24; ๐Ÿ–ค

Created by;

JinaRynn ๐Ÿค

Special tags!!
MINHYEEAA
sugaminnation

[โ˜•๏ธ]

Hari ini, Hyera bekerja semula seperti biasa setelah bercuti panjang. Walaupun tidak dibenarkan oleh dua sahabatnya, tetapi dia masih terus bekerja tanpa menjadi bebanan buat orang lain. Fasha yang terlalu risau akan kesihatannya sehinggakan sanggup bekerja separuh masa di cafe Bangtan bersama Eyqa.

Fasha sedaya upaya mencari duit lebih untuk rawatan kimoterapi untuknya. Hyera terasa seperti dirinya beban untuk dua sahabatnya yang bersusah payah untuk pastikan dia sihat seperti biasa.

Hyera bersetuju untuk jalankan kimoterapi seperti yang dirancang. Berkat dua sahabatnya, kini Hyera bersemangat untuk dia terus hidup.

Hampir sejam Hyera berdiri dihadapan pintu tempat kerjanya, menunggu seseorang. Mata Hyera melilau mencari kelibat Vita, selalunya Vita akan datang awal untuk membuka kedai. Ataupun Soobin, tetapi tidak untuk hari ini.

"Mana pergi semua orang ni? Takkan cuti? Ataupun boss suruh tutup harini, tapi kenapa aku tak tahu pun. Haishh- mana ni?" Gumam Hyera sendiri, menunggu kedatangan kawan tempat kerjanya.

"Baru je aku cuti seminggu, takkan diorang dah official boyfriend girlfriend? Daebak, Soobin." Gumamnya lagi apabila melihat satu pasangan berpengangan tangan berjalan menghampirinya.

Pasangan tersebut menghadiahkan senyuman yang sukar ditafsir. Hyera berjalan perlahan menghampiri mereka.

"Ohh- dah pandai sekarang berahsia." Ujar Hyera, Vita dan Soobin terkejut dengan kehadirannya.

"Ehh- rahsia apa?" Ujar Vita sambil tersenyum.

"HAHAHA- mana ada kitorang rahsia apa pun." Nafi Soobin, gagap dibuatnya.

"Takpayah nak berahsia dengan Hyera lah, sejak bila korang together ni?" Soal Hyera.

"Ehh- tak. Kitorang just kawan je." Nafi Vita.

"Vita dengan Soobin tak perlu tipu Hyera, sebab Hyera dah tahu. Dari tadi, Hyera perhatikan korang tahu tak, siap berpengangan tangan, ketawa, manja-manja. Jangan nak tipu lah." Terang Hyera.

"Ani!" Ujar mereka serentak.

Hyera yang suka menyakat kawan-kawannya ini sehinggakan mereka takut untuk beritahunya. Takut di bahan oleh Hyera. Tetapi apabila dirinya di usik tentang Yeonjun, pasti dirinya seakan pekak untuk seketika. Seperti tidak dengar apa yang dibualkan.

"Jinjja? Then, itu apa?" Ujar Hyera, menunjuk kearah tangan mereka yang berpengangan.

Meletus ketawa Hyera sambil kakinya melangkah masuk. Kembali untuk bekerja. Yeonjun melihat kelibat Hyera tersenyum lebar. Dia gembira apabila melihat kesihatan Hyera yang dirisaukan tempoh hari kembali pulih.

"Hai Yeonjun." Sapa Hyera sambil tersenyum.

Mereka mengganti pakaian kerja. Sudah lama dia tidak bersapa ataupun mendengar khabar Soobin akibat hal tempoh hari. Soobin juga pulang tanpa bicara dengannya seperti Yoongi tempoh hari.

"Hai Hyera, sihat?" Soal Yeonjun, memulakan perbualan mereka.

"Kalau dah boleh kerja, kira sihat lah." Ujar Hyera girang.

"Okaylah tu, takde lah sunyi sangat kedai ini. Bosanlah hari-hari tengok orang bergula." Usik Yeonjun.

"Haa, cakap pasal tu. Tadi pagi kan, Hyera ada nampak tau ada pasangan tu berpengangan tangan then manja-manja. Wahh- sweet lah." Usik Hyera.

Meletus ketawa mereka, dapat memerli pasangan sweet ini.

"Bukan hari ini je. Tiap hari Yeonjun tengok, Hyera." Ujar Yeonjun. Masih dengan usikannya.

"Wahh- jinjja? HAHAHAHA- tapi kan sejak bila diorang official ni?" Soal Hyera inginkan kepastian. Sudahlah senyap-senyap tanpa diberitahu.

"Last week, tak silap." Ujar Yeonjun.

"Wahh!!" Jerit Hyera, sengaja ingin pasangan tersebut dengar.

"Hyera!! Sini kau, aku nak buli kau. Eiii- dari tadi lagi kau menyakat aku." Ujar Vita, berlari kearah Hyera.

Hyera segera mengambil langkah untuk melarikan diri dari Vita bersama penyapu ditangannya. Hyera larikan diri di belakang Soobin meminta pertolongan daripadanya.

"HAHAHA- chagiya stop it." Pinta Soobin perlahan. Soobin tertawa melihat telatah kawannya dan kekasihnya.

"You tepi, baby! You tengok lah Hyera tuh!!!" Ujar Vita dengan perilakunya. Dia geram dengan Hyera yang selalu menyakat mereka.

"Bwo? Chagiya? Baby?? Wahh- daebak!!" Sampuk Hyera, kali ini dia berlari menyelamatkan diri di belakang Yeonjun.

Vita berhenti mengejar Hyera apabila dipinta Soobin, dia cair dengan suara yang di keluarkan Soobin. Tunggu sahaja lah kau Hyera.

๐Ÿช

"Aku akan pastikan hidup kau terseksa tanpa cinta sesiapapun Park Jimin!! Dan aku akan pastikan kau takkan bahagia dan menderita." Ujarnya di balik bayangan.

To be continued...

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: AzTruyen.Top