U I ° T U J U H

Harap korang enjoy dengan ff yang Wauthormelon buat ni 💖

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 07

Setelah bersarapan, aku kembali ke kamar setelah menerima panggilan daripada pegawai tertinggi unit risikan dan intipan.

"Ya, Pegawai Jang. Ada apa hubungi saya?"

"Identiti mereka sudah dikenal pasti, tapi hanya sebahagian sahaja yang kami ketahui" keterangan daripada Pegawai Jang buatkan aku tergamam.

"Aktifkan kanta lekap. Saya nak hantarkan maklumat mengenai mereka" arahnya. Dengan sekali kedipan mata, kamera berupa kanta lekap diaktifkan.

Maklumat itu dibacaku dengan penuh teliti.

______________________

Kim Namjoon
Umur : 26 tahun
Kepakaran : Mahir dalam seni mempertahankan diri dan penembak yang handal
Pekerjaan : -Tidak diketahui-

Kim Seokjin
Umur : 28 tahun
Kepakaran : Memasak, tetapi lebih menggunakan bahan 'eksotik'
Pekerjaan selain artis : -Tidak diketahui-

Min Yoongi
Umur : 27 tahun
Kepakaran : Bijak dalam menguruskan sesuatu, lebih-lebih lagi melibatkan kewangan
Pekerjaan selain artis : -Tidak diketahui-

Jung Hoseok
Umur : 26 tahun
Kepakaran : Pakar dalam bidang pengintipan dan -tidak diketahui-
Pekerjaan selain artis : -Tidak diketahui-

Park Jimin
Umur : 25 tahun
Kepakaran : Pandai menghasut orang dan menggoda klien
Pekerjaan selain artis : -Tidak diketahui-

Kim Taehyung
Umur : 25 tahun
Kepakaran : -tidak diketahui-
Pekerjaan selain artis : -tidak diketahui-

Jeon Jungkook
Umur : 23 tahun
Kepakaran : Mahir dalam mengakses laman web yang tidak ketahui ramai
Pekerjaan selain artis : -tidak diketahui-

_____________________

Fikirku mula menerawang jauh seusai membaca maklumat yang tidak lengkap mengenai mereka bertujuh.

Kini, fikiranku sudah membayangkan keadaan yang mungkin terjadi. Nampak gayanya, aku perlu berhati-hati dengan gerak geri kumpulan K-pop berkenaan.

"Cik Chaeyoun, Cik Chaeyoun" suara Pegawai Jang yang bergema di gegendang telinga menyedarkan diriku daripada mengelamun.

"Disebabkan maklumat lebih lanjut tiada di dalam rekod, jadi saya nak kamu mulakan siasatan secepat mungkin."

"Baik, tuan"

"Heh kau tengah cakap dengan siapa tu?" satu tangan mengetuk-ngetuk pintu bilik dari luar.

Dengan penuh-penuh gelabah, kanta lekap yang memaparkan maklumat Bangtan Sonyeondan terus aku nyahaktifkan. Aku terpinga-pinga menghampiri pintu sebelum tombol dipulas.

Aku terkaku lantaran wajah kacak Taehyung menyapa keseluruhan pandangan. Entah apa alasan yang patut kuhuraikan.

"Em— tadi Bang PD call aku. Hehe biasalah, panggilan tuan memang aku khaskan untuk dia, suka-suka" belakang leher aku gosok penuh gentar. Harap pembohongan ini dapat diterima Taehyung.

Bibir jejaka bersenyuman petak itu membulat seperti huruf 'o', mungkin mengerti yang aku perkatakan. Nasib dia tidak mempersoalkan lebih lanjut.

Tanpa segan silu, Taehyung menapak ke arah aku lalu menghempaskan tubuhnya atas katil. Wajahku menjadi mangsa renungan menggodanya. Aigoo, kenapa Taehyung makin tampan bila tengok depan-depan? Patutlah ARMY menyukai jejaka ini, wajahnya antara main point yang menarik perhatian, selain dari sifatnya yang disenangi oleh mereka.

"Kau okay ke tak ni?" aku sekadar mengangguk kecil sebelum berpaling dari wajah Taehyung.

"Eleh, tak payah malu-malu Aaron oi. Kitakan sama-sama lelaki, lainlah kalau—" telapak tangan Taehyung menyapa pipiku lalu menolak perlahan wajahku memandangnya.

"—Ghei!" anak mataku mengerling tepat kepada gerangan dua jejaka yang bersandar pada pintu bilik. Tak lain tak bukan 'seketul mochi' lahanat dan 'seekor arnab' durjana.

"Sah-sah Aaron malu nak tatap muka kau sebab dia sukakan kau dalam diam, Tae oi~" sampuk Jimin. Jungkook yang berdiri di situ turut mengangguk, setuju akan kenyataan mochi itu.

"Betul ke Aaron?" soal Taehyung untuk kepastian. Makin mendebar nak ungkapkan jawapan.

"Ma—mana ada! Diorang tu au—ta sebab jeles ARMY banyak shipkan kita berdua sebagai Taaeron" pantas aku berdalih.

"Hah gagap tandanya ghei!" hambur tawa setan Jungkook dan Jimin. Taraguna!

🍉🍉🍉🍉🍉

Terima kasih kerana menjengah seketika ke fanfic saya ni ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top