32 'ragu-ragu
"ariel dah tidur ?" qareena mengangguk kepala lalu menutup pintu. segugus kunci diberi pada gadis itu sebelum pintu bilik yang diduduki ariel dikunci dari luar
"balkoni semua dah kunci ? aku taknak dia lari lagi"
"tu la kau, lain kali ikut plan aku" jungkook mengguling anak mata ke atas. dukungan dibelakangnya diperbetulkan
"aku tak minat dengan budak macam tu. lagipun kau tahukan aku bukannya nak berkahwin sangat. kertas yang dia tandatangan hanyalah hela aku"
"tch. kalau bukan disebabkan vaksin tu, tak adanya aku nak kutip dia" sambung jungkook lagi dan melangkah turun ke bawah.
"kau pasti ariel takkan terjaga ?" qareena berdecih sinis. dia memetik jari tepat dihadapan batang hidung jungkook
"ini qareena. apa yang aku plan semuanya semudah abc dan memberi kesan yang bagus. bukan macam kau, buat plan tapi gila tak guna juga"
"biarlah aku saikokan otak dia sebelum dia lupa semuanya." giliran qareena pula menggulingkan anak mata.
pintu bilik air yang berada jauh sedikit dari kawasan yang sering dibersihkan oleh ariel dituju.
"kau pasti jimin takkan mati lepas ni ? ni kali kedua kau buat pada dia, risiko kehilangan nyawa agak tinggi "
"aku yakin dengan tindakan aku. lepas saja jimin dan ariel jadi seperti mana yang aku mahukan, kita akan beroperasi seperti biasa."
"kau tak takut dengan kumpulan lawan kita ? kumpulan ayah kau sendiri" jungkook mengalih kepala menoleh ke arah qareena yang berkata mendatar.
dia berdiam diri sambil mata meihat gerak-geri gadis yang sedang memasukkan kata laluan untuk membuka pintu yang tersembunyi dibalik bilik tersebut
"kau pula ? takkan tak takut dengan kumpulan ayah kau ? dia Ketua Polis seluruh Korea dan Amerika Syarikat." jungkook berkata dengan bernadakan sinis.
"dia terlalu mengkongkong hidup aku, aku bosan dengan perangai dia. lagipun selepas kita buat plan untuk bertunang, dia terus suruh aku duduk rumah dan terus mengkongkong. aku--ugh"
"dia nakkan yang terbaik untuk kau."
"hidup aku bermain dengan senjata dan berkelakuan agresif. kenapa dia perlu menyemak dalam hidup aku ? baju aku dalam almari yang berwarna-warni tu bukan aku yang beli tapi dia. panjang, labuh dan besar. ugh serabutlah sial"
qareena merungut dengan membuat wajah. dia menolak sebuah pintu bawah tanah yang sudah lama tidak dikunjunginya. kerusi yang sedikit berhabuk, didudukinya membuat jungkook tercengang
"wah, betul-betul tak macam perempuan terakhir korea kau ni"
"sudahlah kau." balas qareena.
jungkook meletakkan tubuh jimin yang tidak bermaya diatas katil lama milik hospital. rambut yang menutupi dahi jejaka itu diselak, leher yang berbirat juga disentuh perlahan
"bukan main ganas kau malam tadi"
"aku rindukan dia. kau apa tau" ujar jungkook perlahan sejurus mendudukan diri diatas kerusi yang ditariknya.
bilik bawah tanah tu tak adalah kotor sangat. dia seperti ruang tamu rumah mewah tetapi disebabkan dah lama sangat tak masuk, jubin yang dibeli pun boleh bertukar warna.
kalau mereka berdua bersihkan, mau air kopi sebaldi mereka dapat nanti.
"doktor kau sampai pukul berapa ni ? lambat betul lah, penat aku tunggu" jungkook sekadar mengangkat bahu. dia mengeluarkan telefon dari kocek seluar
"aku nak tanya kau, kau dah selidik latar belakang ariel ? sebab aku sedikit was-was dengan aurora, kakak tiri dia"
"apa yang kau nak curigakan ? aurora tu hanya pekerja sebagai pembantu syarikat Han di Gangnam. latar belakang mereka semuanya clear."
"malam sebelum ariel dibolehkan balik, aku ada datang nak jenguk isteri kau tu tapi aku dengar kakak dia menangis meraung panggil abang dia. bila jimin datang peluk dia, barulah dia tenang sedikit."
"kau pasti dia tak ada apa-apa ?"
"biarlah dia nak meroyan ke apa. yang penting, tak kacau plan kita. sikit lagi qareena misi kita akan berjaya. kita dapat je vaksin tu, kau akan kawal jimin dan aku akan kawal ariel. latih mereka berdua dan akhir sekali kita akan bertarung dengan kumpulan ayah aku. aku akan pastikan ayah aku melutut sujud minta maaf pada kaki aku"
"kau pasti ?"
"apa maksud kau ?" qareena berdecih
"kau pasti takkan ada kumpulan ketiga dan keempat ? masa tu, perkara yang kita tak jangka, boleh berlaku. aku takut masa tu polis akan ada sekali"
"mereka takkan ada kalau salah seorang dari kita tak bocorkan rahsia ni pada mereka." jungkook memandang qareena dan qareena memandang jungkook. mereka berdua bersaing membalas pandangan
"ataupun, pihak ketiga diantara kita"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top