CHAPTER 13
Hari kian menjengah ke senja. Cahaya dari celah celah pokok kian hilang satu persatu menjadikan suasana kelam dan malap. Unggas-unggas di sekeliling bersahutan menyanyi, sepertinya bergembira akan menyambut kedatangan malam.
Ji Hyo yang bersandar pada batang pokok untuk beberapa jam itu bangun dan menggeliatkan tubuhnya yang lenguh. Penat masih terasa. Otot otot masih terasa berat dan mungkin tidak menyingkirkan asid laktik sepenuhnya untuk berfungsi dengan baik. Di sekitarnya, Baekhyun, Kyung Soo, Lay dan Jong Kook masih terbaring lena. Mereka nampaknya sangat kepenatan selepas bergelut dengan situasi tadi. Otak dan tubuh, kedua duanya memerlukan rehat dalam satu masa.
"Baek!"Ji Hyo mendekati Baekhyun. Bahu Baekhyun digoncang seraya nama lelaki itu dipanggil dengan suara yang lembut. Beberapa saat kemudian, Baekhyun terbangun dengan mata separa mencelik. Dia menguap beberapa kali dan menggosok kelopak matanya untuk menghilangkan sisa mengantuk.
"Are you ok?"soal Baekhyun, lalu mengheret tangan Ji Hyo untuk digenggam. Ji Hyo mengangguk dan membalas dengan segaris senyuman. Senyuman yang cukup membuatkan Baekhyun lega.
"I promise you that I will bring you out from this fucking place,"kata Baekhyun. Tubuh Ji Hyo dipeluk. Ji Hyo melentokkan kepalanya pada lengan sasa Baekhyun, merasakan haba hangat dari kulit Baekhyun.
"Baek, janji dengan aku walau apa pun jadi kat kita....kau mesti selamat,"balas Ji Hyo memegang lembut pipi Baekhyun. Tompokan darah yang dah kering di pipi lelaki itu disapu lembut. Baekhyun menguntum senyuman yang terus membuatkan Ji Hyo cair.
"No. Kau pon kena selamat!"
Dua pasang mata itu saling menatap lama. Pandangan masing masing seakan akan memberi isyarat pada bibir mereka supaya bergerak ke arah satu sama lain dan bercantum erat.
"Alah, nak bercium ke, nak romen ke please cari tempat tersembunyi sikit. Takan kat depan kitorang ni pon nak show off gak. Kepunan nanti kami ni,"suara menyindir dari Jong Kook terus memintas suasana romantik Ji Hyo dan Baekhyun itu. Mereka meleraikan ciuman, dan mengalikan kepala ke arah bertentangan. Pipi masing masing merona merah. Wajah ditundukkan sambil tersipu malu.
"Potong ah kau Jong Kook! Aku baru nak tengok Baekhyun buka baju Ji Hyo,"Lay mengeluh dengan wajah hampa.
"Wtf Lay! Kau ni asal blue sangat. Ok, yang tadi tu tak sengaja. Anggap je korang tak nampak apa apa. Aku dan Ji Hyo.....err kitorang cuma kawan je,"Baekhyun menggelengkan kepalanya, cuba menafikan tanggapan mereka. Ji Hyo hanya diam. 'Cuma kawan je' kata Baekhyun tadi agak buat dia sedikit terkilan.
"Dah dah, dah nak malam ni. Kita nak tido kat mana malam ni,"celah Kyung Soo menyedarkan mereka.
"Tido kat sini jelah!"balas Jong Kook.
"Bonggok, kau nak kita kena telan dengan ular ular tu ke?"
"Dah tu kau ada tempat lain ke nak tido! Ke kau nak pergi redah hutan untuk ke terowong tu. Lagi la cepat kau mati kena makan dengan ular ular tu. Kita stay je kat sini dulu malam ni. Masing masing kena bergilir berjaga. Esok baru kita sambung pergi ke terowong,"cadangan dari Jong Kook itu takde satu pon yang berani membantah. Jong Kook tu diorang dah official lantik sebagai ketua. Lagipun, takde saper yang berani nak ingkar pada Jong Kook yang garang tu.
