4 : 4


Yuha membuang pandangannya ke luar tingkap . Seharian di hospital tanpa sesiapa menemaninya membuatkan dirinya kesunyian .

IPhone dicapai lalu ditekan butang on . Terpapar wajah Jimin sedang makan aiskrim sebagai wallpaper .

Yuha tersenyum kecil . Dia ingat lagi gambar itu diambilnya sendiri saat dia dan Jimin makan aiskrim sama - sama lepas keluar daripada kelas tahanan .

Yuha terlibat dalam rosakkan peralatan sukan di stor sekolah  . Jimin terus datang backup kononnya Jimin yang suruh Yuha buat semua tu .

Last - last , dua - dua kena masuk kelas tahanan .

Satu keluhan kecil dilepaskan . Fikiran Yuha tak henti memikirkan Jimin .

" Jimin "

Saluran air yang melekat di tangan dicabut kasar . Dia mendecit kecil sebelum dia mula turun dari katil .

Pintu wad dibuka , Yuha memandang sekeliling . Meja pendaftaran menjadi sasaran .

" Di mana Jimin ? " jururawat yang bertugas menjaga pada waktu itu nyata terkejut dengan kehadiran Yuha .

Yuha bengang bila jururawat itu hanya diamkan diri . " SAYA TANYA DI MANA JIMIN ? "

Semua orang mula memandang Yuha jelik . Tiba - tiba , seseorang memeluk bahu Yuha erat . Yuha terkedu .

Orang itu mengerdipkan matanya sebelah sebelum dia memandang jururawat di hadapannya . " Boleh bagitau di mana wad Jimin ? "

" Kejap ya encik "

Orang itu mengangguk kecil . Satu senyuman lebar dihadiahkan buat Yuha . Yuha hanya diam membisu .

" Park Jimin berada di wad 13-10 "

" Terima kasih "

" Jom " sebelah tangan Yuha digenggam erat oleh orang berhoodie hitam . Sebelah lagi dipegang oleh lelaki yang membantunya mendapatkan maklumat di mana Jimin berada , memakai hoodie putih .

" Hyung , dia tak selesa . Bagilah dia dengan aku "

Genggaman tangan lelaki yang menolong Yuha dilepaskan . Lelaki berhoodie hitam kini memeluk bahu Yuha . " She's more safe with me "

Lelaki berhoodie putih mengangkat tangan tanda pasrah . Dia tahu dia cuai orangnya .

Mereka bertiga bergerak seiring menuju ke wad Jimin ditempatkan . Sebaik sahaja sampai , Yuha terus bergerak mendekati dinding kaca yang memisahkan antara luar dan dalam bilik .

Sebak Yuha dibuatnya apabila melihat banyak wayar dicucuk di sana sini pada bahagian tubuh Jimin . Jimin juga memerlukan alat bantuan pernafasan untuk mendapatkan bekalan oksigen secukupnya .

Dinding kaca dipegang oleh Yuha dengan perasaan sayu . Teresak - esak Yuha memanggil nama Jimin .

Dua orang yang menghantar Yuha itu sekadar berdiam diri . Terbit rasa simpati dalam diri masing - masing .

" That shit really want my bullet inside his body " lelaki berhoodie putih hanya tersenyum tipis mendengar rungutan lelaki berhoodie hitam itu .

" Yuha ? " kelihatan Namjoon dan Seokjin berdiri tidak jauh daripada mereka bertiga . Dengan pantas , dua orang lelaki berhoodie itu terus melarikan diri daripada mereka berdua .

" Hey tunggu ! " jeritan Seokjin diabaikan . Namjoon menyerahkan satu jaket kepada Seokjin .

" Takpa hyung , aku dapatkan diorang . Hyung teman Yuha dekat sini " Seokjin mengangguk . Tanpa berlengah , Namjoon terus mengejar dua orang lelaki berhoodie itu .

Perlahan - lahan Seokjin mendekati Yuha . Jaket Jimin yang diserahkan oleh Namjoon sebentar tadi disarungkan pada tubuh Yuha .

Bau wangian Jimin buatkan Yuha semakin sebak . Sungguh dia tak dapat nak tafsirkan betapa dia sayang akan lelaki itu meskipun lelaki itu sangat misteri .

Seokjin memegang bahu Yuha lembut dari belakang . Pandangannya dialihkan menghadap Jimin .

" Yuha tahu tak Jimin bagaikan malaikat kepada Yuha ? "

Yuha memandang Seokjin sebelum dia memandang Jimin semula . " Kenapa pula ? "

Seokjin menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia mula bercerita .

" Jimin ni seseorang yang sangat misteri , banyak rahsia dia pendam sendiri . Sikapnya juga tidak dapat dijangka . Apa yang pasti perasaan sayang terhadap orang yang dia sayangi buatkan semua orang di sekelilingnya sukar untuk melepaskannya "

Yuha membiarkan Seokjin menyambung ceritanya . " Selama ini mesti Yuha ingat Jimin menghilang kan ? Jimin tiada masa Yuha perlukan dia kan ? Awak salah Yuha . Jimin yang selalu ada dengan awak , bukannya kitorang "

" Ap-apa maksud awak ? " soal Yuha tidak mengerti maksud Seokjin . Seokjin menggosok kepala Yuha perlahan .

" He's the one who knows all about you . Mungkin awak ingat Taehyung yang selalu ada masa awak perlu , tapi sebenarnya Jimin yang suruh Taehyung buat semua itu , jaga awak , buat awak gembira "

" Kenapa bukan dia yang buat sendiri ? Dia yang patutnya jaga saya , dia yang patutnya buat saya gembira " bentak Yuha kecil . Seokjin tergelak sebelum dia memandang Jimin sayu .

" Sebab luka di hati dia masih belum terubat Yuha . Dia takut disebabkan luka dia , dia akan lukakan hati awak pula . Dia sayangkan awak Kim Yuha "

Yuha tidak percaya . Dia masih tidak dapat menangkap bagamaina Jimin menjaganya sedangkan dia tidak nampak pun Jimin berbuat sedemikian .

" Eomma awak , Jimin yang tukar wad eomma awak pergi wad VVIP sebab baginya eomma awak penting untuk awak . Masa awak dihina sebab orang cakap Johyun , abang awak tu mafia , Jimin yang arahkan Namjoon supaya backup awak . Masa dekat makmal , saya bukannya tahu pun awak dekat sana tapi Jimin yang beritahu awak perlu bantuan saya . Jadi saya temankan awak . Masa eomma awak disahkan ada penyakit barah otak , Taehyung datang pujuk awak . Awak tahu tak pada hari itu merupakan tahun kelima Jimin kehilangan eomma dia ? Dia tahu awak perlukan dia , tapi dia sendiri tak mampu nak jadi kuat . Hari awak kehilangan appa awak , Jimin ada temani awak dan dia teman awak sampai awak balik . Terlalu banyak pengorbanan Jimin terhadap awak Yuha "

" Jimin yang jaga awak . Bagi dia apa yang sepatutnya dia dapat ok ? " Seokjin menyeka air mata Yuha yang jatuh mengalir di pipi . Mata Seokjin sendiri mulai berkaca apabila melihat ketuanya itu kini terbaring lemah di atas katil .

Siapa je yang tak sayangkan Jimin ?

DAY ♡
salam aidilfitri semuakosong - kosong daripada seketul Day ini 💗

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top