; tigapuluhenam 🌙
" Qeem , baca doa " arah abah sewaktu kami semua berkumpul untuk berbuka puasa bersama - sama .
Baru sahaja Jimin nak baca , terus Dhania menyampuk .
" Eh abah ? Kenapa pula Qeem yang baca ? Sebelum ni kan Muaz yang baca kan ? "
Tiba - tiba sahaja Dhania membentak apabila tugas suaminya diambil alih oleh Jimin .
" Kalau camtu , bagi abang Muaz jela baca " kata Jimin sambil memandang ke arah abang iparku itu . Wajahnya terukir sebuah senyuman pahit secara tak sengaja .
" Takpe kan kalau kali ni biar Qeem je baca ? Qeem baca "
" Tapi abah .. "
" Diam Dhania . Nak buka ni , jangan mengada "
Terus Dhania merengus kecil apabila abah membela Jimin . Jimin menurut sahaja permintaan abah .
" Mari makan . Haaa Qeem , cuba rasa ni ikan asam pedas buatan mama ni "
Mama cuba ceriakan suasana janggal ketika itu dengan mengajak Jimin cuba rasa masakannya .
Jimin pula terus berlakon seperti tidak terkesan pun dengan perbuatan kakak aku sebentar tadi .
Aku hanya memandang nasi di hadapanku kosong . Tetiba takde selera .
" Makan sayang . Tak baik buat muka depan rezeki " suara bisikan Jimin akhirnya mencairkan hatiku yang tengah membara ini .
Aku pula yang segan bila Jimin layan aku macam tu .
Baby , you make me wanna cry :(
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top