CHAPTER 12

Mereka berpegangan tangan antara satu sama lain mengharungi sungai tersebut.

Ji Hyo menggigil kesejukan. Air sungai terasa sangat sejuk. Dia mengetap bibir dengan tangan yang terketar ketar memeluk tubuhnya. Baekhyun mengenggam bahu Ji Hyo erat. Faham dengan keadaan gadis itu.

"Kalau ada buaya datang serang nanti,aku rasa korang berdua yang jadi mangsa terutamanya kau Lay," sindir Kwang Soo.

"Asal pulak?"

"Kau tu pendek. Tak pandai berenang. Senang buaya nak baham kau. Lainlah aku ni,tinggi lampai...kacak lak tu," Kwang Soo tergelak kecil. Lay mencebik bibir.

"Diamlah tenuk!" Lay tolak Kwang Soo kasar sampai jatuh terlentang Kwang Soo ke dalam sungai.

"Padan muka!"Lay gelak mengekeh. Puas hatinya.

"Yahh,sial kau Lay," Kwang Soo cuba untuk bangun semula,namun kedua dua kakinya tak boleh digerakkan. Kakinya terasa dibelit kemas oleh sesuatu,sesuatu yang terasa licin dan lembut.

Tangan Kwang Soo terkapai kapai di dalam air cuba menanggalkan belitan tersebut yang semakin ketat,membuatkan kakinya terasa sangat sakit.

"Lay,tolong aku! Ada sesuatu tengah belit kaki aku ni," jerit Kwang Soo,cuba meminta bantuan Lay di hadapannya.

"Buayalah tu tengah belit kau," Lay hanya jelirkan lidahnya dan tinggalkan Kwang Soo di situ.

"Layyy!" Kwang Soo meronta ronta. Kini,tubuhnya pula dibelit dan ditarik kasar ke dalam air.

"Arggghhh!" jeritan Kwang Soo terus hilang. Lay menoleh ke belakangnya. Kwang Soo dah takde. Buih buih air kelihatan timbul di permukaan air. Dan peliknya,air bertukar menjadi warna merah serta merta.

"Kwang Soo! Mana kau! Jangan main main lah bodoh!" laung Lay. Namun tiada balasan suara daripada Kwang Soo.

"Lay,kenapa ni?" soal Ji Hyo menepuk bahu Lay dari sebelah kanannya.

"Kwang Soo dah hilang!" wajah Lay pucat lesi. Air di sekeliling mereka berpusar laju,ombak ombak kecil merempuh tubuh.

"Apa dah jadi ni?" mereka menghampiri antara satu sama lain. Di dalam air itu,samar samar kelihatan bayangan warna hijau panjang berenang mengelilingi mereka.

"Dia dah datang!"

"Anaconda!"

Gulp! Masing masing menelan air luir dan stastik di situ. Tebing sungai hanya beberapa meter di hadapan mereka.

"Kita nak buat apa ni?" bisik Ji Hyo.

"Lari. Aku kira sampai tiga dah korang semua kena lari ke tebing,"balas Jong Kook.

"Hana....dull.....sib! Lari!" dalam kiraan tiga,Jong Kook menjerit mengarahkan mereka semua supaya lari. Lari semampu yang boleh. Jong Kook dan Xiumin melepaskan tembakan bertalu talu ke arah ular tersebut. Ular itu semakin agresif,melibaskan ekornya ke arah mereka berdua sehingga terpelanting jauh.

Ji Hyo,Baekhyun,Lay dan Kyung Soo berjaya naik ke darat. Jong Kook dan Xiumin masih berada di dalam air,melawan ular tersebut yang sedang menggila.

Mereka yang berada di atas tebkng sungai turut sama sama turut melepaskan tembakan silih berganti ke arah ular tersebut. Namun,ular yang bersaiz besar itu;sebesar pemeluk,langsung tidak terkesan dengan tembakan peluru.

Ular itu membelit kemas tubuh Xiumin. Jong Kook cuba menolong Xiumin. Mata kiri ular tersebut ditebak oleh Jong Kook. Ular itu menggelepar dan melepaskan Xiumin.

"Naik ke darat sekarang!" jerit Jong Kook pada Xiumin. Mereka berdua berenang menuju ke arah daratan. Baekhyun dan Lay menarik tangan Jong Kook naik ke tebing sungai. Xiumun pula masih berenang mendekati tebing.

"Cepat Xiumin!"

Kelihatan gelombang air muncul di belakang Xiumin. Air di sekelilingnya berpusar laju memebentuk bulatan besar.

"Cepat Xiumin! Ular tu kat belakang kau!" jerit Baekhyun menghulurkan tangannya untuk Xiumin. Xiumin sempat menyambut tangan Baekhyun. Baekhyun dan Lay berusaha mengangat Xiumin naik ke atas tebing sungai.

Zuppp!

Ular tadi timbul di permukaan air dan laju menyambar kaki Xiumin.

