok memeluk lengan Namjoon.
Aummm! Bunyi ngauman harimau mula kedengaran bersahutan. Seekor jaguar keluar dari semak dan berada di tengah-tengah lorong tersebut,seperti menghalang mereka melaluinya.
"Jaguar! Binatang pemangsa yang paling pantas di darat," kata Yoongi mula berundur beberapa tapak ke belakang menjauhi lorong tersebut. Jaguar itu mendengus,seperi mahu menerkam mereka.
Tinggg!
Bunyi loceng kedengaran di langit. Jimin mendarat turun. Wajah Jimin nampak pucat. Mukanya berpeluh sakan.
"Jimin,apa dah berlaku pada kau tadi? Kau ok tak ni?" soal Jin,mendekati Jimin. Jimin tidak menjawab,sebaliknya dia menarik tangan Yoongi ke satu tempat. Dia perlu berbincang dengan Yoongi.
"Pehal ni bro?"
Jimin nampak resah.
"Aku rasa tak boleh teruskan game ni. Aku tak mampu untuk lepasi last level sebab nyawa aku sekarang hanya tinggal satu je lagi," luah Jimin.
"Kau merepek apa ni? Belum apa apa lagi kau dah give up. Bukan kau ke yang beriya-riya bagi hope kat kitorang yang kau akan bawak kitorang balik semula ke dunia kita. Kau nak ke Taehyung kesal?," Yoongi cuba membangkitkan semula semangat Jimin. Mereka semua bergantung harap pada Jimin sekarang.
"Level ni terlalu susah untuk aku. Aku tak boleh! Aku tak boleh!" Jimin menggelengkan kepalanya.
Yoongi memegang bahu Jimin erat. Wajah Jimin dipegang.
"Kau dengar sini baik baik,kitorang semua akan tolong kau dan bersama-sama menangi game ni. Kau boleh Jimin! Kau boleh! Kita semua dah lalui banyak halangan dan sekarang kita dah sampai ke penamatnya. Takan kau nak berhenti setakat ni je," bebel Yoongi panjang lebar,biar Jimin sedar.
Diorang semua datang mendekati Jimin. Masing-masing memegang tangan Jimin bersama-sama. Semangat Jimin kembali menyusup ke dalam tubuhnya. Kawan-kawannya itulah yang merupakan semangat utama buatnya.
"Kitakan BTS,apa saja yang kita lalui....kita akan tetap bersama," laung mereka.
Vrommm!
Geng penyangak bermotor dah muncul untuk membuat onar,sengaja nak gagalkan misi mereka. Penyibuk betul! Mana je diorang pergi,anak anak buah lahanat Rusel mesti ada sekali.
* * * *
"Ok,aku ada satu idea macam mana kita nak lalui lorong tu dengan selamat. Pertama,kita kena pecahkan pertahan diorang,maksud aku kita kena kalahkan jaguar jaguar yang guard lorong tu terlebih dahulu. Aku namakan strategi ni sebagai Strategi Yoongi Kacak!" diorang mula berbincang,merangka strategi sebelum bertindak.
Nak termuntah diorang dibuatnya dengan kegilaan Yoongi yang kuat perasan.
"Pehal letak nama kau pulak?"
"Sebab aku yang rancang strategi ni. Alah,korang ikut je arahan aku. Jangan banyak soal. Mula mula,Jung Kook dan Hoseok kau pergi ke arah kiri lorong. Kau kena redah hutan. Aku pulak pergi ke arah kanan. Taehyung dan Namjoon,korang berdua kena tarik perhatian jaguar jaguar yang kawal lorong tu supaya senang Jimin nak lalu lorong tu nanti. Jin-hyung pulak kena halang penyangak bermotor tu. Jangan bagi diorang masuk lorong tu," Yoongi memberi arahan. Diorang menangguk setuju dengan plan Yoongi walaupun kebanyakan mereka sebenarnya masih rasa tak puas hati bila Yoongi bagi nama strategi tu Strategi Yoongi Kacak.
* * * *
Seperti yang diorang plan,masing-masing sudah berada di posisi yang ditetapkan dan mula menjalankan tugasan mereka.
Jung Kook meredah hutan bersamba Hoseok,berjalan sambil memegang erat obor-obor di tangannya. Yoongi pun sama. Tujuan diorang guna laluan hutan sebab lebih selamat memandangkan kesemua jaguar sedang berjaga di lorong.
Geng penyangak bermotor berkumpul di hadapan lorong. Jin menghalang mereka daripada memasuki lorong tersebut.
