0 : 1
Di keheningan pagi dengan angin sepoi - sepoi bahasa , terdapat sebuah kumpulan yang sering menjadi buah mulut warga sekolah, The Trio's of Hanat sedang mengira semut .
" Hala bucuk-bucuk . Haa tengok tengok ! Paling banyak semut datang berkunjung ke plastik aiskrim aku tau ! " Ya , tu dia suara Kim Yuha , seorang gadis terlebih glukosa dalam badan sedang menjerit kecil kerana teruja melihat semut yang datang .
Kang Jihye dan Boo Seungkwan sekadar memerhatikan Yuh-- eh aku dengan pandangan mata menyampah .
" Kau merepek apa ni ? Buat opera cina pepagi buta buat apa ? Main ayat sastera bagai . Blah ah kau , loya aku dengar " kutuk Seungkwan siap buat mulut nak terkeluar segala isi di dalam .
Ew jijiks !
" Entah Yuha ni . Kena sawan anjing gila gamaknya semalam . Tu tetiba jadi macam ni . " Ujar Jihye kemudian menggulingkan matanya ke atas .
Alema , nanti biji mata kau kejang baru tau !
" Semut berkawad satu satu hora hoorey ! " Aku abaikan mereka berdua . Sambil duduk mencangkung , aku meneliti kumpulan semut itu cuba untuk menghabiskan aiskrimku yang terjatuh tadi .
Hilangkan kesedihan , tu yang aku jadi macam tu .
" Weh Yuha , kau nak aiskrim tak ? " Dengan pantas aku meluru ke arah Seungkwan , dengan pantas juga dia menahan dahi aku guna tangan dia .
" Anjing gila , jangan dekat ish ! "
Oh suka sangat panggil aku anjing gila eh ?
Dengan senyuman manis di wajah , aku menggigit lengan Seungkwan sekuat hati menyebabkan suara batinnya keluar sekali .
" Woi ! Kau kebulur sangat ke hah ?! Takde nasi ke kat rumah kau ? " terus dahiku ditampar kuat oleh Seungkwan . Dasar anda .
" Dah kau panggil aku anjing, aku mengamuk ah . Cuba kau panggil aku arnab ke , hamster ke , sayang ke hah kan cair aku dengar . " aku memandang Seungkwan sambil mengerdipkan mata beberapa kali membuatkan Seungkwan bertindak seperti terkena renjatan elektrik .
" Jangan nak mimpi lah aku panggil kau sayang . Muka kau ni layak dipanggil syaitan ! " aku duk perhati je si Boo ni mengutuk aku depan mata .
" Ha bergaduhlah bergaduh . Sampai mati korang bergaduh . Nanti dalam kubur bergaduh lagi " ha aiyok , Jihye siap berpeluk tubuh tengok kami berdua perang mulut dari tadi .
"Heee mianhae Jihye sshi . Kata tadi nak belanja aiskrim kan , apa syarat dia ?" leher Jihye aku peluk erat . Kes mengampu ni kena jadi bijak , baru berkesan AGAGAGA.
Jihye memandang aku dengan senyuman penuh makna .
Kemudian , dia membisikkan sesuatu ke telingaku . Aku mengangguk faham .
" Kacang je tu "
❤❤❤
" Ada nampak tak ? " setelah bertanya dengan hampir dua puluh orang pelajar , akhirnya kelibat pelajar yang dicari - cari jumpa juga .
Kelihatan pelajar itu sedang bercerita dengan crush aku , Taehyung .
Ah, maaf aku terpaksa ganggu demi aiskrim ! Nanti aku sambung meroyan sebab Taehyung .
" Err maaf, boleh saya jumpa dengan Jimin sunbae sekejap ? "
Bapak sopan aku tho HAHAHASHA
Park Jimin kelihatan sedikit terkejut sebaik sahaja nama dia aku sebut . Hala sebut je pun , bukan sebut untuk akad nikah lagi .
" Em sure why not ? Saya pun ada kerja juga ni . Go on " sekuntum senyuman indah diberikan kepadaku membuatkan aku melebur seperti iceberg di kutub utara .
" Goodluck ! You're the best president ever and ever and never stop make my heart dugeun dugeun everytime I see you cieee eh tiber HAHAHAHA "
Aku menepuk dinding sambil tergelak mengenangkan betapa bodohnya aku sekarang ini . Aku buat apa sia ?
Tapi takpe , Taehyung gelak apa MUAHAHAHA sis bangga .
" Ok thanks cutie "
O H S H E T !
Akibat terlalu syok sendiri mengenangkan diri ini dipanggil comel oleh kerash sendiri , aku terlupa makhluk yang aku nak jumpa ni .
" Kau jangan nak gembira sangat lah . Dia cakap macam tu dekat semua orang . Kau dengan orang lain sama je dekat mata dia "
//bunyi kilat menyambar//
" Hala awak ni , pemusnah kebahagiaan betul . Baru nak berangan kejap , tu pun takleh " kataku dengan nada merajuk .
Ey gediknya kau Yuha !
" Kau nak apa ? " malas nak layan , Jimin terus soal kehendakku .
" Main TOD jom ? " sebaik sahaja aku mengajaknya untuk bermain , dia terus tergelak besar dan kedengaran agak sinis .
" Kau entah siapa aku tak kenal tetiba ajak aku main TOD ni kenapa ? "
Aku mencebik . Babun la, asal lelaki ni acah macho eh ?
Kalau bukan sebab aiskrim , taknak aku buat tau .
" Pelajar lain cakap awak ni sporting lah, apalah rupanya dusta semata - mata je ? Ish ish ish fake ! "
Terus pipi aku dicengkam lembut oleh Jimin membuatkan aku terkesima .
Kau jangan , mulut aku dah macam itik ni . Bila - bila masa dia boleh curi first kiss aku wey !
" Baik sayang , truth or dare ? " tak cukup dengan panggilan sayang , lirikan mata dia yang menggoda turut buat aku khayal seketika .
Yak ampun , fokus Yuha fokus ! Demi aiskrim Cornetto !
" Dare " entah mengapa aku sebut perkataan dare yang menyebabkan hidup aku berubah seratus peratus .
Jimin tersenyum kecil kemudian berkata , " Aku nak kau janji kau akan jatuh cinta hanya dekat aku dan bukan orang lain dear Kim Yuha "
What da heck ?!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top