21: Twenty One
แดสแดแด
ษชแด สส แดสsแดสา
โข
แถสฐแตแต'หข๐ฆ
๐พ๐พ๐พ
Sudah seminggu Jackson tak boleh tidur nyenyak. Otaknya asyik fikirkan tawaran Aira. Patut ke dia terima atau abaikan saja gadis gila dan psiko itu?
Baru saja mahu lelapkan mata sebentar, telefonnya berdering lantas panggilan diangkat tanpa melihat pemanggil. Dah tahu siapa yang telefon larut malam begini kalau bukan Aira.
"Kau nak apa?" soal Jackson acuh tak acuh. Siling biliknya dipandang kosong.
"Nothing. Just nak tanya pasal decision kau tentang tawaran aku . Aku tahu kau nakkan Yerin , kan?"
"Bodoh! Mati hidup balik pun aku takkan setujulah. Boleh pergi mampus dengan rancangan bodoh kau tu!" maki Jackson di hujung talian.
Malam malam buat orang menyampah.
"Wow! Dah pandai kau sekarang ni kan? Em- apa kata kalau aku bunuh je Yerin? Kan mudah kerja aku nak dapatkan Jimin." ujar Aira diselangi gelak tawanya yang nyaring .
"Kau sentuh Yerin, jangan mimpi kau dapat lihat dunia esok hari." ugut Jackson bersuara tegas.
Lengannya menghentak sisi katil dengan kuat. Panggilan diputuskan dengan segera.
"Leader terkuat nak tumpang sekaki ni, support dia sekali. Hahahaha- bai."
"Jungkook-ah, palli irreona. Awak tak rindu saya ke?" sayu nada Yerin berbicara sendirian.
Wajah pucat Jungkook ditenung tanpa rasa bosan. Sungguh sepanjang tiga bulan tanpa Jungkook, hidupnya terasa kosong .
"Awak cakap awak nak kahwin dengan saya." jemari Jungkook diraih dan didekatkan dengan bibirnya lalu dicium.
Lama.
Tanpa diminta air matanya laju mengalir.
Dia.. rindu.
"Jungkook.. saya rindu nak dengar lawak awak. Saya rindu suara awak, saya rindu usikan saya." jemari Jungkook diusap perlahan.
Pandangannya kian kabur dek airmata yang makin mengalir tanpa henti.
Sepi.
Langsung tiada balasan dari lelaki itu melainkan bunyi mesin. Yerin lentokkan kepalanya di sisi katil.
Tangannya mendarat pada permukaan bidang Jungkook. Denyutan jantung yang terasa lemah itu buatkan dia rindu semua perkara bersama Jungkook.
"Saya rindu bila awak risaukan saya."
"Saya rindu nak bermanja dengan awak."
"Saya rindu nak dengar awak menyanyi dan dodoikan saya sebelum tidur."
"Saya rindu semuanya." luahnya perlahan bersama airmata yang lebat seiring dengan hujan yang seakan memahami perasaannya tika ini.
"Yerin-ah," panggil Thea yang juga rasa sebak memandang rakan baiknya itu.
Dah berapa bulan Yerin menginap di hospital.
Hospital tu dah macam rumah kedua dia.
"Aku rindu J-jungkook." tutur Yerin perlahan. Kaki melangkah mendekati sisi katil lantas tubuh rakan baiknya dipeluk .
Sementara di luar wad, Jimin memerhati dalam diam.
Keluhan berat terlepas serentak memejamkan mata rapat.
Dah berapa kali dia cuba untuk bertemu dengan bekas kekasihnya itu namun Yerin mentah-mentah menolaknya. Mengatakan bahawa dia akan menunggu Jungkook walau seribu tahun.
"Yerin-ah, aku masih cintakan kau."
TBC...
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: AzTruyen.Top