U I° L I M A B E L A S
Enjoy yer✨ anyways your vote and comment are very meaningful to me 😝❤️
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 15
Aku menarik nafas lega setelah menerima kad pengenalan yang baru. Mujurlah Interpol dan unit pengintipan di sini sanggup memberi kerjasama pada misi kali ini. Wajahku turut ditukar sedikit melalui pengesan muka yang dinaiktaraf pada bedak compact, agar Jimin tidak dapat cam aku.
Kad perniagaan diberi Jimin aku teliti kesekian kalinya. Adakah aku silap melangkah masuk ke tempat lain?
Melihatkan suasana sekeliling yang dipenuhi dengan simbahan pancaran lampu berwarna warni dan pelayan perempuan, aku pasti ini pusat hiburan. Dengan keadaan sebegini, aku pun cepat-cepat mengaktifkan sistem kamera rakaman berbentuk bari-bari.
Sedang aku mengawal kamera melalui pergerakan anak mata, aku didatangi seorang lelaki yang segak bergaya bersama gelas kaca berisikan minuman keras.
Mataku sedikit terlopong berikutan pakaian kemeja jenis denim tersarung pada tubuhnya tidak dibutangkan sepenuhnya, maka terdedahlah bahagian yang sepatutnya tidak patut aku pertontonkan.
Tanpa segan-silu, dia mengambil tempat bertentangan denganku. Aku pun cepat-cepat berlagak biasa, lakonan sebagai Cheryl Bourdaix-Kwon perlu diteruskan.
"Ingat tak nak datang" Jimin mengulum senyuman seperti gembira akan keberadaan aku.
"Dah orang ajak, mestilah saya datang" aku tersenyum kekok. Mahu saja aku tegur akan pemakaian terdedahnya. Tapi takut pula dia tanggalkan kemeja tu nanti, jadi aku batalkan saja niat murni itu.
Wajahku ditenung dalam oleh Jimin sebelum segelas minuman keras dihulurkan terus padaku. "Muka Cik Cheryl ni tak bermayalah, mesti penatkan?"
Aku akui, perjalanan singkat dari Monaco ke Paris telah mengerahkan banyak tenaga dari badan. Rasa sengal-sengal di seluruh badan masih lagi terasa.
"Cuba rasalah"
Tanpa ragu-ragu, aku mencapai gelas berisi minuman pemberian Jimin.
"Vodka? Champagne?" gelas tadi aku pegang ditenung lama, cuba mengesyaki sesuatu. Takut-takut ada dadah sengaja diletakkan dalam minumanku.
"Taklah, tu cuma coke biasa. Saya ingat awak bukan kaki minum. Nak saya tukar minuman lainkah?" balasnya lantas meneguk minumannya. Aku sekadar menggeleng.
Ouh selama ni aku buat andaian sendiri rupa-rupanya. Aku pun tanpa sebarang syak wasangka lantas meneguk minuman berkarbonat itu.
"Em sedap" akuiku sejurus minuman berkarbonat sudah membasahi tekak.
"Mestilah, saya perah sikit lemon" kenyitan menggoda Jimin dihadiahkan buatku, hampir saja postur tubuh ramping aku ini hilang seimbang akan lagak spontannya.
Dalam berbual mesra bersama Jimin, kerja pengintipan tidak aku lupakan. Segala maklumat akan premis hiburan ini segera aku peroleh, namun penglihatanku kian mengabur tiba-tiba. Jangan kata yang aku-
"Hwarggghh~" aku menguap semahu-mahunya. Entah kenapa kantuk menguasai diri.
"Cik Cheryl ni mengantuk sangat ni."
"Haah" ujarku acuh tak acuh. Mungkin angkara tempoh tidur yang begitu singkat.
"Mari saya teman cik pulang ke bilik" pelawa jejaka itu yang sudah menghulurkan tangan.
"Eh tak apalah. Saya boleh balik sendiri" aku menolak pelawaan Jimin mentah-mentah, huluran tangannya kutepis perlahan. Aku pun bingkas berdiri sebelum membuka langkah.
Tubuh longlai ini cuba kubawa ke depan pintu premis, namun ianya terlambat tatkala pandangku mulai kelam.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Kelopak mataku dibuka perlahan-lahan tatkala cahaya mentari menerobos masuk ke ruang bilik- eh bilik hotel aku ke ni?
Aku terpinga-pinga sambil menghayun langkah ke sana sini di bilik hotel, yang pastinya bukan ditempah aku sendiri.
Namun, pertanyaan akan keberadaan aku kini sudah terjawab berikutan terdapat sehelai kertas berupa nota ditinggalkan di meja lampu.
Kertas yang terselit bawah tas tangan terus diambil. Satu per satu bait perkataan dicoret seseorang kubaca dalam hati.
------------------------------------
Maaf atas hal semalam, lepas-lepas awak pengsan saya tak tahu hotel mana yang awak menginap. Jadi, saya pun tempah bilik ni khas untuk awak. Pasal bayar balik, jangan bimbang. Saya tanggung kosnya ;)
Bakal pakwe Cheryl,
Park Jimin
------------------------------------
Sejurus mengingatkan urusan kerja yang perlu diselesaikan, aku menghampiri birai katil sebelum menghempas kuat tubuh atasnya.
Fikiranku mulai berselirat pabila misi yang dijalankan semalam separuh jalan. Kanta lekap berupa kamera aku aktifkan untuk melihat ulang tayang insiden semalam.
Nafas kekesalan jelas terhambur keluar seusai menonton semula video yang hanya berdurasi 13 minit 36 saat, dimana ianya dirakam sebelum aku pengsan.
Biarpun diselubungi perasaan kecewa, aku cuba gagahkan diri untuk menghantar video tersebut ke unit risikan dan pengintipan.
Nampaknya, misi pengintipan di Paris tidak berjalan seperti yang dirancang.
🍉🍉🍉🍉🍉
Sorry kalau tak berapa menarik. Wauthormelon akan update the better one soon.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top