29; Twenty Nine
Credit by myself πΉ
πͺ
"Kau dah tahu dekat mana dia tinggal? Kau ada number phone dia?" Soal Namjoon.
"Belum." Ujar Firdaus ringkas. Sibuk mengemas meja makan di cafe Namjoon.
Ye, sekarang dia bekerja dengan Namjoon untuk mencari duit. Sementara bertemu dengan kawannya.
"Kau yakin ke dia ada dekat area sini?" Soal Namjoon, cuna untuk membantu Firdaus mencari kawannya.
"Nama dia apa? Aku lupa lah." Sambung Namjoon.
"Rynn Adriana, haah. Sebelum dia datang Korea, dia ada bagitahu yang kalau nak cari dia datang sini." Ujar Firdaus.
"Maybe dia dah pindah ke luar daerah. Kau lost contact dengan dia berapa lama?" Soal Namjoon.
"Lebih kurang 2-3 tahun. Tak mungkin, kalau dia pindah. Dia akan update dekat aku." Ujar Firdaus yakin.
"Serious lah? Lamanya, confirm dia dah keluar daerah. Takkan lah dia nak sentiasa update kau. Lagipula, kau bagitahu aku yang kawan dia tak suka kau berkawan dengan Adriana, ha." Ujar Namjoon.
"Ye, tapi aku tahu Rynn tak macam itu. Aku kenal dia. Walaupun sekejap je aku dapat borak face to face dengan dia dulu. Tapi aku kenal dia. Memanglah kawan dia, Thea takpernah sukakan aku. Sebab aku selalu ganggu dia time high school dulu. Sekarang tak dah kot." Terang Firdaus yakin.
Rynn Adriana, yes! Tak lain tak bukan adalah yeoja yang bernama Choi Yerin di Korea. Sejak dia bawa diri di Korea, semua ditinggalkan di Malaysia termasuk namanya sendiri. Dia tak nak ada orang ganggunya apabila dia ke Korea.
Seronok berborak sehingga tidak sedar kehadiran Taehyung yang masuk dengan muka selamba dilempar kearah mereka berdua.
"Kau cakap harini kau busy, ada pula masa datang singgah cafe aku." Sindir Namjoon.
Geram dengan perangai sahabatnya ini. Semalam diajak ada sahaja alasan dia tak dapat tolong Namjoon di cafe katanya kerana weekend jadi dia akan bekerja lebih masa.
Tapi hari ini, tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu cafe milik Namjoon, menyirap kemarahan Namjoon. Kalau taknak tolong bagitahu, nasiblah Firdaus menawarkan dirinya untuk menolong Namjoon di cafe walaupun hari ini adalah hari cutinya. Jikalau Taehyung, jangan harap.
π₯
"Kau dah bagitahu kakak kau yang kau nak balik sana belum?" Soal Thea memulakan perbualan.
"Belum. Nanti lah, lagipula kalau aku bagitahu ke tak sama je." Ujar Yerin selamba.
"Tapi dekat Jungkook, aku dah bagitahu. Dia bagi aku balik sana sebulan tapi ada syaratnya." Sambungnya.
"Syarat apa pula? HAHAHA- macam-macam lah dia tuh. Takut sangat kau cari orang baru dekat Malaysia." Meletus ketawa Thea apabila Yerin memberitahunya Jungkook begitu.
"Macam biasalah. Kena selalu update dekat dia and setiap malam sebelum tidur kena wish goodnight dekat dia." Ujar Yerin.
"Atototo, sweet benor kan dia. Patutlah sampai sekarang kau setia dengan dia. Kau okay ke?" Usik Thea.
Yerin sekadar mengangguk dan tersenyum pudar.
"Serious lah, kenapa ni? Kau nampak macam tak happy je nak balik Malaysia? Or kau nak postpone flight kau? Risaulah aku dengan keadaan kau sekarang ni." Soal Thea risau.
"Okay je." Ujar Yerin ringkas.
"Kau tak sampai hati nak tinggalkan Jungkook ke? Ataupun ada benda lain bermain dekat fikiran kau? Bagitahu lah aku, risau tahu tak." Pujuk Thea.
"Takde apalah..." Bicaranya dipotong.
"Tipu!! Jangan lah macam ni. Kata aku kawan kau dunia akhirat, tapi tak nak bagitahu." Ujar Thea, berpura merajuk.
"Aku cuma teringatkan parents aku, dah lama aku tak lawat kubur diorang. Dan, aku rasa macam sepi sangat kalau aku balik sana nanti. Kakak aku mesti busy dengan family dia sekarang, dia takkan ambil tahu pasal aku dah. Aku rindukan pelukan ummi dengan abah aku." Ujar Yerin, tanpa dipinta butiran jernih menyapa kedua pipinya.
Thea menarik Yerin ke dalam dakapannya, dia tahu kesedihan melanda diri temannya itu.
To be continued..
Tak rindukan ratu sendu ke sub! sub!
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top