7 : 9
" Yuha , cuba kau tengok muka abang kau . Asal muka dia macam ada masalah sembelit ? "
Paha kiri Seungkwan aku cubit sambil aku mengigit bibir menahan ketawa . Hanatlah boo ni , diorang tengah serius kau mengutuk pula .
Tapi betul juga apa Seungkwan cakap . Aku tengok Taehyung bukan main berkerut lagi dahi dia , kening dah hampir bercantum dah .
" Kau ni , aku cakap betul kan ? Cuba tengok muka Yoongi pula . Peh , aura dia macam aura roh tak diterima bumi " bisik Seungkwan kepadaku sambil ketawa kecil .
Bila Yoongi pandang kami berdua , baru reti dia berhenti gelak . Tau pun takut dengan Yoongi haih .
" Tapi roh yang tak diterima bumi ni hah depan kau ni , si Ji-- " ayat Seungkwan tergantung bila tiba - tiba Jimin menghampiri kami berdua .
Jimin tersenyum senget . " Ya Seungkwan , aku dengar . Jangan sampai kau pula aku jadikan roh tak diterima bumi nanti "
Meletus ketawa aku sebaik sahaja melihat muka Seungkwan habis kecut . Pengecutlah dia ni ! Tadi bukan main lagi kutuk Yoongi dengan Taehyung , sekarang Jimin baru gertak sikit dah nak terbuang air kecil aku tengok .
Kepalaku diusap perlahan oleh Jimin sambil dia tersenyum ke arahku .
SKSKSKSDKS OXYJEON OXYJEON !
" So yeah , aku tau korang banyak soalan nak tanya . Satu - persatu aku akan jawab . Go on " Jimin berdiri sambil berpeluk tubuh memandang ahli - ahlinya dingin . Aura gerun dia dah keluar dah ~
Namjoon mengangkat tangan , menjadi yang pertama bertanyakan soalan . Macam dekat sekolah pula aku rasa .
" Sarah Park belum mati lagi kan ? " soalan Namjoon berjaya membuatkan semua menoleh ke arahnya . Masing - masing tayang muka tidak percaya bila Namjoon menguntumkan senyuman .
" Bukan dia dah mati ke ? " soalan berbalas soalan , Hoseok mempamerkan wajah hairannya .
Jungkook mengangguk kecil mengiakannya seraya berkata , " Dalam video hologram tu kan jadi bukti yang Sarah Park dah mati ? "
Tiada jawapan antara Namjoon dan Jimin . Mereka membiarkan ahli yang lain terus berteka - teki .
Taehyung menepuk tangannya apabila dia dapat mengagak sesuatu . Dia memandang ke arah Jimin dan Namjoon silih berganti sebelum dia tergelak sinis .
" Ciptaan Namjoon hyung tak pernah tak menghampakan " pernyataan Taehyung membuatkan masing - masing kagum buat seketika .
Terselit rasa bangga dalam diri Namjoon apabila ciptaannya bukan sahaja berjaya mengelirukan pihak musuh , tetapi ahli mereka sendiri juga turut terkena .
Jimin menepuk bahu Taehyung perlahan sebelum dia mengukirkan senyuman kecil . " Aku tak salah pilih pembantu aku " Taehyung membalas senyuman Jimin sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu .
" Macam mana kau boleh tahu Taehyung ? Kau kan pengsan masa itu " Seokjin masih keliru bagaimana Taehyung boleh menekanya dengan begitu mudah . Ini tidak boleh jadi ni .
" Well , I'm a captain kim " gaya Taehyung meniru aksi Captain America dalam Avengers membuatkan Seokjin dan Namjoon sama - sama menayangkan muka jelik mereka .
Staph it Taehyung .
" So , memang Sarah Park tak mati lagi lah kan maksudnya ? Dia cuma hilangkan diri ? " Yoongi mengajukan soalan kepada Jimin , Jimin mengangguk mengiakannya .
" Aduh , kalau Sarah Park masih hidup , sampai bila fanfic ini nak habis ? Dah hampir 80 chapter kot " bebel Hoseok seorang diri membuatkan aku dan Seungkwan tergelak .
Jimin turut tergelak mendengar rungutan Hoseok sebelum dia memberitahu hal mengenai Sarah Park . " Tiada apa yang perlu dirisaukan . Dia takkan kacau kita lagi "
" Macam mana kau tahu ? " semua mula memberi tumpuan kepada Jimin termasuk aku dan Seungkwan .
" Dia jumpa aku "
flashback
" Jimin " Jimin menoleh ke belakang saat mendengar namanya dipanggil oleh seseorang . Wajah sedingin salju ditayangkan sebaik sahaja melihat gerangan orang tersebut .
" Kau nak apa ? Tak cukup langgar aku hari tu ? Aku bagi peluang tau masa itu , aku biarkan je kau cederakan aku . Tapi selepas ini tak mungkin akan terjadi lagi . Kau sendiri tahu aku siapa kan ? "
Sarah Park menundukkan kepalanya , tidak berani bersua muka dengan ketua mafia yang digeruni ramai itu . Silap kata , berkecai kepala dia .
" Saya .. nak minta maaf " permohonan maaf itu membuatkan Jimin tergelak sinis . Jimin terus berpeluk tubuh , menanti drama apa yang berlaku sekarang ini .
" Saya janji saya takkan ganggu awak dan yang lain lagi . Saya akan bina kehidupan saya sendiri selepas ini "
" Okay " jawab Jimin sepatah .
Yalah , habis tu nak jawab apa ?
Baru sahaja Jimin hendak melangkah pergi , Sarah Park terus menahannya . Jimin menaikkan keningnya sebelah , tertanya - tanya apa lagi yang gadis ini mahukan .
" Saya ingatkan awak betul - betul maksudkan yang awak ada perasaan dekat saya "
Jimin meraup wajahnya sekilas , pening kepalanya menghadap situasi begini . Sungguh merimaskan !
Cringe dia jadinya .
" Sebab yalah , saya dah lama bekerja dengan awak , lama dah sama - sama dengan awak . Saya jadi gembira bila dengar awak sukakan saya . Tapi lama - lama , baru saya sedar yang .. "
Setelah lima belas minit bercakap sambil tunduk , akhirnya Sarah Park mengangkat wajahnya menghadap Jimin . Jimin ? Tayang muka tengah tahan gelak .
Mohon tampar Jimin berjemaah .
" Yang ? " Jimin berpura - pura menjadi serius , cuba mengawal macho gitu .
Sarah Park tersenyum , " Yang awak , dragon head BTS takkan jatuh cinta dengan begitu mudah sekali . Kasih sayang eomma awak mengatasi segalanya "
Perlahan - lahan Jimin menurunkan tangannya sebelum dimasukkan ke dalam kocek seluar .
" You know me well " hanya itu sahaja keluar daripada mulut Jimin . Sarah Park melepaskan tawanya sebelum dia memandang ke arah Jimin semula .
Kelihatan Jimin memusingkan badannya , kali ini betul - betul dia hendak pergi daripada situ . Jimin bukan kaki drama .
Jimin kaki pukul , kaki bunuh , kaki pistol , kaki ayam , kaki segala kaki eh .
Tapi hati dia baik atas didikan kasih sayang eommanya .
" Tapi Jimin , nampaknya awak dah tewas dengan dia . Yuha dah berjaya buka hati awak kan ? "
Tiada jawapan daripada Jimin . Dia melangkah pergi daripada situ dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan terukir di wajahnya .
Ketua mafia tak boleh jatuh cinta ke ?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top