0 : 7

Kring !

Oh yeah balik !

Bab - bab balik memang aku paling laju . Sebelum loceng berbunyi lagi aku dah kemaskan barang - barang aku .

Masa aku tengah betulkan kedudukan beg aku , Seungkwan mencucuk pinggangku menggunakan pensel .

" Ape tho ? Sakitlah . Kau nak aku jadi kempis ke ? "

" Bodoh simpan sikit ye tebuan . Tu , buah hati kau tunggu depan pintu tu "

Buah hati ?

" Uh siapa ? Taehyung ke ?! " jeritku tak sengaja membuatkan semua orang menoleh ke arahku termasuk Jimin .

Eh jap , Jimin ?! Jimin ke depan pintu tu ?

Aku pandang Jimin , muka dia dingin semacam . Matilah aku .

Belum sempat aku panggil dia , dia dah jalan dulu . Ala kenapa pula ni ?

" Tu lah kau Yuha , habis madu sepah dibuang " kata Seungkwan kemudian menflip rambutnya dengan gaya diva dia tu .

" Sejak bila kau tahu peribahasa Malaysia ni ? Aku ingat kau tahu duduk diam je bawah tempurung macam katak " ujar Jihye dalam tak sedar dia pun guna peribahasa Malaysia .

Korang berdebatlah , aku nak kejar Jimin ni . Dah dia ajak aku jumpa mak mertua petang  ni eh HAHAHA

" Aku balik dengan Jimin tau hari ni . Apa - apa aku bagitau kat group "

" WOOO SELAMAT MAJU JAYA KIM YUHA "

apekah ? Ingat aku nak pergi berperang ke ?

Berdesup aku berlari cuba mengejar Jimin . Nasib baik dia jalan perlahan .

Bila dah dekat , aku segera melompat - lompat di hadapannya acah comel jap .

" Jimin ah ~ Park Jimin ~! " panggilku persis anak kecil nak minta aiskrim dekat appa dia .

Tak berjaya siot HAHAHAHHA k aku malu jap

Takpe takpe , Yuha bukan seorang yang mudah mengalah . Mana boleh berserah !

Aku menghulurkan kedua-dua tanganku kepadanya. Dia perhati je aku buat apa . Tak masalahnya aku pun tak tahu aku buat apa HAHAHAHA asal aku macam kena penyakit Rabies ni ?

Mari lihat Kim Yuha beraksi !

" Awak , awak pilih nak tangan kiri ke tangan kanan ? "

Aku nampak Jimin dah kerutkan dahi dia . Hala aku tau mengejut , pilih je .

" Kanan " jawabnya sepatah .

Aku tersengih seorang diri macam cute girl dalam animasi si nopal .

" Kenapa tak pilih dua - dua ? Sebab dua - dua kan awak punya HEHEHEEERHEHE "

Okay aku seorang je gelak macam ada gangguan psikologi . Aduh , susah ah memujuk dia ni .

" Awak , awak janganlah macam ni . Awa-- BAPAK GELI SIA WERK "

Aku takleh tho , aku jadi ergh fobia jadi lembut ni , macam jadi maknyah aku rasa HAHAHAHA

" Okay serius , Jimin janganlah macam ni . Kita nak jumpa eomma awak kan ? Mana boleh sedih - sedih , kenalah gembira kan ? Saya main - main je tadi tu . Sa-- "

" Kau dah suka kat aku eh ? " jawabnya sinis . Dasar anjayyyy . Ergh perjanjian ini sungguh menyeksakan jiwa dan raga !

" Ke situ pula . Aku sumbat gak dia dalam loji ni nanti " kataku dalam nada yang perlahan namun masih dapat didengari oleh Jimin . Lantak dia !

" Nanti sampai sana kau jangan jadi kepoh macam ni . Eomma aku tak suka bising - bising . Kalau kau bising , aku tinggalkan kau dengan eomma aku semalaman faham ? "

Eh dah kenapa pula aku kena tinggal dengan eomma dia ? Hanat tul dia ni . Habis kau anak dia macam mana ? Hak alah .

Aku mengikut sahaja gerak langkah Jimin daripada belakang sampailah dia tarik aku supaya berjalan sebelah dia .

Jimin ni yeah nampak baik tapi sebenarnya dia nak lindungi diri dia daripada terkena lumpur tepi jalan . Tu yang jadikan aku perisai dia :)

Jauh jugalah tempat eomma Jimin ni tinggal . Lepas tu , macam terpencil pula . Sunyi je .

Bila lalu je tanah perkuburan , aku terus peluk lengan Jimin . Aku tak kisahlah dia rimas ke apa , janji aku rasa selamat bila buat macam tu .

Tanah perkuburan siot , seram tu .

Semakin lama berjalan , semakin kami berdua masuk lebih jauh ke dalam kawasan tanah perkuburan tu .

" Jimin , kita nak pergi mana ? Jauh lagi ke rumah eomma awak ? Kenapa lalu sini ? Saya takutlah " kataku jujur sumpah suwer aku takut pergi tempat macam ni .

" Diam jela , aku dah kata jangan bising kan ? Aku ada je kan dengan kau ?! "

Terus aku mengunci mulut . Dalam masa dia marah , dia buat aku rasa dilindungi . Ah , gumawo Jimin !

Langkah Jimin terhenti . Begitu juga dengan aku . Kami kini berdiri di hadapan sebuah pusara .

Aku menoleh ke sebelah dan menatap Jimin buat seketika . Aku tak bermimpi kan ?

Ji-Jimin nangis ?

Dengan sedu sedan dihiasi senyuman manis di wajah , Jimin berkata , " Eomma , Jimin datang bawa dia "

Kenapa ni ?

DAY ♡
nak tanya wey , tak hambar ke HAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top