2 : 3
Sejak hari aku bergaduh dengan Jimin dan aku confess dengan Taehyung serentak , terus hubungan aku dengan diorang jadi keruh .
Yuha noob
HAHAHAHAHAHAHA
Aku abaikan sahaja mata - mata yang menjeling ke arahku saat aku melepasi jalan koridor hendak menuju ke kelas .
Nak salahkan akulah tu Taehyung dengan Jimin berubah .
Jimin daripada dingin menjadi lebih dingin . Taehyung pula tak peramah dah macam dulu .
Aduh , pusing gue jadinya . Dua orang itu yang dapat hidayah nak berubah , aku yang kena tempiasnya .
Eih lantak korang . Ingat aku pergi sekolah nak bergaduh sebab lelaki ?
Hell no !
Matang sikit please
Minyak angin fresh care yang baru aku beli import dari Malaysia aku keluarkan lalu aku sapu dekat bahagian leher aku biar segar sikit rasa .
Aku masuk ke dalam kelas tak macam selalu . Selalunya aku buat apa ?
" SELAMAT PAGI DAEHWI ! HAH ! TAK SIAP KERJA RUMAH ?! BAGITAU KANG SAEM !! "
" YUHA ! "
" EI WOOZI BUDAK PENDEK ALA TOMEY TOMEY . BUAT APA TU ? TALI PINGGANG BESAR SANGAT KE ? "
" tak sedar dia lagi pendek dari aku tch "
" BOO SEUNGKWAN ! ASAL PIPI KAU MERAH THO ? KAU CONTENG MUKA KAU GUNA MARKER PEN MERAH KE ? KENAPA ?! DULU KECIK - KECIK KAU TAKDE MAINAN KE SAMPAI NAK MAIN DENGAN MUKA SENDIRI ? "
" ei bangang , kau diam . kau tak tau apa - apa , ni salah satu cara aku lariskan produk aku tau . dah , budak tak cukup nutrisi pergi masuk rahim balik ambil nutrisi daripada eomma kau "
Tu dulu . Sekarang dah insaf .
Insaf sekejap .
Sebaik sahaja aku menapak masuk ke dalam kelas , semua diam tengok aku . Jihoon dengan Xiumin siap bersembunyi dalam almari abad ke - 21 , takut aku kacau diorang .
Aku memandang semua takde perasaan . Ffuh , terasa diri ini cool kejap !
Baejin yang kebetulan terjatuhkan buku dia depan aku pun tak bergerak . Pegun macam zarah - zarah waiseh HAHAHA
Aku mencapai buku Baejin itu . Reaksi Baejin aku perhatikan sahaja . Dia dengan gaya nak lindungi diri dari sinar UV siap pejam mata bagai bila aku pegang buku dia .
" Lek ah , aku tak tampar budak innocent " buku Baejin kini bertukar tangan . Baejin kembali ceria .
" Terima kasih Yuha ! Awak memang terbaik ! " Aku hanya senyum separuh .
Entah senyum separuh macam mana aku pun tak tahu .
Lepas tu , aku terus duduk di tempatku tanpa memperdulikan Jihye dengan Seungkwan yang tengah pandang aku macam aku ni penagih dadah .
" Aku waras lagilah . Jangan tenung aku macam tu " mata Seungkwan aku tutup guna bulu ayam . Sekali hidung dia terbersin aku kerjakan .
Aku hanya tersenyum tipis . Aku takde mood nak menghanat . Maaf korang .
Aku meletakkan kepala di atas meja sebelum aku tutup muka aku guna tangan . Asal aku sedih sangat ni ?
" Yuha " panggil Seungkwan lembut namun aku tak endah .
" Babygirl saya janganlah macam ini " kali ni Jihye pula memujuk .
" Wey jibake . Jangan ah begini . Macam nak jadi arwah aku tengok . Aku nak Yuha yang terencat akal , bukan Yuha terlebih matang perasan dah besar padahal masih budak kecil lagi . Yuhaaaaaa " Seungkwan menggunakan taktik pujukan diva dia tu .
Ah ! Aku takkan termakanlah dengan pujukan kau Boo .
" Yuha , aku ada . Seungkwan pun ada . Kau bahagia je kan dengan kami tanpa diorang sebelum ni ? " Jihye memeluk bahuku erat .
Pernyataan Jihye buat aku sebak .
Aku sayangkan diorang , Jihye . Kenapa diorang layan aku macam ni ? Aku tak tahu apa motif diorang lelagi Jimin .
" Aku belanja kau aiskrim Oreo balik sekolah nanti wey . Kalau taknak , cakap je nak apa asalkan kau menghanat balik dengan aku wey . Tak best ah menghanat dengan Jihye je . Tak syok . Jihye macam mayat hidup kau tau ? "
Jihye terus menjeling Seungkwan tajam . Ada satgi patah tulang belakang ni .
" Yuha , dah . Kau layak gembira tau . Aku sentiasa ada dengan kau , Seungkwan pu-- "
" Aku pun ada Yuha "
Aku mengangkat wajahku , melihat siapakah gerangan orang itu .
" Jungkook ? "
DAY ♡
ㅡ btw terhibur baca komen korang HAHAHAHA terima kasih sangat - sangat ❤ btw relax guys , baru permulaan .
Tak nampak lagi apa sebenarnya Jimin , Taehyung dan even Jungkook sekalipun nak kan ?
Mohon bertenang membaca chapter - chapter seterusnya HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top