CHAPTER 1

2016

Jimin membelek satu persatu gambarnya bersama Taehyung. Hatinya jadi luluh. Air matanya terus mengalir keluar.

"Dah 11 tahun Tae tinggalkan kita. Aku rindu sangat pada Tae," luah Jimin. Namjoon menepuk bahu Jimin lembut,cuba memberi kekuatan pada kawannya itu.

"Kitorang pun sama Jimin. Sejak dari kecil lagi aku,kau dan yang lain rapat dengan Tae. Aku ingat lagi masa Tae pukul kau sebab kau curi robot Ironman dia," kata Namjoon. Jimin terus memeluk Namjoon erat diikuti ahli BTS yang lain.

"Aku betul betul berharap Tae akan balik semula ke sini. Aku percaya yang Tae masih hidup. Cuma kita tak tahu dia kat mana sekarang," Jung Kook menyampuk.

Misteri kehilangan kawan mereka Kim Taehyung beberapa tahun yang lepas masih belum terungkai. Pihak polis pun dah berusaha cari Taehyung tapi tak jumpa. Kes tersebut terpaksa ditutup. Ada orang cakap Taehyung kena culik lepas tu kena bunuh dan organnya diambil untuk dipasarkan ke pasaran gelap. Tapi polis tak jumpa pun mayat Taehyung. Menurut Encik Kim pula,appa Taehyung mengakatakan bahawa anaknya telah ditelan ke dunia lain. Semua orang memang tak percaya dengan kata kata Encik Kim sampai Encik Kim dianggap tak suiman.

"Kalau macam tu apa kata kita cari Tae nak?" tambah Hoseok.
Yoongi terus meluku kepala Hoseok.

"Kau nak cari dia kat mana? Polis dah cari dia satu Korea Selatan ni tapi tak jumpa pun," marah Yoongi. Hoseok menggosok kepalanya yang sedikit benjol.

"Yang penting sekarang kita hanya mampu berdoa semoga Tae selamat dan akan kembali pada kita semula," Jin muncul dengan sepinggan sandwich tuna bersama beberapa gelas susu segar yang diletakkan di atas dulang.

"Jom breakfast. Nanti lewat pulak kita nak pergi sekolah," kata Jin.

"Errr....korang sebelum tu boleh tak kalau kita pergi rumah Taehyung kejap," pinta Jimin. Mereka berlima memandang satu sama lain. Serentak mereka menganggukkan kepala tanda setuju.

"Bagus jugak tu,lagipun dah lama kita tak pergi melawat appa Tae,"

*    *    *    *

Rumah Taehyung memang betul betul tak terjaga. Lalang lalang penuh di sekeliling rumah. Nampak macam rumah yang telah lama ditinggalkan.

Mereka meluru ke arah pintu utama. Jimin mengetuk pintu tersebut.

"Tae,kita balik jelah. Scary sia rumah Taehyung ni," Hoseok yang jenis penakut menyorok di belakang Jimin.

Kreekk! Pintu itu dikuak. Muncul Encik Kim di hadapan mereka. Lelaki 50-an itu nampak betul betul tak terurus dengan rambutnya yang kusut masai dan bajunya yang terkoyak sana sini. Tubuhnya kurus kering. Encik Kim memeluk erat robot Ironman milik Taehyung itu.
Sejak Taehyung hilang,hidup Encik Kim jadi tak tentu arah. Setiap hari,setiap jam Encik akan duduk di hadapan tv di dalam bilik Taehyung,menunggu anaknya dengan harapan Taehyung akan balik. Encik Kim juga bagitahu mereka yang tv tulah yang telan Taehyung. Macam tak logik je.

"Ehh Jimin,ada apa datang sini. Kamu nak jumpa Taehyung ke? Dia ada kat dalam bilik tu. Jap eh,ajusshi pergi panggil dia," Encik Kim naik ke tingkat atas rumahnya. Mereka berasa kesian melihat keadaan Encik Kim.

"Tae! Tae! Tae!" jerit Encik Kim melilau mencari Taehyung sana sini.

"Tadi ajusshi tengok Taehyung kat sini. Dia dah balik. Dia siap main robot ni dengan ajusshi lagi," Encik Kim tergelak kecil bermain dengan robot Ironman itu. Begitulah keadaan Encik Kim,masih hidup dalam halusinasi.

"Jimin,jomlah kita balik. Aku rasa kita tak sepatutnya datang sini. Ganggu ajusshi Kim je," kata Namjoon. Jimin akur. Mereka berenam melangkah keluar dari perkarangan rumah Encik Kim dan berjalan menuju ke sekolah.

*    *     *    *

"Korang berenam dah lambat. So,kitorang terpaksa tahan korang," Kai dan Suho menahan mereka daripada melepasi pintu pagar sekolah.

"Alah,lambat 2 minit je pun," kata Hoseok mencebik bibir sambil buat muka menyampah. Dia memang benci gila dengan pengawas pengawas sekolah lagi lagi si EXO,kumpulan pengawas sekolah yang paling hot diketuai oleh Suho.

"Lambat dua minit ke,sejam ke yang penting korang tetap kena denda. Now,sila bayar duit denda ya," Suho menepuk pipi Hoseok. Hoseok nak melawan pun tak berani sebab EXO ni kuat pengaruhnya kat sekolah lagi lagi dalam kalang pelajar perempuan dan guru guru.

Masing masing mengeluarkan dompet dari poket seluar dan not 500 won diserahkan kepada Suho.

"Kai bawak diorang pergi bilik disiplin sekarang," arah Suho. Dahla kena bayar denda,lepas tu kena face to face dengan guru disiplin pulak. Kena denda pulak lah jawabnya nanti.

*    *    *    *

"Apa nak jadi dengan kamu semua ni hah. Datang sekolah lambat,dahla selalu ponteng kelas," bebel Encik Park. Mereka hanya mampu tadah telinga je. Suho dan Kai yang berada di sebelah Encik menggelakkan mereka.

"Bila masa kitorang ponteng kelas. Cikgu salah dapat information ni," pintas Jung Kook.

"Suho dan Kai dah bagitahu semuanya perangai buruk kamu semua pada saya. Kamu nak ke kena buang sekolah,"

"Apa ni? Suho,Kai....aku tak sangka kau sanggup fitnah kitorang. Apa salah kitorang kat kau," Namjoon yang dah hilang sabar terus bingkas bangun. Dia menerpa ke arah Suho. Kolar baju Suho ditarik. Buku limanya dilayangkan pada pipi Suho.

"Rasakan,padan muka kau! Pukul kuat lagi wei. Aku memang dah lama nak tengok mamat poyo ni masuk hospital. Biar aman sekolah ni nanti. Pukul pukul!" sorak BTS menyokong Namjoon. Kai cuba menghentikan pergaduhan.

Panggg!

Encik Park melibas rotanyya pada belakang tubuh Namjoon. Terus Namjoon melepaskan Suho yang dah terkulai layu itu dikerjakan olehnya.

Suasana yang kecoh tadi menjadi sunyi.

"Kamu semua dah melampau!" Encik Park menengking BTS.

"Cikgu hanya tahu cari salah kitorang salah Suho,Kai dan kawan kawan dia tu......" kata kata Jung Kook terus terhenti apabila Encik Park melibas rotannya sekali lagi di atas meja. Berdentum bunyinya.

"Sudahh! Kamu semua akan dikenakan hukuman gantung sekolah. Sekarang ikut saya. Saya akan denda kamu semua!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top