8 : 2

Jimin meneliti fail - fail yang sudah lama tidak dia sentuh sejak dia berada di Busan hari itu . Serabut dia jadinya bila banyak kerja tertunda . Nasib perniagaan dia masih boleh diselamatkan .

Jimin memang ketua mafia tapi dia jadi kaya - raya bukan sebab dadah itu semua . Dia merupakan seorang ahli perniagaan termuda dalam kalangan korporat di seluruh dunia . Tak hairan duit dia macam air laut banyaknya .

Lagipun , identiti sebenar Jimin dan member BTS yang lain dirahsiakan . Hanya orang tertentu sahaja tahu mengenainya .

Dalam dunia perniagaan , BTS terkenal sebagai kumpulan jejaka muda yang berjaya di usia muda dengan hasil titik peluh mereka bersama . Dalam dunia mafia , jangan cakaplah . Nama BTS sahaja cukup menggerunkan setiap ketua generasi mafia yang lain . Belum ada yang berani menjentik api kemarahan mereka kerana cukup tahu kekejaman mereka terhadap pihak musuh .

Johyun jelah yang berani buat masa ini . Itu pun dah mati dengan anak - anak buah dia . Dalam markas sendiri pula itu .

Habis berselerak meja dia dengan helaian kertas yang bertimbun . Lain lagi laporan tugasan yang kena disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan .

Jimin menguak rambutnya ke belakang sebelum dia duduk bersandar pada kerusi pejabatnya . Bibirnya mengukirkan senyuman apabila lehernya dipeluk oleh seseorang daripada belakang .

Jimin mendongakkan kepalanya ke atas lalu menayangkan barisan giginya kepada Yuha .

" Apa ni Jimin ? Berselerak ! Macam mana nak buat kerja dengan keadaan macam ini ? " Yuha mencebik geram . Fail - fail milik Jimin itu disusunnya dengan rapi sambil mulutnya tak henti membebel .

" Dah biasa pun sayang . Kerja tetap siap juga nanti . Janganlah risau " Jimin memandang ke arah Yuha sebelum dia tersenyum kecil .

" Asyik senyum ja kerja dia . Tak tahu pula ketua mafia ini pandai senyum . Selama ini bukan main lagi serius memanjang je muka dia . " bila Yuha sedar dia dah terlepas cakap , terus dia menekup mulutnya .

Jimin menaikkan keningnya sebelah sebelum dia berdiri menghadap Yuha . Jarak dia dan Yuha ffuh tak payah cakaplah dekat dia macam mana .

" Can you tell me what you just said dear ? " Yuha menggelengkan kepalanya beberapa kali . Matanya dikerdipkan beberapa kali bila melihat pandangan Jimin yang cukup menggerunkan itu .

Hilang senyuman pada wajah Jimin . Dia mencengkam lengan Yuha perlahan sebelum dia berkata , " Sejak bila ? Sejak bila Yuha tahu yang Jimin ini ketua mafia ? "

Rasa macam hadap ketua polis negara siot . Seram dia takleh nak bawa bincang .

" Yuha tak suka tanya soalan yang sama kan ? Same goes with me . Since when you knew that I'm a mafia leader ?! " suara Jimin mulai meninggi membuatkan Yuha mengetap bibirnya ketakutan lagi - lagi bila dia nampak sepucuk pistol putih terletak elok di atas meja kerja Jimin .

" Yuha tahu tak Jimin akan bunuh setiap orang yang tahu identiti sebenar Jimin untuk hapuskan bukti ? " bisik Jimin perlahan namun kedengaran sungguh mengerikan pada pendengaran Yuha .

Tepat seperti jangkaannya , Jimin mengambil pistol putih tadi lalu dipusingkan beberapa kali sambil tangan kanannya dimasukkan ke dalam kocek seluar . Yuha jadi kaku , sumpah dia tidak tahu hendak berbuat apa ketika itu .

Nanti dia larikan diri , sia - sia mati kena tembak .

" Jimin tanya Yuha sekali lagi . Sejak bila Yuha tahu yang Jimin ini ketua mafia ? " Jimin memandang Yuha tajam membuatkan gadis itu mengalirkan air matanya .