"Hi abang-abang semua. Kita berjumpa lagi nampaknya. Kuat betul jodoh kita kan," kata Jin,berdiri di hadapan mereka tanpa rasa gentar.
"Namjoon,pasang radio sekarang. Mainkan lagu blackpink As If Its Your Last," arah Jin pada Namjoon yang menyorok di belakangnya. terus mengeluarkan telefonnya. Lagu As If Its Your Last segera dimainkan dengan volume yang sangat kuat,bergema di sekitar.
"Abang-abang semua,jom kita menari sama-sama!"
Lelaki lelaki tersebut mula menyerang Jin beramai-ramai. Beberapa tembakan dilepaskan ke arah Jin namun Jin berjaya menggelak. Jin merampas senapang yang berada di tangan lelaki yang cuba memukulnya. Menggunakan senapang tersebut,Jin memukul kepala penyangak-penyangak tersebut satu persatu. Beberapa orang lelaki berjaya dijatuhkan oleh Jin. Namun,semakin ramai geng penyangak yang datang.
"Jimin,pergi sekarang!" jerit Jin. Jimin tidak menunggu lama,berlari anak melalui lorong tersebut. Beberapa ekor jaguar keluar dari semak dan berbaris di hadapan Jimin,bersedia untuk menerkam Jimin bila-bila masa saja.
"Jimin,tundukkan kepala kau!" jerit Namjoon yang berada di belakang Jimin. Jimin lekas membongkokkan tubuhnya,lalu Namjoon melepaskan beberapa tembakan dengan senapangnya ke arah jaguar-jaguar tersebut.
"Hoi jaguar bodoh! Kejarlah kitorang," Taehyung jelirkan lidahnya. Namjoon pulak tayang punggung pada jguar-jaguar tersebut. Jaguar-jaguar tersebut mula menyasarkan mereka berdua. Taehyung dan Namjoon terus melarikan diri ke hutan apabila jaguar-jaguar tersebut mengejar mereka.
"Tae,menyorok sekarang!" Namjoon menarik Taehyung bersembunyi di sebalik batu besar. Jaguar-jaguar tersebut lari meninggalkan mereka,tidak perasan akan mereka. Taehyung dan Namjoon mengeluh lega.
Ketika leka sedang bertarung,Jin tidak sedar kakinya dibelit dengan tali. Jin jatuh menghempas ke tanah apabila tali yang mengikat buku lalinya ditarik oleh lelaki yang menunggang motosikal. Tubuh Jin diseret. Kebetulan Jimin berada di situ,lalu terus menggapai batang kayu dan dihayunkan pada lelaki tersebut. Lelaki tersebut terpelanting dari motosikalnya. Jimin membuka ikatan pada kaki Jin,dan memapah Jin bangun.
"Hyung ok ke tak ni?"
"Jangan risau pasal hyung. Hyung boleh handle diorang. Tunggu apa lagi,pergi sekarang Jimin," tegas Jin,tak nak lengahkan masa. Jimin menunggang motorsikal milik lelaki tadi melalui lorong tersebut.
Jung Kook dan Hoseok berjalan beringan,siap berpegangan tangan lagi.
"Kook,tempat apa ni wei? Aku takutlah!" adu Hoseok,berkepit di ketiak masam Jung Kook.
"Penakutlah kau ni. Jalan cepat sikit boleh tak!" kritik Jung Kook rasa rimas dengan perangai Hoseok.
Aummmm!
Bunyi ngauman jaguar kedengaran berdekatan mereka. Mereka berdua menjadi kejung,saling berpelukan antara satu sama lain.
"Kau dengar tak wei?"
"Diamlah. Nanti jaguar tu kejar kita!" Jung Kook terus menekup mulut Hoseok. Mereka bersembunyi di sebalik batang pokok.
Aummm!
"Warrggghh!" Hoseok menjerit,melompat-lompat keluar dari tempat persembunyian. Dahan pokok di atas kepala mereka bergegar.
Zupp!
Aummmm!
Seekor jaguar melompat turun dari pokok tersebut dan menerkam ke arah Hoseok.
"Jung Kook,tolong aku!" jerit Hoseok. Jung Kook mati akal. Jaguar tu beb,bukannya kucing parsi. Tak ke naya kalau jaguar tu terkam dia pulak. Dah la,nyawa Jung Kook tinggal satu je sekarang.
"Lepaskan dia!" satu kelibat lelaki muncul di hadapan mereka. Apabila mendengar suara lelaki itu,jaguar tersebut terus lari,melepaskan Hoseok. Lelaki tersebut melangkah ke arah mereka. Jung Kook dan Hoseok berundur ke belakang.
