7 : 7

SILA pasang lagu di atas kalau nak feeling lebih <3

---

Dadanya terasa sakit . Batuk mengeluarkan darah pekat daripada mulutnya , terasa pedih sedikit pada tekaknya . Wajah Johyun ditatapnya lama sebelum matanya dipejam erat .

" Eh ? Dah mati ke ? " perli Johyun diselangi dengan gelak ketawa . Pipi Jimin ditumbuk berkali - kali , tiada sebarang reaksi ditunjukkan .

Dengan keupayaan yang masih ada , Namjoon mengangkat wajah melihat ketua di hadapannya . Perasaannya bercampur - baur apabila melihat Jimin dikerjakan oleh Johyun umpama anak patung .

Johyun menolak Jimin ke hadapan sebelum dia memijak belakang Jimin dengan kaki kanannya . Seolah - olah sudah menang dalam perlawanan , Johyun memandang satu - persatu ahli BTS termasuk Yuha dengan senyuman sinisnya .

" Ketua korang je mampus aku kerjakan , inikan pula korang ? Apatah lagi kau Yuha ? Ada hati nak lawan aku puih ! " tubuh Jimin disepak ganas sebelum Johyun perlahan - lahan berjalan menghampiri Yuha .

Kini masanya dia hapuskan Yuha , biar lenyap daripada muka bumi ini .

Anak buah Johyun tergelak suka melihat pihak musuh yang kehilangan darah . Mereka tidak membantah , malah menyokong Johyun untuk terus dan terus menyeksa Yuha .

Bedebum !

Bunyi atap zink ditembak sehingga meninggalkan kesan lubang yang besar menyebabkan semua orang tertunduk dan terduduk .

Johyun melihat ke atas , sebuah helikopter sedang terbang di atas markasnya . Apa yang pasti helikopter itu bukan miliknya .

" Se-sekarang "

Hoseok terkesima . Dia menoleh ke arah Jimin yang terbaring lemah itu . Kelihatan Jimin sedang memandang ke arahnya sambil memgangguk kecil .

Hoseok menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum satu butang kecil dikeluarkan dari dalam poketnya .

Dia terus menekan butang kecil itu tanpa ragu - ragu . Sebaik sahaja butang kecil itu ditekan , bom - bom yang disambungnya sebentar tadi bersama Namjoon melalui alatan teknologi ciptaan mereka meletup secara serentak .

Boom ! Boom ! Boom !

Dinding bangunan runtuh , serpihan kaca berselerak di sana sini . Beberapa batu bata yang pecah jatuh menghempap Johyun sehinggakan dia terjatuh . Darah pekat mula mengalir dari kepalanya .

" I'm back " ujar Seungkwan daripada helikopter sebelum dia menembak satu - persatu anak buah Johyun menggunakan machine gun .

Tangga diturunkan membolehkan BTS untuk naik ke atas menyelamatkan diri .

Namjoon memapah Taehyung , Jungkook mendukung Yuha , Hoseok menolong Yoongi untuk sama - sama naik ke atas manakala Seokjin cuba membantu Jimin untuk bangun .

Seokjin naik tangga dahulu sebelum dia cuba menarik tangan Jimin dengan kekuatannya . Jimin mengerang kecil namun dia memaksa dirinya supaya dia boleh memanjat tangga tersebut .

Belum sempat Seungkwan menaikkan helikopter ke atas , kaki Jimin dicengkam erat oleh Johyun membuatkan Jimin terhenti .

Seokjin sedaya upaya menarik Jimin , tetapi Johyun lebih ganas menarik kedua - dua kaki Jimin .

" Kalau aku mati , Jimin patut mati sekali dengan aku ! " jerit Johyun sambil mengetap bibirnya geram . Dia menarik Jimin dengan lebih kuat menyebabkan Seokjin terlepas tangan kiri Jimin .

Hanya tangan kanan Jimin sahaja masih dipegangnya .

Jimin melihat Seokjin sebelum dia mengukir senyuman kecil . " aku minta maaf sebab aku bukan ketua yang baik "

Seokjin menggelengkan kepalanya beberapa kali . Takungan air matanya bila - bila sahaja akan tumpah . " Tak Jimin . Kau ketua terbaik pernah kitorang ada . Jangan buat perangai hanat kau "

" Lepaskan aku hyung " laju Seokjin menggelengkan kepalanya . Pertama kali dia berkeras dengan Jimin , sungguh dia tidak mahu kehilangan Jimin yang sudah dianggap seperti adik kandungnya itu .

