27; Twenty Seven


Credit by myself.

🌹

Yerin dan Thea yang baru sahaja pulang dari mall. Dari kejauhan Jimin memerhati setiap gerak gerinya. Dia ikuti kemana sahaja Yerin berada, disebabkan Jimin. Jungkook tidak pernah biarkan Yerin keluar bersendirian, dia takut kalau Jimin akan apa-apa kan Yerin.

"Kau masih belum move on lagi? Sudah-sudah lah tu, Min. Penat badan dan tenaga kau je terhegeh-hegeh kan dia. Sedangkan dia bergembira dengan orang yang betul-betul dia sayang." Ujar Namjoon.

"Orang yang dia sayang? Dia berpura-pura dengan sayang itu, dia masih cintakan aku. Aku tahu itu, dan aku takkan pernah putus asa untuk dapatkan balik dia walaupun ada nyawa yang terkorban. Itu janji aku." Ujar Jimin tegas.

Dia masih bertegas untuk dapatkan Yerin, walaupun hakikatnya dia tidak sama sekali pernah miliki Yerin selepas apa yang dia lakukan.

"Aku harap kau tak buat kerja bodoh, dan aku harap kau bermain secara adil. Ingat pesan aku, jangan lukakan sesiapa walaupun kau terdesak. Jangan pernah sesekali pun, faham?" Nasihat Namjoon.

Benar, dia takut akan tindakan yang bakal di ambil Jimin. Jimin seorang yang panas baran, dan pantang dicabar. Dia takut Jimin akan lakukan kerja bodoh semata untuk mendekati Yerin.

Berbuih mulutnya menasihati Jimin agar cari wanita lain, dan jangan terlalu berharap untuk Yerin cintakannya semula. Tetapi, Jimin tidak pernah endahkannya. Seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

"Kau tak penat ke hari-hari bagitahu aku nasihat yang sama? Tak bosan? Cubalah sesekali itu kau senyap dan sokong apa yang aku cuba buat. Ini tidak, bangkang je kerja kau." Ujar Jimin.

"Aku takkan penat nasihatkan kau sebab aku sayangkan kau sebagai sahabat aku. Aku taknak kay terjerumus dalam perkara terkutuk ini seperti dua tiga tahun lepas. Aku harap kau faham maksud aku." Ujar Namjoon.

"Itu kalau kau panggil kerja bodoh memang betul. Sebabkan aku terlalu percayakan Mark, dia gunakan aku sebagai kambing hitam dia." Amarah Jimin apabila mengingati peristiwa yang berlaku atas dirinya apabila dianiaya oleh kawan kolejnya sendiri yang dianggap kawan baik.

Tetapi, malangnya dia dijadikan kambing hitam untuk menutup segala kesalahan mark kepada pemangsa.

"Tapi, ini bukan kerja bodoh. Aku tak gunakan sesiapa untuk dapatkan Yerin semula. Aku akan buatkan dia jatuh cinta semula dengan aku seperti first time aku cuba tackle dia. Kau tak perlulah risau, aku masih waras. Aku bukannya jahat sangat sampaikan nak bunuh orang sana sini, itu semua mainan kotor. Aku taksuka, aku akan dapatkannya balik dengan cara aku sendiri." Terang Jimin.

"Baguslah kalau macam itu, aku akan sokong kau. Dan kalau kau perlukan apa-apa pertolongan daripada aku, just call me okay bro?" Ujar Namjoon tersenyum manis.

Lega rasanya Jimin berkata begitu, dia harap Jimin akan tunaikan apa yang dia katakan.

🐀

"Macam mana? Dah buat apa yang aku suruh?" Ujar Taehyung.

"Sudah boss, aku dah buat seperti yang boss suruh. Tapi, boleh aku tanya sesuatu?" Soal pemuda tersebut kepada Taehyung.

"Apa dia?" Soal Taehyung ringkas.

"Kenapa boss buat macam ni? Bukan ke itu kawan boss? Bukannya apa, tapi itu kawan baik boss sendiri." Soal pemuda itu keliru.

"Kenapa? Tak boleh? Dah, bukan urusan kau. Urusan kau dah habis, sekarang kalau tak ada apa-apa kau boleh keluar. Aku banyak kerja nak uruskan ni." Halau Taehyung.

"Okay baik boss, terima kasih." Ucap pemuda tersebut.

Pemuda tersebut keluar dari pejabat Taehyung bersama bag berisi duit. Tugas pemuda itu selesai dan pemuda itu sudah langsaikan hutangnya dengan Taehyung. Selepas ini, dia tidak akan berurusan dengan Taehyung lagi. Dia sudah bebas.

Keluh berat dilepaskan Taehyung.

"Kau ingat aku suka buat kerja ni? Kalau bukan disebabkan dendam, aku pun tak ingin lakukan dengan orang macam kau." Gumam Taehyung sendiri. Menilik gambar Jungkook di asas meja pejabat Jungkook.

Jungkook menyuruh Taehyung menguruskan syarikatnya sementara dirinya beransur pulih. Dia berikan kuasa untuk Taehyung mengambil ataupun menurun tandatangan kepada projek-projek yang bakal bermula tak lama lagi.

Semua itu diambil mudah oleh Taehyung, seperti ini bukan syarikatnya. Buat apa dia gigih untuk naikkan nama syarikatnya Jeon Holding tersebut.

Baru enam bulan dia mengambil alih syarikat Jeon Holding, tetapi bermacam-macam masalah yang timbul akibat kekurangan duit dan pekerja.

Pekerja yang bekerja di syarikat tersebut tidak tahan dengan perangai Taehyung yang bagaikan singa, ada sahaja yang tidak kena di matanya. Terutama dengan pekerja lelaki, malah pekerja perempuan juga berhenti selepas Taehyung mengambil alih syarikat itu.

Sikapnya yang gatal dan selalu memaksa mereka agar menemaninya untuk berfoya-foya.

To be continued..

Babyrynn ajak jalan, dah cukup dose dua kan. So boleh lah jumpa dengan mak mertua dekat sana. πŸ₯πŸ’œ

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top