BUTTERFLY [one shot]

Cast:
*Jeon Jung Kook
*Jeong Ye In

Jung Kook menghela nafasnya perlahan. Helaian rambut yang menutupi permukaan dahi diraut ke belakang. Tubuh pula diregang sekilas disandarkan pada dinding.
Pandangannya lantas dialihkan pada jam di dinding. Jarum pendek pada angka 8 dan jarum panjang di angka 6. Tepat 8.30 pagi.

Sesekali Jung Kook menguap. Matanya digenyeh beberapa kali. Malam tadi Jung Kook terpaksa tidur di hospital untuk jaga adiknya yang sakit. Jeon Jung Hye. Adik perempuannya itu cedera kerana terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari sekolah. Cuma patah kaki dan luka luka pada siku,dahi dan lutut. Taklah kritikal. Doktor yang rawat Jin Hye dah sahkan yang Jin Hye dah betul betul stabil.

Jung Kook yang merangkul tanggungjawab sebagai seorang abang dan anak sulung merangkap dalam keluarga sangat memainkan peranan penting terhadap keluarganya iaitu omma dan adiknya ini. Appanya sudah lima tahun meninggal dunia. Oleh itu,Jung Kooklah yg terpaksa menjaga Jung Hye apabila ommanya bekerja. Puan Jeon pula bekerja sebagai guru matematik sekolah menangah. Kadang kadang tu tiada masa utk diluangkan bersama Jung Kook dan Jung Hye kerana kebanyakan masanya dihabiskan di sekolah untuk pelajar pelajarnya.

Sob!!sob!!sob!!

Perhatian Jung Kook tertarik dengan bunyi itu. Bunyi orang menangis. Jung Kook bingkas bangun. Sesekali kepalanya ditoleh kiri ke kanan,cuba mencari dari mana bunyi itu. Di satu sudut tidak jauh darinya,satu susuk tubuh duduk berteleku di atas lantai,sambil menggenggam kedua dua lutut erat. Wajahnya tak beberapa jelas sebab ditutupi oleh sebahagian rambutnya. Di sekeliling Jung Kook tidak kelihatan nurse atau pun pengunjung. Mungkin gadis itu sedang sakit. Perlu ke dia tolong? Ahh,Jung Kook serba salah.

"Cik....errr cik ok tak ni? Cik sakit ke? Saya boleh panggilkan nurse,doktor,"sapa Jung Kook. Perempuan tersebut menggeleng laju.

Jung Kook cuba mendekatinya dengan takut takut,bercampur segan.

"Ahh susah ni!"Jung Kook garu kepalanya yang tak gatal.

"Dah tu kenapa nangis?"soal Jung Kook lagi. Dia mencangkung di hadapan gadis itu,untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat.

"Tak payah sibukla. Saya tak perlukan bantuan awak...."gadis itu angkat wajahnya dan pandang tepat ke arah Jung Kook. Dua pasang mata itu bertemu. Kedua duanya menjadi statik. Jung Kook dengan muka yang tanpa reaksi,dan perempuan itu pula dengan wajah yang sedikit terkejut.

"Yein!"

"Jongan kau buat apa kat sini?"

                     *    *    *    *

"Kau sakit apa?"

"Buasir,"

"Ehh elok ekok la tenuk. Aku tanya ni kau sakit apa?"

"Kanser payudara!"

"Ehh kau ni aku tibai gak dengan rumput ni," Jung Kook cuit hidung Yein. Yein mengadu kesakitan,terus tarik rambut Jung Kook.

"Tak penting pun kan kau nak tahu aku sakit apa?"

"Pentingla sebab aku kawan kau. Aku kenal kau sejak dari kita kecik lagi. Kita lahir pun sama-sama,besar pun sama-sama. Setakat corak,warna seluar dalam kau yang kau pakai masa kecik kecik dulu aku boleh hafal satu satu,"Jung Kook buat muka bangga.

