2 : 9

Aku memandang gambar appa lama . Tak , gambar mendiang appa . Gambar yang aku ambil dengan appa pada hari yang sama dia dibunuh .

Aku terus menjadi sebak apatah lagi melihat senyuman appa yang lebar itu .

Aku tak berpeluang untuk melihat senyuman itu lagi .

Tak akan .

Aku terimbas kembali empat jam terakhir bersamanya adalah detik terindah pernahku alami .

Setelah hampir bertahun appa hilang tanpa dikesan , dan appa datang semula berjumpa denganku sebelum dia kembali hilang dari pandangan mataku selama - lamanya .

Jam tangan appa yang kini terpakai elok di tangan kananku aku pegang . Walaupun jam itu sudah hampir 10 tahun usianya , namun ia masih dapat berfungsi dengan baik .

" Pandai appa jaga barang . Ingatkan pandai letupkan rumah je " selorohku sambil tergelak seorang diri .

Handphone milikku berdering menandakan ada panggilan masuk . Aku segera menjawab ,

" Wey , kau dekat mana jibake ?! Kata nak lunch sesama . Ni dah nak waktu malam sia . Nak dinner dah . Kau punya fake hope tu takleh bawa bincang ! Sila meninggal ya keturunan medusa macam kau ni ! Hanat betul kau ! "

Suara Seungkwan membebel di corong telefon aku abaikan . Engkaulah hanat , hanat !

" Suka hati aku ah . Engkau sakit hati ingat aku kisah ? " jawabku sengaja nak sakitkan lagi hati dia .

" Eh abuja , kalau bukan sebab eomma kau ada sekali , jangan harap aku nak habiskan masa aku tunggu kau kat sini jibake . Baik aku buat kerja seni Oh saem yang tak pandai ada penghujungnya kerja dia bagi tu hah . Kau balik sekarang ! "

" Tau juga nak buat kerja rumah , ingat tau jadi bodoh je ! Ish yelah ! Kau ni bisinglah ! Tak lama bulan puasa tau ! Tak lama kau kena ikat . Insaflah wahai manusia gilakan pangkat ! "

" Kuaja sungguh kau . Kau kata aku gila pangkat ? Habis kau ? Gila apa ? Kau dari semua segi gila tau ? Kau gila segala gila ! "

Panggilan aku matikan . Malas nak layan diva seorang ni . Esok lusa belum tentu habis membebelnya . Ego tinggi , mana pernah dia nak kalah .

Dia ni sesuai sangat kalau aku masukkan nama dia sebagai calon ahli parlimen . Biar dia jela berbahas dengan menteri lain .

Aku memandang tempat abu appa diletakkan . Satu senyuman terukir di wajahku .

" Appa , Yuha balik dulu tau . Nanti Yuha datang jenguk appa lagi ok ? "

Perjumpaan antara aku dengan appa aku rahsiakan . Begitu juga dengan kematian appa . Aku taknak eomma rasa terkilan . Cukuplah aku seorang sahaja yang rasa .

Aku mula mengatur langkah meninggalkan kawasan tersebut .

No one POV

Sedari tadi tanpa Yuha sedar , ada seseorang sedang berdiri di penjuru melihat Yuha menghadap gambar dia bersama appanya .

Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya . Keluhan dilepaskan . Perlahan - lahan dia menuju ke arah abu tempat appa Yuha diletakkan .

" Sorry appa , nyawa appa bukan kat tangan saya jadi saya tak dapat tukar fikiran nak bunuh ke tak " gambar encik Kim diusapnya perlahan .

" Appa , agak - agaknya kan boleh ke saya jaga anak appa macam yang appa buat ? "

Jimin tersenyum hambar . " Maaf appa , saya tak mampu nak buat . Janji saya lebih penting berbanding dia buat masa sekarang "

Sebelum melangkah pergi , Jimin memusingkan badannya menghadap ke arah kawasan yang meletakkan abu mayat - mayat yang lain .

Dia menundukkan kepalanya sedikit bagi menghormati mereka yang telah pergi . Sambil itu Jimin berkata ,

" Doakan yang terbaik buat saya dan Yuha moyang - moyang semua "

Jimin mengangkat wajahnya memandang sekeliling . Aura di situ membuatkan dia berasa seram sejuk . Dia terus mengatur langkah pergi dari situ setelah meminta diri .

DAY ♡
Haaa amek kau aku bagi mega update terus sebab takut tak dapat update pasni sebab exam ;-;

Wish me luck ❤

Ada masa aku cuba update eh ? XD ❤☁

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top