U I ° D U A P U L U H T U J U H
🍉🍉🍉🍉🍉
𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 27
Kelopak mata bundar dicelik YooRa perlahan-lahan memandangkan terdapat keamatan cahaya yang terang menyilau penglihatannya.
Melilau liriknya anak mata mengenal pasti lokasi dia berada kini, baginya kawasan ini kelihatan seperti gudang terbiar. Mahu saja bingkas bangun dari pembaringan atas permukaan berbonjol dan tidak rata, pandangannya terpaku pada tubuh figura seorang lelaki yang lengkap berpakaian suit serta menutup keseluruhan wajah.
YooRa hanya mampu menelan liur penuh perit tatkala lelaki membawa diri ke arahnya bersama senapang patah jenis AK-48 dan satu fail berwarna jingga.
"Saya dekat man—"
"Kata rindu Nancy, sebab tu aku bawa kau ke sini" laju lelaki itu mencelah pertanyaan gadis yang masih lengkap beruniform sekolah. Satu baldi berwarna merah yang tidak jauh dari tempat mereka diangkat lelaki berkenaan.
Disebabkan ingin tahu akan isi dalam baldi tersebut, YooRa melangutkan kepala namun sempat dihalang si lelaki misteri.
"Sebelum kau tengok apa benda sebenarnya dalam ni, bagi aku baca sikit info pasal kau dulu" terpempan si YooRa melihat lelaki misteri itu membelek fail yang dipegang.
"Shin Yoora. Umur 19 tahun. Seorang anti-BTS yang paling berpengaruh tetapi mempunyai kawan baik yang merupakan sasaeng ARMY. Biar betul?" terjungkit sebelah kening milik lelaki misteri itu sebelum mencampak jauh fail tersebut.
Dia makin menghampiri YooRa lalu mencengkam kuat dagu gadis belasan tahun itu sambil menjegil biji mata.
"Pernah melakukan ugutan untuk membunuh ahli kumpulan BTS di konsert kembara antarabangsa." info mengenai gadis itu dihafalnya tepat membuatkan YooRa menggigil ketakutan.
"Pernah merancang untuk mengebom bangunan BigHit Entertainment namun gagal setelah polis menjumpai sebuah bom yang ditinggalkan dalam kereta diparkir hadapan bangunan tersebut.
Disebabkan status kekayaan dimiliki keluarga, dia sanggup menghabiskan wang ibu bapanya untuk membeli seberapa banyak album keluaran BTS lalu dibakar, woah dasar dengki tak bertempat" lelaki itu menyudahkan bicara tentang info Yoora si anti-BTS dengan herdikan.
"Macam ma—na kau tahu?" tergagap-gagap YooRa mengeluarkan suara.
"Pasal itu, kau tak perlu tahu. Yang penting sekarang aku nak tahu satu perkara saja daripada mulut kau. Apa sebab kau lakukan semua ancaman tu untuk musnahkan 'empayar' kami?
Kalau jawapan kau kedengaran relevan dan boleh diguna pakai sebagai hujah kau, aku lepaskan kau. Tapi, kalau jawapan kau buat aku rasa tak puas hati em, sorry to say, kau akan jadi sebahagian macam dia orang—" tudingnya menuju tepat ke arah tempat Yoora pengsan tadi.
Pantas dia meninggalkan tempat itu sambil meraung ketakutan. Mana tidaknya, tempat dia berbaring itu merupakan mayat-mayat sasaeng ARMY dan anti-BTS yang mati bergelimpangan.
"—atau nak jadi macam kawan baik kau?" lelaki mencampakkan lebihan anggota kepunyaan Nancy Hwang keluar dari baldi.
Sesungguhnya, YooRa berasa gerun berhadapan lelaki tidak diketahui identitinya itu.
"Cepat bagitahu sebelum aku tembak kepala kau" ugutnya lalu mengacukan senapang patah betul-betul depan mata YooRa.
"Baik, baik! Hergh, sebenarnya aku buat semua itu untuk kepuasan diri sendiri. Yes for my own desire. Sebab aku tak puas hati lepas-lepas lelaki gemuk tu singkirkan aku jadi trainee dalam syarikat tu.
Even dah bertahun lamanya, tapi aku masih berdendam dengan syarikat BigHit. Sebab itulah, aku bercadang untuk jatuhkan korang bertujuh!" melulu Yoora menyudahkan percakapannya sehingga satu tepukan kecil menyinggah ke gegendang telinganya.
"Daebak, daebak. Tapi aku tak puas hati satu perkara saja. Suara kau yang melalak tu, memang patut tak layak pun jadi trainee syarikat 'appa kesayangan' kita orang, bukannya lelaki gemuk macam kau katakan"
Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan, akhirnya lelaki melepaskan tembakan tepat mengena pada dada YooRa di sebelah kiri.
Yoora kemudiannya rebah ke bawah. Sekarang baru dia mengerti dan merasai sebuah penyesalan. Dia terkedu sejurus lelaki misteri itu menanggalkan topeng mulut.
"Hoseok oppa?"
"Hehe tau juga kau nama aku. Ingat jadi anti-BTS tak reti apa langsung. Okeylah setakat ni sajalah pertemuan kita, ada orang upah suruh bunuh kau, iaitu ketua aku sendiri. Aku sekadar menurut perintah saja, sayonara"
Darah memercik keluar mengena wajah tampan Hoseok seusai kepala YooRa ditembak pada jarak dekat.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Mataku membeliak apabila darah membasahi lensa kamera rakaman yang aku perhatikan. Memandangkan lokasinya sudah diketahui, jadi aku segera membuat panggilan kecemasan.
🍉🍉🍉🍉🍉
Masih berbaki beberapa orang saja lagi 😎
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top