"Ermm, gais....bekalan makanan kita ni aku rasa hanya cukup untuk malam ni je. Aku cuma sempat bawak dua tin sardin, roti dan air mineral,"Kyung Soo keluarkan bahan makanan dari begnya. Nasib baik dia sempat bawak makanan sebelum lari masuk hutan tadi. Lay dan Baekhyun kumpulkan ranting ranting kayu dan daun kering untuk buat unggun api. Diorang hanya tidur beralaskan daun daun dan rumput.
Longgokkan kayu dan daun kering itu dinyalakan. Cahaya jingga menerangi mereka yang mengelilingi unggun api itu. Mereka berbagi roti itu dan makan bersama sardin. Air mineral 100ml tu pulak sedakar cukup tiga teguk sorang je.
Sesekali angin dingin malam meniup. Ji Hyo memeluk tubuhnya. Beberapa jam hanya memandang unggun api itu, membuatkan yang lain dah berdengkur tidur. Tapi mata Ji Hyo masih tak boleh untuk dilelapkan. Bunyi burung hantu yang mendayu dayu sedikit meremangkan bulu romanya. Buat masa sekarang, Lay dulu ambil tugas untuk berjaga sepanjang diorang tidur.
"Tak tidur lagi?"soal Lay melihat Ji Hyo yang masih lagi duduk di hadapan unggun api. Ji Hyo menggeleng. Beberapa ekor nyamuk yang hinggap di pipinya ditepuk.
"Tak mengantuk!"balas Ji Hyo. Lay melabuhkan punggung di sebelahnya. Dengan tiba tiba Lay mengacukan muncung senapang ke dahi Ji Hyo. Wajah Ji Hyo terus memutih pucat.
"Diam atau aku tembak kau!"kata Lay. Kelihatan jarinya mula berada di picu senapang.
"Lay....apa ni? Letak senapang tu balik,"Ji Hyo menggigil ketakutan. Wajahnya berpeluh.
"Stop it Lay! Are you crazy,"
"Kau yang gila!"balas Lay disusuli hilai tawa.
"What?"
"Ji Hyo, kau betul betul yakin dengan Baekhyun. Kau betul betul percaya dia,"soal Lay. Ji Hyo bingun. Wtf. Lay turunkan senapang dari dahi Ji Hyo. Ji Hyo menghela nafas lega.
"Kau ugut aku semata mata nak tanya soalan bodoh tu. Wtf Lay!"Ji Hyo masih tidak menjawab soalan Lay tadi. Dia seperti mengelak.
"Aku tahu mungkin kau dah mula suka Baekhyun kan,"
"Kalau aku suka dia sekalipun kenapa? Wae?"
"Ji Hyo, listen to me. Baekhyun......"Lay pandang sekilas pada Baekhyun yang sedang lena tidur. Kalau Baekhyun betul betul tidur, dia takan dengar perbualan mereka.
"bukan seperti yang kau anggap,"sambung Lay dengan wajah serius.
"Habis tu dia apa? Who's Byun Baekhyun,"
"Hahahahaha, yang aku pasti kau bukan perempuan pertama yang masuk perangkap dia,"kata kata Lay buat dahi Ji Hyo berkerut.
"Apa maksud kau sebenarnya ni? Aku tak faham,"soal Ji Hyo lagi.
"Ji Hyo, dia cium kau tak bermakna dia cintakan kau. Kau kenal Baekhyun baru beberapa hari je. Aku ni dah bertahun jadi kawan dia. I know him well. Girlfriend aku sendiri pun tidur dengan dia. Kau rasa tu ke lelaki yang sesuai untuk kau,"balas Lay panjang lebar. Ji Hyo tergelak kecil.
"Nonsense lay. It's nonsense. Kita terperangkap kat dalam hutan ni kau tahu tak. Aku takde masa la nak fikir perasaan cinta ni. Yang penting sekarang aku nak keluar dari sini dengan selamat,"marah Ji Hyo. Entah apa yang buat Lay mengarut cam tu. Lay bisu. Dia tahu ini sangat memalukan tapi Ji Hyo tu perempuan yang naif yang cuba dia elak daripada jadi mangsa Baekhyun.