"Alamak,Rusel Van Pelt! Kita nak buat apa sekarang ni Jung Kook? Takan kita nak lawan dia,"Hoseok di sebelah Jung Kook mula menggigil. Rusel Van Pelt tersenyum sinis memandang mereka satu persatu.
"Hoseok,lari sekarang!" Jung Kook terus menolak Hoseok menjauhinya. Jung Kook pula ditangkap oleh Rusel Van Pelt.
"Lari Hoseok! Lari!" jerit Jung Kook. Hoseok terpaksa pergi meninggalkan Jung Kook di situ.
"Ikut budak tu sekarang!" arah Rusel pada burung gagak yang bertenggek di bahunya itu. Blacky melebarkan sayapnya,terbang di udara dan mengejar Hoseok.
"Aku akan gagalkan semua plan korang," Rusel mencengkam pipi Jung Kook. Jung Kook tidak mampu melawan memandangkan di tangan Rusel terdapat pistol dan Jung Kook hanya bertangan kosong.
* * * *
Shreettt!
Jimin menekan brek motosikal apabila 4 ekor jaguar keluar dari hutan dan berkumpul di hadapan Jimin. Jaguar-jaguar tersebut berlari ke arah Jimin. Jimin menghidupkan semula motosikal. Kelajuan motosikalnya dipertingkatkan,namun jaguar jaguar tersebut masih dapat mengejarnya bahkan mereka nampaknya lebih laju.
Jimin menggapai pistol yang berada di belakang motosikal. Apabila picu pistol itu ditekan,api tersembur keluar. Pistol api rupanya. Jimin mendapat satu idea!
Aummm!
Jaguar jaguar tersebut menerkam ke arah Jimin. Jimin menghalangkan pistol ke jaguar jaguar tersebut,picu ditekan lalu api tersembur keluar dengan marak ke arah jaguar-jaguar tersebut menyebabkan mereka lari lintang pukang menjauhi Jimin.
* * * *
Yoongi terjengkit jengkit berjalan,berhati-hati takut terpijak ranting kayu.
Dumm! Dumm! Dumm!
Tanah yang dipijak Yoongi terasa bergegar,seperti sesuatu yang sangat besar sedang berlari menuju ke arahnya. Yoongi batukan diri di situ,langsung tidak membuat sebarang pun bunyi.
Hurrkk! Hurrkk! *bunyi gajah🐘*
Di sebalik semak,keluar seekor gajah yang sangat besar,melaung mengeluarkan bunyi. Gajah tersebut melangkah mendekati Yoongi. Yoongi mula terasa ketar seluruh tubuh.
Babi,Janganlah pijak aku!
Urgghhhh
Ia melekapkan belalainya pada kepala Yoongi,seperti sedang berkomunikasi dengan Yoongi.
"Aku tahu kau gajah yang baik. Kau nak aku tunggang kau ke?" soal Yoongi,faham apa yang dikatakan oleh gajah tersebut. Gajah tersebut menggerakkan kepalanya,mengiyakan kata-kata Yoongi. Lalu ia merendahkan tubuhnya,menundukkan kepalanya ke bawah seperti menyuruh Yoongi naik di atas belakangnya.
"Terima kasih kawan," kata Yoongi,mengusap kepala gajah tersebut.
* * * *
Jimin tiba di hujung lorong. Patung jaguar hanya beberapa meter saja di hadapannya. Untuk sampai ke patung jaguar yang terletak di atas bukit,Jimin kena mendaki nampaknya.
"Hi Dr.Bravestone!" Rusel Van Pelt muncul di hadapan Jimin bersama Jung Kook. Jung Kook dijadikan tebusan lelaki tersebut. Dia menghunuskan muncung pistol pada kepala Jung Kook.
Jimin lekas menghentikan motorsikal. Sial!
"Lepaskan kawan aku sekarang. Kau jangan apa-apakan dia," kata Jimin.
Rusel Van Pelt ketawa mengekeh. Jung Kook di dalam pelukannya meronta-ronta cuba melepaskan diri. Sebenarnya,Jung Kook tak tahan dengan bau badan Rusel Van Pelt yang sangat busuk,macam bau bangkai.
"Serahkan permata Jumanji pada aku sekarang. Kalau tak,kepala kawan kau ni akan berkecai aku tembak," ugut Rusel Van Pelt.
"Jangan Jimin. Jangan serahkan permata tu pada mamat gila ni," jerit Jung Kook cuba menghalang Jimin,walaupun dia tahu nyawanya sekarang berada di hujung tanduk,berada dalam gengaman Rusel.
