7 : 8
Taehyung memandang ruangan bilik Jimin dengan tatapan mata yang sayu . Bibirnya dipaksa memgukirkan senyuman meskipun sukar baginya untuk melakukannya seperti sebelumnya .
Rasa sedih di hati masih belum terubat , bagaimana hendak tersenyum seperti biasa bagaikan tiada apa - apa yang berlaku ?
Matanya tertumpu ke arah sebuah bingkai gambar besar yang tergantung elok di ruangan tengah tepat di belakang kerusi tempat Jimin duduk .
" We did it Jimin , we did it " katanya dengan nada perlahan . Rasa syukur terbit dalam hatinya apabila dapat menjadi sebahagian daripada BTS .
Jimin , Hoseok , Namjoon , Seokjin , Jungkook dan Yoongi banyak mengajarnya erti hidup yang sebenar , memberi kesedaran kepada dirinya bahawa hidup ini perlu diteruskan walau apa pun dugaan yang dihadapi .
" Taehyung " suara seseorang menegurnya membuatkan dia menoleh ke belakang . Kelihatan Namjoon sedang berdiri di pintu sambil memasukkan kedua - dua tangannya ke dalam kocek seluar . Satu senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya dikuntumkan kepada Taehyung .
" Hyung , kau rasa Jimin akan bangga ke dengan kita ? " soalan Taehyung dibiarkan berlalu . Tidak mampu untuk Namjoon menjawab soalan Taehyung kerna hanya Jimin seorang sahaja yang tahu jawapannya .
" Aku tak pernah rasa menyesal jadi sebahagian daripada BTS " Taehyung tersenyum hambar .
Namjoon membalas senyuman Taehyung seraya berkata , " Tiada perkataan kesal wujud dalam kamus hidup hyung sebaik sahaja hyung menjadi sebagai salah seorang daripada BTS "
Taehyung diam membisu buat seketika . Dia membiarkan dirinya hanyut di dalam memori ingatannya sendiri sebelum dia disedarkan semula oleh Namjoon .
" Kita dah lambat , jom " ujar Namjoon lembut . Bahu Taehyung ditepuknya perlahan . Taehyung mengangguk kecil sebelum dia memandang gambar itu sekali lagi .
Mereka melangkah keluar daripada bilik Jimin kemudian bersama - sama menaiki Lamborghini Aventador menuju ke sesuatu tempat di mana yang lain sudah tunggu termasuk Yuha .
" Yuha " sudah hampir setengah jam mereka berada di dalam bilik abu mayat itu namun Yuha masih tidak mahu berganjak . Air matanya sudah kering akibat menangis sepanjang hari . Matanya juga bengkak , wajahnya pula semakin pucat .
" Yuha , balik jom " pujuk Seokjin lembut , sedaya upaya dia menahan sebak di dada apabila melihat keadaan Yuha seperti itu .
Yuha menggelengkan kepalanya , masih berdegil untuk tidak pergi dari dalam bilik itu . Esakannya bertambah kuat apabila dia cuba untuk menerima hakikat yang dia telah kehilangan seseorang yang amat memberi kesan dalam hidupnya .
" Yuha , jangan macam ni . Tak baik kan ? " kali ni Hoseok pula cuba memujuk . Hasilnya tetap sama . Hoseok melepaskan keluhan kecil sebelum dia duduk bersandar di dinding bersama Yoongi .
" Biarkanlah dia . Bagi dia masa . Dia dah banyak hilang orang yang dia sayang , sekarang hilang lagi . Aku risau mental dia terganggu " ujar Yoongi perlahan sedikit sebanyak menyentak hati Hoseok dan Jungkook .
Seokjin memejamkan matanya erat . Dia sendiri buntu hendak berbuat apa pada ketika itu . Dia tahu sebagai ahli tertua seharusnya dia pandai mengawal situasi sekarang , tapi nak buat macam mana ? Dia sendiri tak terkawal .
Semua mata beralih kepada Namjoon dan Taehyung apabila mereka berdua sampai . Taehyung segera mendapatkan Yuha sebelum dia memeluk adiknya itu erat .
Takungan air matanya pecah sebaik sahaja melihat gambar Jimin terpampang di dalam bilik abu mayat itu .