"Habis tu kenapa kau cium dia?"
Ji Hyo terus menekup mulut Lay dengan tapak tangannya. Matanya meliar memandang ke sekeliling.
Pak! Prakk! Pak!
Bunyi ranting kayu patah seperti dipijak kedengaran tidak jauh dari mereka.
"Kau dengar tak?"soal Ji Hyo cuba mengamati bunyi itu dengan lebih jelas. Bunyi derapan kaki itu semakin jelas dan seperti sesuatu sedang menuju ke arah mereka. Ji Hyo dan Lay segera bangun untuk mengejutkan Baekhyun, Kyung Soo dan Jong Kook yang sedang tidur.
"Wei bangun wei! Bangun!"kata Lay dengar suara berbisik. Ji Hyo pula terus memadamkan unggun api dengan menyimbah air. Mereka bertiga yang masih mamai itu terpisat pisat membuka mata. Lay meletakkan jari telunjuk ke mulutnya, memberi isyarat supaya mereka diam. Mereka duduk dengan rapat antara satu sama lain. Jong Kook sudah bersedia memegang senapang.
Pruuu! Cakk! (sorry tak reti buat sound. Korang imagine jlh camna bunyi orang baling tombak tu)
Beberapa batang tombak meluru dan terpacak pada tanah berdekatan mereka. Kyung Soo menjerit, tapi Lay terus menekup mulutnya. Beberapa batang tombak lagi dilontarkan ke arah mereka. Mereka segera lari meninggalkan kawasan tersebut. Bunyi jeritan suara dari balik semak semak di sekitar bergema, yang mengarahkan supaya mereka ditangkap. Dalam keadaan gelap, mereka berlari sekuat hati meredah semak dan pokok pokok kecil. Sekumpulan manusia (mereka yakin bukannya haiwan buas sebab diorang boleh bercakap dan mengeluarkan suara) sedang mengejar mereka dari arah belakang. Tidak jauh dari hadapan, beberapa orang manusia lagi mengepung mereka. Kumpulan manusia tersebut memegang senjata seperti buluh (sumpit beracun). Bila alat itu ditiup, anak panas kecil keluar melaluinya dan tertusuk pada tubuh mereka. Seperti terkena suntikan ubat pelalai, satu persatu daripada mereka tumbang dan pengsan ke tanah.
"Ji Hyo! Lay! Kyung Soo! Baekhyun! Bangunlah wei!"Jong Kook cuba mengangkat tubuh kawan kawannya itu namun khudratnya tidak cukup untuk menampung empat tubuh dalam satu masa.
Kumpulan manusia pelik itu mendekati mereka. Jong Kook cuba berkomunikasi dengan mereka supaya mereka berhenti, namun bahasa yang Jong Kook gunakan mereka seperti tidak dapat memahaminya. Lalu Jong Kook melepaskan tembakan ke arah mereka. Mereka menjerit tatkala salah seorang ahli mereka tersungkur dengan perut terburai mengeluarkan isi dan darah. Mereka marah dan mengamuk pada Jong Kook. Mereka melontarkan tombak ke arah Jong Kook yang tepat mengena pada paha Jong Kook. Beberapa anak panah dari sumpit beracun itu tertusuk di tubuh Jung Kook membuatkan Jong Kook terus saja tidak sedarkan diri dalam beberapa saat. Semuanya menjadi gelap. Kedengaran sorokan gembira dari kumpulan manusia tersebut. Mereka mengikat tubuh Jong Kook, Ji Hyo, Lay, Kyung Soo dan Baekhyun pada sebatang kayu yang panjang lalu diusung bersama ke tengah hutan.
Hi everything. Im back. Sorry sbb dah lama tak update ff ni😆😆. Yang last part aku update tu, ramai komen bila nak update lagi and here i give it to you guys the new chapter. Vote and comment. Warning, next chapter mungkin agak menjijikan dan kejam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top