"Tak payah la ungkit sial. Kan aku ungkit lak pasal kau kencing atas tilam masa tido rumah aku,"Yein smirk balik. Dua dua tak nak kalah ni.

"Ehh kau ni!"Jung Kook terus tekup mulut Yein. Yein bukan main lagi gelak. Muka Jung Kook dah merah sebab malu.

"Ok la. Aku kena kanser otak. Kat dalam kepala aku ni ada tumor. Dah dua kali doktor bedah kepala untuk buang tumor ni,tapi still dia tumbuh balik and membesar,"terang Yein.

"Macam mana pulak kau boleh kena. Terjangkit dengan sapee sapee ke?"

"Tumor ni tumbuh dengan sendirila. Mana terjangkit dengan saper saper. Kau ni,dah besar panjang tapi otak still kecik cam budak,"sindir Yein.

"Yelah yelah. Habis tu apa kau rasa sekarang? Sakit tak?"

"Takde rasa apa apa. Sakit tu semua aku dah lali Jung Kook. Dah banyak kali aku sakit,sampai satu tahap rasa sakit tu dah macam tak rasa apa apa,"Yein tundukkan wajahnya,bermain dengan jari jarinya.

"Berapa lama lagi kau boleh hidup? Masih ada harapan sembuh lagi tak?"

"Ntah. Aku tak pasti. Yang aku tahu aku nak cepat cepat mati. Aku dah penat. Penat sangat nak kena makan ubat hari hari,kena masuk keluar hospital. Omma dan appa aku tu,dah banyak buang duit dan masa untuk sembuhkan aku yang takan sembuh sembuh ni. Aku tak nak susahkan diorang lagi. Hari hari aku doa,supaya aku cepat mati dan omma dan appa  aku takan lagi susahkan diri nak jaga aku," air mata Yein keluar. Tapi cepat cepat dia kesat dengan lengan bajunya. Apa yang dia tanggung selama lebih kurang 5 tahun cukup menderita buatnya sampai dia rasa betul betul putus asa nak teruskan hidup.

"Issh kau ni tak baik cakap camtu. Omma dan appa kau tu sayang kau kau tahu tak nak. Mak ayah ni kalau sayang sangat kat anak dia,dia sanggup buat apa apa saja tau nak tengok anak dia hidup bahagia,"Jung Kook gapai tangan Yein dan genggam erat. Air mata Yein yang masih lagi bersisa di pipi dia kesat dengan jarinya. Terus dia peluk tubuh Yein erat.

"Nahh....nangis kat bahu aku ni,macam kau buat masa kecik kecik dulu bila punggung kau kena sondol dengan angsa. Aku ada Yein,aku ada untuk. Kau,aku,tetap sama macam dulu. Takde yang berubah. Jujur,aku rindu sangat kau,rindu zaman budak budak kita dulu. 10 tahun kau berpisah dengan aku. Kau pergi Jepun langsung tak bawak aku sekali,"rambut Yein diusap. Yein menangis teresak esak. Sesekali dia ketawa. Cukup ada Jung Kook bersamanya,cukup buat dia rasa tenang dan bahagia seperti yang dia rasa seusia kanak kanak dulu. Ya betul,tiada apa yang berubah. Jung Kook sama macam yang dia kenal dulu;gigi jongan,baik dan sentiasa yang beri sokongan pada Yein.

*    *    *    *

Tingg!

Jangan lupa makan ubat.

Mesej di skrin telefon itu Yein baca dengan senyuman.

"Kenapa anak omma ni duk senyum je dari tadi ni?"sapa Puan Jeong duduk di sebelah Yein. Bahu Yein di peluk. Yein sandarkan kepalanya pada dada Puan Jeong.

"Omma ingat lagi tak Jung Kook?"

"Jung Kook?"

"Nae! Jung Kook yang kawan dengan Yein masa kecik kecik dulu,"

"Oohh budak gigi arnab tu ke. Mesti la omma ingat!"

Yein gelak.

"Yein terjumpa dia tadi,"balas Yein.

