U I ° S A T U

Anda akan mula beraksi di sini, sediakan pakaian penyamaran sekarang 😎

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 01

Rambut palsu menyerupai lelaki telah kusarungkan atas kepala ditambah pula dengan bengkung yang sememangnya sedia menyembunyikan bentuk badan wanitaku. Tak lama selepas itu, aku beredar dari bilik salinan pakaian.

Baru saja menghenyak punggung atas kerusi, anak mataku beralih pada pintu bilik yang diketuk seseorang dari luar lalu terjengullah wajah seseorang.

"Aaron, lagi sepuluh minit persembahan akan bermula. Tolong bersiap sedia di belakang pentas" arah kru produksi siaran TBS World.

"Alright! " ujarku yang patuh akan arahnya.

Beberapa sentuhan terakhir jurugayaku lakukan sebelum menapak keluar dari bilik pakaian dan mekap. Sepasang mikrofon berupa subang digantung pada cuping telinga yang sudah ditebuk.

"Pastikan kau berlagak biasa dengan member BTS. Jangan nak berfangirl pulak, kau tu yang perform atas pentas dengan diorang" pesan rakan sekerjaku, Song Eunmi yang menyamar menjadi jurugayaku.

Aku memandangnya terus mengeluh kecil. Penat ada rakan sekerja yang kuat memerli.

"Kau ingat aku ni ARMY dari pagi sampai malam tatap laptop aje? Aku pun ada kehidupan sendirilah, lagipun kerja berfangirl tak mendatangkan apa-apa hasil kau tahu? Baik aku bersiap sedia untuk persembahan nanti" sindirku tanpa berkias. Malas nak jaga hati orang.

Eunmi si EXO-L menikus malu. Kata kat orang, kena batang hidung dia balik.

Selepas menapak keluar dari bilik persediaan, aku meluru ke arah kru produksi dan ahli kumpulan BTS dimana kumpulan kami pula akan membuat persembahan seterusnya.

"Haish lembab macam sloth"

"Kau pakai baju ke jahit baju? Lambat sangat ni" herdik si Jimin dan Jungkook.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk kekalkan ketenangan dalam diri. Kalau aku ni jenis panas baran, sudah lama leher mereka aku kepak-kepakkan. Di balik geram yang menebal, aku membalas herdikan mereka dengan merobek senyuman dibuat-buat.

"Lambat-lambat dia pun, sempat juga dia ke sini" ujar Taehyung yang cuba memihakku. Bagus Tae😘

"Sudah-sudahlah bertekak tu, sekarang ni giliran kita pula" Namjoon melambai tangan untuk mengajak yang lain naik atas pentas.

You can do it, Aaron Tae Keun Choi.

🍉🍉🍉🍉🍉

Memandangkan fanfic ini berbeza dari Wauthormelon karang sebelum ni, so che nak buat target. Kalau capai 20 reads dan 10 votes dalam chapter ni, Wauthormelon janji akan update chapter baru. 🙉💋

Tags

QISTINA- naddemilkeu crazykiddo- iamputr1 troublemaker_gurl pyaball eurinxx_ leaapayton lolypopxx  yk_hyun ensiteh taetaekimisbae Taehidungoreng-
Tasya_Zaki474  jeonfab
fluffyeosang-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top