Terima Kasih Kepada Semua ♡
Assalamualaikum dan Hai ❀
Alhamdulillah MMCPD berjaya ditamatkan , walaupun mengambil masa 2 tahun setengah agaknya untuk dihabiskan hahaha!
2 juta pembaca .
Bukan angka yang kecik ye...
Targer sebenar author , author nak 1 juta pembaca je! Masa dapat je 1 juta pembaca tu. PERRGHHHHHH!!!! Happy gila , sebab first time kot fanfiction sendiri dapat 1 juta pembaca!
Masa dapat 1 juta pembaca tu , MMCPD baru 40% daripada nak habis. Jadi demi nak habiskan 60% lagi tu , author ambik keputusan nak sambungkan kat satu Book sahaja. Taip punya taip dengan hiatus berbulan bulan akhirnya author dapat!
2 juta pembaca.
Author salute betul dengan korang yang sabar tunggu dan baca MMCPD , lagi-lagi yang betul betul tunggu dari chap 1 sampailah chap 182. Korang memang HEBAT ♡
Yup author hiatus , itulah hiatus paling lama author pernah buat kat Wattpad. 4 bulan author update 1 chap je , lepastu author hiatus lagi 4 bulan. Lepas 4 bulan tu author update 1 chap lagi.
Sampailah author tenangkan fikiran , tolak masalah yang datang ketepi dulu. Akhirnya author dapat update ber chapter chapter dalam masa yang sekejap!
Author kesian dengan orang yang setia dengan MMCPD dari awal , sampai bila author nak biarkan MMCPD berlarutan tanpa ada akhirnya kan? Jadi setelah fikir masak-masak , sampai hangus dah pun. Author buat keputusan dengan azam untuk habiskan MMCPD sebelum 2019 tiba , dan ia berjaya! Author dapat tamatkan MMCPD pada 8 September 2018!
Terkejut bila author dah lama hiatus kan , author masih dapat noti yang orang vote chap baru. Author fikir orang dah fedap dah dengan MMCPD. Sebab author tengok ramai dah orang baru yang buat fanfiction best-best , kita yang lama kat Wattpad pun takleh lawan ><
MMCPD lah fanfiction paling lama yang author pernah buat , fanfiction author yang dulu dulu tu kan. Paling lama 9 bulan dan paling cepat pun 5 bulan macam tu. Tapi MMCPD mengambil masa 2 tahun setengah untuk tamat! Betapa drama sungguh author mu yini!
Terima kasih kepada yang sudi baca MMCPD , tak kiralah korang baca dari chap 70 ke dari chap 80 ke yang penting korang baca MMCPD!
Terima kasih sangat sangat kepada yang betul-betul baca MMCPD dari chap 1 sampailah chap 182 , Allahu. Koranglah yang terbaik , korang lah yang author sayang ♡
KEPADA SEMUA PEMBACA MMCPD!!!
Author sayangkan korang , author harap fanfiction korang boleh berjaya dan author harap korang sudi untuk baca fanfiction author yang lain ♡
Terima kasih semua untuk perjalanan MMCPD selama dua tahun ni , anda semua lah yang terbaik ♡
-
Dah penat membebel kat atas tu , author nak bagi berita gembira!
Sequel MMCPD telah dipublish yang bertajuk Utusan Dari Langit yang mengisahkan tentang kisah cinta Jeon Jungkook .
Selamat membaca semua! ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top