"Aigoo. Dah besar ke dia sekarang. Dia buat apa kat sini?"

"Dia kata dia teman adik dia yang kemalangan. Omma dia pun ada sekali. Omma dia kirim salam kat omma,"

"Jeon Janna! Kawan baik omma tu. Omma rindu sangat kat dia. Lama tak jumpa!"Puan Jeong nampak macam terharu. Puan Jeong dan omma Jung Kook sangat rapat. Tapi bila Puan Jeong berpindah ke Jepun 10 tahun yang lepas,perhubungan mereka sedikit renggang.

*    *    *    *

"Yein,bangun sayang! Bangun!"Puan Jeong menggerakkan sedikit tubuh Yein. Yein menggeliat kecil,lekas menarik selimut menutupi wajahnya. Jung Kook yang berada di sebelah Puan Jeong tergelak kecil.

"Takpelah aunty. Dia ngantuk lagi tu. Jung Kook tunggu sini sampai dia bangun,"balas Jung Kook.

"Yein sayang,bangunlah. Ni Jung Kook datang nak jumpa kamu!"

"Alah,tak nak. Yein nak tidur!"

"Jung Kook kat depan kamu ni sayang. Tak baik la buat dia camtu,"

Yein cepat cepat bingkas bangun. Dengan rambut yang berserabai macam berus jamban,air liur basi penuh kat tepi bibir,Yein sengih pada Jung Kook. Cepat cepat dia kesat air liurnya dan ratakan sedikit rambutnya.

"Buruk jugak kau ni!"sindir Jung Kook.

Yein jeling tajam.

"Alah,kalau aku cantik pun takde saper nak kat aku pun,"

"Aku ada. Aku nak kau!"Jung Kook tergigit bibir. Terlepas cakap pulak dah. Terus dia tekup mulutnya.

"Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar. Cuba ulang balik!"

Puan Jeong yang perhati gelagat diorang berdua tu gelak kecil.

"Takde apa la. Aku just cakap nak ajak pergi taman. Jalan jalan. Ambil angin!"

"Ye la tu. Kau tunggu la dulu kat luar. Aku nak siap siap jap!"Yein tolak Jung Kook sampai ke muka pintu.

"Jumpa kat taman eh. Aku tunggu kau kat sana,"sebelum pergi Jung Kook sempat kenyit mata pada Yein. Cair bhai! Sampai merah merah muka Yein.

*    *     *    *

Jung Kook duduk di atas kerusi dengan muka masam. Bibirnya sengaja dimuncungkan sehabis panjang.

"Alah,aku lewat 10 minit je pun," Yein kat hadapan Jung Kook,Jung Kook langsung tak pandang.

"Wei,sorrylah. Kau pun tahu kan,sebelum aku keluar aku kena mintak permision doktor. Kena makan ubat dulu,kena check doktor dulu,"sambung Yein lagi. Jung Kook buat buat tak tahu je.

Diam.

"Wei siamang,aku cakap dengan kau ni,"panas Yein dibuatnya.

"Takpela. Aku balik bilik je la cam ni,"

Yein buka langkah untuk  pergi,tapi Jung Kook cepat cepat tahan tangan Yein dari belakang.

"Wei janganlah! Ok ok,aku gurau jelah!"kata Jung Kook.

Yein mencebik. Terus hidung Jung Kook dicuit.

"Kan tak pasal pasal masuk ICU kau lepas ni,"warning Yein.

"Uuuu,garangnya! Takut titew dibuatnya,"Jung Kook gelak.

"Nak buat apa kat sini?"

"Tengok orang!"

"Ehh kau ni,cam la kat lam hospital tu bukan orang. Kau alien ke wei tak pernah tengok orang,"Yein duduk di sebelah Jung Kook. Sengaja Jung Kook rapatkan lagi kedudukannya dengan Yein. Dirangkulkan tangannya pada bahu Yein.

"Aku suka perhatikan apa yang orang buat. Manusia ni kan dia unik tau. Setiap orang berbeza,and setiap benda yang dia buat berbeza,"ujar Jung Kook.