"Diamlah bodoh!" Rusel Van Pelt menengking Jung Kook. Mulut Jung Kook ditekup supaya Jung Kook tidak mengeluarkan suara.
Ketika itu juga,Jin,Taehyung,Namjoon dan Hoseok muncul. Tapi mana si Yoongi?
Rusel Van Pelt pun bawa geng jugak. Beberapa ekor jaguar milik Rusel Van Pelt bebaris di kiri dan kanan tuannya itu.
"Serahkan permata tu sekarang!"
Jaguar-jaguar Rusel Van Pelt mula mara ke arah mereka,bersedia menyerang.
Jimin pula hanya diam. Langsung tidak berbuat apa apa.
"Cepat serahkan! Dalam kiraan lima,bagi permata tu sekarang," arahnya. Dia mula mengira.
"Lima!"
"Empat"
Jimin masih kejung di situ,mengusutkan kepalanya.
"Tiga!"
"Aku tak boleh bagi permata tu pada kau!" akhirnya Jimin bersuara. Rusel Van Pelt tidak berhenti mengira.
"Dua!"
"Permata tu takde dengan aku. Bukan aku yang pegang permata tu sekarang!" jujur Jimin. Rusel Van Pelt menurunkan pistolnya.
"Kau jangan nak perbodohkan aku lah budak,"
Uuurrrkkgghhhh!*bunyi gajah🐘*
"Yoongi kacak is coming!" jerit Yoongi,keluar dari semak dengan menunggang gajah. Yoongi muncul tepat pada masanya.
"Permata Jumanji ada dengan aku!" Yoongi menangkat permata Jumanji yang dipegangnya itu. Bengaplah kau ni Yoongi!
"Shit!" Rusel Van Pelt mengacukan semula pistolnya ke arah Yoongi.
"Bagi permata tu sekarang...."belum sempat lelaki itu menekan picu pistol,Jung Kook menggigit tangan Rusel Van Pelt. Perut lelaki tersebut disiku. Jung Kook menumbuk perutnya sehingga Rusel Van Pelt terdorong jatuh ke tanah. Rusel Van Pelt sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah Yoongi,menyebabkan gajah tersebut mengamuk akibat terkejut. Yoongi yang berada di atas gajah terpelanting jatuh ke tanah dan permata Jumaji di tangannya pulak dah tercampak jauh ke hadapan.
Jung Kook dan Rusel Van Pelt bergelut. Hoseok,Taehyung dan Namjoon cuba membantu Jung Kook.
"Jimin,kau pergi panjat patung jaguar tu sekarang. Biar hyung ambil permata tu balik. Bila kau dah sampai atas patung jaguar tu,hyung akan baling permata Jumanji pada kau," Jin dan Jimin mara ke hadapan. Mereka sudah kesuntukan masa. Jimin mendaki naik ke atas bukit dengan motosikal. Jin pula pergi mendapatkan permata Jumanji.
Rusel Van Pelt mengejar Jin dari belakang.
Permata Jumanji berada di satu kawasan lubang besar. Lubang tu pulak,dipenuhi dengan ular-ular black mamba. Beratus-ratus ekor banyaknya. Jin tetap gagahkan dirinya turun ke dalam lubang tersebut. Terjengkit jengkit Jin berjalan dengan penuh berhati-hati supaya tidak terpijak ular-ular tersebut.
Jin berjaya mendapatkan permata Jumanji semula.
"Serahkan permata tu!" Rusel Van Pelt muncul di belakang Jin. Jin terus memeluk erat permata tersebut.
"Aku takan semudah tu serahkan permata ni pada orang yabg tak guna macam kau!," balas Jin,membantah. Rusel Van Pelt ketawa mengekeh.
"Now,game over!" kata Rusel Van Pelt. Ular-ular black mamba di sekeliling Jin mengangkat kepala,memandang tajam ke arah Jin sambil mengeluarkan lidah. Mereka seperti mahu mematuk Jin.
Jin tersenyum sinis. Langsung tidak gentar bahkan takut sama sekali.
"Aku takan kalah. Jujur aku cakap,kau ni bodoh orangnya," sindir Jin,nampak tenang saja memandang lelaki tersebut.
"Bisa adalah kelemahan aku...." Jin memijak seekor ular berdekatannya . Ular itu terus mematuk kaki Jin.
"Bye!"Jin sempat memberikan flying kiss pada Russel Van Pelt!
Zuppp!