" Sampai hati kau kan Jimin tinggalkan adik aku ? Kau memang kejam kan ? " marah Taehyung ditemani dengan air mata . Kepala Yuha diusapnya perlahan . Dia berusaha untuk menenangkan Yuha semampu yang dia boleh .
Suasana kian menyepi . Tiada seorang pun daripada mereka bersuara . Masing - masing mengingat kembali kenangan mereka bersama Jimin .
Bunyi derapan tapak kaki tidak diendahkan langsung oleh mereka .
" Orang datang melawat sahaja itu " bisik Jungkook dalam hati . Bunyi derapan tapak kaki itu berhenti tepat di belakang Yuha dan Taehyung .
" Korang memang nak aku mati ke apa ni ? "
Taehyung terundur ke belakang , begitu juga dengan Yuha . Seokjin menekup mulutnya tanda tidak percaya melihat apa yang sedang berlaku .
Hoseok menggosok matanya beberapa kali manakala Jungkook dan Namjoon menampar lengan satu sama lain , cuba memeriksa sama ada ini mimpi atau realiti .
Yoongi meneguk air liurnya sebelum dia memberanikan diri bertanyakan soalan , " Ka-kau siapa ? "
Suara gelakan sinis daripadanya itu membuatkan mereka jadi kaku . " Baru beberapa hari tak jumpa , dah tak kenal ketua sendiri ? "
Hoseok terus melakukan bow tanpa dipinta . Dia tidak henti berkata yang bukan - bukan akibat terlampau takut .
" Jimin , aku tahu kau banyak buat dosa masa hidup . Tapi , tolong jangan kembali ke dunia ni lepas itu jadi hantu pula . Kau dah cukup menyeramkan , sekarang lagilah ! "
" Hoseok hyung ! Kau merepek apa ni ? " gerangan yang dipanggil Jimin oleh Hoseok itu merengus kecil . Dia memeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arah yang lain .
" Kau tak diterima bumi ke Jimin ? " soalan cepumas Seokjin membuatkan Jimin memandang Seokjin dengan pandangan are-you-kidding-me ?
" Tak diterima bumi apanya ? Aku masih hidup lah , sihat walafiat kot ! "
" Apa bukti dia ? " Tanya Jungkook berani , acah je . Daripada tadi dia berlindung belakang Namjoon sampai naik rimas Namjoon dikerjakan olehnya .
Jimin melepaskan keluhan kecil . Susah ah member sendiri tak percaya . Dia menunjukkan kesan parut yang dia dapat semasa pertama kali berlawan dengan kumpulan mafia di Gwangju .
Jungkook hampir percaya kata - kata Jimin , namun Taehyung terus bersuara lantang .
" Jangan percaya ! Dia menyamar je kot ! Err , kalau tak pun dia memang hantu macam yang Hoseok hyung cakap ! "
" Wth Taehyung ? Seriusla kau ni pembantu utama aku ? Asal otak kau lembap sangat ni ? " sindir Jimin pedas membuatkan Taehyung mencebik geram .
Nasib baik hantu , kalau tak dah lama dia kerjakan .
" Macam inilah , aku Jimin , ketua korang , Angel guardian a.k.a BTS . Tak percaya , boleh tumbuk aku "
Bedebuk !
" Ha'ahlah , dia Jimin " Yoongi mengakui kebenaran kata - kata Jimin selepas dia menumbuk tepat wajah Jimin sehingga terpelanting jauh Jimin dibuatnya .
Jimin mengesat bibirnya yang sedikit pecah akibat tumbukan padu Yoongi . Bukan biasa - biasa tau kuatnya .
" Jimin " bila dia sedar ada seseorang yang sedang memandang ke arahnya , Jimin tersenyum kecil .
" Hey babygirl saya " tangannya didepakan membenarkan Yuha memeluknya erat . Dahi Yuha dikucupnya sekilas sebelum dia menyeka air mata Yuha .
" Kenapa nangis ? Kan saya dah cakap , saya takkan mati dengan cara biasa punya . Setakat tersekat dalam gudang penuh bom apalah sangat ? Shhh , saya di sini kan ? " Jimin mengeratkan pelukannya membuatkan Yuha berasa cukup selesa .
Pelukan Jimin .
Dia rindu pelukan Jimin .
Dan , Jimin tahu akan hal itu .
DAY ♡
ㅡ Jimin takkan mati macam tu je guys ~ siapa meroyan tu , sila mengaku HAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top