CHAPTER 2
"Baekhyun,kau ok ke tak ni!" Suho mengetuk pintu tandas kasar,memanggil nama Baekhyun berkali-kali. Baekhyun mengkuak pintu tandas dan berlari keluar dalam keadaan tak pakai seluar. Baekhyun nampak panik. Mukanya pucat lesi.
"Kenapa ni wei?" soal Chanyeol. Baekhyun menghalakan jari telunjuk ke arah tandas. Wajahnya menggigil ketakutan dengan dada yang turun naik.
"Ada ular kat dalam tu," kata Baekhyun menyorok di belakang tubuh Suho.
Chanyeol perlahan-lahan masuk ke dalam tandas. Seekor ular sepanjang 1 meter, berwarna hijau,berbintik hitam pada tubuhnya menerpa ke arah Chanyeol. Chanyeol terus menggapai batang mop yang berada berdekatannya dan memukul kepala ular tersebut.
"Pukul sampai mampos wei!" sorak Baekhyun. Suho pula memijik tubuh ular tersebut berkali-kali. Kepala ular tersebut hancur,tubuhnya hampir terputus dua dan lenyek. Darah berlumaran di atas lantai tandas bersama sisa daging halus.
"Mampos pun! Padan muka!"
"Baek,call house keeping sekarang. Suruh dia bersihkan bangkai ular ni," arah Chanyeol. Baekhyun terus mengeluarkan telefonnya dari poket dan menghubungi pekerja resort.
Tidak lama kemudian,Kwang Soo bersama seorang mak cik cleaner tiba di bilik mereka.
"Kenapa ni?" soal Kwang Soo.
"Ada ular masuk dalam bilik air. Korang ni buat kerja ke tak hah. Ular tu hampir je nak gigit aku,tapi nasib baik kawan-kawan aku ada. Lain kali,check up betul betul bilik sebelum bagi pelancong guna," marah Baekhyun.
"Sekarang,bersihkan bangkai ular tu,"
Kwang Soo bersama mak cik cleaner tersebut mencuci darah ular yang berlumuran di atas lantai. Bangkai ular tersebut dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk dibuang.
"Maafkan kami encik. Kami janji benda-benda macam ni takan berulang lagi," Kwang Soo menundukkan kepalanya pada Baekhyun tanda minta maaf. Kedua-dua mereka beransur keluar dari bilik selepas selesai melakukan kerja pembersihan.
* * * *
"Boss,ada berita buruk. Kwang Soo bagitahu saya tadi salah seorang pelancong kita jumpa seekor ular dalam tandas,"Jong Kook,lelaki yang berbadan tegap dan sasa itu melaporkan berita tersebut kepada bossnya Jae Suk.
Mata Jae Suk terus terbeliak luas.
"Macam mana ular tu boleh terlepas masuk kat dalam resort ni? Takan pagar elektrik yang kita pasang tak berfungsi," Jae Suk mula memikirkan sesuatu. Melalui pemerhatiannya,
memang sukar untuk seekor ular mahupun binatang yang lain terlepas masuk ke dalam resortnya. Mustahil!
"Mungkin pagar elektrik tu tak berfungsi dengan baik. Takpe,nanti saya check dan repair balik,"kata Jong Kook,fahan akan tugasnya sebagai salah seorang pengawal keselamatan di resort tersebut.
"Aku nak kau tingkatkan kuasa voltan pagar elektrik tu and kau kena pantau pelancong-pelancong tu supaya jangan dekat dengan pagar tu. Aku tak nak sebarang kecedaraan berlaku pada pelancong pelancong kita," ujar Jae Suk. Jong Kook mengangguk faham lalu berlalu pergi meninggalkan office Jae Suk.
"Benda tu sepatutnya dah pupus. Macam mana makhluk tak guna tu boleh ada lagi. Ganggu kerja aku je," Jae Suk menepuk meja kerjanya kasar. Lelaki itu seperti nampak tertekan. Sesuatu menganggu fikirannya sekarang.
* * * *
Ji Hyo mencampakkan beg pakaiannya ke atas lantai. Dia merebahkan tubuh ke atas katil,melepaskan lelah.
"Penatnya!" keluh Ji Hyo. Dia bangun dan menuju ke tingkap. Dia membuka tingkap untuk membiarkan angin masuk. Ji Hyo berdiri di situ sambil menikmati pemandangan hijau di luar bilik. Bilik Ji Hyo bersebelahan dengan hutan. Bunyi unggas-unggas dari hutan menyamankan halwa perdengarannya.
Ji Hyo mengalihkan pandangan ke arah pagar elektrik yang menjadi sempadan di antara resort tersebut dengan kawasan hutan. Ji Hyo mengambil buku catatannya dari dalam beg. Dia mula mencatat sesuatu. Sesekali dia meneliti sekelilingnya. Apa yang dia catat itu akan dimasukkan artikelnya mengenai Paradise Resort. Dia juga turut menangkap beberapa keping gambar melalui telefonnya.
Pandangan Ji Hyo tertumpu ke arah bahagian bawah pagar elektrik itu. Kelihatan seekor ular terperangkap di celahan pagar tersebut.
"Kesiannya," ujar Ji Hyo lalu keluar dari biliknya menuju ke arah pagar tersebut.
Ji Hyo mengambil ranting kayu dan cuba mengeluarkan ular tersebut dari celahan jejaring pagar. Tubuh ular tersebut sudah masak dan luka akibat terkena renjatan elektrik.