"Peliknya kau ni. Ada jugak orang cam ni ehh,suka tengok orang buat apa. Psiko!"balas Yein buat buat muka pelik. Jung Kook memang dari kecil pelik. Satu perkara yang Yein tak boleh nak terima pasal Jung Kook,Jung Kook takut rama rama. Dia kata rama rama tu ulat and dia geli ngan ulat. Memangla rama rama tu ulat,bila ulat dah jadi rama rama cantik pe. Berlawanan dengan Yein yang suka gila dengan rama-rama.

"Jung Kook,ada rama rama kat atas kepala kau!"usik Yein.

"Mana? Mana wei! Gelilah!"Jung Kook terus melompat-lompat sambil mengibas-ngibas kepalanya. Yein gelak je tengok Jung Kook.

"Hahhaahh!"

"Aku tipu jelah!"

"Jahatla kau ni,"

"Eleh,tadi kau buli aku takpe lak,"Yein mencebik. Jung Kook gosok kepala Yein perlahan. Beberapa helai rambut Yein gugur dan ada yang melekat di celah jarinya. Jung Kook jugak boleh rasa ada garis garis halus melintang di tempurung kepala Yein.

"Mian!"Jung Kook mula rasa bersalah. Nak gurau je sebenarnya. Tkde niat pun nak buat Yein.......

"Takpe takpe. Memang rambut rambut aku ni hari hari gugur. Aku rasa nanti tak lama lagi aku akan jadi botak cam toyol. So,aku kenala pakai ranbut palsu nampaknya,"Yein senyum lebar. Tetap boleh senyum. Jung Kook pulak yang rasa sedih dan bersalah.

"Mian wei,aku betul betul tak sengaja,"

"No problemlah. Aku tak marah pun,"

Jung Kook capai tangan Yein dan genggam erat. Dia melutut di hadapan Yein sambil mintak maaf.

"Pehal ni! Bangunlah bangan. Malu orang tengok,"Yein tepuk bahu Jung Kook.

"Kau takde salah apa apa pun la sial,"

"Cakap dulu kau maafkan aku baru aku bangun,"

"Yelah yelah. Aku maafkan kau tapi dengan syarat kau kena kawan dengan aku sampai semua rambut kat kepala aku ni gugur,sampai aku jadi botak licin,sampai aku tua and sampai bila bila. Janji tu!"balas Yein sambil menghulurkan jari kelingkingnya pada Jung Kook.

"Janji!"Jung Kook merangkul jari kelingkingnya pada jari Yein,tanda bersetuju dengan janji itu.

                    *    *    *    *

Kehidupan Jung Kook kembali seperti sedia kala. Di rumah,tempat yang paling dia rindukan sewaktu menjaga Jung Hye di hospital. Syukur sebab doktor pun dah benarkan Jung Hye balik rumah. Tapi satu jelah yang buat Jung Kook sedih,tak boleh dah la dia jumpa Yein. Nak jumpa Yein kena pergi hospital la nampaknya.

"Jung Kook,mari sini kejap. Omma nak bincang sesuatu dengan kamu,"kata Puan Jeon memanggil Jung Kook masuk ke dalam biliknya.

"Ada apa omma?"soal Jung Kook. Tengok muka ommanya itu macam serius. Serius jugak la benda yang omma dia nak bagitahu tu.

"Kelmarin omma dapat surat dari sebuah universiti kat China. Surat tawaran untuk kamu sambung belajar,"balas Puan Jeon,menghulurkan sepucuk surat pada Jung Kook.

Jung Kook ambil beberapa minit untuk baca surat tersebut sekejap.

"Omma nak kamu sambung belajar,"

"Aniya. Habis tu saper nak jaga omma dan Jung Hye nanti,"bantah Jung Kook.

