ใ…ก tujuhbelas

Baru sahaja selesai solat Zohor berjemaah , kini keluarga bahagia itu sedang duduk meluangkan masa bersama di ruang tamu .

Qeef tutup TV , dengan alasan nanti banyak rancangan memasak habis meleleh air liur dia .

Jadi , dia pinjam telefon pintar Jimin nak tengok YouTube .

" Qeef tengok apa ? " Jimin membenarkan Qeef duduk pada pangkuannya , Lia di sebelahnya pula dipeluk bahunya .

" Upin ipin , seronoknya berpuasa " jawab Qeef sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik .

Contohilah Qeef , berus gigi tujuh kali sehari . Intan payung pun kalah .

Jimin dengan Lia pun ikut sama tengok upin ipin itu , taknak ganggu Qeef yang sedang seronok tengok sampailah wajah dia berubah masam .

" Qeef bencilah ADS ADS ini papa , kenapa tayang maggielah , milolah , mentega kacang Sunbear lah ey ! "

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: AzTruyen.Top