9 : 4

nah hadiah . sebelum korang serang komen sebab meroyan teruk sjsjsjsj

💜

Peluh yang jatuh menitik pada dahinya dilap menggunakan hujung lengan bajunya . Hampir semua tenaga digunakan untuk Jungkook berlawan dengan anak buah Tuan Park .

Taehyung , Namjoon dan Hoseok habis - habisan menumbangkan musuh satu persatu . Semuanya jatuh kecundang apabila mereka bergabung tenaga untuk menentang .

Baju Seokjin dan Yoongi juga habis basah lencun . Penat bukan main bila mereka terpaksa bergerak pantas dan lincah , mengaburi pihak lawan agar semua senjata berjaya diambil tanpa mereka sedari .

Pertarungan tanpa senjata antara dua kumpulan itu akhirnya membuatkan BTS tersenyum simpul . Meskipun mereka berasa lelah , semuanya tidak menjadi sia - sia apabila musuh mereka tumbang dengan begitu mudah .

Bang !

Bunyi tembakan yang jelas kedengaran datang dari bilik tempat Jimin , Yuha dan June serta Tuan Park berada menarik perhatian BTS .

" Yuha ! "

Semuanya kembali masuk ke dalam bilik sebelum langkah mereka terhenti apabila ada darah mengalir di atas lantai .

Kelihatan Jimin terduduk , diam tidak berkutik . Bahunya terinjut - injut menandakan yang dia sedang menangis .

Bibir Taehyung kemam sebelum dia laju berlari memeluk Yuha yang terbaring dengan matanya yang tertutup itu .

" Yuha ! " sayu suara Taehyung memanggil  , cuba untuk membangunkan adik kandungnya itu .

" Dik , bangunlah . Kita belum makan aiskrim sama - sama . Abang nak bawa adik tengok bintang , adik taknak ke ? Dik , tak kelakar lah . Nampak abang tengah gelak ke ? " rintih Taehyung perlahan .

Pipi Yuha itu ditamparnya perlahan dengan harapan dapatlah dia membangunkan gadis itu daripada 'lenanya' .

Tiada sebarang reaksi yang Taehyung dapat . Bagaikan ada satu batu besar menghempap dirinya , Taehyung mula meraung sekuat hati .

Yuha didakapnya erat sambil tak henti air matanya mengalir .

Kenapa ?

Kenapa dia tidak berpeluang untuk memberi kasih sayang untuk adiknya ?

Kenapa dia tidak diberikan masa untuk membelai rambut adiknya dengan lebih lama ?

Kenapa dia kehilangannya sekelip mata ?

Terlalu besarkah salahnya terhadap Yuha ? Terlalu beratkah dosanya apabila dia membiarkan Jimin membunuh adiknya ?

" Yuha , jangan buat macam ini dik . Jangan pergi . Bangunlah ! " jerit Taehyung kecil diselangi dengan tangisan penuh hiba .

" Jimin ... sanggup kau bunuh Yuha ? " perlahan saja suara Seokjin berbicara , matanya merah menunjukkan yang hatinya parah , cukup terluka melihat kejadian yang tidak diingininya .

" Kesian Taehyung , Jimin . Dia setia dengan kau , dia banyak bantu kau , tapi kau balas dia macam ini ? Kau memang tiada hati ke ? " sindir Hoseok buat julung - julung kalinya disertakan dengan pandangan matanya yang sudah berkaca .

" Semua sebab janji bodoh kau itu tau tak ?! " suara Yoongi kuat  bergema , menyentak semua yang ada di dalam bilik yang sudah berbau darah itu .

Dia mula berjalan pantas ke arah Jimin sebelum lelaki itu dicekak ganas kolar bajunya . Satu tumbukan tepat dilayangkan ke arah muka Jimin membuatkan darah terpercik keluar daripada mulutnya .

Jimin yang sudah tidak bermaya itu sekadar diam tidak membalas . Air liurnya diteguk , membiarkan apa sahaja yang Yoongi lakukan terhadapnya .

Memang , memang dia rasa dirinya layak untuk terima semua itu .

" Yoongi , berhenti ! Semua orang buat salah kan ?! " kasar Namjoon menarik Yoongi supaya cengkamannya terlepas . Jimin jatuh terduduk , Yoongi pula ditahan oleh Namjoon . Mata mereka sudah sembab akibat menangis teruk .