" Ini arahan aku , berani ke nak ingkar ? " ujar Jimin sambil tergelak kecil sebelum dia melepaskan genggaman Seokjin .

Seokjin terkejut dengan tindakan Jimin . Air matanya yang cuba ditahan akhirnya jatuh mengalir di pipi . " PABO YA PARK JIMIN ! "

Boom ! Boom ! Boom ! Boom !

Semakin banyak bom yang dipasang oleh Hoseok meletup menyebabkan Seungkwan terpaksa menaikkan helikopter lebih tinggi di udara meninggalkan Jimin di dalam markas bersama mereka yang lain .

Seokjin , Yoongi , Jungkook , Namjoon dan Hoseok hanya mampu melihat markas Johyun meletup yang pasti akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di dalamnya .

Seokjin terus jatuh terduduk . Daripada tadi dia tidak henti menyalahkan diri sendiri kerana berasakan dia telah membunuh Jimin , ketuanya sendiri .

" Ak- aku bunuh Jimin . Kalau aku tak lepas tangan dia , Ji-min takkan ma-mati . Jimin takkan mati . Ini semua salah aku , maafkan aku ! Maafkan aku ! " Hoseok terus memeluk Seokjin erat . Tangisannya menjadi semakin kuat apabila melihat Seokjin cuba untuk mencederakan dirinya sendiri .

Sambil memegang luka tikamannya , Yoongi memandang wajah Jungkook kosong sebelum butir - butir mutiaranya jatuh membasahi bumi .

" Kita gagal Jungkook , kita gagal "

Jungkook tidak berkata apa - apa , dia terus duduk memeluk lutut . Suara tangisannya memecah kesunyian pada ketika itu .

Namjoon memandang Taehyung dan Yuha silih berganti . Kedua - duanya tidak sedarkan diri akibat cedera parah . Melihat wajah mereka mengingatkan dia kepada Jimin kerana dua orang itu adalah orang yang paling rapat dengan Jimin .

Dia cuba menahan empangan air matanya daripada pecah , namun usahanya sia - sia . Dia menangis seorang diri tanpa mengeluarkan sebarang suara .

Siapa sahaja tidak berasa sedih apabila kehilangan seorang ketua yang cukup digeruni dan ditakuti ramai .

Tanpa Jimin , Yuha pastinya menjadi mangsa penyeksaan Johyun .

Tanpa Jimin , Seungkwan dan Jihye tidak akan datang meminta bantuannya untuk menolong Yuha supaya terlepas daripada cengkaman Johyun .

Tanpa Jimin , Jungkook yang disalah anggap sebagai pembunuh Yuha itu mungkin akan menjadi pembunuh sebenar Yuha .

Tanpa Jimin , Hoseok dan Yoongi mungkin tidak akan bersetuju untuk bersama menghapuskan Johyun .

Tanpa Jimin , mereka mungkin tidak akan bersatu kembali .

Tanpa Jimin , angel guardian atau BTS akan dipandang rendah dan mudah disingkirkan .

Tanpa Jimin , dunia mafia tidaklah semudah yang disangka dan tidaklah sesukar yang difikirkan .

Tanpa Jimin , segalanya berakhir .



" Bagaimana perkembangan info mengenai markas Johyun hari itu ? "

Semuanya ternanti - nanti khabar daripada Taehyung apabila dia sedang membuat panggilan bersama salah seorang anak buah mereka .

" deputy mountain master , semuanya clean . Tiada sebarang mayat dikesan , semuanya berjaya dihapuskan , tapi mayat moun-- "

" Diam ! " handphone dilempar ke dinding , habis berkecai dikerjakan oleh Taehyung . Taehyung menjerit kecil sebelum dia terus terduduk menahan sebak di dada .

Yuha mendekati Taehyung sebelum dia bertanya dengan suara yang terketar - ketar , " Ji-Jimin masih hidup kan abang ? Bagitahulah Yuha , Jimin masih hidup kan ? Abang "

Air mata menjadi peneman , Taehyung terus memeluk Yuha erat . Dia sendiri kehilangan kata - kata apatah lagi Hoseok , Yoongi , Namjoon , Jungkook dan Seokjin .

Semuanya diam membisu bagaikan jasad kehilangan roh .

Jimin tinggalkan kesan yang besar dalam hidup diorang , sungguh besar .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top