"Baek! Tolong aku!" Xiumin menjerit kesakitan. Mereka yang lain menarik tangan Xiumin bersama sama. Tembakan dilepaskan mengenai kepala ular tersebut namun ular itu langsung tidak melepaskan kaki Xiumin.

"Tarik! Tarik!"masing masing berusaha cuba untuk selamatkan Xiumin.

Zuppp!

Kedua dua belah kaki Xiumin terputus dua. Xiumin meraung kesakitan. Darah tersembur ke arah mereka. Ular tersebut menelan kaki Xiumin dan berenang meninggalkan tebing sungai. Mereka bersama sama mengangkat tubuh Xiumin ke atas tebing.

"Kaki aku! Kaki aku!" jerit Xiumin memegang pahanya yang dah terputus,terburai dagingnya menampakkan tulang putih. Kakinya dah takde.

"Kaki aku!" Xiumin meraung.

"Sabar Xiumin. Kau ok. Kita dah nak sampai kat terowong tu. Kau sabar ye! Aku janji yang kita semua akan keluar dari sini. Semuanya akan ok," pujuk Kyung Soo. Ji Hyo terus membalut paha Xiumin. Darah keluar dengan sangat banyak.

"Kita tak boleh lengahkan masa. Apa apa pun kita kena teruskan perjalanan kita sebelum hari gelap," Baekhyun memapah tubuh Xiumin untuk bangun sambil dibantu oleh Jong Kook.

"Aniya! Aniya! Aku tak boleh teruskan semua ni!" Xiumin gelengkan kepalanya.

"Apa kau cakap ni? Kau akan selamat! Kau tak boleh mengalah macam ni je," balas Baekhyun. Xiumin menggeleng lagi.

"Tinggalkan saja aku kat sini. Aku tak boleh. Dalam keadaan aku macam ni,aku tak boleh Baekhyun. Aku tak nak susahkan korang semua,"

"Tapi kau tetap kawan kitorang. Kitorang....."

"Tinggalkan je aku kat sini! Yang penting sekarang,korang semua kena selamat!"kata muktamad dari Xiumin. Kalau itu yang Xiumin mahu,mereka semua akur. Itu kehendek Xiumin sendiri. Baekhyun tak boleh terus memaksa.

" Aku sayang kau!"Kyung Soo,Lay dan Baekhyun memeluk Xiumin bersama. Xiumin tersenyum lebar.

"Kau ambillah senapang aku ni sebagai perlindungan untuk kau," Lay serahkan senapangnya pada Xiumin. Xiumin menyambut.

"Selamat tinggal!" Mereka beransur meninggalkan Xiumin seorang diri di situ. Sesekali Baekhyun menoleh ke belakang,melihat wajah Xiumin yang nampak tenang untuk kali terakhirnya. Berat hatinya untuk berbuat demikian.

*    *     *     *

Ular-ular Anaconda keluar dari semak dan menyusur ke arah Xiumin. 'Mereka' datang dari semua arah,seakan akan tahu makanan mereka sedang terhidang. 'Mereka' berdesis,mengeluarkan bunyi yang kedengaran aneh seperti bersorak sakan dalam satu pesta.

Xiumin masih beriak tenang. Dia tersenyum. Senapang di tangannya diangkat ke arah kepalanya. Muncung pistol dihalakan pada dahinya.

Plakk!

Picu pistol pistol ditekan. Sebutir peluru dimuntahkan keluar,terbenam ke dalam kepala Xiumin. Terus pecah berkecai kepalanya,tersembur darah dan cebisan cebisan otak.

*     *     *     *

"Xiumin!"seakan akan terngian jeritan Xiumin di telinga Baekhyun. Bunyi tembakan sebentar tadi buat Baekhyun risau.

"Aniya! Aku tak boleh tinggalkan Xiumin," Baekhyun nekad untuk berpatah balik ke belakang-ke tempat Xiumin ditinggalkan. Baru saja Baekhyun ingin membuka langkah,lantas tangan Kyung Soo memegang tangan Baekhyun,menahan lelaki itu.

"Apa apa pun yang jadi pada Xiumin.....kau kena terima hakikatnya! Samada dia hidup atau mati,Tuhan yang tentukan," kata Kyung Soo.

"Xiumin masih hidup. Aku boleh selamatkan dia. Aku boleh!,

"Baek....!"

"Chanyeol,Chen,Kai,kita dah hilang diorang. Sekarang kau nak ke kita hilang sorang lagi kawan kita,"

Pishhh! Tangan Kyung Soo laju melayang di pipi Baekhyun. Senyap. Baekhyun tergamam. Pipinya dipegang.

"Kita ni yang still hidup,kena terus servive!", Kyung Soo tarik Baekhyun ke dalam pelukannya. Hilang kawan. Bukan perkara yang mudah untuk diterima. Dia pun faham. Sekelip mata 4 kawan kawannya hilang.

" Dah dah,tak payah nak buat drama air mata kat sini,"potong Jong Kook.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top