02 'anggapan
'sehidup semati dengan dia, memang agak perit. dari pergi sampailah balik semula memang aku rasa tak sedap hati' getus hati ariel
dia melihat jungkook yang terlalu fokus dengan jalan sampaikan tiada satupun topik dia mahu borak. jejaka disebelahnya membuat dia gerun.
"..kerna aku seorang yang different . apa maksud dia ?" tanya ariel sendirian tanpa sedari jungkook sudah membawanya ke satu rumah yang teragak asing untuknya
"aku terpaksa bawa kau jumpa keluarga aku. kita tidur sini untuk beberapa hari." arah jungkook tegas dan melangkah keluar dari kerita. ariel tergamam
dia melihat jungkook yang selamba memasukkan diri ke dalam rumah agam yang seperti istana diraja. dengan pantas, gadis itu keluar dari situ
dengan langkah kaki kanan, dia melangkah masuk dan disambut dengan pandangan terkejut dari beberapa orang rumah.
jungkook pula hanya memandang dingin, langsung tak berikan sebarang reaksi terhadap ariel. secara tak langsung, seseorang tertawa sedikit dan mendekati ariel.
tangan dihulur dan disambut dengan baik sebelum tubuh gadis itu dipeluk dan dicium seakan ahli keluarga
"siapa dia jungkook ?" wanita yang berumur menunding jari,
"dia pembantu rumah jungkook. jungkook takut nak tinggalkan dia sendirian kat rumah." belum habis lagi percakapan jungkook, ibunya sudah menyenggol pinggang jejaka itu
riak wajah seseorang yang tadi berpeluk lengan bersama ariel kini berubah.
"jungkook bukan takut apa, jungkook takut semua barang kook habis dikebas perempuan ni, mana tau dia ada muslihat lain" wajah ariel dijeling
"ibu masak apa harini ? jungkook laparlah."
"lah pembantu rumah kamu tak masak sesuatu ke untuk kamu ? ke dia memang tak tau memasak ? macam manalah kamu boleh ambil dia sebagai pekerja ? muka pun dah boleh tau dia sebaya dengan somi, adik tiri kamu tulah"
"berhenti membebel. lagipun ibu sendiri yang suruh kook balik, kata ada hal urgent lah apalah" sehabis berkata, jungkook melirikan anak mata kepada ariel yang duduk disamping qareena
"ibu bukan apa kook, ibu cuma nak bincangkan perkahwinan kamu dengan qareena. alang-alang dia dah ada kat sini" riak wajah ariel terus disembunyikan.
"oh ya, kamu kata kamu bawa pembantu rumah kan ? apa kata suruh dia tolong nenek kamu memasak kat dapur. alang-alang kalau dia tak pandai masak, dia boleh belajar dengan nenek"
tanpa disuruh, ariel terus bangun dan menunduk kepala, meminta pergi. manakala jungkook tak habis-habis melihat gadis itu sehingga hilang kelibatnya
"kamu ni dah kenapa tengok dia macam tak boleh berjauhan" amuk ibu jungkook perlahan. suasana kekok menyebabkan qareena yang ditinggalkan oleh ariel tadi kini mendekati tubuh jungkook dan memeluk lengannya
"ibu, tak perlulah bincang hal ni terlalu awal. qareena masih nak mengenali jungkook memandangkan anak ibu ni selalu sangat sibuk dengan kerja dia"
"tapi, qareena.. ibu takut ayah kamu jodohkan kamu dengan anak orang lain. ibu dahlah teringin sangat nak jadikan kamu sebagai menantu ibu. "
"tak apalah ibu, lagipun Tuan Jeon dengan ayah qareena dan setuju nak jodohkan kami berdua. siap buat surat perjanjian lagi. takkanlah ayah nak ubah fikiran pula ?"
"ya, betul juga cakap kamu. bijak betul calon menantu ibu sorang ni. ha kamu jungkook, jangan jadi batu je mengeras kat situ taknak ambil tahu apa-apa."
"iya ibu, orang dengar" mulut kata lain, hati kata lain. sekadar tubuh saja berada disitu tetapi otaknya berfikir tentang seseorang.
seseorang yang sedang melakukan hal yang sepatutnya tidak perlu dibuat. sebusuk-busuk hati jungkook, dia tiadalah kejam mana
"ha ! tengok tu mengelamun lagi !"
"maaf ibu, jungkook penat. esok jelah kita bincang, alang-alang ajak ayah sekali"
"oh kamu seronoklah jumpa lagi tiga ibu tiri kamu ? ibu tau isteri-isteri ayah kamu semua cantik-cantik, sebabtu kamu nak tunggu dia baru nak berbincang, kan ? ah suka hati kamu lah ! malas ibu nak melayan"
puan jeon terus membangkitkan diri dan berjalan masuk ke dalam bilik.tangan qareena yang memeluk lengannya diusap
"maaf ya, aku bukan taknak bincang harini, tapi--"
"gwaenchanha.. em jungkook, saya sebenarnya nak jalan-jalan kat taman yang selalu awak bawa saya lepas habis sekolah dulu. boleh tak awak temankan saya ?"
kepala yang tak terlalu gatal digaru sebelum dia mengangguk kepala.
"sebelum tu, bagi aku minum air kat dapur" qareena tersenyum menampakkan giginya. lengan yang dipeluk langsung dilepaskan
"qarl ?" nama manja gadis itu disebut perlahan
"bibik awak kan ada. kenapa nak susah payah berjalan ke dapur sedangkan ada robot yang boleh buat itu ini untuk tuannya sendiri ?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top