" Buat apa nak pertahankan orang seperti itu Namjoon ?! Buat apa ?! Kalau kawan baik dia sendiri pun dia buang , apatah lagi seorang perempuan yang langsung tiada kaitan dengan dia sebelum ini ! Yuha terikat dengan perjanjian tak guna dia itu ! Yuha mangsa dia , tak nampak lagi ke ?! " Yoongi menghamburkan semua kemarahan yang tersimpan dalam hatinya . 

" Dia bukan mafia , dia bukan ketua kita . Dia ... Dia bukan Jimin yang aku kenal . Jimin aku tak sebodoh dia ! " tengking Yoongi sebelum dia meraup wajahnya kasar , cuba untuk menghapuskan air matanya itu .

" Min Yoongi , enough ! Mulut kau lagi berbahaya daripada perbuatan membunuh tahu tak ?!  " suara Seokjin naik dua oktaf , menyuruh Yoongi untuk menghentikan semua ini .

Jungkook mengasingkan diri ,  melihat dari jauh pertengkaran hyung - hyungnya itu sambil duduk bersandar pada dinding . Kedua - dua telinga ditekup menggunakan tangannya .

Perkara inilah paling dia benci , melihat hyung - hyungnya membiarkan ego , perasaan marah , benci menguasai diri .  Tiada seorang pun yang hendak mengalah mahupun mencuba untuk menyelesaikan masalah .

Hatinya dipaut rasa bersalah yang amat kerana tidak mampu untuk menyelamatkan keadaan . Dia bukan fighter sebenar yang digeruni oleh mana - mana kumpulan mafia lain .

Dia cuma seorang lelaki lemah bernama Jeon Jungkook .

Yoongi tergelak sinis . Pistol berwarna silver yang dibawanya untuk kecemasan itu dikeluarkan sebelum dihalakan ke arah Jimin . " Okay then , let me kill him with my bullets , not my words . "

Dia menarik picu , sudah sedia ingin melepaskan tembakan .

" Yoongi , jangan jadi bodoh ! " Yoongi menggulingkan matanya ke atas , malas mahu mendengar nasihat kuno daripada Seokjin .

Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah menamatkan riwayat hidup Jimin sebelum lelaki itu membuat ribuan janji palsu kemudian membunuh orang yang tidak bersalah lagi .

Bang !

Yoongi terkesima . Jimin yang berdiri separuh itu jatuh terjelupuk di atas lantai dengan darah pekat mula memercik keluar daripada tubuh badannya .

" WHAT THE HELL ARE YOU DOING , MIN YOONGI ?! " jeritan padu Taehyung mengejutkan Yoongi sehingga membuatkan lelaki berwajah pucat itu menggigil .

Niatnya ingin membunuh Jimin , namun dia tidak benar - benar maksudkannya pun . 

" Bu- bukan aku yang lepaskan tembakan . Pistol aku tiada peluru " menggeletar Yoongi dibuatnya saat dia memberitahu hal yang sebenar .

Hoseok yang berada berhampiran dengan Yoongi segera merampas pistol itu lalu memeriksa sama ada Yoongi berkata benar ataupun tidak .

" Yoongi hyung tak menipu " ujar Hoseok mengiakan percakapan Yoongi .

Namjoon nampak mata Seokjin membesar saat tembakan itu dilepaskan . Bila dia menoleh ke arah tempat yang Seokjin lihat , dia sendiri terkejut .

Tuan Park tersenyum sinis apabila tembakannya tepat pada sasaran .

" Nice shot " ujarnya gembira sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya . Dua peluru yang dilepaskan oleh Jimin sebelum BTS masuk sebelum ini telah meragut nyawa Tuan Park menjadikannya jasad yang tidak bernyawa .

Bang ! Bang ! Bang ! Bang !

Bertubi - tubi das tembakan dilepaskan , sedikitpun tiada rasa simpati tersimpan dalam hati Jungkook .

Dia buat kerana dia begitu sayangkan hyung - hyungnya .

Taehyung segera memeluk Jungkook , menghentikannya daripada berbuat sedemikian .

" Jungkook , stop . You did it well " ucap Taehyung sambil menggosok belakang Jungkook perlahan menyebabkan air mata Jungkook jatuh sekali lagi . 

" Jimin , andwae ! " tiada seorang pun bergerak , masa bagaikan terhenti buat seketika .

Mereka kekal di posisi masing - masing , memandang Yoongi yang memeluk Jimin erat .

Bukan ini kesudahan yang mereka semua mahukan .


DAY ♡

ya tuhan :"D bukan sahaja readers , saya sekali ikut meroyan menulis chapter ini . terbayang siot :"D

mari sendu beramai - ramai :"D

nah hadiah lagi daripada bae kesayangan saya :"D ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top