"Jangan risau. Aku akan selamatkan kau," kata Ji Hyo,hampir berjaya membebaskan ular tersebut.
"Cik buat apa ni?" satu suara menerjah Ji Hyo dari belakang,mengejutkan wanita itu.
"Errr....saya tengah tolong lepaskan ular ni. Dia terperangkap," kata Ji Hyo. Lelaki tersebut memandang Ji Hyo tajam.
"Cik tak baca ke papan tanda tu,tak boleh dekat dengan pagar ni. Ke cik tak faham bahasa!" suara Jong Kook naik seoktaf.
Ji Hyo mencebik.
"Yelah! Yelah!" kata Ji Hyo terus membawa langkahnya pergi.
Jung Kook mengambil parang yang disisipkan pada pinggangnya. Tanpa rasa belas kasihan,Jong Kook mengerat ular tersebut dengan parangnya. Dia tersenyum sinis.
* * * *
Kesemua pelancong berkumpul di pantai. Acara yang sedang dijalankan ialah perlawanan Volley ball. Member-member exo turut serta bermain,berlawan dengan staf-staf resort.
"Ready!"Suho memegang erat bola di tangannya. Dalam kiraan 3,Suho memukul bole tersebut dengan tangannya. Bola bergerak laju melepasi jaring. Kwang Soo yang menjadi defend pihak lawan,menepis bola tersebut semula ke bahagian kumpulan exo.
Chen melompat dan memukul bola yang meluru ke arahnya. Sayangnya,bola tersebut tersangkut di jaring. Pihak lawan mendapat satu mata. Penonton memberikan sorakkan kepada staf hotel.
Ji Hyo hanya memerhatikan dari jauh. Matanya tertumpu ke arah Baekhyun. Mak aihh,Baekhyun hanya pakai boxer jer. Tak keruan Ji Hyo jadinya melihat body sasa Baekhyun.
Ji Hyo senyap senyap ambil gambar Baekhyun dari jauh. Sengaja dia menghantar gambar-gambar tersebut pada Hyerim melalui aplikasi Whatsapp. Si Hyerim tu tentu suka!
"Saper suruh kau tayang body kau sangat kat sini,"Ji Hyo senyum sinis. Nakal jugak Ji Hyo ni.
Chanyeol mendekati Baekhyun. Bahu Baekhyun dicuit.
" Baek,aku rasa Ji Hyo stalk kau lah,"bisik Chanyeol. Baekhyun tersenyum nakal. Dia memandang ke arah Ji Hyo. Ji Hyo cepat cepat menyorok di belakang pokok apabila perasan Baekhyun memandangnya.
"Dia main sorok sorok pulak. Nak kena ni!" Baekhyun smirk. Ji Hyo senyap senyap meninggalkan kawasan tersebut. Baekhyun pula mengekori Ji Hyo dari belakang tanpa Ji Hyo sedar.
* * *
Ji Hyo menuju ke arah mesin minuman. Tekaknya terasa haus. Dia menarik keluar beberapa keping duit syiling dari poket seluar dan dimasukkan ke dalam mesin air. Air coco cola menjadi pilihannya.
" Hi!"seseorang datang menyapa Ji Hyo dari belakang. Terkejut beruk Ji Hyo dibuatnya. Nasib baik Ji Hyo tidak melatah bukan bukan.
"Baekhyun! You buat apa kat sini?" Ji Hyo pelik,tiba-tiba saja lelaki yang dia kenal beberapa jam yang lalu muncul di hadapannya. Baekhyun stalk dia ke?
"Tak sangka ehh you ni boleh tahan pervert jugak!" Baekhyun menolak Ji Hyo ke mesin air. Kedua-dua tangannya dipagari pada tubuh Ji Hyo. Jarak di antara mereka berdua tersangatlah rapat sehinggakan Ji Hyo boleh rasa nafas Baekhyun dan bau badan Baekhyun yang tidak berbaju itu. Ji Hyo menelan air liurnya.
"Apa maksud apa ni? Saya tak fahamlah!" Ji Hyo cover buat buat innocent. Padahal dia tahu apa yang Baekhyun maksudkan,macam mana boleh kantoi ni. Habislah!
"Tadi,D.O nampak you ambil gambar air dari jauh. Tak sangka jugak ehh,ada paparazi tak bebayar yang minat I," Baekhyun tergelak kecil. Muka Ji Hyo memerah.
"Mana ada!" Ji Hyo menafikannya.
"One more thing,I tahu yang you ni single. You belum kahwin kan?" ujar Baekhyun,buat Ji Hyo terkedu.
"Apa yang you mengarut ni!"
"Salah satu cara nak cam orang perempuan dah kahwin ke belum adalah berdasarkan cincin di jarinya. But,kat jari you takde pun cincin. So,ada peluanglah I nak try you," Baekhyun sengaja mahu menyakat Ji Hyo.
"Shit!!!" Ji Hyo menggongcang tin air coca cola di tangannya itu. Tin itu dihalakan ke arah Baekhyun. Penutup tin tersebut ditarik. Habis air coca cola tersembur keluar dan tersimbah pada wajah Baekhyun. Baekhyun menekup wajahnya dan berundur menjauhi Ji Hyo. Ji Hyo terus melarikan dirinya.
"Pada muka!" sempat Ji Hyo menjelirkan lidahnya pada Baekhyun.
Vote and comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top