"Pasal hal tu kamu jangan risau. Omma boleh je upah maid untuk jaga Jung Hye dan rumah ni. Ni untuk masa depan kamu jugak. Please,kali ni tolong ikut cakap omma,"rayu Puan Jeon. Jung Kook diam. Mengelamun panjang. Terus terlintas Yein di fikirannya dan janji yang perlu dia kotakan.

*    *    *    *

Yein menghela nafas panjang. Sesekali telefonnya dicapai dan screen telefon dibelek dengan wajah hampa.

"Mana kau Jung Kook? Aku rindu kau,"keluh Yein,masih menunggu kalau kalau Jung Kook akan chat or call. Tengok kat whatsapp Jung Kook online je. Tapi satu chat pun tak masuk.

'Wei,tengah buat apa tu'

Jung Kook bagi bluetick je. Yein terus letak telefonnya. Jung Kook pun dah macam ignore kan dia.

"Ingat Yein,kau tu sakit. Jung Kook takan nak kau sebab kau sakit,"bisik Yein pada dirinya sendiri.

*    *    *    *

Jung Kook pandang Yein dan Yein pulak pandang ke tempat lain. Masing masing nampak macam ganjal.

"Wei,boleh tak kau pandang aku yang kacak ni. Tak payah pandang kat tempat lain,"suara Jung Kook bila Yein diam je dari tadi. Dua minggu lebih dia tak jumpa Yein. Hari ni suatu yang mengejutkan bagi Jung Kook sebab keadaan Yein nampaknya makin bertambah teruk. Wajah Yein pucat dan Yein terpaksa bernafas dengan bekalan oksigen.

"Aku dah tak cantik cam dulu lagi. Tu sebab kau tak nak jumpa aku kan,"balas Yein.

"Bukan sebab tu. Jeong Yein,pandang aku sekarang!"suara Jung Kook naik seoktaf.

"Tak nak. Muka aku buruk,pucat macam mayat!"

"Degillah kau ni!"Jung Kook terus pegang wajah Yein,pusing perlahan menghadap ke arahnya.

"Kau tetap cantik bagi aku,"kata Jung Kook. Air mata Yein mengalir keluar dengan laju. Dia tak boleh tahan lagi. Dia nak nangis.

"Kenapa lama tak mesej aku,tak call aku,tak jumpa aku. Aku rindu kau tahu tak bangan,"Yein terus peluk Jung Kook erat.

"Sebenarnya,aku dapat tawaran sambung belajar ke China. Omma aku paksa aku pergi sana. Aku tak sanggup nak tolak sebab ni atas permintaan omma aku demi masa depan aku,"balas Jung Kook. Wajah Yein terus berubah.

"Lusa aku akan bertolak ke sana!"

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal awal,"

"Aku tak nak kau sedih sebab lepas ni aku dah tak boleh jumpa kau dah,"jujur Jung Kook bernada kecewa.

"Video call boleh je!"

"Tak sama!"

"Ngada ngada. Btw,aku tumpang gembira. Untungla boleh sambung belajar. Aku ni sekolah menengah pun tak sempat habis,"

"Dah dah,aku janji lepas je aku habis belajar,and aku balik sini.....aku akan teman kau sampai bila bila. Kita kawen ke!" Jung Kook tersipu malu dengan muka yang merah. Yein cuba senyum. Mustahil. Dan sangat mustahil.

"Entah sampai bila pun aku tak tahu aku boleh hidup,"

"Jangan mention pasal mati kat sini ye. Ok,sebelum aku gi China ni,aku nak buat kau happy. Cuba bagitahu aku apa yang boleh buat kau happy? Aku akan buat benda tu sekarang jugak!"kata Jung Kook.

"Errmm,tangkap rama rama untuk aku boleh tak,"balas Yein.

"Eiii gelilah. Takde benda lain ke. Bukannya boleh makan pun rama rama tu,"dah tahu dah reaksi Jung Kook dia akan cakap tak nak punyer.

"Please Jung Kook! Kali ni je. Tadi kau cakap nak buat aku happy,"

"Yelah yelah! Aku tangkap sekor je tau,"akur Jung Kook.

