2 : 6

Bedebush !

Lelaki itu jatuh terduduk akibat tumbukan padu daripada si dia . Hujung baju digunakan bagi mengelap bibirnya yang mulai berdarah .

" Ada permintaan terakhir ? " soalnya sinis membuatkan lelaki itu menjadi gerun .

Dia melepaskan tawanya sebelum senyumannya mati . Pipi lelaki itu dicengkamnya kasar .

" Aku tanya tu jawablah . Dah nak mati kan ? Jangan susahkan urusan aku ! " bentak si dia .

Lelaki di hadapannya itu tersentak . Badannya menggigil ketakutan apabila ajalnya kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk .

Kebetulan , lalu seorang gadis di hadapan mereka menarik pandangan lelaki itu dan dia .

Lelaki itu memandang dia sebelum menyatakan hasrat terakhirnya .

" Yu .. Yuha .. Nak luang masa dengan Yuha "

Dia menggulingkan matanya ke atas . Badan lelaki itu ditolak kasar .

" four hours only "

Yuha POV

Hari ini hari pekerja . Jadi , aku buat apa ? Mereput dalam rumah . Cuti sehari je bukan sebulan . Kalau tak , dah lama aku pergi Melbourne ceh .

Cakap macam duit banyak sangat haktuih

Aku merenung siling bilik . Dah hampir setengah jam jugakla aku buat macam tu , nasib mata tak juling lagi .

" Apa aku nak buat eh ? "

Nak ajak Seungkwan , mestilah dia tengah bercuti . Dia kan menghargai setiap cuti yang ada . Mesti dia ada dekat spa sekarang , tengah dapatkan urutan nikmat katanya HAHAHAHA .

Nak ajak Jihye , tak dapat . Dia dah cakap dia pulang rumah nenek dia kat Ulsan nak belajar buat kerepek pisang guna ikan . Entah aku pun taktau macam mana , jangan tanya aku .

Nak ajak Jungkook ? Katanya dia ada urusan . Urusan antara hidup dan mati . Ye ye jela Jungkook .

Nak ajak Jimin ? Taehyung ? Mustahil . Kalau dulu mungkin boleh tapi sekarang tengok muka diorang pun aku tak sanggup .

Bukan tak sanggup tapi takut .

Daripada aku mereput dalam rumah , baik aku keluar ambil angin . Topi merah aku pakai , T-shirt short sleeve berwarna biru muda dengan seluar tracksuit aku pakai .

Bukan nak pergi date pun .

Aku turun ke bawah , mencari kelibat eomma . Bila aku hampiri peti sejuk , ada nota daripada eomma .

' eomma kena keluar ni . jaga diri puteri kecil eomma ❤ '

Aku tergelak seorang diri . Dah kena layan macam ni , macam mana aku tak manja dengan orang lain ? 

Biskut tiger aku makan sekeping sebelum aku keluar menyarungkan kasut Nike berwarna putih itu .

Aku menaiki teksi untuk pergi ke bandar . Lepak - lepak bandar gitu HAHAHA sodeh hidup .

Selepas aku bayar tambang teksi , aku pun berjalan - jalan di sekitar bandar Seoul . ah , sibuknya !

Aku berjalan takde hala tuju sampailah aku rasa aku macam diekori . Aku pandang kiri kanan depan belakang , takde pula .

Aku mempercepatkan langkahku untuk pergi dari situ . Nanti penculik ke perompak ke apa , naya aku .

Eomma macam mana pula en ?

Walau selaju manapun aku berjalan , tanganku dapat ditangkap oleh seseorang membuatkan diriku menjerit kecil .

" Lepas ! " aku meronta - ronta minta dilepaskan namun tiba - tiba diriku dipeluk erat .

" Yuha .. tak rindu appa ke ? "

Aku jadi kaku .

Beberapa saat kemudian , aku menolak lelaki itu sekuat yang mungkin .

" Appa aku dah takde . Jangan guna appa kalau nak sesuatu dari aku . Cakap apa kau nak ?! "

Aku jadi sedikit menggeletar . Entah macam mana aku jadi berani pun aku sukar jangkakan . Timbul rasa bersalah dalam diri bila aku rasa aku dah kurang ajar dengan lelaki yang jelas tampak jauh lebih tua daripada diriku .

" Kim Yuha , ni appa . Tolong percaya jebal "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top