Sekelip mata saja Jin lesap,hilang entah ke mana,membuatkan Rusel Van Pelt terpinga-pinga.
* * * *
Jimin berjaya sampai di atas patung jaguar dengan menunggang motosikal.
"Mana Jin-hyung ni?" ujar Jimin. Masih tak kelihatan Jin di bawah sana.
Tinggg!
Bunyi berdenting di langit membuatkan Jimin faham apa yang sedang Jin lakukan.
"Hyung memang bijak!" kata Jimin. Kelihatan tubuh Jin menujam turun dari langit,tepat menuju ke arah patung jaguar. Jimin lekas menggapai tali penyangkut yang disisipkan di belakang motosikalnya. Tali penyangkut tersebut dihayunkan ke arah kepala patung jaguar. Jimin menerpa dari motosikal dan menggenggam erat tali tersebut.
Dia berpusing menggelilingi patung jaguar. Pada masa yang sama Jin semakin menghampiri patung jaguar.
"Jimin,ambil ni!" jerit Jin sambil menghulurkan batu permata Jumanji yang digenggamnya itu pada Jimin. Jimin mendepakan tangannya,mengambil batu permata itu dari tangan Jin. Jin mendarat turun di atas bukit. Sekarang,semuanya bergantung pada Jimin.
Jimin segera memanjat kepala patung jaguar. Batu permata Jumanji dimasukkan ke dalam satu lubang khas di dahi patung jaguar.
"Kita dah berjaya!"
Krikk! Krikk! Krikk!
Peliknya,tada apa apa pun yang berlaku. Jimin jadi hairan.
"Gais,jerit nama Jumanji sekarang! Jerit nama Jumanji!" teriak Jung Kook diikuti oleh kawan kawannya.
"JUMANJI!!" mereka menjerit nama Jumanji bersama sama dengan sekuat yang mampu. Batu permata Jumanji terus mengeluarkan cahaya hijau yang terang,memancar sekeliling Jumanji,menjadikan seluruh Jumanji yang pada mulanya gelap seperti malam bertukar cerah seperti siang. Apabila cahaya itu terpancar pada Rusel Van Pelt,tubuh lelaki tersebut menjadi hangus,bertukar menjadi debu debu halus sebelum hilang ditiup angin. Rusel Van Pelt menjerit kesakitan.
Mereka bersorak gembira sambil mengangkat tubuh Jimin bersama-sama.
"Kita dah berjaya! Kita dah menang!"
Semua jenis haiwan keluar dari hutan dan menggelilingi mereka semua. Babi hutan pun ada 🐗. Haiwan-haiwan tersebut masing-masing mengeluarkan bunyi,seperti memberi sorakan kepada hero-hero mereka.
Burung burung kecil berterbangan di langit,mendaratkan mahkota bunga di atas kepala ahli ahli BTS.
Kelihatan dari jauh,Jeep milik Nigel meluru ke arah mereka. Mereka melambaikan tangan. Nigel menekan hon beberapa kali sebelum menghentikan jeep di hadapan mereka.
"Bagus! Kamu semua dah berjaya selamatkan Jumanji dan lenyapkan sumpahan! Seluruh Jumanji berterima kasih pada kamu semua," kata Nigel.
"Tugas kamu semua dah selesai. Tiba masanya saya hantar kamu semua balik ke dunia kamu," Nigel menghulurkan tangannya.
"Aku nak balik dulu!" Taehyung berjabat tangan dengan Nigel. Tubuh Taehyung mengeluarkan cahaya hijau lalu bertukar menjadi debu dan diserap ke dalam permata Jumanji yang berada di atas kepala patung jaguar.
Lepas tu,giliran Jung Kook,Hoseok,Namjoon,Jin,Yoongi dan last sekali Jimin.
"Kamu seorang yang berani!," Nigel menepuk bahu Jimin lembut. Jimin memandang lama tangan lelaki itu. Tiada riak gembira pada wajahnya.
"Aku pasti akan rindukan Jumanji," kata Jimin.
"Takpe. Kalau Jumanji dalam bahaya,saya akan segera roger pada doktor. Jangan risau ye! Lagipun,Jumanji dah aman sekarang," balas Nigel.
Jimin mengangguk lalu menyambut huluran tangan Nigel.
"Semoga kita berjumpa lagi. Jumanji masih memerlukan doktor,"kata Nigel.
"Bye!" Jimin melambaikan tangannya. Perlahan-lahan tubuhnya bertukar menjadi debu sebelum sepenuhnya hilang.
Amacam? Best tak! Sorry kalau last chapter ni panjang sangat. Vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top