Beberapa ekor rama rama yang berterbangan di sekitar taman tersebut menjadi sasaran Jung Kook. Bukan main lagi Jung Kook kejar rama rama tu. Yein gelak sakan dengan gelagat Jung Kook.

2 jam kemudian,

"Dapat tak?"soal Yein. Jung Kook tercunggap cunggap bernafas. Semput. Baju dah basah dengan peluh.

"Dapat sekor jelah!"Jung Kook angkat plastik yang terdapat seekor rama rama bersayap biru di dalamnya. Yein tepuk tangan gembira.

"Daebak ah! Cantiknya! Mekasih Jung Kook!"

Rama rama tersebut Yein masukkan dalam balang kaca.

"Kau nak bela ke rama-rama tu,"

"Ha ah!"angguk Yein.

"Sia sia je. Setahu aku rama rama bukannya leh hidup lama. Paling lama pun 3-4 bulan je,"

"Macam aku lah kan,"

Jung Kook diam. Dia pandang Yein seketika. Wajah yang pasti akan dia rindukan nanti.

"Yein,"pipi Yein dipegang kemas. Dagu Yein ditarik. Bibir mereka bertemu.

Yein terkesima,terus menolak dada Jung Kook jauh darinya.

"Aku cintakan kau. Aku sayang kau. Aku tak sanggup nak tinggalkan,"Jung Kook menangis,membenamkan wajahnya di atas riba Yein.

*    *    *    *

"Yein,mari makan sayang!"Puan Jeong sentuh bahu Yein. Yein menggeleng.

"Dah beberapa hari kamu tak makan,"Puan Jeong pening dibuatnya. Bukan setakat tak nak makan nasi,makan ubat pun Yein tak nak.

"Omma,Jung Kook ada call Yein tak?"soal Yein dengan suara yang sangat lemah dan tak bermaya.

Dengan payah Puan Jeong menggeleng.

"Dia tengah sibuk la tu!"balas Puan Jeong cuba memujuk.

"Dia dah tak sayangkan Yein. Dia dah lupakan Yein ke omma,"Yein menangis teresak esak,memeluk erat balang kaca berisi rama rama itu.

Nafas Yein turun naik. Dunianya berputar ligat. Sakit di kepalanya semakin mencucuk. Darah keluar dengan banyak dari hidung dan mulutnya. Puan Jeong mula cemas.

"Sayang,kena ni. Bangun Yein! Bangun!"jerit Puan Jeong memeluk erat anaknya itu. Di dalam dakapan Puan Jeong,Yein senyum sambil menggenggam erat tangan ommanya.

"Bangun sayang. Jangan tinggalkan omma!"jerit Puan Jeong.

"Yein sayang omma......Yein sayang Jung Kook," Lalu kelopak mata Yein terus tertutup rapat. Satu nafas panjang dihembus keluar sebelum tubuhnya menjadi kaku dan kejung.

"Omma harap anak omma tenang kat sana,"bisik Puan Jeong di telinga Yein. Dahi Yein dikucup. Menitik air matanya keluar. Wajah Yein diraup dengan telapak tangannya dan sehelai kain diambil,ditutup pada wajah Yein. Puan Jeong terus menangis dan menangis.

*    *    *    *

"Hello! Yein! Kau tengah buat apa tu? Sorryla wei baru sekarang aku call kau. Minggu ni busy sangat. Banyak assigment kena siapkan,"

"Errmm Jung Kook,ni bukan Yein. Ni aunty"

"Ohh,aunty. Yein ada tak. Jung Kook nak cakap dengan dia boleh tak. Rindulah nak dengar suara dia,"

"Sebenarnya,Yein dah 3 hari pergi!"

"Apa!"

Telefon Jung Kook terlepas dari genggamannya. Jung Kook tersengkur. Berlinang air jernih keluar dari pelupuk matanya.

*    *    *    *

The End

Ni butterfly versi baru. Author ubah story yang versi lama. Hope enjoy.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top