Dengan suara terketar - ketar , Yuha menjawab dalam tangisannya , " Dah Jimin tak pandai simpan rahsia , siapa je tak tahu yang Jimin itu ketua mafia ? BTS yang lain pun sama termasuk abang Yuha sendiri . Korang lawan Johyun , Johyun mafia . Memang sah korang pun mafia , takkan gengster kampung Busan pula ! "

Pang !

Habis pecah tingkap kaca di belakang Yuha membuatkan gadis itu menjerit . Jimin mencampakkan pistolnya ke atas lantai sebelum dia menghampiri Yuha .

Yuha berundur setapak demi setapak kerana terlalu takut dengan Jimin . Sikit sahaja lagi dia jatuh daripada tingkat tiga belas itu , nasib baik Jimin sempat memeluknya erat .

Yuha memukul bidang dada Jimin , minta untuk dilepaskan namun Jimin enggan . Semakin erat dia memeluk Yuha sebelum dia mencium dahi Yuha sekilas .

Yuha berhenti memukul Jimin apabila mendengar esakan daripada jejaka itu .

" Ji-Jimin ? "

" Saya taknak kehilangan awak . Sebab itu , saya taknak biarkan awak tahu yang saya ketua mafia . Saya taknak awak rasa takut dengan saya . Mianhae Yuha "

Yuha jadi kaku mendengar luahan ikhlas Jimin . Tiba - tiba , dia menjadi sebak . Dirinya dapat berasakan betapa Jimin sayang akan dirinya dan betul - betul maksudkan apa yang dia cakap sebentar tadi .

Mereka berdua berpelukan erat sebelum Yuha meleraikan pelukan . Jari kecilnya menyeka air mata Jimin sebelum dia tersenyum ke arahnya .

" Jimin , siapa pun diri awak saya berikrar saya tetap akan terima awak . Lagipun , bagus juga ada namchin mafia . Tiada siapa berani ganggu Yuha lepas ini " Yuha mencubit pipi Jimin perlahan membuatkan Jimin tergelak kecil .

" Ajarlah macam mana nak jadi mafia . Macam best pula " Jimin menggelengkan kepalanya laju membuatkan Yuha mencebik .

" Kenapa pula tak boleh ? Jimin boleh je ! "

" Bahayalah sayang . Budak kecik patut duduk rumah je main dinosaur dengan Seungkwan dan Jihye " kaki Jimin dipijak kuat oleh Yuha menghasilkan satu jeritan padu yang mengundang kedatangan Taehyung .

" Woi Jimin ! Kau buat apa dengan adik aku ? Pekerja dekat tingkat bawah dengar bunyi tingkap kau pecah . Kau jangan buat kerja gila Jimin . Aku bunuh kau guna kapak ! "

" Hanat apa guna kapak ? Kau ingat kau Thor ? Sedar sikit , kau itu mafia . Guna senapanglah terus " Jimin menyarungkan kot hitamnya sebelum dia memperbetulkan rambutnya di hadapan cermin . Tali leher diperkemaskan lagi sebelum dia menggapai tangan Yuha erat .

" Kau pembantu aku kan ? Aku nak tingkap aku ada balik petang ini ok ? "

Tak mampu nak tahan , Yuha terus ketawa apabila melihat wajah tidak puas hati Taehyung .

" Kau nak pergi mana ? Dahlah masuk lambat , tak sampai sejam kau dah nak keluar . Boss apa macam ini ? " perli Taehyung .

" Lunch dengan Yuha dekat restoran mamak roti tisu " jawab Jimin selamba . Yuha pula pandang dia dengan pandangan kau-biar-betul-Jimin ?

" Tak best ah restoran mamak roti tisu . Aku cadang kau pergi tempat yang sesuai untuk kau " kata Taehyung mendatar . 

" Dekat mana ? " kening Jimin naik sebelah .

" Neraka " Taehyung tersenyum senget .

" Ha ha , kelakar Taehyung kelakar " dahi Taehyung ditampar oleh Jimin tanpa rasa bersalah sebelum dia dan Yuha bergerak meninggalkan Taehyung yang terpinga - pinga .

Sempat Yuha menoleh ke belakang melihat Taehyung sebelum buat gerakan mulut , " Maaf abang . Yuha tak dapat nak bantu "

" Jibake punya Jimin "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top